2015-10-04

Pada awal bulan ini, seorang wanita dari Arab Saudi merakam perbuatan suaminya meraba orang gaji menggunakan telefon.

Wanita tersebut yang berang dengan perangai suaminya kemudia memuat naik video itu ke laman Facebook dengan kapsyen "Hukuman yang paling ringan buat suami seperti ini adalah dengan memalukannya".

Dengan pantas, video itu menjadi viral di laman media sosial dan wanita terbabit kini mungkin dikenakan tuduhan cuba memfitnah dan menghadapi hukuman penjara setahun. Majid Waroob, seorang peguam di Arab Saudi, memberitahu akhbar tempatan wanita terbabit mungkin telah melanggar salah satu undang-undang teknologi di Arab Saudi.

"Undang-undang ini memaktubkan hukuman berat kepada sesiapa yang menggunakan telefon bimbit berkamera atau alat lain untuk mengambil gambar seseorang dan memfitnah mereka", kata Qaroob.

Bagaimapun, tindakan wanita tersebut menyebar video itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Momina Makin menulis "Lelaki itu melanggar hukum Islam. Pertama dia telah melakukan zina. Kedua, dia melakukan serangan seksual. Lelaki ini patut dibogel dan dirotan di jalanan dihadapn semua orang. Ini hukuman setimpal untuknya".

Menurut seorang blogger pula, Al Mezzen, perbuatan wanita itu menyebar video adalah salah.

"Dia tidak tahu cara untuk mengawal situasi itu

"Apa yang telah dia lakukan adalah menyebarkan aib dan masalah peribadinya untuk dilihat oleh semua orang", kata blogger itu sambil menambah jika pasangan itu mempunyai anak, hukuman yang lebih berat akan diterima kerana kesannya bakal menjadi lebih teruk.

Sejak ia mencetus kontroversi, video terbabit telah dibuang dari laman Youtube tetapi laman web mirror.co.uk ada menyimpan video tersebut - Siakapkeli.my







Dua lelaki bertindak kurang ajar selepas mendapati tayar mereka telah dikunci oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan mencampak duit ke lantai dan memanggil seorang penguatkuasa wanita sebagai anjing.

Anggota penguatkuasa wanita itu dikatakan bertindak sedemikian setelah mendapati kenderaan tersebut diletakkan ditempat yang memang dilarang meletak kenderaan.

Melalui rakaman video, dua lelaki berkenaan dilihat marah dengan memaksa anggota penguatkuasa membuka kunci tayar berkenaan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Dia dilihat bersama rakannya cuba membuka kunci tayar berkenaan sendiri sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.

“Gua bukan tak ada duit ada banyak lagi, lu buka (kunci) la… kalau tak mau buka tak apa.. lu mau lu buka wa kasi duit (denda kompaun)… lu sekarang buka (kunci tayar), wa kasi duit…” jeritnya berulang kali.

Bagaimanapun, rakan setugas anggota penguatkuasa wanita berkenaan memberitahu bahawa mereka perlu membayar kompaun dahulu sebelum kunci tayar dibuka.

“Lu tak payah takut, wa tarak lari punya… lu tak payah ambil gambar, wa tarak takut punya.

“Lu panggil siapa pun wa tarak takut punya, wa tarak takut sama lu ma” ujar lelaki itu yang tidak berpuas hati.Kemudian dilihat rakannya telah mengeluarkan wang dan mencampakkan ke lantai dengan begitu angkuh sebagai tanda protes.
Namun anggota wanita berkenaana dilihat profesional bertindak tanpa emosi dengan mengutip duit yang dicampak itu, Namun apabila duit itu dipungut rakan lelaki tadi berkata"cepat buka, anjing!"

“Yang pi lempar duit itu awat, jatuhlah maruah kita” ulas rakannya yang kesal dengan sikap tersebut. - Siakapkeli.my


Soalan ini memeningkan bahagian antikeganasan Amerika Syarikat: Kenapa banyak kereta Toyota berakhir di tangan kumpulan bersenjata Negara Islam (IS).

Justeru, mereka meminta Toyota, pengeluar kereta kedua terbesar di dunia, membantu menentukan bagaimana IS berjaya mendapat banyak pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti dimainkan dalam video propaganda mereka.

Toyota bagaimanapun memberitahu mereka juga tiada jawapan untuk persoalan itu, laporABC News.

Syarikat itu bagaimanapun menjelaskan mempunyai dasar tidak menjual kenderaan yang mungkin diubah suai untuk aktiviti ketenteraan dan keganasan.

Dalam video September tahun lalu, beberapa model Toyota, termasuk Tacima dan Land Cruisers, dipapar dalam video kempennya di Iraq, Syra dan Libya yang membawa muatan senjata berat.

Duta Iraq ke Amerika Syarikat (AS) Lukman Faily memberitahu ABC News, selain mengubah suai kenderaan lama, kerajaannya percaya IS memperoleh ratusan model Toyota dalam tahun-tahun terakhir ini.

“Bagaimana trak baru ini... pacuan empat roda, ratusan buah – dari mana ia datang?” soalnya.

Selain Toyota, sejumlah kecil model Mitsubishi, Hyundai dan Isuzu turut kelihatan dalam video propaganda IS.

“Amat dikesali, Toyota Land Cruiser and Hilux amat berkesan hampir menjadi sebahagian daripada jenama IS,” kata Mark Wallace, bekas duta AS ke Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Wallace kini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Counter Extremism Project, NGO yang mendedahkan jaringan kewangan pengganas.

Toyota bagaimana berkata banyak model yang dipaparkan dalam video IS bukan model baru.

Persoalan berkaitan penggunaan Toyota oleh IS telah beredar sejak beberapa tahun.

Tahun lalu, laporan Public Radio International menyebut Jabatan Negara AS menghantar 43 trak Toyota kepada pemberontak Syria.

Baru-baru ini, akhbar Australia melaporkan lebih 800 trak dilaporkan hilang di Sydney sepanjang dua tahun terakhir.

Pakar dalam hal ehwal keganasan membuat spekulasi ia dihantar ke kawasan IS , lapor malaysiakini.com

Berita terkini punca letupan bom di Gua Musang Kelantan 7 Oktober 2015. Penduduk sekitar Gua Musang digemparkan dengan insiden letupan bom buatan manusia yang mengorbankan sepasang suami isteri berbangsa cina. Ketika insiden pada pukul 9.30 pagi rabu, bom buatan sendiri yang dipercayai dipasang di motor pasangan suami isteri terbabit meletup di jalan Pulai selepas Pejabat JPS Gua Musang. Kedua-dua mangsa maut serta merta selepas impak letupan bom berkenaan. Difahamkan suspek yang meletak bom dipercayai anak mangsa yang merupakan seorang penagih dadah. Berdasarkan maklumat terkini, identiti mangsa terkorban dikenalpasti sebagai Ah Mok dan isterinya, Kim Fong berusia 70-an yang bekerja sebagai penoreh getah dan menetap di Kampung Batu Papan 2.

Gambar Letupan Bom Di Gua Musang Kelantan 7.10.2015


Video Berita Kes Letupan Maut Di Gua Musang 7 Oktober 2015



Live streaming Malaysia vs Laos pada 8 Oktober 2015 online. Siaran langsung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Laos lawan Malaysia akan bertempat di Stadium Thupatemi Royal Thai Air Force Bangkok Thailand pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia bersamaan dengan 4.00 petang waktu Thailand. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran BPTV bermula pada jam 5.oo petang. Bagi anda yang ingin menyaksikan Malaysia menentang Laos secara live internet streaming, berikut adalah pautan Malaysia menentang Laos Persabahatan Antarabangsa 2015.

Live Streaming Malaysia Vs Laos 8.10.2015 Persahabatan
Server 1: BPTV Stream
Jadual Laos Vs Malaysia Persahabatan Antarabangsa 2015
Tarikh: 8 Oktober 2015 (Khamis)
Masa: 5.00 petang waktu Malaysia/ 4.00 petang waktu Thailand
Lokasi: Stadium Thupatemi Royal Thai Air Force, Bangkok Thailand
Siaran Rasmi: BPTV


Apa maksud perjanjian TPPA beserta kebaikan dan keburukan terhadap Malaysia. TPPA atau nama penuh Trans Pacific Partnership Agreement adalah perjanjian melibatkan 12 buah negara dalam bidang utama iaitu ekonomi. Perjanjian TPPA merangkumi perdagangan bebas melibatkan semua 12 negara yang terlibat. Dalam erti kata lain, ianya merupakan perjanjian perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dan 11 rakan perdagangannya.

Maksud Sebenar Perjanjian TPPA
TPPA adalah perjanjian terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA menjadikan kesemua 12 negara yang terlibat boleh berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka.

Senarai Negara Terlibat Perjanjian TPPA
Melibatkan perjanjian antara Amerika Syarikat dan 11 buah negara antaranya adalah Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Kebaikan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia
  • Memudahkan pasaran Malaysia memasuki pasaran luar negara
  • Mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat
  • Duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan dibawah TPPA
  • Meningkatkan peluang pekerjaan di negara yang menyertai perjanjian TTPA

Keburukan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia
  • Kos Ubatan Meningkat: Harga ubat akan menjadi lebih mahal kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.
  • Syarikat Gergasi Monopoli: Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara.
  • Penindasan Pekerja Tempatan: Golongan petani terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini.
  • Perlindungan Harga Intelektual: TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
  • Filem Lucah Tidak Boleh Dihalang: Tiada lagi penapisan filem kerana ianya sebagai halangan perdagangan bebas cukai.



KUALA LUMPUR: Tiada lagi suspek diburu berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais, selepas lapan individu didakwa sebelum ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, siasatan polis terhadap kes berkenaan sudah dianggap selesai.

"Tidak perlu lagi buka kertas siasatan, semua telah selesai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada siasatan polis terhadap kes berkenaan masih berjalan, atau kertas siasatan baharu akan dibuka.

Isnin lepas, enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 September lepas.

Morais dilaporkan hilang pada 4 September, dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya, lapor bernama


Borang permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2016 KPM secara Online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik kini sudah dibuka mulai 5 Oktober 2015 sehingga 20 Disember 2015. Berikut adalah cara permohonan online dan syarat kelayakan kemasukan ke program KV dan SMT 2016.

Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016 Online
Program Ditawarkan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2016
  • Program Diploma Vokasional Malaysia- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana
  • Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana
  • Program Kemahiran Vokasional- Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional
  • Sekolah Menengah Teknik Aliran Teknikal
Syarat Umum Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2016
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Berada di Tingkatan 3 pada tahun 2015
  • Telah menduduki Petaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2014.
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2016
Tarikh Tutup Permohonan

20 Disember 2015



KUALA LUMPUR: Denda 40,000 Swiss francs (kira-kira RM180,000) dan satu perlawanan tanpa penonton selain kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi.

Itulah harga yang perlu dibayar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan kekacauan yang dilakukan penyokong yang menggelarkan mereka Ultras Malaya sewaktu perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Shah Alam, pada 8 September lepas.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi FIFA, Jawatankuasa Disiplin badan induk itu turut memberikan surat amaran kepada FAM berikutan kekacauan penonton yang serius.

"FAM didapati bertanggungjawab atas kelakuan penyokong mereka, dan dalam kes ini, ia melanggar artikel 6 perenggan 5 Peraturan Piala Dunia Rusia FIFA, artikel 56, artikel 65, 67 perenggan 1 dan artikel 67 perenggan 3 Kod Disiplin FIFA, serta artikel 4 perenggan 2, artikel 29 perenggan 1 (b) dan artikel 2 Annexe C Peraturan Keselamatan Stadium FIFA.


"Prosiding disiplin membabitkan beberapa insiden termasuk bom asap dan suar yang berlaku dalam Stadium Shah Alam yang menyebabkan perlawanan dihentikan pada minit ke-88," tambah kenyataan itu.

Menurut FIFA keputusan itu dibuat selepas menganalisis semua keadaan, khususnya laporan pegawai perlawanan, kedudukan FAM serta rakaman video dan gambar berkaitan serta tahap keseriusan insiden berkenaan.

Perlawanan yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Asia 2019, berdepan dengan kekacauan penonton yang serius sehingga memaksa permainan dihentikan.

Berikutan keputusan itu, Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di laman sendiri pada 17 November di dalam stadium tanpa penonton.

"FAM telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM pada Isnin," tambah kenyataan itu. lapor BERNAMA



PETALING JAYA: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail secara rasminya bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan, sehari sebelum meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-60, iaitu umur persaraan wajib kakitangan awam.

Menurut sumber pada Isnin, Abdul Gani tidak melakukan "punch out", rutin terakhir bagi penjawat awam sebelum meninggalkan pejabat masing-masing.

Ini kerana Abdul Gani mengambil cuti sejak 27 Julai lalu.

Sumber berkata, tiada sebarang perancangan untuk mengadakan majlis rasmi untuk meraikan persaraan Abdul Gani.

Abdul Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun bermula pada Januari 2002 sebelum perkhidmatannya ditamatkan secara mengejut pada 27 Julai lalu.

Laporan sebelum ini memetik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa sebagai berkata penamatan tugas Abdul Gani adalah disebabkan masalah kesihatan.

Namun, Abdul Gani dilaporkan terkejut dengan pengumuman tersebut.

Beliau terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober 2015.

Jawatan beliau digantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkuat kuasa pada 27 Julai lalu.

Terdahulu, Abdul Gani mengetuai Pasukan Siasatan Khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Perdana Menteri membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara kes berprofil tinggi yang dikendalikan beliau adalah kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Abdul Gani memulakan kariernya pada 15 April 1980 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu dan selepas lima tahun, beliau dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan untuk Sabah pada 1985.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua bahagian pendakwaan di Jabatan Peguam Negara pada 16 Januari 1994, lapor mstar online



KUALA LUMPUR: Masalah kewangan menjadi punca Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membatalkan Konsert Bio Muzikalnya dan digantikan dengan Konsert Satu Suara Volume 2 yang bakal berlangsung di Istana Budaya di sini pada 7 dan 8 November depan.

Siti berkata, kekangan mendapat penaja untuk konsert muzikal yang berskala besar membuatkan beliau terpaksa menggantikan kepada konsert lain selain memendekkan jumlah persembahan.

"Saya terpaksa menangguhkan konsert Bio Muzikal yang sudah dirancang lama kerana banyak kekangan terutamanya dari segi kewangan.

"Namun, saya mengantikan dengan konsert Satu Suara Volume 2 sebagai 'plan b' yang berlangsung selama dua hari sahaja berbanding konsert bio muzikal yang dirancang selama lapan hari," ujarnya kepada mStar Online.

Siti ditemui pada sidang media Konsert Satu Suara Volume 2 yang diadakan di Bilik Nilam Sari, di sini, Isnin.

Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Dalam pada itu, Siti berkata, biarpun berasa sedikit terkilan, namun beliau menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri.

"Nak kata saya terkilan, tidaklah terkilan sangat kerana saya percaya ada hikmah kenapa ia berlaku.

"Saya faham keadaan ekonomi sekarang agak sukar untuk mendapat tajaan, bukan saya sahaja yang mengalami masalah penaja , malah penganjur lain turut sama berhadapan masalah ini," ujarnya.

Sementara itu, konsert Satu Suara Volume 2 ini bakal menampilkan persembahan istimewa penyanyi popular Datuk Ramli Sarip dan penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang.

Siti berkata, pemilihan dua artis legenda itu berdasarkan pengaruh dan pengalaman mereka dalam industri seni.

"Ketiga-tiga penyanyi ini memiliki keistimewaan tersendiri terutama daripada segi vokal dan mampu menyampaikan lagu pelbagai genre muzik.

"Gabungan ini merupakan kali pertama dan merupakan tarikan utama kerana masing-masibg mempunyai peminat sendiri," ujarnya.

Dalam konsert yang berdurasi dua jam itu Siti bakal mempersembahkan nyanyian lagu-lagu secara solo, berduet dan juga trio.

"Saya dalam proses perbincangan untuk menyanyikan lagu apa dan yang pastinya akan ada lagu-lagu sendiri, duet dan secara trio," ujarnya.

Konsert Satu Suara Volume 1 pernah diadakan lima tahun lalu yang menampilkan Aizat dan Faizal Tahir.

Tiket konsert ini akan bermula Jumaat ini dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.AirAsiaRedtix.com

Ia dijual dengan harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518.

Sumber : mstar online



PETALING JAYA: Dua lelaki yang dirakam membelasah seorang wanita di Port Dickson pada Sabtu lalu menggunakan parang yang menjadi viral di laman sosial telahpun ditahan oleh polis kira-kira 30 minit selepas kejadian itu berlaku.

Salah seorang suspek yang ditahan itu merupakan suami kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, polis menahan suspek berumur 24 dan 26 tahun itu di Plaza Tol Mambau.

“Suspek yang menyedari mereka diekori memecut masuk ke Plaza Tol Mambau sehingga melanggar pengadang tol lalu keretanya tersekat di kaunter pembayaran dan anggota polis berjaya menahan mereka,” katanya yang dilaporkan sebuah akhbar.

Baharudin berkata, polis juga berjaya menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa di dalam kereta yang dipandu suspek.

“Salah seorang suspek adalah suami mangsa dan kedua-dua mereka direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh CCTV dan mula menjadi perhatian netizen.

Rakaman menunjukkan dua suspek itu membelasah mangsa di luar rumahnya di Taman PD Utama, kira-kira jam 6.30 petang.

Ibu mangsa cuba membantu anaknya itu namun ditolak sehingga jatuh, lapor freemalaysiatoday


KISAH mengenai seorang posmen yang mengutamakan kerjanya walaupun diajak berehat sebentar dan menikmati teh panas ketika hujan lebat mengusik hati dan menarik simpati pelayar di laman sosial Facebook.

Melalui sebuah perkongsian pada 2 Oktober lepas, seorang pelayar berkongsi kisah seorang posmen masih melakukan penghantaran walaupun hujan turun dengan lebat.

"Orang ramai di sekelilingnya duduk selesa, makan minum dan berketawa. Dia (posmen) cuma berdiri di situ di dalam hujan," tulisnya.

Menurut pelayar itu, dia kemudian membelikan sebungkus pai dan memberikan kepada posmen tersebut.

"Awak nak teh panas?," tanyanya kepada lelaki itu.

Namun kemudian dijawab dengan "tak boleh bang, kerja...".

Walaupun dipujuk, posmen tersebut masih enggan dan meletakkan pai tersebut di tempat simpanan barang di motosikalnya.

Perkongsian tersebut nyata mendapat respon positif netizen yang mencadangkan supaya posmen tersebut diberikan insentif.

"Disebabkan keramahan dan sifat baik anda, saya bertindak belikan nasi lemak atau minuman kepada pengawal di apartmen saya. Bukan kita tidak mahu jadi pemurah, tapi kita lupa," kata Pamela.

"Tak boleh, kerja bang. Inilah tandanya orang yang tidak mencuri ketika kerja.." kata Ummi pula.

"Semoga Tuhan rahmati anda berdua.." kata Rozian, lapor sinar harian



MILAN, Itali: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Beliau teri berkata, beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

“Bukan saya jumpa ..terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap,” beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Najib berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.

Beliau berkata, pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

“Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB,” katanya.

Najib berkata, jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Jelasnya, orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

“Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial,” katanya, lapor freemalaysiatoday.com

Gambar Najib Bersama Netanyahu




SEMPORNA: Dua rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan pemberontak Abu Sayyaf masih selamat, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Usaha untuk membebaskan kedua-dua mangsa culik tersebut sedang dijalankan dan apa yang lebih penting adalah mereka masih selamat," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39, dua mangsa yang diculik kumpulan bersenjata itu di restoran makanan laut Ocean King, dekat Sandakan pada 14 Mei lalu.

Kedua-duanya dilaporkan sedang ditahan di sebuah pulau di selatan Filipina. Turut dilaporkan bahawa "sejumlah besar wang tebusan" dituntut bagi membebaskan mereka, lapor mstar online


Keputusan Lisa dan Rachel pelajar tersingkir Konsert AF 2015 minggu 9 Semi Final. Konsert AF 2015 kini sudah berada di separuh akhir pada ahad 4 Oktober 2015 bertempat di Dewan MBSA Shah Alam. Dengan penyingkiran 2 pelajar tadi, kini 4 finalis layak ke peringkat akhir pada minggu depan adalah Sufi, Bila, Syamel dan Shahrul. Jangan lupa saksikan Konsert Final AF 2015 pada minggu depan bertempat di Bukit Jalil.

Senarai 4 Finalis Konsert AF 2015 Final
Tahniah diucapkan kepada Sufi, Bila, Syamel dan Shahrul kerana telah layak ke peringkat akhir Konsert AF 2015. Memandangkan Lisa dan Rachel telah tersingkir, Bila merupakan satu-satunya pelajar wanita yang berjaya ke peringkat akhir AF 2015.
  • Sufi
  • Bila
  • Syamel
  • Shahrul

Keputusan Tersingkir Konsert AF 2015 Separuh Akhir

Perjalanan Rachel dan Lisa berakhir di Konsert Semi Final AF 2015 selepas mendapat keputusan undian paling rendah. Pihak Astro turut mengumumkan kejutan apabila berlaku penyingkiran 2 pelajar sekaligus pada Konsert Separuh Akhir.
Rachel Dan Lisa

Gambar Persembahan Rachel dan Lisa AF 2015





SEKEPING gambar rekaan wang Dinar Johor yang mempamerkan wajah pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menimbulkan persoalan orang ramai di laman sosial.

Gambar tersebut dimuat naik di Laman Facebook milik TMJ Supporters dengan kapsyen, “Saw in Facebook. Just a share” dilihat dengan sengaja mahu mewujudkan persepsi kononnya negeri itu bersedia keluar dari Malaysia.

Gambar wang kertas terbabit turut memaparkan cop Bank Johor Darul Takzim dan tandatangan Saifuddin Ali sebagai Gabenor Bank.

Meninjau komen diberikan, ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai gurauan, namun ada juga yang mendakwa ia sebagai keterlaluan dan tidak seharusnya dibiarkan kerana boleh mengganggu ketenteraman masyarakat sekaligus mewujudkan pergolakan dalaman.

“Kiamat makin hampir…..Perpecahan akan menyeronokkan bangse asing yg memang teramat suka dgn apa yg bakal terjadi….Melayu mudah lupe….penyatuan yg susah payah diperjuangkan olih anak Melayu telah mula hancur olih propaganda musoh Melayu…..kesiannye kat bangse Melayu niiii….,” tulis Ajoi.

“Kebodohan tahap maksimum!! Saya maksudkan nota tersebut bukan orang di dalamnya. Jangan pecahkan negara ini. Satukan rakyat dan negara bukan dengan propaganda tetapi dengan keikhlasan dan kerja keras,” kata Pravin pula.

Bagaimanapun, ramai juga dilihat menyokong idea yang tersirat di sebalik gambar Dinar tersebut.

Godwin Addren memberikan komennya, “sangat baik, kami akan menyokong”manakala pengguna Facebook lain, Kentz Wayne dan Mohd Asyraf juga bersependapat dengan komen itu.

Malah beberapa pengikut lain menyatakan minat untuk berpindah ke Johor sekiranya negeri itu berpisah dengan Kerajaan Persekutuan.

Raj Appoi berkata, “idea yang baik. Bolehkah saya berhijrah ke JB? Undi dan sokongan saya akan bersama TMJ selama-lamanya!”

Beberapa minggu lalu, kontroversi turut tercetus apabila Johor dikatakan mengeluarkan arahan berkaitan penggantian bendera Jalur Gemilang dengan bendera daerah selepas berakhirnya sambutan kemerdekaan Malaysia -MYNEWSHUB.CC


BERPURDAH dan bermain gitar bergenre heavy metal, pernahkah anda membayangkan situasi seperti ini? 

Di Brazil, kisah seorang wanita muslim yang berpurdah dan pada masa sama merupakan gitaris kepada sebuah kumpulan muzik telah menjadi sensasi internet.

Gisele Marie, 42 yang berasal dari Sao Paulu, merupakan peminat tegar muzik heavy metal.

Difahamkan, dia dibesarkan sebagai penganut Katolik Jerman sebelum memeluk Islam pada 2009 selepas bapanya meninggal dunia.

Menurut The Express Tribune, Gisele menyertai band Spectrus bersama abangnya selama beberapa tahun sebelum bersama sebuah band baru dan kini sedang bertungkus-lumus menyiapkan sebuah album.

Menurutnya, ramai terkejut melihat seorang wanita Muslim yang mengenakan purdah bermain dalam kumpulan heavy metal, namun ada juga yang berasakan ia unik, menarik, dan sangat ‘cool’.

“Saya tidak peduli pandangan orang ramai terhadap saya hanya kerana saya memakai niqab, tetapi saya berharap orang ramai memahami bahawa Islam adalah agama dan muzik profesion saya, dan sememangnya dua perkara ini merupakan ciri-ciri peribadi saya.

“Fokus saya ialah pada muzik dan hakikat bahawa saya seorang Islam tidak mempunyai pengaruh atau apa-apa kaitan ke atas muzik yang saya mainkan,” katanya.

Tambah Gisele lagi, dia kini sedang melawan stereotaip dan berharap lebih ramai melakukan perkara sebegini. – MYNEWSHUB.CC


Sudah beberapa kali nama Rozita Che Wan @ Che Ta dipergunakan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab di Instagram sejak dua tiga tahun ini. Terbaru, dilaporkan seorang lagi individu menggunakan nama pelakon itu hingga berjaya mengaut hasil haram mencecah RM700,000.

Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki di sebalik akaun Instagram Paris Shopping Heaven telah menipu orang ramai dengan menjual beg berjenama mewah pada harga rendah namun tidak pernah menunaikan mana mana pesanan pelanggan.

Beberapa bulan lalu, Rozita Che Wan ada memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada pengguna supaya tidak tertipu dengan akaun tersebut yang pernah menggunakan namanya seoalah olah beliau pernah berurusan membeli beg tangan mewah.

"Saya dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi nyaris ditipu,” ujar Che Ta.

Sehingga kini lebih 30 orang mangsa terpedaya tampil membuat laporan polis dan mendedahkan taktik lelaki itu menipu mereka. Bukan sahaja tidak menunaikan pesanan malah turut enggan memulangkan wang pelanggan yang terkena, lapor MD


Kuala Lumpur: Seorang wanita yang dipercayai kekasih salah seorang pemain bola sepak pasukan Liga Super parah apabila dia terjatuh dari tingkat tiga asrama apabila cuba melarikan diri bagi mengelak dicekup warden asrama di sini awal pagi semalam.

Pemain bola sepak Liga Super yang berusia 21 tahun itu dikesan membawa masuk wanita terbabit yang berusia 20 tahun ke biliknya dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi.

Bagaimanapun, tindakan pemain itu kantoi apabila ia dihidu warden asrama menerusi CCTV.

Menurut warden, setelah serbuan dibuat, lelaki itu ditemui seorang diri sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi bising di tingkat satu asrama.

“Warden melakukan pemeriksaan di tingkat satu sebelum menjumpai wanita terbaring kesakitan.

“Wanita terbabit dipercayai individu sama dikesan dibawa masuk pemain bola sepak,” katanya memetik laporan myMetro.

Wanita tersebut dipercayai terjatuh setelah cuba melarikan diri apabila pemain itu mendapat tahu warden akan mengadakan pemeriksaan di bilik.

“Wanita yang juga pelajar jurusan farmasi itu patah tulang betis, pergelangan kaki serta berkemungkinan tulang belakang. Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Pemain bola sepak berkenaan ditahan di bahagian keselamatan asrama sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya - Siakapkeli.my


KUALA LUMPUR: Suasana penuh emosi menyelubungi upacara pengebumian Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang dibunuh kejam selepas diculik hampir dua minggu.

Meskipun mayatnya masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), upacara berkenaan diteruskan dan diadakan di Church of Devine Mercy dan dihadiri oleh ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerjanya daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai memberikan penghormatan terakhir.

Suasana makin pilu apabila eulogi dibacakan oleh beberapa hadirin yang rapat dengan mendiang.

"Kevin dan saya sudah berkhidmat hampir 20 hingga 25 tahun. Tetapi saya baru sahaja dapat mengenali beliau apabila menjadi timbalan pendakwa raya pada Julai tahun lepas. 

"Reputasinya untuk keberanian, pendidikan dan membantu rakan sekerja mendahului dirinya. Ramai daripada kita tidak percaya nasib yang berlaku kepadanya," ucap Manoj Kurup, rakan sekerja mendiang.

Pada 4 September lalu, Morais dilaporkan hilang apabila keluar dari rumahnya di Menara Duta untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Selepas 12 hari, mayatnya baru ditemui di dalam sebuah tong yang di simen di Persiaran Subang Mewah. - Siakapkeli.my


PETALING JAYA: Ibu kota Kalimantan Tengah, Palangkaraya, mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dengan melebihi 2000.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu meningkat secara mendadak dari bacaan IPU baik kepada 2,000 pada pukul 10 pagi tadi dan bacaan itu terus meningkat sehingga sekarang.

Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lepas.

Palangkaraya mengalami darurat jerebu sejak dua minggu lepas dan keadaan itu telah melumpuhkan semua aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah ditutup sejak Isnin lalu.

Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan keadaan jerebu menjadi tidak menentu walaupun usaha-usaha untuk memadam kebakaran hutan masih berterusan.

Sementara itu di Jambi, bacaan IPU masih ditahap berbahaya walaupun telah menurun dari 800 pada pagi tadi kepada 400 tengah hari ini, lapor bernama 


Berita senarai rasmi terkini sekolah cuti tutup esok dua hari mulai Isnin 5 dan 6 Selasa Oktober 2015. Pengumuman penutupan semua sekolah itu kecuali Sabah, Sarawak, Labuan dan Kelantan telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Ahad 4 Oktober 2015. Tambahnya lagi, selain murid, guru-guru juga tidak perlu hadir ke sekolah. Sekolah-sekolah terbabit tidak perlu menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini. Manakala PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual.

Senarai Rasmi Sekolah Tutup Esok 2 Hari 5 & 6 Oktober 2015
Melibatkan semua tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri berikut:
  • Johor Baharu
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Perlis
  • Terengganu
  • Kedah
  • Perak
  • Melaka
  • Pahang
  • Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Senarai Sekolah Buka Seperti Biasa 5 & 6 Oktober 2015
Manakala sekolah yang tersenarai di negeri berikut hendaklah dibuka seperti biasa:

  • Kelantan
  • Sabah
  • Labuan
  • Sarawak

Pekeliling Rasmi Sekolah Tutup 2 Hari 5 Dan 6 Oktober 2015




Pengumuman Rasmi Cuti Sekolah Selama 2 Hari Mulai 5 & 6 Oktober 2015 Dalam Media Sosial





Live streaming PERAK vs JDT 4 Oktober 2015 online. Siaran langsung perlawanan TM Piala Malaysia akan menyaksikan pertembungan antara Perak menentang pasukan JDT bertempat di Stadium Perak Ipoh bermula pada jam 8.45 Malam Ahad. Siaran ekslusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 (119) bermula seawal jam 8.30 malam. Bagi anda yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan online Perak lawan JDT Piala Malaysia 2015.

Live Streaming PERAK Vs JDT 4.10.2015 Piala Malaysia
Server 1: TV9

Jadual Siaran Perak Vs JDT Piala Malaysia 2015
Tarikh: 4 Oktober 2015 (Ahad)
Masa: 8.45 malam
Lokasi: Stadium Ipoh Perak
Siaran Rasmi: TV9

PERLAWANAN INI TERPAKSA DITANGGUHKAN KE SUATU TARIKH YANG AKAN DITETAPKAN AKIBAT IPU DI STADIUM IPOH PERAK MELEPASI BACAAN 150. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI



SEMPORNA: Sejumlah 50 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Simunul, Semporna, pada Sabtu. 18 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.44 malam.

Menurut Ketua Balai Bomba Semporna, Fazizul Hizam Borhan, ketika sampai di kampung terbabit, bomba berdepan kesukaran kerana api sedang marak dan laluan antara rumah terlalu sempit.

Usaha mengawal api turut dibantu satu jentera dan lima anggota dari Balai Bomba Tawau, serta enam anggota dari Balai Bomba Kunak.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

Kampung Simunul adalah lokasi enam anggota pasukan keselamatan terkorban dalam insiden serangan hendap Pengganas Sulu pada 2 Mac 2013, lapor astro awani


WOW… Untungnya kalau jadi single atau tak ada pasangan di Korea Selatan! Senang-senang boleh dapat blind date tanpa dirancang. Menerusi video ini, individu yang tidak mempunyai pasangan ini telah disatukan dalam sebuah restoran tanpa disangka-sangka. Memang menarik dan kelakar pada masa yang sama. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja penghadang di hadapan mereka terbuka dan muncul individu lain yang juga tidak berpasangan di situ. Jelas masing-masing jadi malu dan terasa ‘awkward‘ di situ. Ada yang sampai tersembur makanan disebabkan perkara itu. Jom tengok video tersebut di bawah. – MYNEWSHUB.CC


Faktor atau punca isu pencemaran udara Tugasan Geografi PT3 2014. Pelajar dikehendaki menjalankan kajian terhadap isu pencemaran alam sekitar. Jika pelajar memilih tajuk spesifik iaitu isu pencemaran udara, berikut adalah faktor dan punca pencemaran udara di Malaysia. Jumlah markah penuh bagi isi penting dan huraian faktor atau punca pencemaran alam adalah 15 Markah.


Tips Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara

Langkah 1: Senaraikan terlebih dahulu isi penting punca pencemaran anda ditempat anda.

Langkah 2: Huraikan setiap isi penting pencemaran udara ditempat anda.

Langkah 3: Karang sebuah esei mengikut isi penting berserta huraian

Langkah 4: Jumlah keseluruhan markah bagi Faktor dan Punca pencemaran adalah 15 Markah (Maka, anda hanya perlu 5 isi penting beserta 3 Huraian bagi setiap isi penting.

Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara
Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.

Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal terbang melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara (1 Markah). Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah).

Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah). Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah tiupan angin. (1 Markah)

Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. (1 Markah)

Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas disamping manghasilkan udara yang dingin dan nyaman (1 Markah). Namun, penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.(1 Markah)

Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini (1 Markah). Tabiat orang ramai yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara (1 Markah). Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut. (1 Markah)

Jumlah Markah: 15 Markah


Gambar dan harga kereta baru Proton Pikap 2016. Cuba untuk bersaing dengan pasaran seperti Hilux, Dsuzu Dmax, Triton dan Ford Ranger, Proton pada Ahad 3 Oktober 2015 telah mempamerkan model konsep trak pikap buat kali pertama bertempat di karnival Alami Proton 2015 Kompleks Centre of Excellence di Shah Alam. Memandangkan ianya hanyalah sebuah model kereta konsep atau lebih dikenali sebagai prototaip, maka adalah amat tipis peluang untuk model konsep proton pikap akan dipasarkan di Malaysia. Semuanya bergantung kepada permintaan pelanggan untuk ianya dijadikan realiti. Menerusi maklum balas dilaman sosial, rekaan konsep Proton Pikap (4WD) telah menjadi perbualan hangat dikalangan netizen.

Maksud Sebenar Kereta Konsep Proton Pikap 2016
Kereta konsep adalah kenderaan prototaip yang dibuat untuk mempamerkan Reka bentuk baharu. Kereta Konsep digunakan untuk mengukur reaksi orang ramai terhadap rekabentuk baru produk tersebut. Namun, peluang untuk ianya dipasarkan adalah amat tipis. Ianya bergantung kepada permintaan pelanggan untuk berada di pasaran. Jikalau benar ianya dipasarkan, kemungkinan besar rekaan model realiti tidaklah segempak seperti model konsep/prototaip.

Harga Jangkaan Model Konsep Pikap Proton Jika Dipasarkan
Setakat ini, tiada lagi produk model pikap dikeluarkan oleh syarikat pembuat kereta tempatan kerana risau permintaan tidak begitu menggalakkan. Ini kerana orang ramai lebih gemar untuk membeli kereta model pikap buatan import seperti Toyota Hilux dan sebagainya. Jika model proton pikap dipasarkan, kemungkinan ianya berada pada harga RM50,000 hingga RM60,000 jauh lebih murah berbanding kereta pikap import.

Spesifikasi Model Proton Pikap (4WD)
Memandangkan ianya hanyalah kereta konsep atau prototaip, proton tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai spesikasi trak pikap terbabit.

Gambar Kereta Konsep Proton Pikap 2016








Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget