2015-09-27


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau yakin kejatuhan ringgit Malaysia mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr. Mahathir ketika berucap di Majilis Hi-Tea bicara politik bertajuk "Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa" berkata beliau ingin melihat Najib meletak jawatan.

"Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata," katanya di majlis anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan itu.

Di dalam sidang media sejurus majlis itu, Dr Mahathir berkata dia bersetuju dengan pandangan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang sebelum ini mengatikan krisis ringgit dengan isu 1MDB.

"Kita dengar Zeti kata selagi masalah 1MDB dan derma RM2.6 billion tidak diselesaikan, nilai mata wang tidak akan pulih.

"Zeti cakap dan saya pun berpendapat macam tu.

"Semua mata wang jatuh tapi mata wang kita jatuh lebih teruk daripada yang lain, saya kaji jugak itu (kaitan isu 1MDB)," katanya memetik laporan mStar Online.


Baca novel Bukan Isteri Sempurna karya Tulip Ungu secara online. Novel yang terlaris menerusi laman blog kini diadapatasikan kepada drama menerusi slot Samarinda TV3 mulai 3 September 2015 setiap selasa hingga khamis pukul 10.00 malam. Difahamkan, novel Bukan Isteri Sempurna ini akan dijual di pasaran Malaysia mulai awal bulan Julai 2015. Bagi anda yang ingin membawa novel tersebut, berikut adalah pautan baca online Bukan Isteri Sempurna.


SHENZEN (China) – Tindakan seorang jururawat menyusukan bayi yang kelaparan ketika pembedahan di sebuah hospital di sini mendapat pujian pengguna laman sosial di China. Gambar Li Baoxia yang menyusu badan bayi berusia sebulan itu viral di Internet dan menyentuh hati sesiapa yang melihatnya. Bayi itu dilaporkan menangis dan kerap bergerak ketika menjalani satu pembedahan di kepalanya di sebuah hospital di sini. Keadaan itu menyebabkan doktor sukar melakukan pembedahan kerana boleh membahayakan nyawa bayi berkenaan. Li yang membantu doktor sepanjang pembedahan kemudian mendukung bayi itu dan terus menyusukannya. – Lapor Harian Metro

Selain aksi romantik dan tarian, filem Bollywood juga turut memaparkan aksi-aksi hebat & cool sehingga tak terjangkau dek logik akal manusia. Di sini kami kumpulkan beberapa adegan dari filem Bollywood yang memang tak boleh diserap oleh otak kami.

1 - Kuda Rempit
Dalam filem Bollywood, kuda juga digunakan untuk merempit dan boleh sliding di bawah lori.

2 - Bom Manusia
Ya, dalam filem Bollywood, manusia boleh menggantikan bom. Cuma perlu baling sahaja.


3 - Superman? 
Kami tak tahu sama ada lelaki ini superhero atau manusia biasa, tapi dalam cerita Bollywood, semua ini tidak mustahil. 



4 - Chuck Norris versi Bollywood
Hebat! Dengan satu das tembakan kereta boleh bergolek-golek di atas udara.



5 - Oh! Fizik
Kalau anak-anak anda ada yang mengambil SPM pada tahun ini, minta jangan benarkan mereka menonton filem Bollywood kerana dalam dunia Bollywood Fiziknya berlainan.



6 - Superman v2?
Kerana terlalu hebat, hero dalam filem Bollywood mempunyai keupayaan menumbuk beberapa orang sekaligus.



7 - No lighter please
Nyalakan rokok guna lighter terlalu mainstream dalam filem Bollywood. Sebab tu mereka gunakan alat lain.



8 - Tembak pistol tanpa tangan?
Dalam filem Bollywood, tembak pistol guna tangan terlalu mainstream, jadi mereka gunakan cara lain. Selain itu, pistol juga boleh digunakan untuk ganti bola sepak.



9 - Tunjuk macho
Mungkin disebabkan terlalu banyak adegan menyalakan rokok dengan lighter di dalam cerita Hollywood, Bollywood mengambil inisiatif lain untuk memaparkan aksi itu dengan lebil cool



10 - Logik pistol
Pistol dalam filem Bollywood mempunyai logik yang berlainan dengan dunia sebenar. Sekali tembak, semua rebah.



11 - Anti-graviti
Hero dalam filem Bollywood mempunyai keupayaan untuk 'bend' graviti



12 - Telefon sebagai perantara
Selain digunakan untuk berkomunikasi, telefon juga digunakan untuk perkara lain di dalam filem Bollywood



13 - Peluru
Tak cukup peluru? Tak ada masalah!!


sumber : siakapkeli.my


Mungkin kita selalu melihat penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza mendendangkan lagu diatas pentas, tapi beliau berduet dengan Tun M, ia adalah sesuatu yang sangat 'rare'. Video persembahan duet terbabit dimuat naik di laman Youtube di Dewan Perdana Felda pada 11 September yang lalu. Nak tahu bagaimana suara Dr. M menyanyikan lagu 'My Way' ? Saksikan video ini! 


Sumber : siakapkeli, rotikaya


NEW DELHI - INDIA. Lelaki berusia 78 tahun, Shridhar Chillal dari India secara rasminya memegang rekod dunia kerana memiliki kuku terpanjang. Shridhar mula menyimpan kuku di tangan kirinya sejak di bangku sekolah lagi dan tidak pernah memotongnya dari tahun 1952. Kuku di ibu jari tangannya berukuran dua meter panjang sementara kuku di jari tengah pula 186.6cm panjang.

Warga emas itu secara rasminya diiktiraf sebagai kuku paling panjang di dunia dalam Guinness World Records. Shridhar berkata, semasa di zaman persekolahan, dia bersama rakannya pernah dipukul oleh gurunya selepas secara tidak sengaja menyebabkan kuku gurunya itu patah.

"Kami bertanya kepadanya, sebab dia memukul kami hanya kerana mematahkan kukunya, gurunya menjawab, mereka tidak memahami bagaimana perasaan seseorang jika kuku yang disimpan sejak sekian lama patah, kecualilah, jika mereka berada dalam keadaan itu," katanya.

Sejak kejadian itu, Shridhar mengambil keputusan untuk menyimpan kuku supaya dapat merasakan perasaan yang sama seperti apa yang gurunya alami. Menurutnya lagi, memiliki kuku yang panjang bukan sesuatu yang mudah terutamanya ketika mengurus kehidupan peribadi. Keluarga yang tidak menyukai dengan tindakannya itu sering menyuruhnya membasuh pakaian sendiri menggunakan tangan, malah dia juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Tambah Shridhar lagi, kehidupan cintanya juga tidak berjalan lancar. 

"Tiada siapa yang mahu mengawini saya. Jika gadis tersebut bersetuju sekalipun, keluarga wanita itu pasti akan membantah kerana kukunya akan mencederakan anak mereka," ujarnya. Bagaimanapun, kata Shridhar, walaupun berkuku panjang, dia masih dapat melakukan hobinya dalam bidang fotografi kerana hanya sebelah tangan sahaja yang berkuku panjang, lapor  Sinar Harian


ISU kontroversi melibatkan selebriti berpenampilan seksi dan berani berbikini bukanlah perkara baru dalam industri seni. Peliknya, meskipun dikecam dan dikritik senarai tersebut masih terus bertambah dan terbaharu, melibatkan pelakon berwajah Pan-Asia, Julia Ziegler. Menerusi laman Instagramnya, Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler ada memuat naik beberapa keping gambar dirinya yang hanya mengenakan bikini ketika sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu baru- baru ini.

Hal itu, sedikit sebanyak mengundang kritikan segelintir pengguna laman sosial yang sememangnya gemar mencari kesalahan artis. Bercakap kepada mStar Online, Julia berkata, dia tidak kisah dengan persepsi dan kritikan orang ramai atas tindakannya berkongsi gambar dirinya berbikini itu. “Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

“Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur,” ujarnya. Sementara itu, Julia turut menyifatkan berbikini bukan sesuatu yang pelik ketika berada di pulau kerana ramai wanita lain turut mengenakan pakaian ‘two pieces’ itu namun tidak mendapat perhatian kerana bukan artis. – Lapor MYNEWSHUB.CCS / mStar Online

Gambar Julia Ziegler Berbikini







KUALA LUMPUR – “Kalau hendak swastakan liga tetapi pasukan-pasukan yang bertanding berterusan “dirompak” lebih baik tak payah”. Demikian penegasan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai usaha penswastaan Liga Malaysia yang sedang diuruskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Titah baginda, Malaysia masih belum boleh menswastakan liga bola sepak jika sehingga 40 peratus hasil penyiaran dibolot FAM.

“Mengapa perlu sehingga 40 peratus hasil yang berjumlah lebih kurang RM30 juta sedangkan liga diuruskan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP)? “Bila saya bertanyakan kepada FAM, jawapannya kerana FAM telah menjual hak penyiaran liga. Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan hak penyiaran dan liga milik ahli gabungan, bukan hak FAM,” titah baginda dalam satu kenyataan media hari ini.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) turut memandang sinis desas-desus kononnya hartawan Arab atau China berhasrat membeli kelab bola sepak di Malaysia. Titah baginda, tiada ahli perniagaan ingin melabur dalam kelab bola sepak yang tidak menguntungkan. “Nak diharapkan jualan tiket dan ‘merchandise’ yang tak seberapa? Jersi kita pun hanya dijual dalam negeri dan bukannya di pasaran antarabangsa.

“Tiada sesiapa yang akan buat ‘kerja gila’ membuang duit seperti itu melainkan kasino,” titah baginda. Baginda bagaimanapun percaya ada syarikat besar seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan membeli dan menguruskan pasukan bola sepak Malaysia pada masa akan datang. Namun, Tunku Ismail bertitah, baginda percaya syarikat terbabit akan berdepan kesukaran jika tidak menerima hasil penyiaran yang sepatutnya.

Titah baginda, hanya pasukan kaya boleh diswastakan seperti Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor sedangkan pasukan lain termasuk JDT akan menghadapi masalah jika model penswastaan yang dicadangkan dilaksanakan. Justeru, baginda mengkritik laporan laman-laman sukan yang sering terlepas pandang mengenai fakta tersebut dan secara tidak langsung memberikan harapan palsu kepada penyokong bola sepak tanah air mengenai perkara tersebut.

“Jadi, berpijaklah di bumi yang nyata dan bukannya dalam dunia khayalan. Bercakaplah berlandaskan fakta, dan bukannya emosi atau kepentingan peribadi. Menipu rakyat ibarat merompak rakyat,” titah baginda. – lapor mynewshub.cc


PBB, NEW YORK – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menzahirkan kemarahannya tentang ancaman Iran sewaktu berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau menempelak badan dunia itu kerana dakwanya memberi layanan berbeza dalam isu ancaman Iran untuk memusnahkan Israel, khususnya mengenai perjanjian nuklear yang hanya akan menjadikan Iran lebih berkuasa.

Dalam ucapan tegas menurutnya, perjanjian itu ‘tidak akan memberi harapan kepada keamanan’, sebaliknya bantuan berbilion-bilion dolar tersebut melonjakkan kemungkinan untuk berlaku peperangan. Malah beliau mendakwa, Iran kini semakin meningkatkan tekanan dengan sokongan jelas kepada pemimpin Syria, Bashar Al-Assad; sekutunya Hezbollah dan Hamas serta membina rangkaian keganasan di seluruh dunia.

“Diam yang ketara. Diam yang membisukan,” tegas Netanyahu diikuti dengan merenung tajam para delegasi PBB selama kira-kira 45 saat sebagai penekanan kepada ucapannya. Ancaman militan Negara Islam (IS), kata beliau, namun telah ‘mendekatkan’ Israel dan tetangga Arab bahkan dia berharap dapat membina kerjasama dengan negara-negara tersebut. Bagaimanapun, hubungan antara rejim Israel dan kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan kekal sebagai hubungan paling penting.

“Perbezaan kita mengenai perjanjian nuklear adalah ibarat perselisihan pendapat dalam keluarga,” ujarnya yang mengulang kata Presiden AS, Barack Obama. Netanyahu mengambil giliran berucap di PBB pada Khamis sehari selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata Israel sebagai negara ‘Aparteid’ selain mengugut untuk batalkan semua perjanjian sedia ada dengan Israel. – lapor astroawani.com



IPOH: Lazimnya pusat hiburan yang menawarkan khidmat wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO) beroperasi pada waktu malam, namun sebuah premis hiburan di bandar raya ini dikesan beroperasi seawal jam 3 petang dengan menyajikan khidmat belaian wanita dari Vietnam, China dan Thailand. Taktik terbaru pusat hiburan di Jalan Leong Boon Swee, di sini, dipercayai bagi mengelak serbuan pihak berkuasa, bagaimanapun berjaya dihidu dan serbuan polis petang kelmarin, membawa kepada penangkapan 14 GRO warga asing.

Dalam serbuan jam 6.10 petang dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak diketuai Inspektor Nuraini Abu Hassan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga GRO berkenaan turut ditahan. Menurut sumber, serbuan polis waktu malam di beberapa pusat hiburan yang disyaki menyediakan khidmat GRO warga asing di sekitar bandar raya ini sebelum ini gagal dan susulan itu hasil intipan, pemantauan serta maklumat awam mendapati ada premis hiburan berkenaan yang mengubah waktu operasi kepada siang hari.

“Serbuan pada sebelah malam sebelum ini sering gagal membuahkan hasil, bagaimanapun hasil risikan yang dijalankan berjaya mengesan taktik pusat hiburan terbabit yang kini menawarkan khidmat GRO bermula jam 3 petang serta akan menamatkan operasi seawal jam 9 malam, lapor harian metro



Senarai lagu tema OST drama Bukan Isteri Sempurna TV3. Drama terbaharu di slot Samarinda yang diadaptasi dari novel karya Tulip Ungu akan menemui penonton mulai 5 Mei 2015. Saksikan Bukan Isteri Sempurna gandingan Dazrin Kamaruddin dan Atikah Suhaime pada setiap Selasa hingga Khamis pukul 10.00 malam hanya di TV3. Untuk info, lagu berjudul “Bukan Isteri Sempurna” nyanyian oleh Mila Jirin bekas pelajar AF merupakan lagu tema utama drama Bukan Isteri Sempurna.

Senarai Lagu Tema OST Bukan Isteri Sempurna TV3
Bukan Isteri Sempurna- Mila Jirin (AF)


Senarai lagu tema OST Drama Hello Mr Perfect Slot Akasia TV3. Drama bersiri baharu yang diadaptasi dari novel dengan judul yang sama karya Waniey Zakaria kini menemui penonton mulai 30 September 2015. Untuk info, lagu berjudul “Sorry Sorry Sayangku” nyanyi Nomad dipilih sebagai lagu latar atau lagu tema utama drama Hello Mr Perfect.

Senarai Lagu Tema OST Hello Mr Perfect Slot Akasia TV3
Tajuk: Sorry Sorry Sayangku
Penyanyi: Nomad
Ciptaan/lirik: A.aida
Terbitan: Nova Music Sdn Bhd


Biodata Nur Ruhainies Farehah pelakon drama Hello Mr Perfect. Populariti Ruhainies yang memainkan watak Alya Adriana sebagai heroin drama Hello Mr Perfect semakin meningkat naik. Siapa sangka bahawa bakat pelakon baru yang meliliki wajah seiras Nora Danish ini mampu memukau hati penonton. Berikut adalah biodata atau maklumat peribadi Nur Ruhainies.

Biodata Nur Ruhainies Farehah Pelakon Hello Mr Perfect
Nama Penuh: Nur Ruhainies Farehah bt Zainul Ilyas
Nama Popular: Ruhainies
Umur: 23 Tahun (2015)
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 27 Julai 1992
Pekerjaan: Pelakon, pengarah dan duta produk Ruza
Kaitan: Adik kepada Nur Risteena, heroin drama Playboy Itu Suami Aku
Laman Sosial Twitter: https://twitter.com/NurRuhainies
Instagram Rasmi Ruhainies: https://instagram.com/ruhainies7
Drama: Sofea Jane (Watak Sampingan), Hello Mr Perfect 2015 (Watak Utama Wanita)

Gambar Nur Ruhainies Farehah Pelakon Hello Mr Perfect






Live streaming Kelantan vs Selangor pada 2 Oktober 2015 online. Perlawanan Piala Malaysia minggu ke empat kini menyaksikan pertembungan antara Selangor lawan Kelantan bertempat di Stadium Muhammad IV Kota Bharu pada bermula jam 8.45 malam Jumaat. Siaran ekslusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 (119) pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penonton yang ingin menyaksikan perlawanan secara live internet streaming, berikut adalah pautan online Kelantan menentang Selangor Piala Malaysia 2015.

Live Streaming Kelantan Vs Selangor 2.10.2015 Piala Malaysia
Server 1: TV9

Jadual Siaran Langsung Kelantan Vs Selangor Piala Malaysia 2015
Tarikh: 2.10.2015 (Jumaat)
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan
Siaran Rasmi: Saluran TV9 (119) bermula pada jam 8.30 malam


SIK: Seorang gadis berumur 21 tahun menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dia dikatakan telah diserang oleh dua wanita dan seorang lelaki yang memukul sebelum menanggalkan pakaiannya. Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Awien, 21, menceritkan tentang kejadian berkenaan sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Jeniang, dekat sini. “Saya terpaksa mencari daun untuk menutup tubuh selepas ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan hanya berpakaian dalam dan berjalan sejauh beberapa meter untuk meminta bantuan sebelum diselamatkan seorang lelaki lalu dibawa ke masjid dan diberi pakaian,”ceritanya.

Punca kejadian ini katanya berlaku akibat perselisihan faham berkaitan bekas teman lelakinya. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang, mangsa yang sedang menunggu teksi di sebuah pusat siber berhampiran Masjid Aman untuk pulang ke kampungnya terkejut apabila didatangi wanita berusia 30 tahun yang juga isteri kepada bekas teman lelakinya bersama seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang lagi wanita yang kemudian menyerangnya. Menurutnya, dia kemudian meminta untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kerana orang ramai menyaksikan kejadian itu. - Siakapkeli.my


Sebelum ini, pasti ramai antara kita yang runsing apabila kereta kesayangan terlanggar sesuatu yang tidak serius menyebabkan kereta mengalami kemik. Seperti diketahui walaupun kemik yang berlaku itu kecil sudah pasti RM200-RM300 akan 'melayang' apabila dihantar ke bengkel untuk diketuk semula. Tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat cara memulihkan kesan kemik di kereta anda di mana ia boleh di lakukan sendiri oleh anda tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos yang besar dan ada cara yang hanya perlu menggunakan peralatan harian kita di rumah. Berikut merupakan video-video bagaimana hendak memulihkan kesan kemik kereta anda tanpa mengeluarkan kos yang tinggi dan menjimatkan masa.

1. Menggunakan air panas


2. Menggunakan Pengering rambut dan spray habuk.


3. Pengering rambut dan sedikit tenaga



4. Menggunakan ais kering


Sumber : siakapkeli.my



JIKA diperhatikan sambutan yang cukup hangat diberikan peminat terhadap filem tempatan seperti Polis Evo dan Jwanita, namun berlainan pula situasinya dengan filemKapsul yang ditayangkan sejak 17 September lalu. Setakat ini, difahamkan filem itu hanya mampu meraih kutipan sebanyak lebih kurang RM96,900.26 sahaja, jauh ke belakang bagi mengutip semula modal dibelanjakan untuk pembikinan filem ini yang berjumlah RM2.4 juta.

Sumber : finas.gov.my

Sebelum ini filem terbitan Two Tones Sdn. Bhd. ini dikatakan bakal mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana kemunculan istimewa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau glamor disebut Tun M. Negarawan itu ditampilkan secara khas dalam satu babak bergandingan dengan pelakon utamanya, Faizal Hussein, malahan anekdot ringkas itu diberi publisiti yang cukup luas di semua media massa tempatan.

Namun, nampaknya formula dan ramuan itu tidak boleh diguna pakai apabila kemunculan khas Tun M masih tidak mampu menarik kehadiran penonton bagi melihat penglibatan pertama beliau dalam bidang lakonan. Untuk makluman Kapsul adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun M yang mana idea filem adalah hasil gambaran penulis tentang bentuk fizikal kapsul. – MYNEWSHUB.CC


Gambar Hiasan
SEORANG pramugari didakwa telah menjalankan ‘perniagaannya’ yang tersendiri di dalam pelbagai syarikat penerbangan di mana dia pernah berkhidmat. Wanita terbabit dikatakan telah memperoleh lebih RM3 juta kerana memberi perkhidmatan seks di dalam tandas kepada penumpang kapal terbang berkenaan. Perbuatan terkutuknya itu telah dibongkarkan selepas dia ditangkap sedang ‘bermesra’ dengan seorang penumpang dalam pesawat sebuah syarikat penerbangan Timur Tengah (nama syarikat tidak didedahkan) itu.

Pramugari tersebut dilaporkan telah meraih lebih RM7,000 dalam satu penerbangan sahaja dan kadar itu boleh mencecah lebih RM3 juta. Menurut sumber, dia bagaimanapun telah dipecat dan dihantar pulang ke negara asalnya berikutan insiden yang memalukan syarikat terbabit. Jurucakap daripada Arab Saudi memberitahu sumber: “Wanita berkenaan telah mengaku dia telah melakukan seks dengan ramai penumpang kapal terbabit dan lebih suka dengan penerbangan jarak jauh seperti ke Amerika Syarikat.”

Sebelum ini, kisah pramugari yang kekurangan wang dan beralih arah ke bidang pelacuran di Jepun juga pernah mendapat perhatian seperti sekarang. Lumrah kalau diri sudah ‘dibutakan’ dengan duit, apa sahaja perkara sanggup dilakukan demi kepetingan hidup. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Masalah ketiak hitam boleh dikatakan perkara biasa yang boleh menimpa kepada sesiapa sahaja atas faktor-faktor tertentu seperti kerap mencukur bulu ketiak dan perubahan hormon. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan masalah ini sebenarnya sedikit sebanyak menjejaskan penampilan seseorang sama ada kepada wanita mahupun lelaki. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa begitu banyak lambakan produk bagi mencegah dan mengubati masalah ketiak hitam ini di pasaran. Inilah  tiga petua untuk memutihkan ketiak dengan cepat dan mudah.

1. Guna kapur sirih dan limau nipis. 
Perah limau nipis dan gaulkan bersama kapur sirih. Sapu pada bahagian ketiak sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum bilas dengan air.


2. Guna hirisan timun.
Letak hirisan timun dan kepitkan pada ketiak selama yang boleh.


3. Guna minyak zaiton.
Sapu minyak zaiton pada ketiak. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu kerana minyak zaiton sememangnya terbukti baik untuk kulit - MYNEWSHUB.CC




ANHUI - CHINA. Ketika rakan seusia dengannya sedang menikmati kehidupan remaja, seorang remaja berusia 15 tahun, terpaksa berkorban dengan meminta sedekah bagi meraih pendapatan merawat bapanya. Hao Dongdong, terpaksa 'bekerja' dengan cara meminta sedekah dengan memakai kostum lembu dan mengenakan bayaran 5 yuan untuk 'menunggangnya' bagi mengumpul duit bagi membiayai rawatan perubatan bapanya.

Bapanya, Hao Xinli mengidap penyakit tulang belakang ankylosing spondylitis yang menyebabkan dia lumpuh seluruh badan. Memetik NetEase, Xinli sebelum ini bekerja sebagai seorang petani berpindah ke Hefei pada tahun 2000 dan bercadang untuk membuka kedai runcit kerana bahagian belakang badannya sering sakit menyebabkan dia tidak lagi berupaya untuk bekerja di ladang.

Namun, penyakitnya itu semakin kritikal selepas terjatuh ketika berebut-rebut untuk mengambil barangan percuma di sebuah promosi di bandar Hefei. Insiden itu menyebabkan Xinli mengalami keretakan pada tulang belakang dan lehernya sehingga menyebabkan badannya lumpuh. Apa yang lebih menyedihkan, ibunya turut meninggalkan bapanya kerana tidak mampu berdepan dengan kesengsaraan yang dihadapi keluarganya itu.

Tindakan ibunya itu menyebabkan Dongdong terpaksa mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dan terpaksa meninggalkan persekolahan dan bekerja siang dan malam untuk mendapatkan wang. Remaja ini juga sering dituduh sebagai penipu oleh orang ramai yang lalu lalang ketika meminta sedekah malah dia pernah ditampar di muka oleh seorang lelaki mabuk yang menyangka dia cuba untuk menipunya.

Menurutnya lagi, perniaga tempatan juga sering menghalaunya kerana menganggap dia akan memberi nasib malang kepada peniagaan mereka. Walaupun sering diejek, namun ia tidak menghalang remaja itu untuk meneruskan usahanya itu dan kebiasaanya dia berjaya mengumpul 400 yuan sehari. Sementara itu, bapanya berharap agar suatu hari nanti dia dapat berjalan semula dan tidak lagi membebankan keluarganya itu dan dapat menyekolahkan anaknya itu, Lapor Sinar Harian


Harga baru penghantaran barang guna bungkusan prabayar pos laju mulai 1 Oktober 2015. Menerusi makluman rasmi Pos Laju Malaysia, setiap item atau barang menggunakan khidmat bungkusan prabayar yang melebihi had berat ditetapka akan dikenakan cas tambahan untuk setiap lebihan sekilogram. Bagi lebihan berat prabayar berwarna oren (Dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak) cas akan dikenakan RM3.18 setiap lebihan 1KG. Manakala prabayar berwarna biru (Semenanjung ke Sabah, Sarawak ke Sabah dan Semenanjung ke Sarawak) harga cas tambahan RM7.42 akan dikenakan pada setiap lebihan 1KG.

Harga Baru Prabayar Pos Laju Mulai 1 Oktober 2015

Prabayar berwarna oren (Dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak): cas akan dikenakan RM3.18 setiap lebihan 1KG.

Prabayar berwarna biru (Semenanjung ke Sabah, Sarawak ke Sabah dan Semenanjung ke Sarawak): cas akan dikenakan RM7.42 setiap lebihan 1KG.



PETALING JAYA: Gara-gara Datuk Siti Nurhaliza menulis satu ucapan pada status gambar bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo, Instagram pemain Real Madrid itu menjadi “buruan” rakyat Malaysia. Ronaldo pada Selasa telah memuat naik gambarnya dalam sebuah kereta yang turut memberi gambaran mahu menaiki pesawat ke suatu destinasi. Foto yang dimuat naik itu mendapat banyak komen peminatnya termasuklah Datuk Siti Nurhaliza yang menulis “safe flight dear” iaitu semoga bintang itu selamat dalam penerbangan.

Status Siti itu kemudiannya menjadi viral sehingga menyebabkan posting Ronaldo mendapat perhatian peminat-peminat Siti Nurhaliza. Foto Ronaldo berbaju kot itu sehingga Rabu mendapat lebih 952,000 likes dan lebih 10,439 komen termasuklah daripada peminat Malaysia yang ingin mencari komen Siti Nurhaliza. Menerusi foto berkenaan, peminat Malaysia turut menulis ucapan mengambil apa ditulis Siti iaitu “safe flight dear” selain beberapa persoalan lain dalam Bahasa Malaysia.

Ramai peminat turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mencari perkataan ditulis Siti itu disebabkan terlalu banyak komen yang mencecah puluhan ribu. Sementara itu Siti Nurhaliza menerusi salah satu komen menjawab pertanyaan peminatnya berkata, dia pun peminat Ronaldo dan mendoakan keselamatan bintang bola sepak dunia itu. Dalam satu mesej kepada mStar Online Siti meluahkan rasa kagum dan hormat kepada bintang dunia itu kerana tingkah laku yang ditunjukkannya terhadap masyarakat serta umat Islam.

"Sebab itu kita support (sokong) dia, dan doakan dia selamat," ujar Siti ringkas. Gambar berkenaan dimuat naik Ronaldo yang ketika itu dalam perjalanan dari Sepanyol ke Sweden untuk menyertai saingan kumpulan A, Liga Juara-Juara Eropah yang akan diadakan pada awal pagi Khamis. Ronaldo mempunyai lebih 31.2 juta pengikut Instagram, lapor mstar online


Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Oktober 2015. Berikut adalah harga bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut mulai pada jam 12.01 tengah malam 1 Oktober 2015. Untuk info, pengumuman rasmi harga terkini jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel mulai Oktober 2015 hanya akan diumumkan selepas jam 9.00 malam Rabu 30 September 2015.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Oktober 2015 (Tidak Rasmi) 
  • RON95: RM 2.05 sen seliter
  • RON97: RM 2.45 sen seliter termasuk GST
  • Diesel: RM1.90 sen Seliter
Tidak Rasmi: Berdasarkan purata hanya Minyak Ron95 dan Diesel disepanjang bulan September 2015. Purata bagi RON95 adalah RM2.09/liter manakala Diesel Purata RM1.88/ liter. Dijangka mulai 1 Oktober 2015, harga minyak akan mengalami sedikit kenaikan sebanyak 0.10 sen berbanding bulan sebelumnya. Bagaimanapun, harga terkini ketiga-tiga bahan akan dikemaskini dilaman ini selepas jam 9.00 malam 30 September 2015.

Harga Purata Minyak Bulan September 2015
Berikut adalah harga purata minyak ron95 dan Diesel disepanjang bulan September 2015.
RON95: RM2.09/liter (Purata)
Diesel: RM1.88/liter (Purata)

Purata RON95 Sepanjang September 2015

Purata Diesel Sepanjang September 2015

Harga Minyak Bulan September 2015 
RON95: RM1.95 sen seliter 
RON97: RM2.35 sen seliter (Termasuk GST) 
Diesel: RM1.80 sen seliter 

Harga Minyak Bulan Ogos 2015 
RON95: RM2.05 Sen Seliter 
RON97: RM2.45 Sen Seliter (Termasuk GST) 
Diesel: RM1.95 Sen Seliter 

Harga Minyak Bulan Julai 2015 
RON95: RM 2.15 Sen Seliter 
RON97: RM 2.55 Sen Seliter (Termasuk GST) 
Diesel: RM2.05 Sen Seliter 

Harga Minyak Bulan Jun 2015 
RON95: RM2.05 Sen Seliter 
RON97: RM2.35 Sen Seliter (Termasuk GST) 
Diesel: RM 2.05 Sen Seliter 

Harga Minyak Bulan Mac, April & Mei 2015 
RON95: RM 1.95 Sen Seliter 
RON97: RM 2.25 Sen Seliter (Termasuk GST 6%) 
Diesel: RM 1.95 Sen Seliter



Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan beliau boleh ditahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Mahathir, 90, bagaimanapun berkata beliau sudah terlalu tua untuk dipenjarakan. “Saya beliau sedia, saya terlalu tua, tidak berapa sihat dan boleh boleh berfikir dengan baik. Nyanyuk, kamu tahu?” katanya dalam sebuah forum pendidikan.

“Tetapi tiada alasan untuk orang nyanyuk ucap perkara salah,” kata Mahathir yang terkenal dengan kenyataan sinisnya. Beliau ditanya sama ada menjangkakan akan turut ditahan seperti Datuk Khairuddin Abu Hassan, bekas ketua Umno Batu Kawan, selama 28 hari atas alasan cuba mensabotaj negara. “Ini undang-undang, saya haru patuh. Jika saya bersalah saya harus hadapi penjara seumur hidup,” kata perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

Mahathir berkata Sosma lebih teruk berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan selepas kempen berterusan pembangkang dan NGO. Katanya, Sosma membenarkan penahanan seumur hidup sedangkan ISA hanya memperuntukkan penahanan dua tahun. Beliau juga berkata dakwaan sabotaj terhadap Khairuddin juga tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang itu, lapor malaysiakini.com



Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin akan dikenakan sebarang tindakan ketika berada di luar negara. Menurut bekas perdana menteri itu, ini kerana operasi pencegahan pengubahan wang hanya bertindak terhadap "orang kecil" sahaja. "Jika saya melakukan pengubahan wang haram, saya mungkin ditangkap. Tetapi jika anda memegang kedudukan yang tinggi, anda dikecualikan. 

"Saya tak fikir masyarakat antarabangsa aakan melakukan sesuatu... Jika kita mendapati terdapat wang yang boleh dipersoalkan, kita bekukan akaun tetapi mereka tidak melakukan apa-apa," katanya kepada wartawan hari ini. Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan di luar negara mengenai skandal kewangan 1MDB serta individu yang dilaporkan rapat dengan Najib. Najib kini berada di New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lapor malaysiakini



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan tidak akan menambat nilai ringgit meskipun nilai unit tempatan itu kini mencecah paras RM4.44 berbanding Dolar AS. Menurut Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tambatan nilai ringgit akan menyebabkan berlakunya pelarasan kepada harga dan permintaan yang bakal memberikan kesan besar kepada ekonomi. "Malaysia mempunyai asas ekonomi yang boleh diselaras mengikut persekitaran semasa. Apabila ketidaktentuan global seperti kenaikan kadar faedah AS diselesaikan, ringgit akan kembali pulih."

Katanya kepada pemberita selepas menyampailan ucaptama pada Simposium Global bagi Kekukuhan Kewangan di sini hari ini. Dr Zeti berkata ketidaktentuan termasuk kelemahan harga komoditi dan minyak menyebabkan nilai ringgit sukar diramal. "Kita harus tunjukkan kita mampu keluar dari tempoh sukar ini." Katanya sambil menambah keadaan ekonomi semasa Malaysia tidak akan menjejaskan negara jiran.

Beliau berkata pelabur harus melihat kepada asas perbankan dan sistem kewangan Malaysia yang kukuh. "Pertumbuhan meskipun menyederhana namun masih kukuh jika berdasarkan persekitaran global kini." Malah katanya ekonomi Malaysia kini 80 peratus disumbang pembuatan dan perkhidmatan berbanding bergantung kepada komoditi.

Sementara itu Dr Zeti berkata pasaran bon Malaysia tidak akan runtuh susulan pelepasan pegangan bon bernilai RM11 bilion oleh pelabur asing. "Kebanyakkan bon ini adalah dalam dedominasi ringgit dan Malaysia mempunyai pelabur institusi yang akan membeli bon domestik." , lapor astro awani

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget