2015-10-25


SHAH ALAM - "Itu hanya ilusi optik," demikian penjelasan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad ketika ditanya mengenai kesahihan beberapa keping gambar yang viral di media sosial berkenaan penampakan dua matahari yang kononya berlaku di Amerika Utara.

Beberapa hari lalu, tersebar di WhatsApp, beberapa keping gambar yang menunjukkan seoalah-olah terdapat dua matahari timbul, yang mana ada sesetengah pihak berkata fenomena itu berlaku di Kanada dan ada juga yang mengatakan bahawa ia berlaku di Manhattan dan New York.

Noordin berkata dalam isu ini, ramai pihak yang cuba mengaitkan ia dengan fenomena angkasa dengan aspek fantasi dan misteri, namun ujarnya sebagai manusia yang diberi akal fikiran, kita perlu mendapatkan bukti yang sahih, dengan cara merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang pakar.

"Ada juga yang ingin meletakkan fenomena sebegini seiring dengan hadith dan tanda kiamat. Ilmu Islam itu menyokong sains jadi fenomena yang berlaku perlu dikaji dengan fakta dan secara menyeluruh dan bukan sekadar agakan pemikiran.

"Dalam pada itu, telah ada banyak fenomena angkasa pelik yang tersebar sebelum ini seperti bumi bergelap, cuaca angkasa yang ganggu telefon bimbit dan matahari makin dekat dengan bumi. Elok masyarakat menghubungi Angkasa agar tidak mudah menyebarkan berita palsu yang boleh membuat negara gelisah," katanya - sinar harian



Tarikh Pembayaran dan Kadar bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M mulai tahun 2016. Pembayaran BRIM telah dinaikkan manakala satu lagi kategori baharu telah diperkenalkan. Dalam kategori baharu BR1M, penerima BRIM yang tersenarai dalam program e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM1,050. Manakala isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, BR1M dinaikkan daripada RM950 kepada RM1000. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M dinaikkan daripada RM750 kepada RM800. BR1M bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400. BR1M bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan. Pembayaran BR1M 2016 akan dibayar secara ansuran tiga kali berturut.

Kadar Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2016

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Pendatapan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
  • Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016

Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada Januari 2016


Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia sesi 2016 KPM. Bagi calon yang telah menhadiri sesi temuduga atau ujibakat dengan jayanya disepanjang bulan Oktober dan November 2015, keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Seni Malaysia akan diumumkan keluar mulai 15 Disember 2015. Berikut adalah cara semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia sesi 2016.

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2016 Online
Sila layari https://essem.moe.gov.my/ mulai 15 Disember 2015
Tempoh Semakan Online
15 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.  Bercakap kepada Malaysiakini, peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun berkata saman itu telah difailkan kelmarin.

Ling merupakan pemimpin BN pertama yang disaman oleh Najib. Najib yang juga pengerusi BN, juga memohon ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan dari bekas presiden MCA itu. Difahamkan saman tersebut difailkan pada hari Selasa. Menurut sumber, pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 16 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O 'Hara.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Najib telah menyaman ahli politik, antaranya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, dan Ahli Parlimen Taiping DAP Nga Kor Ming. Beliau juga telah menyaman Harakah berhubung laporan media rasmi PAS itu mengenai anak tirinya, Riza Aziz dan 1MDB. Najib juga telah memfailkan saman terhadap Malaysiakini berkaitan dua artikel komen pembaca berhubung kemelut politik di Terengganu- malaysiakini


Sejak pengumuman mengenai Konsert Ulang Tahun Ke-30 Wings di Stadium Merdeka dicanang Ramadan lalu, peminat setia mereka seakan-akan tidak sabar menantikan tarikh yang sudah ditetapkan iaitu Sabtu ini. Ironinya, konsert ini dianjurkan sebagai meraikan kejayaan Wings menempuh pelbagai dugaan dan kekal bertahan sebagai kumpulan rock terkenal tanah air.

Deretan konsert di bandar kecil hingga kepada konsert bertaraf mega di Istana Budaya, Kuala Lumpur membabitkan kumpulan rock legenda ini sering mendapat sambutan peminat. Sudah tentu Stadium Merdeka akan mencipta sejarah baru buat Wings bagi meneruskan penguasaan mereka sekurang-kurangnya untuk dua dekad lagi di persada seni tanah air. Persiapan sudah dibuat secukupnya dan Awie, Joe, Eddie dan Black kini sudah sedia untuk menggegarkan jiwa peminat dengan barisan lagu popular mereka.

sumber : harian metro

PETALING JAYA: Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian dikehendaki mengadakan ceramah dan kupasan mengenai Bajet 2016 sekurang-kurangnya dua kali sebulan.  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, bagi tujuan itu, ketua penerangan UMNO bahagian, puteri, wanita dan pemuda di peringkat bahagian perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memberi penjelasan mengenai Bajet 2016 agar ia dapat difahami semua lapisan masyarakat.

“Semuanya (mengenai Bajet 2016) ada dalam surat khabar hari ini, tetapi tidak semua yang membaca dan memahami apakah tema ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’ dalam Bajet 2016. Maka itulah peranan penceramah-penceramah ini dalam memberi kupasan dan pemahaman kepada rakyat. “Sebagai contoh, rakyat rasa gelisah bila GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dilaksanakan, tapi rupa-rupanya GST menjadi penyelamat kepada kewangan negara. Jadi kupasan secara terperinci sebegitu perlu diterangkan kepada rakyat di peringkat bawah,” katanya lapor Bernama. Ahmad berkata, pihaknya mempunyai peruntukan untuk mengadakan ceramah kupasan bajet 2016 dan ia akan berkuat kuasa secepat mungkin - freemalaysiatoday


ALOR SETAR : Kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana rakyat mahu melihat hasil GST kembali kepada mereka dalam pelbagai bentuk.

Kerajaan katanya perlu memperbanyakkan program meningkatkan pendapatan rakyat dengan menggunakan dana hasil kutipan GST sebelum ini bagi membuktikan kerajaan mengembalikan hasil cukai itu kepada rakyat semula. “Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.

“Program seperti e-rezeki dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2015 peringkat Zon Utara. Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat pada pembentangan Bajet 2016 Jumaat depan - freemalaysiatoday.com
 




KEMAMAN: Hujung minggu seorang pelajar tingkatan lima yang membonceng motosikal bersama teman lelakinya bertukar tragedi apabila dia dicabul oleh lima lelaki dan dipaksa melakukan s*x oral terhadap kesemua mereka. Kejadian jijik itu juga turut dirakam oleh salah seorang suspek menggunakan telefon bimbit.

Memetik laporan dari NST berkata gadis tersebut, 17, dari sebuah kampung di sini keluar dari rumahnya pada jam 11 pagi mengikut teman lelakinya yang juga berusia 17 tahun dengan menaiki motosikal. Bagaimanapun, malang menimpa apabila motosikal yang dinaiki mereka rosak 30 minit kemudian di Kampung Paya Seratus di Binjai.

Dua lelaki kemudian tiba-tiba muncul dari semak samun dan kemudian menangkap pasangan itu. Pasangan tersebut kemudian ditarik ke sebuah pondok berhampiran, dimana kedua-dua remaja itu disuruh membuang baju masing-masing.

Lelaki-lelaki terbabit kemudian mengasingkan gadis itu dan teman lelakinya dan membawanya keluar dari pondok, dimana beberapa lagi lelaki lain sedang menunggu. Gadis itu kemudian dipaksa melakukan s*ks oral kepada kelima-lima suspek yang mana salah seorang dari suspek merakam kejadian tersebut.

"Suspek kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian. Teman lelakinya kemudian muncul keluar dari dalam pondok dan berkata dia diancam dan diarah untuk tidak campur tangan. "Kedua-dua remaja terbabit kemudian diselamatkan oleh orang yang lalu lalang. Bimbang video rakaman kejadian tersebar di internet, gadis terbabit membuat laporan di Balai Polis Chukai pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Said Ibrahim, mengesahkan kes itu, dan berkata polis sedang memburu kesemua suspek. - Siakapkeli.my



Beijing, 27 Okt: Seorang profesor di sebuah universiti di China mencadangkan agar lelaki yang berpendapatan rendah di China berkongsi isteri supaya dapat mengatasi masalah mencari pasangan hidup. Profesor dari Universiti Zhejian itu, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga.

Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri. Namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.

Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai. Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang menganggap cadangan tersebut tidak adil dan tidak bermoral. Xie bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu.

“Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie memetik laporan myMetro. Xie juga mencadangkan beberapa cadangan lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran. - Siakapkeli.my



SEORANG penunggang motosikal mendakwa dia bertuah kerana masih hidup walaupun lehernya tertusuk dua batang besi dalam satu kemalangan.  Dalam kejadian itu, mangsa, Hamar Singh Rajput dilapor sedang menunggang motosikal sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang lori yang membawa muatan binaan di Rajasthan, India. Akibat rempuhan itu, besi yang dibawa lori berkenaan tertusuk di lehernya mangsa yang berusia 26 tahun.

Batang besi berukuran satu meter itu turut menembusi belakang Hamar. Mangsa ketika itu turut mengakui akan mati walaupun masih mampu mengawal perasaan. "Dua batang besi tertusuk di leher saya selepas merempuh belakang lori. "Saya sedar mengalami kecederaan parah dan kematian semakin hampir," katanya. Mangsa yang dibawa ke hospital berdekatan kemudian berjaya dirawat dan dikeluarkan besi tersebut dalam satu pembedahan.
 
sumber : mstar online


Di bawah adalah kompilasi tanda tanda gout yang saya dapat dari artikel-artikel di internet. Ini adalah sebagai panduan asas. Jika ada salah satu tanda tanda penyakit gout tersebut segeralah berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan.
  1. Penyakit gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  2. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  3. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  4. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  5. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
  7. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
  8. Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
  9. penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
  10. bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.



1. Kurangkan Berat dan Jaga Pinggang Anda
Tekanan darah sering bertambah dengan peningkatan berat badan. Kehilangan hanya 10 paun (4.5 kilogram) boleh membantu mengurangkan tekanan darah anda. Secara umum, berat badan yang lebih anda kehilangan, yang menurunkan tekanan darah anda. Kehilangan berat badan juga membuat apa-apa ubat tekanan darah anda mengambil lebih berkesan. Anda dan doktor anda boleh menentukan berat badan sasaran anda dan cara terbaik untuk mencapainya..

Selain menumpahkan pound, anda juga perlu menyimpan mata pada garis pinggang anda. Membawa berat badan yang terlalu banyak di sekeliling pinggang anda boleh menempatkan anda pada risiko yang lebih besar daripada tekanan darah tinggi. Secara umum:

Lelaki mempunyai risiko jika ukuran pinggang mereka adalah lebih besar daripada 40 inci (102 sentimeter, atau cm). Wanita berisiko jika ukuran pinggang mereka adalah lebih besar daripada 35 inci (89 cm).
Lelaki Asia mempunyai risiko jika ukuran pinggang mereka adalah lebih besar daripada 36 inci (91 cm).
Wanita Asia mempunyai risiko jika ukuran pinggang mereka adalah lebih besar daripada 32 inci (81 cm).

2. Bersenam secara tetap
Aktiviti fizikal yang kerap – sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu – boleh menurunkan tekanan darah anda dengan 4-9 milimeter merkuri (mm Hg). Dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk melihat perbezaan. Jika anda tidak aktif, meningkatkan tahap senaman anda boleh menurunkan tekanan darah anda dalam masa hanya beberapa minggu.

Jika anda mempunyai prehypertension – tekanan sistolik di antara 120 dan 139 atau tekanan diastolik antara 80 dan 89 – senaman boleh membantu anda mengelakkan membangunkan tekanan darah tinggi besar-besaran. Jika anda sudah mempunyai tekanan darah tinggi, aktiviti fizikal yang kerap boleh membawa tekanan darah anda turun ke tahap yang lebih selamat.

Berbincang dengan doktor anda mengenai membangunkan program senaman. Doktor anda boleh membantu menentukan sama ada anda memerlukan apa-apa sekatan senaman. Walaupun aktiviti sederhana selama 10 minit pada satu masa, seperti berjalan dan latihan kekuatan cahaya, boleh membantu.

Tetapi mengelakkan menjadi “pahlawan hujung minggu.” Cuba untuk memerah semua latihan anda dalam pada hujung minggu untuk membuat yang tidak aktif hari minggu bukan strategi yang baik. Mereka yang pecah secara tiba-tiba aktiviti sebenarnya boleh menjadi berisiko.
 
3. Makan makanan yang sihat
Makan diet yang kaya dengan bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu rendah lemak dan skimps pada lemak tepu dan kolesterol boleh menurunkan tekanan darah anda sehingga 14 mm Hg. Pelan pemakanan yang dikenali sebagai Pendekatan Pemakanan untuk Hentikan Hipertensi (DASH) diet. Ia tidak mudah untuk mengubah tabiat makan anda, tetapi dengan tips ini, anda boleh mengamalkan diet yang sihat:

Simpan satu diari makanan. Menulis apa yang anda makan, walaupun hanya untuk seminggu, boleh memberi penerangan mengejutkan pada tabiat makan yang sebenar anda. Memantau apa yang anda makan, berapa banyak, bila dan mengapa. Pertimbangkan meningkatkan kalium. Kalium boleh mengurangkan kesan sodium pada tekanan darah. Sumber terbaik kalium adalah makanan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bukan makanan tambahan. Berbincang dengan doktor anda mengenai tahap kalium yang terbaik untuk anda.
Jadilah pelanggan yang bijak. Buat satu senarai membeli-belah sebelum menuju ke pasar raya untuk mengelakkan mengambil makanan ringan. Baca label makanan apabila anda membeli-belah dan berpegang kepada pelan-sihat makan anda apabila anda makan di luar, terlalu.

Terluka sedikit kelonggaran. Walaupun diet DASH adalah panduan pemakanan sepanjang hayat, ia tidak bermakna anda perlu memotong keluar semua makanan yang anda suka. Ia OK untuk merawat diri sekali-sekala untuk makanan yang anda tidak akan mendapati pada menu diet DASH, seperti bar gula-gula atau kentang lecek dengan kuah.
 
4. Mengurangkan natrium dalam diet anda
Walaupun pengurangan kecil dalam natrium dalam diet anda dapat mengurangkan tekanan darah sebanyak 2 hingga 8 mm Hg. Cadangan-cadangan untuk mengurangkan natrium adalah:
  • Hadkan natrium kepada 2,300 miligram (mg) sehari atau kurang.
  • Satu tahap sodium yang lebih rendah – 1,500 mg sehari atau kurang – sesuai untuk orang-orang 51 tahun atau lebih tua, dan individu tanpa mengira usia yang yang Afrika-Amerika atau mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau penyakit buah pinggang kronik.
  • Menjejaki berapa banyak garam dalam diet anda. Simpan satu diari makanan untuk menganggarkan berapa banyak natrium adalah apa yang anda makan dan minum setiap hari.
  • Baca label makanan. Jika boleh, memilih alternatif rendah natrium daripada makanan dan minuman yang biasanya anda membeli.
  • Makan makanan yang diproses lebih sedikit. Kerepek kentang, makan malam beku, daging dan daging makan tengah hari diproses adalah tinggi dalam natrium.
  • Jangan tambah garam. Hanya 1 tahap sudu teh garam mempunyai 2,300 mg natrium. Menggunakan herba atau rempah, dan bukannya garam, untuk menambah rasa lebih kepada makanan anda.
5. Hadkan jumlah alkohol yang anda minum
Alkohol boleh kedua-dua baik dan buruk untuk kesihatan anda. Dalam jumlah yang kecil, ia berpotensi untuk menurunkan tekanan darah anda dengan 2 hingga 4 mm Hg. Tetapi itu kesan perlindungan hilang jika anda minum terlalu banyak alkohol – biasanya lebih daripada satu minuman sehari bagi wanita dan lelaki yang lebih tua daripada umur 65 tahun, atau lebih daripada dua hari untuk lelaki umur 65 tahun dan ke bawah. Juga, jika anda biasanya tidak minum alkohol, anda tidak perlu memulakan minuman sebagai satu cara untuk menurunkan tekanan darah anda. Ada bahaya yang lebih daripada manfaat untuk minum arak.

Jika anda minum lebih daripada jumlah yang sederhana itu, alkohol sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah dengan beberapa mata. Ia juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah tinggi. Mengesan corak minuman anda. Bersama-sama dengan buku harian makanan anda, menyimpan diari alkohol untuk mengesan pola minum sebenar anda. Satu minuman sama dengan 12 auns (355 mililiter, atau mL) bir, 5 auns wain (148 mL) atau 1.5 auns 80-bukti minuman keras (45 mL). Jika anda minum lebih daripada jumlah yang disyorkan, mengurangkan.

Pertimbangkan tirus off. Jika anda seorang peminum berat, tiba-tiba menghapuskan semua alkohol sebenarnya boleh mencetuskan tekanan darah tinggi yang teruk selama beberapa hari. Oleh itu, apabila anda berhenti minum, melakukannya dengan pengawasan doktor atau berkurangan perlahan-lahan, dalam tempoh satu hingga dua minggu. Tidak pesta minum-minum. Pesta minum-minum – mempunyai empat atau lebih minuman berturut-turut – boleh menyebabkan peningkatan besar dan secara tiba-tiba dalam tekanan darah, sebagai tambahan kepada masalah kesihatan yang lain.
 
6. Elakkan produk tembakau dan asap rokok
Di atas semua bahaya lain merokok, nikotin dalam produk tembakau boleh meningkatkan tekanan darah anda sebanyak 10 mm Hg atau lebih sehingga satu jam selepas anda merokok. Merokok sepanjang hari bermakna tekanan darah anda boleh kekal sentiasa tinggi. Anda juga harus mengelak daripada asap rokok. Terhidu asap daripada orang lain juga mendedahkan anda kepada risiko masalah kesihatan, termasuk tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

7. Kurangkan pengambilan kafein
Memainkan peranan kafein dalam tekanan darah masih diperdebatkan. Minum minuman berkafein buat sementara waktu boleh menyebabkan kenaikan tekanan darah anda, tetapi ia tidak jelas sama ada kesannya adalah sementara atau berkekalan.

Untuk melihat jika kafein meningkatkan tekanan darah anda, memeriksa tekanan anda dalam tempoh 30 minit minum secawan kopi atau minuman berkafein lain anda kerap minum. Jika tekanan darah anda meningkat sebanyak lima hingga 10 mata, anda mungkin sensitif kepada tekanan darah yang meningkatkan kesan kafein.

8. Mengurangkan tekanan anda
Tekanan atau kecemasan sementara boleh meningkatkan tekanan darah. Ambil sedikit masa untuk berfikir tentang apa yang menyebabkan anda berasa tertekan, seperti kerja, keluarga, kewangan atau penyakit. Sebaik sahaja anda tahu apa yang menyebabkan tekanan anda, pertimbangkan bagaimana anda boleh menghilangkan atau mengurangkan tekanan.

Jika anda tidak boleh menghapuskan semua tekanan anda, anda sekurang-kurangnya dapat menampung dengan mereka dengan cara yang lebih sihat. Ambil rehat untuk latihan dalam-pernafasan. Dapatkan urutan atau mengambil yoga atau meditasi. Jika bantu diri tidak berfungsi, mencari seorang profesional untuk kaunseling.

9. Memantau tekanan darah anda di rumah dan membuat temu janji doktor tetap ini
Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda mungkin perlu untuk memantau tekanan darah anda di rumah. Belajar untuk diri memantau tekanan darah anda dengan lengan atas monitor boleh membantu memberi motivasi kepada anda. Berbincang dengan doktor anda mengenai pemantauan di rumah sebelum memulakan. Lawatan yang kerap ke doktor anda juga mungkin menjadi sebahagian daripada rutin biasa anda. Lawatan akan membantu menjaga tab pada tekanan darah anda.

Mempunyai penjagaan doktor utama. Orang yang tidak mempunyai penjagaan doktor utama merasa sukar untuk mengawal tekanan darah mereka. Jika anda boleh, melawat kemudahan penjagaan kesihatan yang sama atau profesional untuk semua keperluan penjagaan kesihatan anda.

Lawati doktor anda secara berkala. Jika tekanan darah anda tidak dikawal dengan baik, atau jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain, anda mungkin perlu untuk melawat doktor anda setiap bulan untuk mengkaji rawatan anda dan membuat pelarasan. Jika tekanan darah anda di bawah kawalan, anda mungkin perlu untuk melawat doktor anda hanya setiap enam hingga 12 bulan, bergantung kepada syarat-syarat lain yang anda mungkin mempunyai.

10. Dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan
Keluarga yang menyokong dan rakan-rakan boleh membantu meningkatkan kesihatan anda. Mereka akan menggalakkan anda untuk menjaga diri anda, memandu anda ke pejabat doktor atau memulakan program senaman dengan anda untuk mengekalkan tekanan darah yang rendah anda. Berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan mengenai bahaya tekanan darah tinggi anda. Jika anda mendapati anda memerlukan sokongan luar keluarga dan rakan-rakan anda, pertimbangkan untuk menyertai kumpulan sokongan. Ini boleh menghubungkan anda dengan orang-orang yang boleh memberi anda dorongan
 
sumber : klik4sihat.com


FIGURA yang sinonim dengan jolokan ‘Raja Report Malaysia’, Abdul Rani Kulup menyifatkan fenomena jerebu teruk yang dilihat semakin pulih sejak kebelakangan ini di negara kita adalah hasil berkat laporan polis yang dibuatnya.

Rani Kulup baru-baru ini, membuat laporan meminta rakyat Malaysia memohon doa agar jerebu yang melanda negara ini berkurangan dan pulih.

“Alhamdulillah, setelah ayah buat laporan polis tempoh hari yang meminta rakyat mendoakan supaya jerebu ini dapat dihindarkan… tengok jerebu di Malaysia dah kurang… Ini berkat seruan ayah (Rani Kulup),” katanya.

Dia yang popular dengan tagline #kipidap berkata demikian kepada pihak media di hadapan Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Rani Kulup yang juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) turut meminta supaya pihak kerajaan lebih tegas menangani isu berkaitan jerebu.

“Ayah minta kerajaan ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang membakar hutan di sana (Indonesia).

“Selagi tak ambil tindakan orang tak takut dan ia akan mendatangkan kemarahan kepada rakyat… Kita nak bakar sampah berlebihan pun tak sampai hati tapi di negara luar, mereka bebas membakar hutan,” katanya.

sumber : freemalaysiatoday


Baru-baru ini heboh diperkatakan dimana pelawak Nabil Ahmad yang secara tidak sengaja telah terlepas cakap di mana dia dikatakan telah mempersendakan kekurangan kumpulan Caliph Buskers ketika mengacarakan konsert pertama Gegar Vaganza 2 (GV2) di mana ia mengundang kritikan dan rasa kurang senang banyak pihak.

Tindakan Nabil berkenaan juga menyebabkan pihak Astro sendiri menegur Nabil agar lebih berhati-hati dan mengambil sikap sensitif apabila membuat lawak, terutamanya ketika membuat program siaran langsung.

Nabil juga telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas kejadian berkenaan di mana katanya dia tidak sengaja dan menyesali perbuatan berkenaan, apa yang dilakukannya itu terbawa-bawa dari luar kerana semua ahli Caliph Buskers adalah rakan-rakannya dan selalu 'lepak' bersama.

Namun bagi kumpulan muzik cacat penglihatan ini, mereka tidak terasa dengan gurauan tersebut, malah menyifatkan gurauan mereka lebih kasar berbanding Nabil.

“Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.

“Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.

“Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami.

“Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

“Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar daripada Nabil lagi. Hahaha..” ujar Azmi selaku vokalis kumpulan Caliph Buskers kepada mStar Online.

Kumpulan Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat (vokalis), Nirwan (pemain gitar), Zaki (pemain gitar/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), Rubiana (shaker/vokalis). - Siakapkeli.my


Kegembiraan seorang murid perempuan tahun enam yang baru sahaja selesai menjalani Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak kekal lama apabila dia dikatakan telah dirogol oleh seorang individu yang merupakan guru serta warden asrama sekolahnya.

Memetik laporan Borneo Post, kejadian berkenaan berlaku di Konowit, Sarawak membabitkan guru berusia 39 tahun,

Menurut Ketua Polis Daerah Konowit, DSP Ismail Mahmood bahawa pihaknya telah menahan suspek selepas menerima laporan polis dari nenek pelajar perempuan tersebut, baru-baru ini.

“Suspek kini sedang direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis. Kes tersebut disebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut nenek mangsa, beliau sebelum ini berang dengan cerita orang yang mengatakan cucunya itu menjalinkan hubungan cinta dengan guru yang juga merupakan warden di asrama itu.

“Curiga dengan khabar angin itu, wanita warga emas berkenaan telah membawa cucunya untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu dan mendapati terdapat kesan koyak pada alat sulitnya,” katanya..

Pihak polis tidak menafikan wujud jenayah rogol dalam kes tersebut kerana kegagalan guru tersebut mengawal nafsunya.

Kes itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Siakapkeli.my


ARAB SAUDI: Semenangnya ciptaan Tuhan terhadap manusia begitu indah. Begitu juga, kisah seorang pelakon dan juga pengacara popular ditahan polis di sebuah pusat membeli-belah di Arab Saudi apabila kemunculannya menjadi punca kekecohan dalam kalangan peminat wanita. Abdul Aziz al-Kassar, seorang warga Saudi yang tinggal di Kuwait berada di Riyadh atas tujuan bekerja apabila sekumpulan peminat mendekatinya untuk mengambil gambar bersama.


Menurut laporan Gulf News, Kassar memberitahu kedatangannya ke pusat membeli belah Al Nakheel selepas bertanya pengikut media sosialnya mengenai tempat membeli belah terbaik untuk dikunjungi. Dalam temu bualnya dengan Gulf Rotana, Kassar tidak menyangka sambutan luar biasa daripada peminatnya.

Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik ke laman sosial, YouTube dan Twitter. Merujuk rakaman tersebut, Kassar kelihatan dikelilingi ramai wanita yang sedang mengambil gambar sebelum seorang lelaki berjubah putih menariknya keluar dari kumpulan tersebut. "Apabila saya masuk ke dalam (pusat membeli belah), beberapa orang peminat datang dan mengelilingi saya sehingga seseorang datang dan membawa saya ke sebuah bilik untuk Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar dalam pusat membeli belah tersebut," katanya.


Tambahnya, pada mulanya telefon bimbitnya dirampas sebelum dibebaskan atas jaminan dan siasatan sedang dijalankan atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam, bergaul dengan wanita bukan mahram dan menyalahgunakan media sosial.

sumber : MD


SEOUL: Seorang suami berdepan detik hitam apabila isterinya bertindak menguncinya di dalam rumah selama 29 jam, sebelum memaksa mengadakan hubungan seks dengannya. Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, wanita berusia 40 tahun yang dikenali dengan nama keluarga, Shim itu bertindak demikian untuk mendapatkan bukti dalam prosiding perceraian.

Bagaimanapun, Shim kini ditahan atas dakwaan memperkosa suaminya dan sekaligus menjadi dia sebagai wanita pertama yang dibicara di negara itu atas kes pemerkosaan dalam hubungan perkahwinan. Pejabat Pendakwaraya Seoul memberitahu bahawa wanita terbabit telah mengurung suaminya secara paksa untuk melakukan hubungan seks dengannya. Mahkamah Korea Selatan pada Mei 2013 telah menyenaraikan pemerkosaan pasangan dalam perkahwinan sebagai jenayah.

sumber : MD


SINGAPURA: Tindakan seorang lelaki dipercayai warga asing menyentuh punggung seroang wanita dalam sebuah tren terbongkar apabila tindakannya itu berjaya dirakam seorang penumpang tren di sini, baru-baru ini. Memetik laporan sebuah portal tempatan Stomp, video yang berdurasi kira-kira 17 saat itu menunjukkan lelaki itu bertindak memegang punggung wanita yang sedang berdiri dalam tren beberapa kali sebelum penumpang lain menyedari aksi lucahnya itu.

Namun, lelaki itu kelihatan terkejut lalu menjauhkan dirinya apabila menyedari tindakannya itu dirakam oleh seorang penumpang dalam tren itu. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan kurang senang terhadap perbuatan lelaki itu di mana video tersebut telah ditonton lebih daripada 27,000 kali dalam masa kurang dari sehari selepas video tersebut tersebar.

sumber : MD


Beli tiket final Super Spontan 2015 All Stars secara online. Gelanggang Super Spontan All Stars kini sudah berada di episod kemuncak pada Jumaat 30 Oktober 2015. Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket secara online, anda boleh dapatkan tiket menerusi portal TicketCharge dengan harga RM20 tidak termasuk caj pemprosesan. Untuk info, pentas akhir Super Spontan All Stars 2015 akan bersiaran secara langsung bermula pada jam 10.00 malam Jumaat bertempat di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam pada 30 Oktober 2015.

Beli Tiket Final Super Spontan 2015 All Stars Online
Tarikh Mula Pembelian: Mulai 25 Oktober 2015
Harga Tiket: RM20 (Tidak Termasuk Caj Pemprosesan)
Tarikh Final Super Spontan: Jumaat 30 October 2015
Masa: 10.00 Malam
Lokasi: Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam


Tarikh harga dan lokasi festival atau pesta Lampu di Putrajaya 2015. Perbadanan Putrajaya akan mengadakan pesta Lampu atau nama penuh “Festival Lights and Motion Putrajaya” bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya pada 30, 31 Oktober 2015 dan 1 November 2015. Terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti EcoRide, pertandingan fotografi, tarian ala tron, “Art of lights”, pameran kreativiti lampu dan macam-macam lagi. Tiket pas masuk ke festival Lampu Putrajaya tahun 2015 adalah percuma.

Tarikh Dan Lokasi Festival Lampu Putrajaya 2015
Tarikh: 30,31 dan 1 November 2015
Masa: 8.00 malam sehingga 12.30 pagi
Lokasi: Dataran Putrajaya, Precinct 3 Putrajaya
Harga Tiket Masuk: Percuma


Kebiasaannya ramai yang suka makan ketika dilanda masalah ataupun sedang tertekan. Ini akan mengakibatkan berat badan akan cepat naik ketika stress. Dahlah tengah bermasalah, berat badan pula makin naik, maka bertambah stress jadinya.

Tetapi jangan risau, anda tetap boleh makan ketika stress tetapi pilihlah makanan yang berkhasiat. Malah ada juga beberapa jenis makanan yang dapat membantu menghilangkan stress anda. Antaranya ialah ;

Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stress dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

Coklat gelap bersama kacang badam
Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stress. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan.

Smoothies
Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda.

Kekacang dan biji-bijian
Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci. Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stress dan menggalakkan hormon-hormon sihat.

Keledek
Manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Lagipun keledek memang mengenyangkan.

Yogurt dengan buah beri
Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stress. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

Kari sayur-sayuran
Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga.

Teh hijau
Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.


Kanser menyerang tidak kira jantina mahupun usia. Ia dikaitkan sebagai salah satu penyakit yang mempunyai risiko kematian yang tinggi. Ini kerana ramai yang mendapatkan rawatan pada tahap yang lewat kerana tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan di Barat, terdapat lima tanda atau gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia dianggap sebagai tanda-tanda awal penyakit kanser.

1. Batuk untuk tempoh yang lama dan suara bertukar serak
Batuk yang kerap muncul dan hilang biasanya dikaitkan dengan gejala alergi. Namun, jika ia tidak sembuh-sembuh dan disertai dengan darah, maka pesakit harus berwaspada kerana ia mungkin petanda awal kanser paru-paru. Pemeriksaan X-ray perlu dilakukan bagi mengesahkan penyakit tersebut.

2. Kesakitan yang berlarutan tanpa penjelasan
Tidak semestinya sesuatu kesakitan disebabkan oleh kanser. Namun jika ia berlarutan untuk jangka masa panjang, ada baiknya untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Contohnya jika seseorang mengalami sakit kepala berterusan tanpa sebab. Kemungkinan sakit kepala itu ada kaitan dengan kanser otak? Begitu juga dengan kesakitan lama di kawasan dada atau perut yang mungkin petanda kepada kanser paru-paru dan ovari.

3. Perubahan saiz tahi lalat
Jika melihat saiz tahi lalat pada kulit bertambah besar daripada saiz asal, elok lakukan pemeriksaan walaupun ia mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanser kulit. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, betul tak?

4. Pendarahan abnormal
Pendarahan faraj yang tidak normal iaitu di luar kitaran haid boleh menjadi tanda awal kanser serviks, manakala pendarahan yang keluar dari dubur pula boleh jadi petanda awal kanser usus. Jadi lakukan pemeriksaan lanjut jika berlaku pendarahan.

5. Penurunan berat badan yang tidak normal
Sesetengah orang mungkin teruja apabila berat badan mereka menurun khususnya bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Namun, jika ia menurun secara mendadak tanpa ada punca seperti berdiet ataupun bersenam, mungkin itu petanda kepada penyakit kanser. Pemeriksaan lanjut harus dilakukan segera.


Individu yang tidur berdengkur seringkali mengganggu tidur orang lain tanpa mereka sedar. Malah tidur mereka sendiri turut terjejas kerana mereka kerap terjaga secara mengejut dan adakalanya akan mengalami sesak nafas.Hasil kajian menunjukkan sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah berdengkur ketika tidur, tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur selama beberapa saat.

Namun masalah tidur berdengkur tidak boleh dipandang remeh kerana jika ia berlarutan itu mungkin petanda individu tersebut menghidap penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.


BERIKUT MERUPAKAN PUNCA PUNCA  TIDUR BERDENGKUR
1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Berlebihan berat badan
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak

Antara kesan kepada individu yang tidur berdengkur pula adalah: 
Individu yang tidur berdengkur akan mengalami gejala seperti keletihan, mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap terjaga malam, tidak dapat memberikan tumpuan dan mudah lupa.

CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR
1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur
3. Memilih posisi tidur secara mengiring
4. Mengamalkan rutin tidur yang tetap setiap hari
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
6. Berhenti merokok


Tanda-Tanda Mengesan Kanser Pangkal Rahim – Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini. 

Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.

Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj [vagina] yang apabila berlaku penyakit kanser, perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta.

Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal.

Terdapat dua jenis utama barah pangkal rahim iaitu
1. Squamous cell carcinoma
Squamous cell carcinoma adalah barah pangkal rahim sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti sel di pangkal rahim.

2. Adenocarcinoma.
Adenocarcinoma adalah jenis barah pangkal rahim yang jarang berlaku; ia bermula dari dalam sel glandular. Selain itu, barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada microinvasive atau invasive.


Kebanyakan wanita yang menghidap kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
  1. Perdarahan selepas hubungan intim (“postcoital bleeding“)
  2. Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
  3. Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
  4. Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
  5. Hilang selera makan
  6. Turun berat badan yang mendadak

Faktor-Faktor Terjadinya Kanser Pangkal Rahim

Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim adalah:
  1. Hubungan intim pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.

Kaedah Rawatan Kanser Pangkal Rahim
Terdapat 3 jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita-wanita yang mengidap kanser pangkal rahim. Tiga jenis rawatan utama tersebut adalah :

a. Pembedahan
b. Rawatan Radioterapi
c. Rawatan Kemoterapi


Vaksin HPV (Human Papillomavirus)
Vaksin ini boleh mengurangkan risiko mendapat kanser pangkal rahim sehingga 70%. Ada 2 jenis vaksin pada masa ini, iaitu Gardasil dan Cervarix. Vaksin ini menghalang seseorang wanita itu dari dijangkiti kuman HPV isitu penyebab utama kanser pangkal rahim. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak berkesan untuk wanita yang telah dijangkiti virus ini. Sebaiknya vaksin ini di beri ke wanita remaja dari umur 13 tahun atau wanita yang belum pernah mengadakan hubungan intim. Ia kurang berkesan untuk wanita yang berumur lebuh dari 26 tahun.

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Arief Budiman Abdul Aziz
Penyemak : Dr. Haris Njoo Suharjono


Madu memang terkenal kerana manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan. Madu dikatakan berkhasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit dan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Madu bukan sahaja digunakan untuk merawat penyakit tetapi juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan luaran. Di pasaran terdapat pelbagai jenis madu yang dijual. Ada yang asli dan ada juga yang tiruan. Kerana warna dan rasanya yang hampir sama, ramai yang tidak tahu membezakan antara madu yang asli dengan madu tiruan.

Dibawah ini ada 5 tips membezakan madu asli dan madu tiruan yang pasti dapat membantu anda membeli madu asli dan tidak tertipu dengan membeli madu tiruan.

1. Bakar Sehingga Berbuih
Untuk membezakan antara madu yang asli dan madu tiruan, anda boleh cuba dengan teknik membakar. Caranya, letakkan sedikit madu di atas sudu kemudian bakar di atas lilin. Biarkan sehingga mendidih. Madu akan berbuih dengan lebih banyak jika ia bukan madu asli.

2. Menggunakan Kertas
Tuang sedikit madu atas kertas. Jika madu tersebut tidak mudah diserap oleh kertas bermakna itu adalah madu asli . Sebaliknya jika ianya madu tiruan, madu itu akan mudah meresap dan menembus kertas itu.

3. Menggunakan Mancis
Letakkan sedikit madu ke atas mancis kemudian nyalakan mancis tersebut. Jika mancis berjaya dinyalakan bermakna madu itu adalah asli. Sebaliknya jika mancis tersebut tidak berjaya dinyalakan, bermaksud itu adalah madu tiruan.

4. Masukan Madu Kedalam Air
Titiskan sesudu madu ke dalam air kosong, jika madu itu tidak mudah bercampur dan terus ke bawah gelas bermakna itu adalah madu asli. Sebaliknya, jika madu tersebut dengan mudahnya bercampur dengan air kosong tanpa perlu mengacau bermakna itu adalah madu tiruan.

5. Masukan Madu Ke dalam Peti Sejuk
Simpan botol madu ke dalam peti sejuk, jika madu tersebut tidak membeku, maka itu adalah madu asli. Tetapi jika madu itu menjadi keras bila dikeluarkan, bermakna itu adalah madu tiruan.


Setiap kali berpuasa, ramai juga yang rungsing memikirkan cara untuk mengatasi masalah nafas berbau. Ramai yang beranggapan punca mulut berbau adalah kerana mulut kering namun ada beberapa faktor lain yang turut menyebabkan nafas berbau. Antaranya masalah gusi dan gigi berlubang yang memudahkan bakteria untuk membiak. Jenis makanan yang kita ambil turut menjadi penyebab masalah mulut berbau.

Hampir majoriti perokok juga akan berdepan dengan masalah nafas berbau ketika bulan puasa. Ini disebabkan oleh kesan rokok yang meninggalkan bau yang tidak menyenangkan dan merosakkan gusi.

Jika anda berdepan dengan masalah nafas berbau setiap kali berpuasa, anda boleh amalkan beberapa tips yang dikongsikan di bawah ini supaya anda akan tampil lebih yakin berkomunikasi dengan orang ramai walaupun sedang berpuasa.

Cara Mengatasi Masalah Nafas Berbau Ketika Berpuasa

1) Lebihkan Minum Air Suam – Pengambilan air suam membantu membersihkan mulut dari sisa makanan dan juga meningkatkan penghasilan air liur. Air liur membantu mengelak dari mulut kering yang menjadi antara punca masalah nafas berbau. Amalkan berbuka puasa dengan meminum air suam. Sebolehnya cuba minum 8 gelas air sehari iaitu selepas berbuka sehingga bersahur.

2) Teh Hijau – Amalkan minum teh hijau selepas berbuka atau ketika bersahur. Zat polyphenol yang terdapat dalam teh hijau akan mengurangkan bakteria dalam mulut dan seterusnya mencegah nafas berbau.

3) Jenis Makanan Yang Perlu Diambil – Ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu melawan nafas berbau. Contoh makanan yang boleh diambil adalah seperti sayur bayam yang tinggi dengan kandungan serat dan polifenol yang membantu melindungi kesihatan mulut. Kacang Hazel juga bagus untuk kesihatan gigi dan gusi. Selain itu pengambilan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, blackcurrant dan sebagainya dalam membantu mengurangkan perkembangan bakteria dalam mulut. Buah epal juga boleh dijadikan buah pilihan ketika bersahur kerana ia membantu memberikan kelembapan dalam mulut dan membersihkan plak pada gigi.

4) Bersihkan Lidah Ketika Memberus Gigi – Amalan membersihkan lidah ketika memberus gigi perlu sentiasa diamalkan bukan sahaja ketika bulan puasa. Bakteria memang cepat membiak di atas dan di belakang lidah. Seeloknya gunakan ubat gigi yang mengandungi kesegaran pudina untuk memastikan nafas tidak berbau sepanjang hari. Kebersihan dalaman mulut perlu sentiasa diutamakan.

5) Berkumur – Selepas menggosok gigi, pastikan anda berkumur dengan cecair kumur yang ternyata sangat membantu mengurangkan nafas berbau ketika puasa. Kumur selepas makan sahur.


Siapa suka makan ulam-ulaman? Penulis sangat suka. Kerana khasiat yang terdapat dalam ulam-ulaman tersebut. Ada sesetangah individu memang suka dan menjadikan ulam-ulamansebagai rutin harian. Malahan terdapat juga yang kurang menggemari kerana rasanya yang kelat, pahit dan baunya.

Sebenarnya ulam-ulaman ini terdapat pelbagai khasiat dan juga rahsianya. Ulam-ulamanini mampu mencegah pelbagai jenis penyakit selain kebaikan lain seperti awet muda, baik untuk kulit dan sebagainya. Ia juga adalah salah satu cara untuk kekal muda dan sihat secara alami selain daripada mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli set makanan tambahan yang terdapat dipasaran.

Ulam boleh dikategorikan kepada keseluruhan tumbuhan iaitu dari pucuk, daun, batang, biji, buah, umbut dan sehinggalah ke bahagian bunga boleh dimanfaatkan dalam diet seharian. Setiap dari bahagian itu punyai pelbagai khasiat yang mungkin kita tidak tahu tetapi boleh dikatakan menjadi penawar pelbagai penyakit sejak turun-temurun.

Untuk itu, mari kita kenali jenis-jenis ulam yang terdaat di negara ini. Di sini ada beberapa ulam yang popular dan terdapat banyak lagi ulam-ulaman yang boleh didapati dengan bacaan lain.

Jering
Ulam yang mempunyai bau yang kuat seperti petai tetapi mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Kaya dengan protein, karbohidrat, lemak, serat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, C.
Ia dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil.

Daun selom
Berkhasiat untuk mengubati demam panas dan mengawal penyakit tekanan darah tinggi.
Memberi kesan sebagai ejen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.

Cekur
Mengandungi provitamin akarotena terutama pada daun yang baru dipetik.
Mengandungi vitamin B, C, protein dan mineral yang tersenarai di bawah keluarga halia tetapi kurang popular
Mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam serta mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.

Ulam raja
Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Bertindak sebagai pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Pucuk gajus
Daun gajus muda berwarna merah atau merah perang dan rasanya yang kelat dan masam.
Membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah.
Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

Daun kaduk
Mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan secara dimasak atau mentah.
Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

Petai
Ulam dari jenis kekacang paling popular
Mengandungi protien, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C
Mampu merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang

Pegaga
Sejenis tumbuhan suka menjalar.
Mempunyai kesan antioksida yang mampu memberikan kesihatan dan kecantikan buat wanita.
Kajian WHO mendapati pegaga mampu menjana kecergasan fikiran, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Sumber : Utusan


Siapa pernah sakit gigi? Angkat tangan. Penulis sendiri pernah rasa bagaimana rasa sakitnya gigi. Bila kita rasa sakit gigi, semua kerja yang kita buat rasanya serba tidak kena dan rasa tidak selesa. Di sini penulis ingin kongsikan sedikit petua untuk menghilangkan rasa sakit gigi. Sekira tidak hilang rasa sakit itu, mungkin boleh mengurangkan rasa sakit gigi tersebut. Sekurang-kurangnya kita mencubakan.

Antara petua-petua menghilangkan sakit gigi   tersebut ialah:

1. Kumur Dengan Air Garam – Bancuh satu sudu kecil garam dengan secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan sehinggan suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi.

2. Minyak Gamat – Cara menghilangkan sakit gigi, cuba letakkan minyak gamat pada kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. Habbatus Sauda – Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

4. Kapur Sirih – Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan di gigi yang sakit. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur.

5. Lidah Buaya – Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada bahagian gigi yang sakit. Dalam 2 hingga 3 jam, rasa sakit mula hilang.

6. Asam Jawa – Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian, bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus, kemudian tampal pada bahagian yang sakit.

7. Bawang Putih – Hiris bawang putih dan tempelkan pada bahagian yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam.

8. Uncang Teh – Caranya, letakkan uncang teh ke dalam microwave dengan air selama 30 saat. Kemudian peras air di dalamnya dan gigit kantung teh di antara gigi yang sakit. Cara tersebut dikenali mampu mengurangkan bengkak dan meredakan sakit gigi.

9. Tempurung Kelapa – Kupas secukupnya tempurung kelapa yang sudah dibelah. Kemudian, ambil tempurung kelapa lalu bakar sampai keluar minyaknya. Selepas itu, ambil minyak tempurung kelapa tersebut dengan kapas. Lalu tempelkan ke gigi yang sakit. Nescaya dalam beberapa minit sakit gigi anda akan hilang.

10. Vitamin C – Vitamin C dalam buah-buahan mampu mengurangkan kesakitan akibat sakit gigi. Beberapa buah yang disarankan untuk dimakan seperti oren, kiwi, papaya, strawberi, dan epal.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget