2015-10-18


Keputusan Perlawanan Diantara  Johor JDT vs Sarawak pada 24 Oktober 2015 . Siaran langsung Piala Malaysia antara Sarawak lawan JDT kini bertempat di Stadium Negeri Kuching pada jam 8.45 malam Sabtu tidak akan disiarkan secara live menerusi stesen televisyen tempatan. Bagaimanapun, pihak kami akan kemaskini keputusan terkini Sarawak menentang JDT dari masa ke semasa sehingga perlawanan tamat. Dalam pada itu, Sarawak dan JDT memburu 3 mata penting untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia musim 2015.

Keputusan Penuh Perlawanan Sarawak Vs JDT 24 Oktober 2015 Piala Malaysia :
JDT menewaskan Sarawak dengan gol 3-0.
Penjaring Gol: 15′ Safee Sali 78′ Harris Harun 87′ Safiq Rahim



ALAMAK.. makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan. Mana tidaknya, masing-masing dilihat tidak mahu mengalah dan saling sindir-menyindir sesama sendiri menerusi medium laman Instagram.

Semuanya bermula apabila aktres jelita itu mendedahkan Aidil masih belum melangsaikan bayaran mutaahnya bernilai RM30,000 meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah.Kalau semalam, Aidil menyelar kenyataan Rita dengan ayat yang berbunyi, ‘Nak duit ke, nak mempertahankan maruah?’. Kali ini, giliran Rita pula tampil membidas kenyataan tersebut dengan ayat yang begitu pedas sekali.


“Betul ke tak dapat surat? Ke tak reti baca? Memang saya perjuangkan maruah.. tapi nama pun ARTIS.. mesti la reporter cari.. bukan macam kau, pergi cari reporter nak bagitau cerita!

“So dah reporter tanya ‘dia dah bayar belum?’ Takkan saya nak jawab ‘dah’ walaupun belum.. saya bukan kaki kelentong macam kau.. kat mahkamah pun kau cakap menipu!

“Sehelai spendar aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula hacks pun ko tak pernah beli tapi kata mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli.

“Kau nak tau kenapa kau kalah dan kenapa ALLAH tak tolong ko?? Sebab hidup kau asyik menipu dan aniaya orang!

“Aku dari mula kawan dengan kau dan kawen dengan kau, aku tak pernah ambil atau guna duit kau! Kau masuk rumah pun kau just cuci kaki bawa baju kau je!

“Aku rasa kau pun ingat lagi kan siapa yang banyak sara siapa dulu! Walau pun ko buat-buat lupa tapi ALLAH tak lupa,” tulis Rita.

Nampaknya Rita betul-betul bengang dan berang dengan pemain bola sepak tersebut hingga habis semua cerita rumah tangga mereka dahulu dibongkar.

Jika difikirkan, tidak hairanlah mengapa ibu tunggal dua anak ini begitu marah dengan bekas suaminya.

Diharapkan Aidil cepat-cepatlah melangsaikan hutangnya agar semua persengketaan ini dapat diselesaikan segera. Tambahan pula, rasanya gaji Aidil pun lebih daripada cukup untuk membayar wang tuntutan Rita. – MYNEWSHUB.CC


Tarikh pengagihan dan syarat baharu Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sesi 2016. Kerajaan seperti dalam Bajet 2016 telah mengetatkan syarat baharu penggunaan Baucar Buku 1Malaysia. Mulai tahun 2016, BB1M hanya boleh ditebus dikedai buku yang diiktiraf sahaja dan tidak boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang tidak di iktiraf. Syarat khusus ini bertujuan supaya pelajar IPT tidak menyalahgunakan Baucar Buku tersebut. Tambah kenyataan Dato Seri Najib Razak, bayaran BB1M 2016 adalah kekal berjumlah RM250 dan dijangka dapat dimanfaatkan kepada 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi diseluruh negara.

Tarikh & Syarat Baharu Baucar Buku 1Malaysia BB1M 2016
Tarikh Pengagihan: Akan diagihkan secara berperingkat mulai Januari 2016
Jumlah BB1M: RM250 ( 5 Keping Baucar BB1M)

* Syarat Baharu: Hanya boleh ditebus di Kedai Buku Di Iktiraf Sahaja


Tarikh pembayaran bantuan RM100 kepada pelajar sekolah sesi persekolahan sesi 2016. Seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dalam Bajet 2016, semua pelajar Sekolah Rendah dan Menengah akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM100. Pembayaran akan dibuat pada 15 Januari 2016 secara berperingkat diseluruh sekolah di Malaysia. Bagaimanapun, bantuan persekolahan RM100 adalah terhad kepada calon yang mempunyai ibu bapa berpendapatan isi rumah RM3,000 dan kebawah sahaja. Bantuan persekolahan 2016 ini dijangka dapat dimaanfatkan kepada 3.5 juta pelajar dengan peruntukan sebanyak RM350 juta.


Tarikh Pembayaran Bantuan RM100 Persekolahan Sesi 2016
Tarikh Bayaran: Dibayar mulai 15 Januari 2016
Jumlah Bantuan: RM100

* Syarat Khusus: Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100, kepada mereka yang penjaganya berpendapatan bawah RM3,000. Penjaga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak untuk menerima bantuan persekolahan RM100.


Tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam pada Januari 2016. Seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak pada Bajet 2016, kerajaan bersetuju untuk memberi bonus atau bayaran khas imbuhan sebanyak RM500 kepada seluruh penjawat awam manakala RM250 kepada seluruh pesara kerajaan. Menerusi makluman rasmi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, pembayaran imbuhan tersebut akan dibuat pada Januari 2016 bagi menghargai jasa seluruh kakitangan awam di Malaysia.

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2016
Tarikh: Januari 2015
Kakitangan Awam: RM500
Pesara Kerajaan: RM250




Intipati isi penting dan rumusan ucapan pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 Malaysia. Pembentangan Belanjawan 2016 kini dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak pada pukul 4.00 petang Jumaat 23 Oktober 2015 bertempat di Dewan Parlimen Malaysia. Siaran eksklusif secara langsung turut disiarkan menerusi RTM dan TV3 bermula pada jam 4.00 petang. Berikut adalah rumusan penting mengenai pembentangan Bajet 2016.

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia
  • Bajet 2016 memperutukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama.
  • Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
  • Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020.
  • RM 200 juta menaiktarafkan jalan di kawasan FELDA. Manakala RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara
  • Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
  • Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan.
  • Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menendah.
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan kebawah.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada Bajet 2016.
  • Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
  • Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
  • Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
  • Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
  • Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred mulai tahun 2016
  • Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada RM1200 sebulan
  • Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajaan dinaikkan kepada RM950 sebulan
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
  • BR1M 2016 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
  • BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
  • BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
  • BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
  • Had Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing2 untuk ibu & bapa.Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
  • Had pelepasan cukai Individu: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000.
  • Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6k kepada RM8k bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
  • Had pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6k. Jika anak lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14k. Bagi ibubapa kepada anak-anak OKU yangg lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016.
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.
  • Majikan yang gagal mematuhi peraturan gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Gaji minimum RM920 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.
  • Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan atau penjawat awam akan dibayar pada Januari 2016.
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.


ISTANBUL – Sebuah pesawat Sun Express terpaksa membuat pendaratan kecemasan gara-gara seorang lelaki mabuk yang bertelanjang bulat telah meminta pramugari seksi untuk melakukan hubungan seks dengan dirinya.

Portal penerbangan antarabangaa AirLive.net mendedahkan, insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 17 Oktober lalu ketika pesawat Boeing 737 itu dalam perjalanan dari Dublin, ibu negara Ireland menuju ke Izmir di Turki.

Pada mulanya, penumpang berasal dari Ireland ini duduk biasa bersama teman-temannya namun ketika pesawat terbang, dia tiba-tiba bertindak menanggalkan semua pakaiannya dan terus menayangkan batang kemaluannya.

Lelaki yang tidak dinyatakan identitinya itu kemudian tanpa rasa malu meminta mana-mana pramugari syarikat penerbangan milik bersama Turkish Airlines dan Lufthansa Jerman tersebut untuk melakukan hubungan seks.

Akibat gangguan yang tidak diduga itu, pesawat berkenaan terpaksa dialihkan ke Belgrade di Serbia semata-mata untuk menurunkan penumpang tersebut sahaja. Pihak berkuasa percaya suspek dalam keadaan mabuk yang berat.

Bagaimanapun belum dikenal pasti sama ada lelaki tersebut meneruskan perjalanannya ke Izmir atau tidak. Kesemua 120 penumpang terpaksa diasingkan di lapangan terbang sebelum menaiki semula pesawat berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri Serbia berkata, suspek bersama rakan-rakannya dipercayai minum 250 pint atau gelas arak bir sebelum mencetuskan gangguan dan menyebabkan penerbangan tergendala lebih 10 jam daripada jadual.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa Ireland dilaporkan bakal mengenakan perintah sekatan penerbangan terhadap penumpang yang didapati mabuk dalam pesawat ekoran banyak kes sedemikian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.

Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.

Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman mengimbau kembali janji kerajaan yang menyatakan bahawa hasil tambahan pendapatan yang diperoleh menerusi pelaksanaan GST akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan rakyat dan negara.

“Sepatutnya kerajaan tidak ada masalah sangat (untuk bantu rakyat) kerana sudah mempunyai suntikan tambahan iaitu GST. Laporan media sebut, hasil GST itu setakat ini sudah mencecah RM23 bilion. Dulu dikatakan kutipan GST ini adalah untuk menampung perbelanjaan negara. Sepatutnya, inilah masa untuk menunjukkan balik kepada rakyat bahawa duit itu digunakan dengan sewajarnya.

“Kerajaan perlu menggunakan sebahagian hasil kutipan GST itu untuk menampung kenaikan-kenaikan baharu ini seperti tol. Dulu bolehlah kerajaan kata bahawa mereka terpaksa menanggung bayaran kepada syarikat konsesi, tapi sekarang ini duit sudah ada.

“Sepatutnya gunakan balik duit itu untuk menampung apa sahaja perbelanjaan tambahan kepada konsesi-konsesi lebuh raya itu. Malangnya kerajaan tidak mengambil pendekatan sedemikian,” katanya kepada Sinar Online.
Malah beliau turut mengakui rakyat terutamanya yang berada di Lembah Klang semakin tertekan selepas kenaikan kadar tol yang akan memberi kesan kepada kos perkhidmatan dan harga barang.

“Walaupun kerajaan kata tak naik, hakikatnya sebelum-sebelum ini apabila tol naik, minyak naik, harga barang akan turut naik. Jadi, kerajaan kena prihatinlah pada masalah rakyat sekarang ini.

“Pada masa sama, kerajaan tidak menerangkan kepada rakyat ke mana hala tuju duit tambahan itu. Saya rasa kerajaan perlu memberitahu kepada rakyat nak guna duit tambahan itu di mana. Barulah rakyat faham dan boleh memberi sokongan kepada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat, sekiranya kandungan Bajet 2016 mampu meredakan masalah dan kesengsaraan rakyat termasuk berkaitan kos sara hidup, ia mungkin bakal mengubati perasaan rakyat yang tidak cenderung dengan pemerintahan Najib.

“Saya fikir beliau akan mengambil kira bahawa Bajet 2016 ini penting untuk menentukan bagaimana persepsi dan sokongan rakyat terhadap beliau. Sudah tentu beliau akan mengambil langkah dan strategi-strategi yang dapat meredakan rungutan dan sungutan rakyat.

“Jika itu berlaku, sedikit sebanyak tidak akan menambah teruk lagi persepsi rakyat terhadap beliau,” katanya.

Meskipun rakyat sedang ‘kepanasan’, namun beliau berkata, ia tidak dapat dinafikan bahawa rakyat tetap menanti kadar BR1M dinaikkan susulan daya beli mereka yang sudah menurun.

Katanya lagi, langkah terbaik yang kerajaan boleh ambil ialah mendengar rintihan rakyat dan mengambil tindakan konkrit dengan menyalurkan balik wang yang telah dikutip itu kepada rakyat bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Manakala, Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berpendapat, rakyat lebih menantikan penyelesaian segera kerajaan terhadap kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menangani isu kejatuhan mata wang.

“Sekarang ini dengan keadaan tol naik, minyak naik, duit jatuh, perkara ini (pengagihan hasil GST) orang dah tak pandang dah.

“Mungkin ada segelintir yang pandang tapi ramai yang lebih risaukan keadaan sekarang ini. Daripada mengharapkan pulangan GST, mereka lebih berharap agar GST itu dihapuskan terus,” katanya - sinar harian



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Khamis mengetengahkan pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi melindungi ekonomi Malaysia dalam persekitaran ekonomi global serba mencabar.

"Tahun ini, kita menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi kesejahteraan rakyat," kata Perdana Menteri menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menjelang pembentangan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, Jumaat.

Sambil mengakui kejatuhan harga minyak dan gas telah menjejaskan pendapatan kerajaan, Najib yang juga Menteri Kewangan sebaliknya membangkitkan pelbagai langkah proaktif dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan impak berkenaan, khususnya mempelbagaikan ekonomi sejak dua tahun lepas.

"Kita melaksanakan dua perkara untuk meningkatkan daya tahan (ekonomi) iaitu pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta usaha rasionalisasi subsidi.

"Keputusan ini adalah penyelamat kita. Kutipan GST ternyata lebih tinggi daripada jangkaan berikutan tahap pematuhan yang tinggi dan mujurlah kita juga ada sumber-sumber lain serta mengamalkan perbelanjaan secara berhemat," katanya.

Jelas Najib, biarpun berlaku kejatuhan harga minyak serta persekitaran pasaran global yang mencabar, asas-asas ekonomi Malaysia sebaliknya kekal kukuh dengan pertumbuhannya dijangka antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini, tahap inflasi antara 2-2.5 peratus dan kadar pengangguran yang stabil.

Sehubungan itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan berada pada kedudukan yang tepat untuk terus mengutamakan rakyat.

Ini termasuk memberi bantuan, terutamanya kepada kumpulan yang memerlukan bagi menangani peningkatan kos sara hidup; menyokong sektor swasta dengan dasar properniagaan serta memastikan pertumbuhan inklusif, meningkatkan pembangunan modal insan serta melonjakkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau.

"Saya ada rancangan dan ia (ternyata) membuahkan hasil. Saya tidak akan terganggu kerana kesannya amat serius jika rancangan ini tidak dijayakan.

"Bajet 2016 akan membuktikan bagaimana rancangan ini akan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia dan meneruskan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status sebagai sebuah negara maju. "Masa depan dan kebajikan semua rakyat Malaysia adalah keutamaan saya," tegas Perdana Menteri.

sumber : mstar online



PUTRAJAYA – Semua orang akan memperoleh manfaat tertentu dalam Bajet 2016 terutama kumpulan berpendapatan rendah, selain kelas pertengahan, namun rakyat tidak wajar mengharapkan habuan yang tidak realistik.

Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan semalam berkata, ini selari dengan ‘kedudukan ekonomi mencabar dan di luar kawalan’ yang menyebabkan ketidaktentuan seperti penurunan mendadak harga minyak mentah, gas serta penyusutan ringgit.

Walaupun satu pertiga pendapatan negara disumbangkan oleh minyak yang harganya susut sehingga 50 peratus, pegawai berkenaan memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan projek yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Meskipun sukar, kerajaan mempunyai visi, pelan dan sumber untuk menyampaikan manfaat kepada rakyat," katanya pada taklimat mengenai teras Bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Pegawai berkenaan juga menerangkan bagaimana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikritik hebat oleh pelbagai pihak, terutama pembangkang, sebenarnya muncul sebagai penyelamat dalam menyumbang kepada hasil kerajaan - kosmo online


PERMOHONAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menukar venue aksi keenam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Palestin dengan Malaysia di gelanggang berkecuali ditolak Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (Fifa).

FAM berkata, FIFA memutuskan venue perlawanan itu akan kekal berlangsung di Stadium Antarabangsa Dora di Hebron, 12 November ini dengan jaminan keselamatan.

"Biro Kelayakan Piala Dunia FIFA yang dipengerusikan Juan Angel Napout telah bermesyuarat di Zurich, Switzerland, Selasa lalu meneliti permohonan FAM untuk perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 diadakan di gelanggang berkecuali.

"Hasil mesyuarat itu, pihak biro membuat keputusan mengekalkan venue perlawanan asal selepas pihak berkuasa Palestin sudah mengambil semua langkah bagi memastikan keselamatan delegasi Malaysia sepanjang berada di Palestin nanti.

"Fifa juga akan melantik pegawai keselamatan yang pakar untuk bekerjasama secara terus dengan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) bagi memastikan aksi Palestin Malaysia itu berlangsung dalam keadaan baik," katanya yang mana keputusan diumumkan badan induk itu menerusi kenyataan medianya, semalam.

Sebelum ini, FAM memohon kepada Fifa supaya menukar venue perlawanan keenam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Dura Hebron jika tiada jaminan keselamatan.

Ini berikutan situasi pergolakan tidak menentu di negara itu berikutan pencerobohan tentera Israel yang turut mengawal beberapa pintu masuk sempadan.

Malaysia kini berada di kedudukan keempat dalam Kumpulan A dengan mengutip tiga mata selepas menewaskan Timor Leste 1-0 pada Selasa, dan perlu memburu sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kumpulan, untuk layak beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 - sinar harian


PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie kerana gagal hadir pada perbicaraan kes dadah yang dihadapinya.

Majistret Mohd Nazri Omran membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Zarina, nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29.

Ini berikutan Zarina gagal hadir kali ketiga tanpa alasan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Siti Fatimah berkata, pihaknya juga memohon waran tangkap itu kerana tindakan tertuduh telah membuang masa dan kos mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes bagi penjamin memastikan kehadiran Zarina ke mahkamah pada tarikh tersebut.

"Tarikh tersebut merupakan ruang terakhir kepada penjamin bagi memastikan tertuduh hadir. Jika gagal berbuat demikian mahkamah akan merampas wang jaminan," kata Majistret.

Sementara itu, penjamin kepada Zarina yang enggan mendedahkan namanya kepada media memberitahu mahkamah bahawa dia gagal menghubungi pelakon itu.

"Tertuduh sebelum ini sering bertukar peguam bagi mewakilinya dalam kes itu.

Bagaimanapun, peguam baharu yang sepatutnya mewakili pelakon itu juga tidak kelihatan," kata Siti Fatimah.

Hari ini, pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri 'Anak Pontianak' sepatutnya memberi keterangannya.

Sementara itu, rakan Zarina, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, yang didakwa bersama-sama artis itu hadir ke mahkamah.

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Dis 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000, jika sabit kesalahan.

sumber : bernama



Jom ketahui apa ciri-ciri lelaki Playboy, bagaimana cara mengenali lelaki Playboy atau kaki perempuan ataupun lelaki kasanova? Secara dasarnya, Lelaki Playboy adalah lelaki yang mempunyai ramai teman wanita dan bagi mereka seorang teman wanita adalah tidak mencukupi buat mereka.

Lelaki Playboy tidak semestinya mempunyai rupa paras yang hensem, macho atau kacak. Rupa biasa-biasa sahaja pun boleh menjadi playboy asalkan mereka mempunyai ciri-ciri seorang Playboy. Lagilah kalau rupa hensem adalah satu bonus untuk mereka. Mereka juga sanggup berpura-pura mengenepikan sifat wanita yang dibenci lelaki untuk menjadi Playboy.

Di bawah ini ialah 10 senarai ciri-ciri lelaki playboy yang perlu anda tahu, khususnya bagi kaum perempuan:

Apa Ciri-Ciri Lelaki Playboy Atau Kaki Perempuan, Kasanova

1) Sangat Mudah Mengungkapkan Kata Cinta
Lelaki Playboy sangat mudah untuk mengungkapkan kata cinta atau I Love U kepada wanita yang baru dikenalinya. Kalau ada lelaki yang mengungkapkan kata cinta beberapa hari sahaja selepas berkenalan, sila berhati-hati kerana hampir pasti lelaki itu seorang Playboy dan tidak serius dan cuma main-main sahaja.

2) Banyak Kawan Perempuan
Salah satu ciri-ciri wajib bagi lelaki playboy atau kaki perempuan ialah mempunyai banyak kawan perempuan. Oleh itu, jangan hairan kalau ada antara rakan-rakan anda kenal dengan dia.

3) Tidak Menjawab Panggilan Telefon/Whatsapp/WeChat/SMS dll
Lelaki Playboy jarang mahu menjawab sebarang panggilan ketika bersama anda kerana kemungkinan wanita lain yang menelefonnya ketika itu. Kalau dia sudah kerap sangat tidak menjawab panggilan telefon, maka besar kemungkinan wanita lain yang menelefonnya. Begitu juga dengan mesej dari Whatsapp, WeChat, Messenger, SMS dll. Awas, kalau mereka ada menunjukkan yang mereka membalas panggilan/message secara sembunyi-sembunyi.

4) Pandai Berkata-kata
Lelaki Playboy sangat pandai berkata-kata dalam perbualannya walaupun kebanyakannya cuma kata kosong atau temberang semata-mata. Mereka juga sangat pandai memujuk wanita dan membuatkan hati mereka cair.

5) Suka Berahsia Akan Aktivitinya
Mereka tidak akan suka menunjuk-nunjuk akan aktiviti sehariannya kerana takut kantoi dan orang akan tahu akan cintanya curang. Mereka juga akan hanya memberitahu akan aktiviti mereka apabila dianya bermulang kali dengan tidak berapa rela.

6) Mempunyai Lebih Daripada Satu Nombor Telefon
Lelaki playboy biasanya akan menggunakan nombor telefon yang berlainan untuk memikat wanita. Biasanya satu nombor memang untuk personal dan nombor-nombor yang lain digunakan untuk memikat wanita-wanita di luar sana. Lelaki Playboy ini juga kerap bertukar nombor telefon.

7) Pentingkan Privasi Sendiri
Mereka tidak suka dan tidk benarkan orang lain menggunakan dan membelek-belek kandungan dalam handphone mereka. Dan jika dia benarkan pun, pasti akan ada banyak access yang di lock seperti applikasi Whatsapp, WeChat, Facebook dan SMS bagi memastikan orang lain tidak dapat melihat kandungnnya.

8) Tidak Serius Dalam Perhubungan
Kalau dah namanya Playboy, memang serius dalam perhubungan tiada dalam hidup mereka. Oleh sebab itu, lelaki Playboy ini biasanya akan menunjukkan sikap seolah-olah dia serius dan mengambil berat pada awal perkenalan sahaja walaupun yang sebenarnya mereka tidak serius dalam relationship mereka. Sekejap sahaja mereka akan kembali ke sifat asal dan memberi banyak alasan.

9) Suka Bergaya dan Pentingkan Penampilan
Lelaki yang Playboy sangat pentingkan penampilan dan suka bergaya. Mereka juga tidak suka kelihatan selekeh jika keluar dari rumah. Melalui penampilan juga mereka akan cuba memikat wanita-wanita lain yang mereka minat.

10) Mudah Mesra Dengan Perempuan
Lagi ciri-ciri Lelaki Playboy biasanya mudah mesra dan ramah dengan kawan perempuan yang baru dikenali sebab mereka memang sudah masak dengan sikap perempuan. Walaubagaimanapun, tidak semestinya semua lelaki yang mesra dan ramah dengan perempuan itu adalah Playboy

Sumber : kakipromo.com


KOTA KINABALU: Polis menahan seorang penyelam dari China yang berpengkalan di Semporna selepas mengenal pasti dirinya adalah salah seorang suspek dalam gambar bogel yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa di pekan Semporna kira-kira pukul 11.15 malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, suspek akan ditahan reman sehingga 25 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kejadian di mana gambar beberapa lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel dan separuh bogel dimuat naik di halaman Facebook.

"Sesiapa yang didapati berkelakuan tidak senonoh di kawasan awam boleh dihukum di bawah undang-undang dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Suspek mempunyai lesen Persatuan Pengajar Menyelam Profesional (Padi) dan kerap menganjurkan lawatan dan aktiviti menyelam di sekitar Semporna untuk pelancong China.

Insiden terbaru melibatkan pelancong dipercayai telah berlaku di Sibuan, salah sebuah daripada pulau di Semporna.

Salah satu gambar menunjukkan gambar tiga wanita tanpa baju yang diambil dari belakang, dan satu lagi menunjukkan gambar tujuh lelaki sedang berbogel gambar dari belakang bersama seorang wanita memakai coli dan seluar pendek menghadap kamera.

Ketua Polis Semporna Superintendan Peter Umbuas berkata tidak dipastikan bila ia berlaku, sama ada dua minggu lalu atau mungkin pada tahun 2013.

Pada 31 Mei, gambar pelancong Eropah berbogel di puncak Gunung Kinabalu menimbulkan kekecohan, dengan penduduk tempatan berkata ia tidak menghormati penduduk dan budaya Sabah.

Empat daripada mereka yang dikenal pasti adalah warga British, Belanda dan dua Kanada, didakwa di mahkamah dan dihukum tiga hari penjara dan kemudian diperintahkan untuk meninggalkan Sabah.

Sumber : Mstar Online


Berita terkini dan video penuh kes wanita atau gadis gaduh di Bachok Kelantan Part 3 trending dilaman sosial. Susulan penyebaran video part 1 dan part 2 menerusi laman sosial, rata-rata pengguna laman sosial mencari sambungan bahagian part 3. Untuk info, sambungan kes pergaduhan part 3 adalah sangat mengaibkan mangsa dan tidak sesuai untuk tontonan bawah umum. Terdahulu, seorang wanita berusia 20an telah ditahan pihak Polis susulan memukul seorang mangsa. Dalam rakaman video terbabit, mangsa dipukul dengan teruk dan diaibkan ditempat terbuka. Difahamkan motif pergaduhan adalah disebabkan cemburu buta.

Gambar  Kes Wanita Gaduh Di Bachok Kelantan 




Gambar Suspek Kes Wanita Gaduh Di Bachok Kelantan Ditahan Polis



Punca Pergaduhan Wanita Di Bachok Kelantan Tersebar
Media sebelum ini menyebarkan punca pergaduhan susulan penipuan mangsa dalam perniagaan online. Namun, saksi kenalan rapat mangsa dilaman sosial menafikan pergaduhan akibat penipuan peniagaan online. Saksi menyatakan pergaduhan disebabkan cemburu buta. Difahamkan, teman lelaki suspek telah mempunyai hubungan dengan mangsa selepas mereka berpisah. Info tambahan, teman lelaki suspek adalah anak golongan berada.

Video Kes Wanita Gaduh Di Bachok Kelantan Part 1


Video Kes Wanita Gaduh Di Bachok Kelantan Part 2


Video Kes Wanita Gaduh Di Bachok Kelantan Part 3
Video part 3 telah ditapis (sensored) kerana suspek telah mengaibkan mangsa.


Live streaming perlawanan akhir Istiklol FC VS JDT Final Piala AFC 2015. Johor Darul Takzim buat pertama kalinya telah berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran juara Piala AFC 2015 menentang Istiklol FC pada 31 Oktober 2015. Perlawanan akhir itu akan bertempat di Stadium Republik Dushanbe Tajikistan bermula pada jam 11.00 malam waktu Malaysia. Bagi yang ingin mendapatkan tiket, pihak JDT dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenai tiket final piala AFC dijangka pada 26 Oktober 2015. Terdahulu, JDT yang sepatutnya bertemu dengan Kuwait Qadsia SC pada perlawanan timbal balik kedua separuh akhir Piala AFC 2015 terpaksa dibatalkan susulan persatuan bolasepak Kuwait dikenakan tindakan undang-undang oleh FIFA. Saksikan live streaming  perlawanan  diantara Istiklol FC Vs JDT Final Piala AFC 2015 yang hebat ini.

Live Streaming  Istiklol FC Vs JDT Final Piala AFC 2015
  • Live Streaming DISINI
  • Tarikh: 31 Oktober 2015 Sabtu
  • Masa: 11.00 malam Waktu Malaysia
  • Lokasi: Stadium Republik Dushanbe Tajikistan
  • Siaran Rasmi: Saluran TV9


Berita terkini jerebu senarai sekolah cuti tutup esok Rabu 21 Oktober 2015. Menerusi bacaan IPU jerebu terkini setakat pada petang selasa, beberapa kawasan mengalami peningkatan bacaan IPU Jerebu antaranya adalah Selangor, KL, Putrajaya , Kedah (Kuala Muda/ Yan), Perak (Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung, Tanjung Malim) dan Sarawak (Kuching, Padawan, Bau, Samarahan, Lundu, Serian, Simunjan, Lubok Antu) mencatat paras tidak sihat. Sehubungan itu, semua sekolah di daerah negeri berkenaan ditutup pada esok rabu 21 oktober 2015. Perkara itu telah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidkan Malaysia pada petang selasa 20 oktober 2015. Bagaimanapun, sekolah di Negeri Sembilan, Melaka, Sabah (Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna) dan Johor haruslah dibuka semula pada esok rabu 21 oktober 2015.

Senarai Sekolah Tutup Esok 21.10.2015 Mengikut Pekeliling KPM
Berikut adalah senarai sekolah yang perlu ditutup esok rabu 21 oktober 2015:
  • Semua Sekolah di Selangor
  • Semua Sekolah di Kuala Lumpur
  • Semua Sekolah di Putrajaya
  • Semua Sekolah di Kedah (Kuala Muda/ Yan)
  • Semua Sekolah di Perak (Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung, Tanjung Malim)
  • Semua Sekolah di Sarawak (Kuching, Padawan, Bau, Samarahan, Lundu, Serian, Simunjan, Lubok Antu)


Seorang wanita 29 tahun mendakwa dicabul seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor. Hanya mahu dikenali sebagai “Miss T”, beliau mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.

Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu berkata mahu memeriksa pernafasan beliau tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju beberapa minit.

Miss T juga mendakwa doktor kemudian mengarahkannya membuka baju, termasuk coli tetapi beliau menolak sebelum doktor itu memasukkan tangan ke dalam baju dan menyentuh payudaranya lagi.

Curiga dengan langkah itu, Miss T berkata beliau memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama. Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini wanita itu masih belum dipanggil memberikan keterangan.

“Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit.

“Saya tak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain,” kata Miss T dalam sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang hari ini. Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin dalam sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.

Beliau hadir dalam sidang media memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi - malaysiakini.com


PETALING JAYA: Persekutuan Pesatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) diminta menyiasat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gagal menangani masalah rasuah serta melunaskan hasil bayaran hak penyiaran kepada kelab liga tempatan.

Perkara itu disuarakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Mungkin FIFA boleh menyoal mereka atau melakukan siasatan kerana ia jelas menunjukkan perkembangan tidak sihat.

“Tidak ada pegawai yang berminat untuk bergerak lebih ke depan dan memajukan bola sepak ke satu tahap lebih baik.

“Tetapi semuanya lebih berminat demi kepentingan kedudukan sendiri. Kebanyakan kelab dikendalikan oleh ahli politik dan mereka hanya mahu mengambil langkah selamat,” kata Baginda yang dipetik menerusi laporan Reuters.

Januari lalu, FAM mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan MP & Silva yang menyatakan komitmen untuk menjana sekurang-kurangnya RM1.2 bilion ketika usaha menswastakan Liga Malaysia musim depan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain,Tunku Ismail mahu badan induk bola sepak negara itu bertanggungjawab atas kekalahan besar pasukan kebangsaan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 baru-baru ini.

Turut dibangkitkan kedudukan Malaysia yang semakin tercorot di ranking dunia yang kini berada pada tempat 171 - freemalaysiatoday.com


KUALA LUMPUR: Abdul Rani Kulup tampil mempertahankan tindakan pemilik Range Rover yang memukul pekerja Bangladesh kerana dikatakan bertindak kurang ajar dan mengotori kenderaannya.

Rani yang menggelarkan dirinya Ayah berkata, tindakan pemilik kenderaan itu tidak salah sebaliknya pekerja Bangladesh dan pemilik pusat cuci kenderaan itu patut dipersalahkan.

“Nasib baik dia pukul , kalau saya, mungkin saya suruh pekerja berguling atas padang,” katanya yang juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia.

Rani berkata, pemilik perniagaan patut juga dipersalahkan kerana tidak menjaga dan melatih pekerja asing supaya menghormati pelanggan.

“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesyen pam minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan… hati pelanggan sejuk,” katanya.

Dia ditemui selepas membuat laporan polis berhubung kes pukul pekerja Bangladesh itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Selasa.

Rani berkata, masalah pekerja asing biadab turut berlaku di kedai makan dan restoran yang menyebabkan pelanggan marah.

“Bukan salah pelanggan, pekerja yang salah dan pengurus yang tak tahu mengurus pekerja sehingga mereka biadap kepada pelanggan,” katanya terkenal dengan hashtag kipidap - freemalaysiatoday.com 



Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini membuat kejutan apabila tampil dengan rambut baharu berwarna emas. Gambar-gambar baginda dengan rambut barunya itu dimuat naik dengan status "Tahniah JDT" di laman Facebook Johor Southern Tiger.

Terkejut dengan penampilan tersebut, ada yang memberikan pandangan negatif dan ada juga yang memberi pandangan positif dengan berkata TMJ mempunyai maksud tersirat mewarnakan rambuat sedemikian rupa.

Gambar-gambar tersebut disusuli dengan satu video oleh baginda yang mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang layak ke perlawanan akhir piala AFC.

Beberapa jam kemudian, TMJ sekali lagi tampil di Facebook JOHOR Southern Tigers dengan satu status "makan dalam" keyword warrior yang bertajuk "The Best Business in The World is to Mind Your Own Business".

Di dalam status terbabit, TMJ menceritakan satu kisah dimana baginda didatangi oleh PDRM yang memaparkan gambar dua individu yang memburukkan baginda dan keluarga baginda.

"Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya".

"Setelah melihat rupa "keyboard warrior" tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia.", tulis baginda - siakapkeli.my

HARAPKAN pegar, pegar makan padi! Guru yang diharapkan dapat membantu mendidik anak-anak untuk menjadi insan berguna, sebaliknya mengambil kesempatan dengan mengadakan hubungan seks dengan anak murid mereka sendiri. Artikel ini memperkenalkan senarai 8 para pendidik yang telah dihadapkan ke muka pengadilan akibat tidak dapat menahan diri daripada nafsu:


1. Brianne Altice
Guru Bahasa Inggeris dari Utah telah dijatuhkan hukuman minimum 2 tahun dalam penjara setelah mendera 3 orang pelajar lelakinya secara seksual. “Dia seorang yang sentiasa mengejar perhatian,” kata salah seorang murid dari Davis High School, iaitu sekolah tinggi di mana Altice mengajar. “Cuma tak sangka pula dia boleh pergi sejauh ini.”


2. Carrie McCandless
McCandless dan kekasihnya yang berusia 17 tahun bertemu ketika sesi persekolahan musim panas dan hubungan sulit mereka berterusan– sehinggalah dia dimasukkan ke dalam penjara. Pasangan ini mengirim balas SMS hampir 76 kali sehari dan pernah ‘kantoi’ bercumbu sakan di dalam sebuah kabin oleh pelajar lain semasa lawatan sekolah.


3. Elyse Cromwell
Elyse Cromwell yang berusia 27 tahun ini berkata dia cukup bertuah kerana diterima untuk menjadi guru Bahasa Inggeris di Newark Early College High School. Namun, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila dia telah dituduh melakukan hubungan seks dengan murodnya yang berusia 14 tahun. Cromwell kini meringkuk di dalam penjara selama 5 tahun akibat jenayah yang dilakukannya.


4. Debra Lafave
Selapas menamatkan pengajian di Universiti South Florida, Lafave memulakan kariernya sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah berdekatan rumahnya. Lafave kemudiannya menjalinkan skandal dengan pelajar berusia 14 tahun. Bagaimanapun, dia terlepas daripada dikenakan hukuman penjara apabila peguamnya berhujah bahawa,”Untuk meletakkan seorang wanita menarik ke dalam tempat seakan-akan lubang neraka itu, adalah seperti meletakkan daging mentah di hadapan sekumpulan singa.”


5. Broch DeGraff
Bekas cikgu dan jurulatih bola sepak di sebuah sekolah swasta di Utah telah mengakui bersalah dalam pertuduhan melakukan hubungan seksual dengan dua orang gadis berusia 15 dan 16 tahun, yang juga merupakan ahli dalam pasukan bola sepaknya. DeGraff kini berada di penjara setelah dijatuhkan hukuman selama 20 tahun atas kesalahan mendera kanak-kanak bawah umur secara seksual.


6. Irene Khan
Khan yang sebelum ini pernah berkahwin dan ibu kepada dua orang anak, dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 2 tahun selain daripada 10 tahun temph percubaan setelah dia mengadakan hubungan seksual dengan seorang pelajar lelaki di hotel bajet, dalam kereta khan dan juga rumahnya selama beberapa bulan.


7. Shelley Dufresne, Rachel Respess
Dufresne memandu pelajarnya,16, ke rumah rakan sekerjanya, Respess, selepas menonton perlawanan ragbi, di mana ketiga-tiga dikatakan telha mengadakan hubungan seks. Kedua-dua guru Bahasa Inggeris ini telah digantung kerja tanpa gaji selepas mereka diberkas. Yang peliknya, hampir kesemua guru-guru ini wanita DAN merupakan guru Bahasa Inggeris–suratan atau kebetulan? - MYNEWSHUB.CC



HONG KONG : Seorang sami wanita dituduh mencuri dari sebuah biara untuk menyara kehidupan mewahnya. 

Menurut Headline Daily, penyata keewangan biara Ting Wai yang berada dibawah pengurusan Chi Ding menunjukkan beliau membelanjakan HKD242,000 (RM131,786.11) untuk hiburan dan HKD7,000 (RM3,811.54) untuk makanan anjing.

Tinjaun wartawan Headline Daily mendapati Ding menggunakan penghawa dingin untuk sebuah bilik yang menempatkan dua anjing jenis German Shepard miliknya.

Laporan dari EJ Insight pula menyatakan biara Ting Wai mempunyai aset dan simpanan berjumlah HKD6.74 juta (RM3.66 juta) semasa Ding dilantik menjadi pengerusi pada 2005.

Siasatan mendapati hanya terdapat HKD70,000 (RM381,153.58) dalam simpanan biara berkenaan tahun lepas walaupun didakwa menerima derma HKD3 juta (RM1.63 juta) untuk tempoh sembilan tahun.

Kegiatan Chi Ding terbongkar selepas salah seorang pengarah biara tersebut, Mary Jean Reimer menuduh Ding menggelapkan sejumlah wang - sinar harian



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan pada Isnin mengesahkan berlaku penularan wabak demam kepialu di beberapa kawasan bandar di ibu negara dengan 32 kes direkodkan sejak 18 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada semua kes jangkitan itu, Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4). Bagaimanapun, katanya, tiada kematian dilaporkan.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan mula mengesan kes demam kepialu sejak minggu pertama Ogos apabila menerima tujuh notifikasi membabitkan buruh binaan di Cheras yang bekerja berdekatan pusat bandar.


Katanya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan demam kepialu.

"Namun, hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman.

Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu hingga tiga minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Malahan, pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah.

Jika tidak dirawat, gejala itu boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak dan psikosis.

Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala dan pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 37 orang yang berhubungan dengan pesakit terdiri daripada ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan, telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa.

Jelas beliau lagi, kira-kira 79 sampel najis dan empat sampel bekalan air minuman diambil bagi mengesan kehadiran bakteria tersebut.

Namun, katanya, masih belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella typhii setakat ini.

"Kejadian demam kepialu bukanlah keadaan luar biasa di Kuala Lumpur, dengan bilangan kes sejak lima tahun lalu adalah di antara tujuh hingga 35 kes setahun," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelakkan jangkitan.

"Pilih kedai atau gerai makan yang bersih, termasuk juga pekerja-pekerja khususnya pengendali makanan yang bersih. Kebersihan diri juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas," katanya.

Tambah beliau lagi, Kementerian Kesihatan sedang berusaha keras untuk mencegah penularan jangkitan penyakit ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
"Dapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala demam kepialu bagi mengelakkan komplikasi," katanya - mstar online



Harga terkini kad prabayar atau prepaid lebih murah mulai 1 November 2015. Menerusi pengumuman baharu harga top up berkuatkuasa mulai november 2015, harga top up adalah kekal pada harga sebelum pelaksanaan GST. Ini bermakna jika anda membeli harga top up bernilai RM10.00 maka anda tidak perlu lagi membayar RM10.60 termasuk GST mulai 1 November 2015. Pada masa yang sama, tiada potongan nilai cukai daripada jumlah tambahan nilai kad prabayar tersebut.

Harga Terkini Kad Prabayar Murah Mulai 1 November 2015
Harga Baharu Mulai 1 November 2015: RM10.00 kekal dibeli pada RM10.00. Tiada potongan cukai GST daripada pembelian kad prabayar anda.

Harga Selepas GST 1 April 2015: RM10.00 kad prabayar dikenakan GST sebanyak 0.60 sen dan menjadikan kad prabayar anda bernilai RM10.60. Namun harga RM10.00 sahaja adalah tambah nilai anda manakala 60 sen dipotong susulan cukai GST.



Berita terkini jerebu senarai sekolah cuti tutup hari ini selasa 20 Oktober 2015. Semua sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak (Kuching dan Samarahan) dan Sabah (Kunak, Tawau, Lahad Datu, Semporna) tutup pada hari ini selasa 20 Oktober 2015 berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan. Pengumuman itu telah diumumkan secara rasmi oleh kementerian pendidikan Malaysia pada petang isnin 19 oktober 2015.

Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup Hari Ini 20.10.2015
Senarai sekolah tutup hari ini selasa 20 Oktober 2015 antaranya adalah:
  • Semua Sekolah di Negeri Sembilan
  • Semua Sekolah di Selangor
  • Semua Sekolah di Putrajaya
  • Semua Sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Semua Sekolah di Melaka
  • Semua Sekolah di Sabah (Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna)
  • Semua Sekolah di Sarawak (Kuching, Samarahan)
  • Semua Sekolah di Johor ( Muar, Ledang dan Segamat)



Live streaming Gegar Vaganza 2015 Musim 2 Astro. Siaran langsung program realiti nyanyian Gegar Vaganza yang disertai oleh 12 peserta otai dalam industri hiburan tanah air akan menemui penonton mulai 18 Oktober 2015 pada setiap Ahad menerusi saluran Astro Ria (104) dan saluran Astro Ria HD. Berikut adalah senarai peserta dan jadual waktu siaran langsung Gegar Vaganza 2015.

Jadual Siaran Gegar Vaganza 2015 Astro
Tarikh: Mulai 18 Oktober 2015 setiap Ahad
Masa: 9.00 malam
Pengacara: Nabil Ahmad dan Jihan Muse
Saluran Rasmi: Astro Ria 104 dan Astro Ria HD



Video Tonton Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 1 secara full online. Program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim kedua kini sudah mula bersiaran mulai 18 Oktober 2015 setiap Ahad bermula pada jam 9.00 malam. Seramai 12 peserta otai tanah air antaranya adalah Nasier Wahab, Ezad Lazim, Faradhiya, Haiza, Sheeda, Siti Nordiana, Zul Handyblack, Acong Sweet Child, Nizam Laksamana, Amir Ukays, Azian Mazwan dan Ezlynn berentap pada minggu pertama Konsert Gegar Vaganza. Bagi anda yang tidak dapat menonton Gegar Vaganza 2015 minggu pertama, anda boleh tonton dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Video Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu 1 Online

Biodata atau profil Dai Hamidah Juara atau Pemenang Program Dai 2015 TV3. Tahniah diucapkan kepada Dai Hamidah kerana telah dinobatkan selaku Juara Dai musim ketiga di Pentas Akhir pada Ahad 18 Oktober 2015. Selaku juara, Dai Hamidah membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta hadiah sampingan. Selain itu, Dai Hamidah turut memenangi satu lagi Anugerah khas iaitu Finalis Pilihan Dherbs dengan membawa pulang trofi dan ipad. Pada masa yang sama, Dai Fuad dan Dai Hidayu masing-masing membawa pulang wang saguhati bernilai RM5,000 berserta hadian iringan.

Biodata Dai Hamidah Juara Pemenang Dai 2015 TV3
Nama Penuh: Hamidah Binti Abdul Razak
Umur: 23 Tahun
Asal: Kedah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Mudah Pengajian Akidah dan Agama
Lokasi Pengajian: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Kejayaan: Menjuarai Program Dai TV3 2015 Musim Ketiga, Menang Anugerah Finalis Pilihan DHerbs

Dai Hamidah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi, pakej umrah dan saham PNB selepas mengutip markah keseluruhan sebanyak 85.9 peratus.Selain dinobatkan Juara Dai 2015, Hamidah turut dipilih sebagai Da’i Pilihan D’Herbs dengan membawa pulang trofi dan iPad.

Gambar Dai Hamidah Juara Pemenang Dai 2015 TV3










Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget