2015-10-11


Biodata Sufi AF2015 | Tahniah kepada Sufi kerana telah merangkul kejuaraan dan dinobatkan sebagai juara AF2015.

Berikut merupakan Biodata Sufi AF2015.
  • Nama : Mohammad Sufie Rashid
  • Asal : Singapura
  • Umur : 24 tahun (Lahir 1991)
  • Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura
  • Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014)
  • Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio
  • Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014)
  • Menggemari genre pop rock, R&B dan balada
  • Berbakat mencipta lagu sendiri
  • Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass
  • Inspirasi – Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan & Ramli Sarip – lebih menggemari lagu-lagu evergreen


Cara semak dan ketahui tarikh lahir anda mengikut dalam Kalendar Islam. Jika ditanya tarikh anda, semua orang boleh jawab sebab tarikh lahir anda menggunakan kalendar Masihi. Bila ditanya mengenai tarikh lahir anda dalam kalendar Islam (Hijriah), pasti semua tidak dapat jawab. Menarik yang akan admin kongsikan, berikut adalah semakan online tarikh lahir anda mengikut kalendar Islam. Selamat Mencuba.

Cara semak ketahui tarikh lahir mengikut kalendar islam boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi berikut : Applikasi Semak Tarikh Lahir Dalam Kalendar Islam



KUALA LUMPUR: Kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat malang Malaysia Airlines MH17 langsung tidak menyedari situasi mereka apabila pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu di timur Ukraine tahun lepas. Lembaga Keselamatan Belanda berkata penumpang terdedah kepada faktor ekstrem yang berlaku hampir serta merta.

"Bergantung kepada pelbagai faktor seperti kedudukan penumpang di dalam kabin semasa detik impak, faktornya tidak sama bagi semua penumpang," kata lembaga itu dalam ringkasan laporan akhirnya setebal 20 muka surat mengenai kejadian MH17 terhempas.Kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 itu yang dalam penerbangan menuju Kuala Lumpur daripada Amsterdam terbunuh apabila pesawat berkenaan ditembak jatuh di ruang udara Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu. Lembaga tersebut melaporkan sejumlah penumpang dengan serta merta mengalami kecederaan parah yang menyebabkan kematian mereka.

"Bagi yang lain, mereka menjadi tidak sedarkan diri dalam sekelip mata. Tidak dapat dipastikan dengan tepat pada detik mana penumpang meninggal dunia, tetapi yang pasti impak di tanah menyebabkan tiada penumpang yang hidup," kata lembaga berkenaan.Laporan tersebut memfokus kepada empat aspek iaitu punca kematian, isu penerbangan di kawasan zon konflik, sebab saudara mara mangsa warga Belanda terpaksa menunggu antara dua hingga empat hari untuk mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa Belanda sama ada orang kesayangan mereka berada di dalam pesawat dan akhirnya mengenai persoalan setakat mana penumpang berada dalam keadaan sedar semasa pesawat terhempas.

Laporan dikeluarkan selepas 15 bulan tragedi berlaku hasil siasatan bersama pihak Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia . Anda boleh membaca laporan kes ini  DISINI  - astroawani.com 



WILTSHIRE - BRITAIN. Sekeping biskut yang didakwa sebahagian daripada kit kecemasan yang disimpan di bot simpanan kapal Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08). Menurut ITV News Reports, biskut itu disimpan oleh seorang penumpang bot SS Carpathia yang membantu operasi menyelamat kapal Titanic.

Penumpang tersebut, James Fenwick menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem Kodak berserta nota tertulis 'Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912'. Di biskut berkenaan tertulis 'Sallers & Bakers' dan 'Pilot'. Biskut tersebut dianggap sebagai artifak dan akan dilelongkan melalui Henry Aldridge & Son di Devices 24 Oktober nanti, lapor sinar harian


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada penganjur persidangan "Love and Sex With Robot" sekiranya program itu tetap dianjurkan. Program tersebut dijadualkan berlangsung di Johor pada bulan November.

"Saya akan mengambil tindakan tegas kepada mereka, ini bukan negara yang membenarkan seks bebas seperti mana yang mereka cuba anjurkan, mereka (penganjur) sudah mula hendak bawa masuk budaya songsang daripada luar negara, ini tidak sekali-kali dibenarkan, ini diharamkan!



"Sedangkan melakukan seks anal sudah menjadi satu kesalahan, apatah lagi dengan robot," katanya memetik laporan dari Bernama.

Khalid menambah pihaknya akan mengambil tindakan kepada penganjur jika program itu dilaksanakan walaupun tidak menerima sebarang laporan polis.

"Tidak perlu laporan polis, kita akan ambil tindakan. Ada banyak undang-undang yang kita boleh gunakan," katanya.

Pada awal bulan ini, portal berita Australia melaporkan ahli akademik akan berkumpul di Malaysia bagi persidangan "Love and Sex with Robot" bagi membincangkan isu undang-undang, etika dan moral yang berkaitan dengan topik. - Siakapkeli.my


Walau pun kurang diperkatakan di negara ini, ramai juga yang maklum semalam merupakan ‘No Bra Day’ atau Hari Tanpa Coli yang disambut di negara barat. Tarikh 13 Oktober dipilih oleh aktivis kanser payudara sejak 2011 sebagai hari yang diraikan untuk mengingatkan masyarakat tentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita.

Pada tarikh ini wanita digalakkan memakai pakaian tanpa coli sebagai simbolik menyokong penghidap kanser payudara yang berjaya melawan penyakit ini tetapi kehilangan aset penting buat wanita. Kempen ini mendapat sokongan memberangsangkan apabila ramai kaum hawa berkongsi gambar tanpa coli mereka di laman sosial semalam dengan hashtag #nobraday.

Di bawah, kami kongsikan gambar beberapa selebriti Hollywood yang turut tampil ‘no bra’ sebagai tanda sokongan kepada kempen ini. Sebenarnya kalau bukan sebab No Bra Day pun, selebriti Hollywood sudah lama diketahui gemar tampil tanpa memakai pakaian dalam.

Tapi di Malaysia ni walau apa pun alasannya; tak payahlah nak mengada-ngada sambut No Bra Day jugak bila keluar rumah macam wanita dan selebriti Barat nun. Ia bukan sahaja menyalahi agama malah melanggar budaya Timur, adab dan tata susila seorang perempuan. – mynewshub.cc













SEBENTAR tadi, sidang media daripada pasukan penyiasat antarabangsa telah mengumumkan keputusan mengenai laporan terakhir siasatan MH17. Di mana Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan telah mengesahkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK, di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Siasatan tampil bersama rangka pesawat MH17 yang ditembak beserta penstrukturan kecil dilakukan semula dengan menggunakan serpihan yang ada.Selain rangka pesawat, turut dipaparkan kronologi bagaimana pesawat MH17 ditembak setelah diadaptasikan dalam bentuk video animasi.

Menurut video berkenaan, pengesahan jenis misil yang digunakan berjaya dikenalpasti dengan penemuan serpihan misil terbabit di kawasan kejadian.Misil BUK tersebut kemudiannya meletup di hadapan sebelah kiri kepala pesawat dan menyebabkan serpihan-serpihan dari peledak peluru berpandu itu menembusi badan pesawat sehingga terkena juruterbang yang dikatakan mati dengan serta merta. – MYNEWSHUB.CC


Dibayangi imej sebagai penjual diri, bekas model majalah dewasa Anggita Sari kini dilaporkan mahu menceburi bidang lain. Anggita berharap dia dapat bekerja di pejabat saja.

Peguamnya, Pieter Ell berkata pengauan dibuat Anggita itu dilakukan secara sedar dan insaf serta dengan keinginan sendiri.

"Malah ketika ini keadaan anak guam saya dalam keadaan baik dan tidak murung," katanya.

Sebelum ini media melaporkan Anggita terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan. Dua individu yang disebut menjadi orang tengah membantu Anggita memperdagangkan tubuhnya dikenali sebagai Alfania Tiarsilsila dan Alen Saputra.

Menurut Pieter Anggita kini tidak lagi melacurkan dirinya sebaliknya berharap dengan kelulusan ekonomi yang diperolehnya di universiti, bekas model jelita itu dapat meyakinkan mana-mana pihak untuk mengambilnya bekerja.

"Dia sedang gigih menghantar surat ke syarikat untuk mencari peluang pekerjaan. Anggita ingin bekerja di pejabat saja," katanya.


Aktiviti pelacuran kelas atasan itu terbongkar apabila Anggita ditangkap polis Surabaya di sebuah hotel di Jalan Embong Malang pada awal September lalu.

Ketika ditangkap, Anggita Sari dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah dan baru lepas melayan dua pelanggan lelaki.

Kes berkenaan masih belum diselesaikan kerana pihak polis dalam proses mendakwanya di mahkamah.

Namun setakat ini Anggita boleh menarik nafas lega kerana dia tidak dijadikan tertuduh bersama Alfania dan Alen, sebaliknya diperlukan pihak pendakwa sebagai saksi.

Berikut adalah beberapa info menarik mengenai Anggita:
  • Model kelahiran Jakarta pada 26 Desember 1992 ini memulakan kerjaya sebagai model selepas terpilih 10 peserta finalis pertandingan anjuran majalah FHM pada 2011
  • Dia kemudian dikenalis ebagai model majalah dewasa, Popular
  • Pernah berpacaran dengan Henry Baskoro Hendarso, iaitu anak lelaki Ketua Polis Indonesia
  • Henry juga adalah bekas suami penyanyi Ayu Ting Ting
  • Salah seorang teman lelakinya adalah pengedar dadah yang kini menunggu hukuman mati
  • Mengikuti pengajian komunikasi pemasaran di universiti
  • Walaupun sibuk dalam dunia peragaan, dia mendakwa tidak mengabaikan pengajian di Universiti Bina Nusantara, Jakarta
  • Hobinya ialah beraksi di depan kamera dan melancong
  • Instagram adalah salah satu media sosial paling digemarinya
sumber : malaysiakini


Cara pembelajaran yang biasa bagi sesetengah mata pelajaran mungkin agak membosankan, sekiranya guru hanya bercakap berdasarkan apa yang ditulis di dalam buku, mahupun gaya penyampaian yang mendatar. Namun tidak bagi guru ini. Debby Heerkens, seorang guru biologi di Groene Hart Rijnwoude mempunyai cara tersendiri dan menarik untuk membolehkan para pelajarnya mengingati struktur badan manusia.

Pada mulanya, para pelajarnya terkejut kerana menyangka Debby mahu berbogel ketika dia mengambil tempat berdiri di atas meja dan menanggalkan bajunya. Rupa-rupanya dia memakai sut getah yang tercetak bahagian otot dan rangka manusia. Idea pembelajaran itu diperolehi Debby selepas melihat seorang wanita memakai legging dan segera memaklumkannya kepada guru besar untuk kebenaran. Video pembelajaran Debby yang dikongsi di laman sosial mendapat perkongsian lebih 100,000 pelayar dan rata-rata memuji ideanya yang menarik. -Siakapkeli.my


Biologie op Groene Hart Rijnwoude is echt supercool!!!
Posted by Groene Hart scholen on Monday, 5 October 2015



MELAKA: Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) hancur selepas diletupkan oleh perompak menggunakan bom buatan sendiri sebelum melarikan sejumlah wang, pagi tadi. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.05 pagi di Ayer Keroh Height itu menyebabkan wang berterabur di atas lantai. Difahamkan, penjenayah memakai topeng muka dan menaiki kereta Mercedes Benz putih.

Bagaimanapun, perompak dilaporkan telah meninggalkan sebutir bom paip yang belum diletupkan di dalam premis terletaknya ATM berkenaan. Unit pemusnah bom (UPB) dari Bukit Aman berjaya meletupkan bom berkenaan sekitar 10.25 pagi menggunakan robot. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah memaklumkan kejadian dipercayai didalangi oleh sekumpulan tiga perompak. Jumlah kerugian masih disiasat. - Siakapkeli.my


Lirik lagu Hidup Dalam Mati Syamel AF 2015 lagu single album terbaru. Muzik video Hidup Dalam Mati nyanyian oleh Syamel terbitan DD Music Sdn Bhd secara rasmi telah dikeluarkan dan kini berkumandang di Stesyen Radio tempatan. Untuk info, lagu single Hidup Dalam Mati adalah ciptaan Syamel sendiri dan begitu juga dengan lirik yang di ilham oleh Syamel.

Video Dan Lirik Lagu Hidup Dalam Mati Syamel AF 2015 Single Terbaru
Komposer : Syamel Penulis
Lirik : Syamel
Penerbit : DD Music Sdn Bhd

Lirik Lagu Hidup Dalam Mati Syamel AF 2015

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati
Hidup dalam mati


Siaran langsung kelayakan Piala Dunia 2018 antara Timur Leste lawan Malaysia bertempat di Stadium Perbandaran Dili, Timor Leste bermula pada jam 2.30 petang waktu Malaysia. Siaran Eksklusif secara live turut disiarkan menerusi Astro Arena saluran 801 bermula pada jam 2.30 petang. Bagi anda yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Malaysia menentang Timor Leste Aksi Kelayakan Piala Dunia 2018. Kami juga akan mengemaskini keputusan perlawanan dari semasa ke semasa sehinggalah perlawanan tamat. 

Live Streaming Malaysia Vs Timor Leste 13.10.2015 Online
Server 1: BPTV
Jadual Timor Leste Vs Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2018
Tarikh: 13 Oktober 2015 (Selasa)
Masa: 2.30 petang waktu Malaysia
Lokasi: Stadium Perbandaran Dili, Timor Leste
Siaran Rasmi: Astro Arena 801 saluran 801 bermula pada jam 2.30 petang

Keputusan Perlawanan Di antara Malaysia Vs Timor Leste 13.10.2015 
Masa Penuh
Malaysia        :  1 (10' Amri Yahyah)
Timor Leste  :  0


Harga terkini ganti IC atau Kad Pengenalan Hilang mulai 15 Oktober 2015. Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memandang serius terhadap kecuaian individu yang menghilangkan kad pengenalan samaada dengan sengaja atau cuai. Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2015, denda RM100 jika pertama kali manakala RM300 bagi kali kedua, RM1000 kali ketiga dan seterusnya.

Harga Ganti IC Kad Pengenalan Hilang Mulai 15 Oktober 2015
  • Pertama Kali: RM100
  • Kedua Kali: RM300
  • Ketiga Kali: RM1000

Cara Ganti Kad Pengenalan Hilang

1. Segera buat laporan polis

2. Hadirkan diri ke JPN dan bawa salinan laporan polis

3. Anda akan diberikan resit kad pengenalan sementara sebelum kad pengenalan sebenar siap.



Keputusan rasmi Juara Pemenang AF 2015 Konsert Akademi Fantasia minggu akhir. Malam kemuncak AF 2015 kini berada di minggu final dan menyaksikan 4 finalis berempat untuk merebut gelaran juara di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad 11 Oktober 2015. Empat finalis tersebut adalah Sufi, Sharul, Bila dan Syamel yang akan berjuang di pentas akhir untuk merebut trofi atau penyandang juara AF musim 2015. Saksikan AF 2015 minggu akhir menerusi Astro Ria (104) bermula pada jam 9.00 malam.

Keputusan Rasmi Juara AF 2015 Konsert Akhir Final

Juara: Sufi ( Tunai RM50,000 + Trofi + Pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours )

Naib Juara: Syamel ( Tunai RM30,000 + Trofi )

Tempat Ketiga: Bila ( Tunai RM20,000 + Trofi )

Tempat Keempat: Sharul ( Tunai RM15,000 + Trofi )

Gambar  Konsert Akhir Final AF 2015










Tonton Video Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Minggu Akhir atau Final secara online. Siaran langsung Konsert Akhir AF 2015 kini bertempat di Dewan MBSA Shah Alam pada Ahad 11 Oktober 2015. Seramai 4 pelajar finalis antaranya adalah Sufi, Sharul, Bila, dan Syamel akan berentap untuk merebut gelaran dan trofi juara AF 2015. Pada konsert akhir, setiap 4 finalis akan membawa dua buah lagu antaranya lagu tugasan dan album single. Siaran ekslusif secara live turut disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD bermula pada jam 9.00 malam. Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton AF 2015 Final, anda boleh tonton dilaman ini sebaik rancangan tamat.

Video Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Minggu Final Online

Persembahan Lagu Pertama

Persembahan Lagu Kedua

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget