2015-11-01


Tarikh lokasi dan borang ujibakat Bintang RTM 2016 di Malaysia. Bagi anda yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan tarian, anda boleh berkunjung ke Ujibakat Bintang RTM 2016 bermula pada 13 November hingga 20 Disember 2015 yang bertempat di 8 lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Berikut adalah syarat kelayakan, tarikh dan lokasi serta borang penyertaan Ujibakat Bintang RTM 2016.

Tarikh Dan Lokasi Ujibakat Bintang RTM 2016
13-14 Nov 2015 – RTM Johor (Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang)
21-22 Nov 2015 – RTM Kuching (Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang)
28-29 Nov 2015 – RTM Pahang (Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang)
5-6 Dis 2015 – RTM Kota Kinabalu (Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang)
12-13 Dis – RTM Pulau Pinang (Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang)
18-20 Dis – Auditorium P.Ramlee, RTM KL (Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Syarat Kelayakan Ujibakat Bintang RTM 2016


Borang Ujibakat Bintang RTM 2016
Sila Print/ Cetak borang dibawah sebelum menghadiri Ujibakat Bintang RTM 2016:
Cetak Borang Ujibakat RTM 2016 Page 1
Cetak Borang Ujibakat RTM 2016 Page 2



TALLAHASSEE, Florida 3 Nov. – Seorang lelaki mampu mengumpul kekayaan sebanyak AS$15 juta (RM64 juta) hanya dengan mengutip bola golf di sekitar Florida.

Lelaki tersebut, Gleen Berger, dahulu terpaksa menganggur selama 14 tahun terpaksa hidup dengan mencuri bola golf namun semuanya berubah apabila dia mendapat idea yang kemudiannya merubah dirinya menjadi jutawan.

“Ketika itu saya seorang pengganggur dan saya mencuri bola golf di padang golf berdekatan rumah saya. Kemudian saya menyedari, perkara itu tidak betul untuk mencari wang,” kata Berger.

Berger kemudian memutuskan untuk menyelam ke dasar tasik di sekitar padang golf di Florida dan menjual bola-bola golf tersebut dengan harga murah.

Setakat ini dia aberjaya membawa naik 1.3 hingga 1.7 juga bola golf setahun.

Berger menjual bola golf yang dibawa naik olehnya pada harga serendah AS$1 (RM4.2) sebiji.

Bagaimanapun, pekerjaan itu bukanlah semudah yang disangka kerana dia terpaksa berhadapan dengan cabaran dan bahaya di dasar tasik seperti meja, kereta golf, mesin pemoton rumput, ular dan yang paling teruk adalah buaya.

Menurut Berger lagi, sebelum turun ke dasar tasik, dia sentiasa memastikan tasik tersebut selamat namun dia masih lagi terserempak dengan beberapa ekor buaya yang menghuni tasik di padang golf di sekitar Florida.

“Pada suatu ketika, saya tiba-tiba terasa tangan saya sudah berada di dalam mulut seekor buaya. Tanpa berlengah, saya melompat keluar dari dalam air,” katanya. - Siakapkeli.my


TONTON LIVE : Live streaming Johor JDT vs Perak pada 5 November 2015 online. Siaran langsung Piala Malaysia aksi kelima kini menyaksikan pertembungan antara Perak lawan JDT bertempat di Stadium Ipoh pada jam 8.45 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 (119) bermula pada awal jam 8.30 malam. Bagi yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Perak menentang JDT Piala Malaysia 2015.
Live Streaming JDT Vs Perak 5.11.2015 Piala Malaysia
Server 1: TV9
Jadual Siaran Langsung Perak vs JDT Piala Malaysia 2015
Tarikh: 5 November 2015 (Khamis)
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Stadium Perak Ipoh
Siaran Rasmi: TV9 (Saluran 119) bermula pada jam 8.30 Malam


Apakah SAPS?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga dimana boleh memantau perkembangan prestasi belajar selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak atau jagaan mereka melalui Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berkenaan.

Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar SAPS
Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) kini sudah boleh diakses.Semakan Ibu Bapa bagi keputusan Slip peperiksaan pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Ingin dimaklumkan bahawa laman www.saps.moe.gov.my telah berpindah ke laman baru seperti yang tertera dibawah. Berikut adalah cara terkini untuk ibu bapa mengakses laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Ibu bapa perlu Layari Laman http://sapsnkra.moe.gov.my dan klik pada pautan semakan Ibu Bapa untuk mengetahui slip keputusan peperiksaan anak dibawah jagaan mereka.
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau nombor sijil lahir pelajar. Klik pilih jenis peperiksaan dan papar slip.
Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah ;
  • Keputusan sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5
Semoga Semakan  Keputusan Peperiksaan Terkini Pelajar Sekolah KPM ini dapat di gunakan dengan bijak untuk mempertingkatkan prestasi akademik para pelajar.


Video Tonton Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 3 secara full online. Program nyanyian otai Malaysia Gegar Vaganza kini berada di Minggu ketiga pada Ahad 1 November 2015 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam. Untuk makluman, tiada peserta tersingkir pada pada minggu pertama dan kedua Konsert Gegar Vaganza. Oleh itu, masih lagi kekal 12 peserta Gegar Vaganza pada minggu ketiga. Saksikan siaran langsung Gegar Vaganza 2015 menerusi saluran Astro Ria bermula pada jam 9.00 malam setiap Ahad. Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton Gegar Vaganza 2015 minggu ketiga, anda boleh tonton dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Video Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 3 Online
* Keputusan Penyingkiran: Ezlynn dan Zul HandyBlack tersingkir



Berita terkini Puting Beliung di Seberang Perai, Balik Pulau, Georgetown dan Bagan Pulau Pinang 4 November 2015. Penang kini dilanda fenomena puting beliung adalah lebih dikenali sebagai belalai air (water sprout) pada jam 4.00 petang rabu 4 November 2015. Namun, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan susulan insiden berkenaan. Insiden itu turut dirakam oleh orang ramai dan dikongsikan menerusi laman sosial.

Rakaman Video Puting Beliung Di Pulau Pinang 4.11.2015
Gambar-Gambar Puting Beliung Di Pulau Pinang 4.11.2015









Berita terkini senarai jenama rokok naik harga lagi mulai 4 November 2015. Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Commercial Marketes and Distributer SDN BHD, semua jenama rokok seperti Dunhill, Ken, Lucky Strike, Pall Mall, Peter Stuvensen dan Bensen & Hedges naik mendadak kepada makmimum harga RM18.00 sekotak manakala paling minimum RM15.50 sekotak. Kenaikan ini menyaksikan harga rokok jenama Dunhill, Kent dari RM13.80 kepada RM17.00. Manakala jenama Pall Mall dari RM12.30 naik kepada RM15.50. Manakala rokok jenama Shuang Xi naik dari RM15.00 kepada RM18.00 berkuatkuasa mulai khamis 4 November 2015. Kali terakhir kemaskini kenaikan harga rokok dibawah jenama Britih American Tobacco Malaysia adalah pada 29 Jun 2015.


Biodata Say Shazril Shaharuddin doktor muda paling hensem di Malaysia masuk HOT FM. Pada 2 November 2015 lalu, Doktor Shazril telah dijemput ke konti HOT FM untuk ke udara secara langsung . Paling mencetus kontroversi apabila ramai dikalangan wanita yang sudah berkahwin sanggup membuat panggilan ke Hot FM semata-mata untuk menempah doktor Say Shahzril ketika bersalin nanti. Sebaik sahaja ke udara di Hot FM, Dr Shazril kini telah jadi popular terutama dikalangan kaum hawa tanpa mengira umur. Apapun, berikut adalah biodata rasmi Say Shazril Shaharuddin doktor paling hensem di Malaysia.

Biodata Say Shazril Shaharuddin Doktor Hensem HOT FM
  • Nama Penuh: Say Shazril Shaharuddin
  • Gelaran: Dr Say Shazril Shaharuddin
  • Umur: 27 Tahun
  • Lokasi Pekerjaan: Hospital Serdang ( Medical Ward 7B)
  • Pekerjaan: Doktor Medical Officer (MO) Fresh Graduates/ Pengedar Herbalife/ Jurulatih kesihatan/ Model
  • Pengkhususan: Department Sakit Puan
  • Status: Sudah Berkahwin
  • Nama Isteri: Dr Azura Abas
  • Tarikh Nikah: 30 Mac 2014
  • Nombor Telefon: 017-2225865
  • Instagram: https://instagram.com/say_shazril/
  • Facebook: https://www.facebook.com/say.shaharuddin/

Gambar-Gambar Say Shazril Shaharuddin Doktor Hensem Malaysia








Gambar Hiasan
Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Sekolah Mengengah Integrasi Sains Tahfiz 2016 secara online. Pihak Majlis Agama Wilayah Persekutuan mempelawa calon UPSR yang cemerlang dengan minimum 5A untuk mengemukakan permoonan ke Tingkatan Satu Sekolah Agama Wilayah Persekutuan dan Sekolah Integrasi Sains Tahfiz mulai 1 November hingga 26 November 2015.

Permohonan Sekolah Tahfiz 2016 Wilayah Persekutuan

Sila layari http://maiwp.gov.my/i/sppp.html mulai 1 November 2015 hingga 26 November 2015

Syarat Permohonan
1. Warganegara Malaysia
2. Pendaftaran dibuka bermula dari 01 November sehingga 26 November 2015
3. Keputusan peperiksaan haruslah dikemaskini selepas keputusan UPSR dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Hanya permohonan secara ‘Online’ yang lengkap sahaja akan diproses

Syarat Kemasukan
1. Syarat Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMAMAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz (SMISTA) adalah UPSR (5A) / UPSRA atau setaraf (5A)
2. Bagi anak penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya UPSR (3A 2B)
3. Lulus dalam temuduga yang akan dijlankan
4. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga



Panduan permohonan loan kereta bagi bekerja sendiri guna SSM . Artikel ini pihak kami terbitkan susulan permintaan pembaca mengenai cara permohonan pinjaman kenderaan (Hire Purchase) bagi yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai slip gaji. Berikut adalah cara permohonan loan kereta bagi yang bekerja sendiri menggunakan sijil pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Panduan Permohonan Loan Kereta Bagi Bekerja Sendiri
  • Pentingnya pendaftaran SSM bagi perniagaan anda kerana bank akan minta salinan sijil SSM. Pastikan SSM anda sudah berusia 2 tahun dan keatas. Boleh mohon menggunakan SSM akaun pemilikan tunggal mahupun SDN BHD atau Enterprise. Jika masih belum mendaftar perniagaan dengan SSM, sila buat dari masa sekarang sebelum terlambat.
  • Penyata akaun 6 bulan. Adalah digalakkan menggunakan akaun semasa (current akaun) dan tidak digalakkan menggunakan akaun peribadi atau personal bagi syarikat anda. Boleh juga menggunakan akaun personal, namun bank akan menyoal anda kenapa tidak menggunakan akaun semasa untuk syarikat. Penggunaan akaun semasa menunjukkan reputasi syarikat anda kearah lebih baik serta anda benar-benar serius terhadap perniagaan anda.
  • Pastikan keluar masuk duit ke akaun melebihi RM5,000-RM10,000 minimum. Jika melebihi daripada kadar RM50,000 dan 100,000 keluar masuk adalah lebih baik.
  • Jika kesemua syarat diatas tidak dipatuhi, maka anda memerlukan seorang guarantor atau penjamin yang mempunyai slip gaji untuk memudahkan permohonan anda diluluskan
  • Sebelum permohonan, pastikan anda tiada rekod CCRIS yang teruk. Seperti lewat pembayaran kad kredit atau lewat pembayaran loan yang terdahulu. Sila semak juga status CTOS atau Blacklist anda di Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Tempoh permohonan lulus loan kereta bagi bekerja sendiri adalah selama 5 hingga 7 hari bekerja.

Berita harga terkini KTM Komuter naik lagi mulai 2 Disember 2015. Menerusi kenyataan rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB, tambang baru KTM naik daripada 11 sen bagi setiap satu kilometer kepada 15 sen bagi setiap satu kilometer. Bagaimanapun, kenaikan itu hanya membabitkan perjalanan KTM dari Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang. Dalam pada itu, diskaun potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kad pelajar yang sah, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU). Manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah pula dikecualikan membayar tambang.

Berita Terkini Harga KTM Komuter Naik Lagi Mulai 2.12.2015



Semakan keputusan result Egtukar pertukaran guru sesi Januari 2016 secara online. Menerusi pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak KPM mengumumkan bahawa semakan Egtukar akan keluar pada Selasa 3 November 2015. Manakala semakan penempatan akan diumumkan keluar pada 12 November 2015. Tarikh rasmi tersebut telah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Keputusan Egtukar Sesi Januari 2016 Online
Sila layari https://epgo.moe.gov.my mulai 3 November 2015. Manakala penempatan pertukaran guru mulai 12 November 2015.

Pengumuman Terkini Keputusan EgTukar Sesi Januari 2016 (Rasmi)
Pihak KPM mengumumkan bahawa semakan keputusan akan keluar pada 3 November 2015. Manakala penempatan pertukaran guru pada 12 November 2015.

Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian Januari 2016
Adalah Dimaklumkan Bahawa Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri Dan Bahagian Bagi Sesi Januari 2016 Akan Diumumkan Pada 03 November 2015. Permohonan Pertukaran Yang Diluluskan Adalah Muktamad Dan Tidak Boleh Dibatalkan.

Keputusan Penempatan Pertukaran Guru Januari 2016
Adalah Dimaklumkan Keputusan Penempatan Pertukaran Guru Bagi Pertukaran Antara Negeri / Bahagian / Antara Daerah / Dalam Daerah Yang Telah Diluluskan Akan Diumumkan Pada 12 November 2015.

Semoga Semakan Keputusan Perpindahan Guru  Egtukar Sesi Januari 2016 / 2017 Secara Online berguna untuk kegunaan bersama.

Berikutan nahas pesawat Rusia 7K9268, beberapa gambar yang merakamkan keadaan pesawat setelah terhempas mula dimuat naik online. Kesemua penumpang di dalam pesawat tersebut dilaporkan maut dan kesemua mayat mangsa telah pun dibawa ke rumah mayat di Cairo.

Pesawat Air Kolavia 7K9268 itu berlepas dari resort Sharm el-Sheikh pada 5.51 pagi untuk menuju ke St Petersburg. 23 minit kemudian, ia hilang dari radar dan terhempas di Sinai.

Pesawat itu membawa 200 penumpang dewasa, 17 kanak-kanak dan 7 anak kapal. Tiga penumpang adalah warga Ukrain dan 214 lagi warga Rusia. - Siakapkeli.my

Gambar-Gambar Pesawat Rusia (7K 9268) Yang Terhempas












Semalam, seorang pengguna Youtube, Alanj2007 Games memuat naik satu video yang dikatakan olehnya dua objek aneh di ruang udara Melaka. Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan dua objek tersebut, satu di sebelah kiri dan satu lagi ditengah-tengah video terbabit. Objek pertama dilihat mengeluarkan tiga cahaya hijau dan hanya terapung-apung diruang udara sebelum hilang.

Objek yang kedua pula dilihat mengeluarkan cahaya keputihan dan meluncur dengan laju sebelum hilang seolah-olah sedang menuju ke arah objek yang pertama. Menurut kapsyen dari video tersebut, rakaman itu diambil ketika hujan lebat. Menurut Alan dia merakam video tersebut apabila terlihat sesuatu yang aneh di langit. Alan juga turut memberitahu video tersebut diambil di melaka pada semalam dalam jam 4 - 5 petang. - Siakapkeli.my


KUALA LUMPUR: Kemunculan kumpulan rock Wings menerusi persembahan bertenaga dengan lagu pembukaan iaitu Bazooka Penaka tepat pukul 10 malam menamatkan penantian peminat yang membanjiri Stadium Merdeka pada Sabtu.

Taring Wings dan vokalis utamanya Awie masih berbisa dan ternyata berjaya memukau 20,000 peminat yang hadir ke konsert bersempena ulangtahun ke-30 kumpulan itu.

Biarpun sudah berusia 46 tahun kemantapan vokal Awie pada malam tersebut luar biasa dan membuktikan lelaki berkenaan tiada tandingan.Malah ahli kumpulan lain iaitu Joe, Black dan Eddie yang menjadi tulang belakang Wings turut berbisa dengan kemantapan persembahan menerusi instrumen masing-masing.

Tidak membiarkan peminat menunggu lama, Wings meneruskan persembahan mereka menerusi set pertama itu dengan lagu seperti Inspirasi Tamingsari, Bujang Senang, Orang Kita dan Gemala Sakti yang mengangkat nama mereka pada pertengahan tahun 80-an.

Awie mewakili kumpulannya turut mengambil kesempatan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan padu peminat yang digelarkannya sebagai 'sayap-sayap Wings' sepanjang 30 tahun karier mereka dalam industri muzik tanah air. Secara keseluruhannya Wings menyampaikan 28 buah lagu menerusi konsert yang berlangsung selama tiga jam itu.

Antara lagu yang disampaikan adalah Romania, Jumpa Hilang, Satelit Puaka danPengabdian Ku Kekasih.

Terdahulu, Stadium Merdeka mula dibanjiri peminat seawal pukul 2 petang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur yang ingin menjadi sebahagian daripada sejarah bersempena Konsert Wings 30 Tahun. Biarpun hujan lebat melanda ibu negara pada lewat petang namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka untuk memberi sokongan kepada kumpulan rock terkenal itu.

Seperti dijanjikan 200 artis dibawa untuk memeriahkan acara tersebut sebelum konsert utama berlangsung dan sambutan diberikan cukup meriah daripada pengunjung.

Bermula sedikit lewat daripada jangkaan awal akibat faktor cuaca, persembahan pembukaan daripada artis ternama seperti Ito (Blues Gang), Datuk Hattan, Afdlin Shauki, Azlan & The Typewriter, One Nation Emcee, Bila (AF 2015) dan Aweera mula menghangatkan suasana konsert dengan persembahan mereka pada pukul 9 malam. Persembahan mereka turut diiringi oleh pemuzik handalan seperti Hillary Ang (gitar), Rody Kristal (gitar), Paei (drum), Lee Tse Wan dan Fly (bass).

Malah kemunculan Saiful Apek dan Yasin menerusi sketsa sebelum kemunculan Wings turut menggamatkan suasana dan menyuntik kelainan kepada sebuah konsert Wings.

Komitmen dan kesungguhan barisan artis yang sama-sama menjayakan Konsert Wings 30 Tahun harus diberi pujian.

Dalam pada itu, Wings turut menjemput bekas anggota kumpulan itu seperti Mus dan Jojet untuk sama-sama memeriahkan konsert berkenaan. Mus sempat meyampaikan beberapa buah lagu seperti RNR Lu Punya Suka, Jerangkung Dalam Almari dan Blues Ular Sama manakala Jojet dengan persembahan drum solo.

Kemunculan mereka meninggalkan nostalgia kepada peminat Wings dan rata-rata tidak melepaskan peluang menyanyi bersama Mus.

Sementara itu, Awie meneruskan persembahan pada malam tersebut dengan beberapa lagi seleksi lagu terbaik kumpulan itu seperti Menakluk Kosmos, Ingatkan Dia, Amok, Sayap Ilusi dan Awang Trasher.

Bagaimanapun stadium kembali gamat apabila lagu Taman Rashidah Utama berkumandang dan menjadi antara kemuncak terbaik konsert pada malam itu. 

Peminat yang hadir juga langsung tidak berganjak daripada tempat mereka walaupun jam sudah hampir menunjukkan pukul 2 pagi.

Sorakan dan sokongan mereka begitu energetik dan ia senario yang sudah lama tidak dilihat dalam sesebuah konsert tempatan.

Pemilihan lagu Hukum Karma, Opera Hidup dan Sejati sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Peronda Jaket Biru tindakan terbaik kerana lagu-lagu tersebut menjulang nama Wings ke tempatnya hari ini.

Secara keseluruhannya Konsert Wings 30 Tahun bukan satu pengakhiran buat kumpulan itu sebaliknya permulaan untuk mencipta lebih banyak sejarah pada masa akan datang.

Gambar Sekitar Konsert Wings 30 Tahun





Permohonan kemasukan Asrama Semai Bakti Felda ASBF 2016 secara online. Pihak FELDA mempelawa pelajar yang cemerlang dalam UPSR yang terdiri daripada anak kakitangan atau peneroka Felda untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Asrama Semai Bakti Felda bagi sesi 2016. Untuk info, Asrama Semai Bakti Felda adalah sekolah berasrama penuh namun diterhadkan kepada anak warga peneroka dan kakitangan Felda sahaja. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2016.

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA ASBF 2016 Online
Sila layari http://asbfonline.felda.net.my/ mulai 16 November 2015 sehingga 27 November 2015

Syarat Utama Asrama Semai Bakti FELDA 2016
  • Memperolehi keputusan UPSR 2015 minimum 3A dan 2B dan wajib mendapat A dalam matematik dan sains.
  • Gred minimum B bagi Subjek Bahasa Inggeris
  • Berstatus anak/ cucu peneroka atau anak kakitangan FELDA
  • Mempunyai pengesahan kesihatan yang baik daripada pegawai perubatan
Tarikh Tutup Permohonan
27 November 2015





Keputusan rasmi juara atau pemenang Super Spontan All Stars 2015 Final. Program komedi realiti Astro Super Spontan All Stars kini sudah berada di pentas akhir pada Jumaat 30 Oktober 2015 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Seramai enam finalis di antaranya adalah Zizan Razak, Johan, Achey Bocey, Tauke dan Yus Jambu akan berentap untuk merebut gelaran juara Super Spontan All Stars. Saksikan secara langsung Super Spontan bermula 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134)

Keputusan Juara Super Spontan All Stars 2015 Final
Tahniah diucapkan kepada Zizan Razak kerana telah dinobatkan Juara Super Spontan All Stars 2015 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 beserta Trofi dan sebuah motosikal Ducati Monster. Manakala tempat kedua disandang oleh Johan Raja Lawak dan tempat ketiga Achey. Pak Yus pula menduduki tempat ke empat diikuti oleh Rahim tempat kelima dan Tauke Jambu tempat ke enam.

Juara: Zizan Razak (Wang Tunai RM150,000 + Trofi + Motosikal Berkuasa Tinggi Jenis Ducati Monster 796 S2R)

Naib Juara: Johan Raja Lawak (Wang Tunai RM75,000 + Trofi )

Tempat Ketiga: Achey (Wang Tunai RM50,000 + Trofi )

Tempat ke-empat: Pak Yus (Wang Tunai RM10,000)

Tempt ke-lima: Rahim (Wang Tunai RM5,000)

Tempat ke-enam: Tauke (Wang Tunai RM5,000)





Borang permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama. Seperti yang diumumkan menerusi Bajet 2016, kerajaan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM200 Juta khusus untuk pembeli yang masih belum pernah memiliki rumah. Skim ini dijangka dapat meringankan beban khususnya golongan yang baru sahaja bekerja dan golongan yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama. Untuk info, program skim deposit rumah pertama akan dilancarkan pada awal tahun 2016 dibawah kelolaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama.

Objektif Utama Skim Pembiayaan Rumah Tanpa Deposit
Objektif utama skim ini adalah untuk membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman perumahan menerusi bank tempatan pada kadar 100% jumlah pembiayaan. Ini bermakna, pemohon tidak perlu mengeluarkan deposit 10% daripada harga rumah.

Borang Permohonan Skim Deposit Rumah Pertama 2016

Syarat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas
  • Belum pernah membeli atau memiliki rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM5,000 bagi yang sudah berkahwin
  • Pendapatan bulanan individu yang tidak lebih daripada RM2,500

Tarikh Permohonan Skim Deposit Rumah Pertama
Orang ramai boleh mengemukakan permohonan skim pembiayaan deposit rumah pertama Mulai Januari 2016

Tarikh Tutup Skim Deposit Rumah Pertama
Sehingga mencapai kuota peruntukan RM200 Juta





Berita palsu kes bunuh dan rogol di jalan Cenderawasih Tungku di Felda Sahabat Lahad Datu Sabah. Menerusi laman sosial facebook, seorang pengguna laman sosial dengan nama “SelmaSaad Yasin” telah mencetuskan hura-hara apabila menyebarkan beberapa keping foto yang mendakwa seorang wanita telah dirogol dan dibunuh sebelum dicampak ditepi jalan. Tambah kenyataan itu lagi, mangsa kononnya menaiki kereta sapu (grab car) sebelum dibunuh. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati insiden berkenaan berlaku di Brazil dan bukan di Lahad Datu.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget