2015-09-20


Gambar majlis pertunangan Stacy AF dan Akim Ahmad pada 26 September 2015. Stacy atau nama islam Ummu Shaikhah Abdullah telah selamat bertunang dengan Akim Ahmad pada pukul 12.00 tengah hari Sabtu bertempat di Amber Hills, Taman Melawati Ampang. Tahniah diucapkan kepada pasangan Stacy dan Akim Ahmad, semoga pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Terdahulu, Stacy telah memeluk agama islam di Pejabat Agama Johor Bahru pada 24 Ogos 2015 lalu.

Gambar Pertunangan Stacy AF & Akim Ahmad 26.9.2015




Menurut kajian, seramai 40 peratus wanita mengaku memiliki sekurang-kurangnya satu alatan seks dan 4.5 peratus mempunyai enam atau lebih. Kajian terhadap lebih 1,000 perempuan Amerika Syarikat juga mendapati 87 peratus golongan itu lebih gemar membeli alatan seks berbanding bahan lucah atau pakaian dalam seksi. Industri seks juga sedang berkembang pesat di negara itu dan dianggarkan bernilai AS$15 bilion, menurut Time, yang memetik AlterNet. Keadaan itu mendorong pelabur berlumba-lumba menghasilkan alatan paling “kreatif” untuk menarik pelanggan.

Hasil kegilaan itu, kini tercipta pelbagai alatan yang pelik, antaranya seperti berikut:

1. 'Ekor kucing'. Ekor dengan bahagian pangkal bersaiz 7.5 x 3.3 x 3cm itu bertujuan mencetuskan sensasi seks anal. Dengan ekor sepanjang 60cm, ia meletakkan huraian mengaitkannya dengan liar seekor kucing.

2. Karung penutup badan kain ketat spandeks. Ia yang menutup seluruh kepada hingga tapak kaki. Laman Sub Slave menghuraikannya sebagai sesuai untuk “latihan hamba”.

3. Sarung tangan ElectroSex. Ia bertujuan merangsang tubuh badan manusia ketika perhubungan seksual.

4. Selaput dara tiruan. Ia dicipta kerana ia melambangkan kesucian seorang gadis dan di sesetengah tempat ia boleh menentukan hidup atau matinya seorang perempuan. Tidak perlu lagi pembedahan, kini ia dapat dipakai dengan mudah di kemaluan dan memberikan fungsi yang sama.

5. Botol bau ketiak pelajar sekolah di Jepun. Ia dikatakan boleh digunakan oleh terhadap pasangan, patung, pakaian dan lain-lain. Bau itu dikatakan dapat merangsang nafsu seks.

6. Kemaluan palsu lelaki berserta badan separuh. Tidak seperti alat klasik jenis itu, ia kini turut memuatkan bahagian dada dan perut lelaki, yang dibentuk sebagai lelaki sasa. Badan itu direka untuk dapat dipegang golongan wanita ketika berahi.

7. Penggetar emas. Ia disalut emas 24 karat. Dikenali sebagai “Inez”, ia dikatakan sebagai penggetar paling eksklusif prenah dicipta. Ia dijual dengan harga AS$15,000 (RM54,500). Jika tidak mampu, jangan bimbang, ada juga penggetar perak yang harganya murah sekali ganda.

sumber : malaysiakini.com


Cara semak indeks pencemaran udara (IPU) Jerebu di Malaysia secara online. Orang ramai yang terjejas dengan kawasan yang dilanda Jerebu boleh membuat semakan IPU di kawasan masing-masing untuk mengetahui tahap bahaya jerebu dikawasan anda. Berikut adalah cara mudah untuk membuat semakan IPU Jerebu dan juga maklumat terkini Jerebu.

Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Jerebu Di Malaysia

Untuk semakan dan maklumat semasa jerebu sila layari http://apims.doe.gov.my 



Penaung Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook Johor Darul Takzim (JDT) telah menyentuh mengenai beberapa perkara melibatkan badan induk bola sepak negara (FAM) serta penyokong bola sepak. Seperti Tan Sri Annuar Musa, Tunku Ismail turut membangkitkan isu hak penyiaran yang sentiasa menjadi persoalan dalam kancah bola sepak Malaysia.

"Berkenaan hak penyiaran FAM dan jadual perlawanan liga, FAM dilihat masih berdegil. Hak penyiaran semua pasukan yang bertanding masih sedikit dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya tidak faham, dan ingin tahu mengapa FAM perlu menerima sehingga 40% daripada keseluruhan hasil penyiaran yang berjumlah lebih kurang RM30 juta, sedangkan pengurusan liga akan dijalankan oleh FMLLP. 

Sebagai perbandingan, di negara-negara Eropah, pasukan-pasukan yang bertanding menerima sebanyak 70-80% daripada hasil penyiaran sedangkan pasukan kita hanya menerima 30%. Saya berharap semua pasukan menggunakan dana dari hak penyiaran ini dengan baik dan bijak menggunakannya mengikut kemampuan. 

Jangan berbelanja untuk mendapatkan pemain-pemain import sahaja. Keutamaan perlu diberi kepada pemain tempatan." Disamping itu, TMJ turut menyentuh mengenai kem latihan skuad kebangsaan.
"Di negara-negara Eropah seperti di negara Jerman dan England, pemain akan melaporkan diri ke kem latihan empat atau lima hari sebelum perlawanan, tetapi di Malaysia pula pemain perlu melapor diri sehingga dua minggu awal sebelum perlawanan. 

Pemain Malaysia mempunyai purata tempoh latihan yang panjang dan dua kali ganda berbanding pemain Jerman dan England untuk membuat persiapan perlawanan antarabangsa. 
Ini menyebabkan liga terhenti lama dan ianya merosakkan momentum para pemain. Harus diingatkan bahawa pemain sudah cukup cergas dan mereka hanya perlu diasah dari segi taktikal bila di kem latihan kebangsaan. 

Apa yang berlaku sekarang, kita tidak menang tetapi sebaliknya sentiasa tewas. Jadi, lakukanlah sepertimana dilakukan oleh orang lain." Disamping itu, Tunku Ismail turut sempat menyampaikan peringatan kepada penyokong bola sepak tanah air. "Kepada para penyokong tanahair, sebelum anda mengatakan apa-apa mengenai saya, adalah lebih baik anda cermin diri sendiri terlebih dahulu, kerana hanya saya seorang sahaja yang bersuara untuk hak pasukan anda, lebih dari ketua anda sendiri. Nilaikan sendiri pengecut yang hanya berdiam diri dan tidak berjuang untuk mendapatkan hak anda," katanya, lapor stadiumastro.com


Vokalis kumpulan The Akim & The Magistrate iaitu Akim telah selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Stacy tengahari tadi. Berita ini disahkan melalui Hlive menerusi laman sosial Instagram rasmi program televisyen itu, petang tadi. Menerusi foto yang dimuatnaik Hlive, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata dia berasa syukur pertunangannya dengan Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam, 25, berjalan lancar.

"Syukur alhamdulillah. Majlis pertunangan saya @akimahmad dan bakal isteri saya @stacyanam telah selamat berlangsung tadi pada 26 September, 2015. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Dan doakan yang terbaik untuk kami di masa akan datang,” kata Akim melalui kapsyen Instagram tersebut. Majlis pertunangan pasangan bekas bintang Akademi Fantasia ini dikatakan telah diadakan secara tertutup di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat rapat mereka, lapor astro awani


NAMA Azwan Ali sering dihimpit kontroversi ke mana saja selebriti ini melangkah. Hakikatnya itu antara cabaran yang perlu dihadam sementelah sudah lebih 20 tahun dalam industri. Perlu diakui ia bukan mudah! Sepanjang lebih dua jam bersamanya, tidak kering gusi dibuatnya apabila figura ini menceritakan siapa Azwan Ali sebenarnya dan ia bukan seperti yang dilihat sebagaimana laporan media. Bekas pramugara ini amat mudah didekati, ada soalan panas, ada isu peribadi yang akan dikongsi bersama pembaca.

Ikuti 10 soalan panas kepada artis yang cukup terkenal dengan tagline ‘ada aku kisah’..

Apa yang Azwan Ali buat sebenarnya secara sepenuh masa?

Saya buat apa kat rumah pun orang sibuk. 'Why bother?'. Masyarakat tak perlu tahu apa AA buat, mungkin mereka 'over care'. Tapi tak apa lah. Kalau saya tak muncul di TV pun, ALLAH itu Maha Pemurah. Dulu saya tak nampak. Rezeki ALLAH itu merata-rata. Selain sibuk dengan perniagaan online, saya masih menerima undangan majlis-majlis 'private' dan korporat di sana sini.

Adakah sikap provokatif itu memang sikap sebenar Azwan?

Sifat itu memang ada sebab turun daripada bapa saya. Kita jangan dipijak...jangan dilanggar. Arwah bapa saya, seorang yang pantang benda itu. Dia selalu pesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Insya-ALLAH saya akan ingat pesanan itu. Saya tak mainlah makan duit rakyat, duit kontroversi tapi apa saya buat itu bukan sampai ke tahap jahat, yang dilarang Islam. Mulut saya memang 'very the...'.

Kalau saya boleh betulkan, saya seorang yang anti-provokasi tapi jangan saya diprovok. Orang putih kata 'you die'. Kalau orang tak kacau saya tak apa lah. Tapi kalau orang cucuk saya dua kali sahaja, cuma dua kali. Kali ketiga memang kena 'fire'.

Jadi, memang akan tercetus kontroversi-kontroversi itu sebab apabila saya terlalu 'transparent'. Saya cuba elak ya tapi apabila dugaan ALLAH itu datang. Contohnya acara bagi minum cendol dan yang dihantar hanya 10 mangkuk sahaja sedangkan tetamu 40 orang. Ini berlaku di Terengganu pada 1997. Situasinya apabila penaja lari daripada perjanjian.

Saya memang melenting dan tiada selindung-selindung. Orang memerhati dan saya tak sedar bahawa orang yang memerhati itulah yang membusukkan keadaan. Semua ini berlaku kerana orang yang berjanji dengan saya tapi mungkiri.

Adakah benar Azwan sengaja cipta kontroversi ?

Kontoversi Azwan tidak sama dengan artis baru yang cari pasal. Saya dihina sedemikian rupa kemudian mereka kata saya sengaja buat kontroversi. Amboi sedapnya mulut. Tak sedar dia yang pijak Azwan dulu. Saya dah puas menelan, tapi kita tak boleh nak mengelak kerana itu lumrah manusia. Mereka akan nampak yang busuk sahaja, mereka tak kaji pun punca sesuatu isu itu berlaku.

Contohnya yang berlaku pada bulan puasa. Saya tanya elok-elok di Twitter, di mana nak makan steak. Muncul makhluk satu ini, balas … Dah kecoh pun. Walaupun ada pembela yang kata 'restoran itu pun tak tahu'.

Itu bukan isunya. Cara kamu jawab. Apalah salahnya tulis 'Abang Azwan, saya rasa boleh cuba restoran...'. Jadi, tidaklah kita rasa orang menghina. Di Kelantan, perkataan itu terlalu hina.

Kenapa Azwan sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Apa masalah rakyat jelata yang menghina Najib. Dia belum lagi liwat orang, belum lagi kencing di Dataran Merdeka, belum lagi terpekik di tengah jalan macam orang gila. Setakat dia dapat RM2.6 bilion. Kenapa benci sangat?

Hakikatnya Najib pun tahu, orang anti Datin Seri Rosmah (isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor). Bertahun-tahun cerita itu. Tapi lihat Datin Seri Rosmah...kau katalah dia apa pun. Tetap 'steady'.

Sifat Datin Seri Rosmah yang kuat ini saya sangat 'respect'. Saya nampak beliau mengatasi Najib dari segi penghinaan itu. Letak diri anda dalam keadaannya. Seingat saya, Rosmah dihina sejak hari pertama Najib berkuasa. Sekarang dah bertahun Najib jadi perdana menteri, baru nak dikecam. Kalau isterinya boleh 'survive', Najib pun mampu.

Sebelum ini, politik negara bergolak dan saya hampir-hampir hilang kepercayaan terhadap Umno. Sebab saya manusia...hanya rakyat biasa tapi saya memerhati dan saya sukakan politik.

Apabila saya kaji balik, apa saya dapat kalau sokong pembangkang? Berzaman saya tak nampak apa faedah sokong mereka. Maaf cakap. Walaupun orang kaitkan saya dengan Menteri Besar Selangor. Konon dia itu abang Azwan Ali.

Pernah keluar cerita tentang saya bercita-cita menjadi perdana menteri dan artikel itu dikeluarkan semula baru-baru ini hingga jadi viral. Ramai yang ketawakan saya kan? Tapi itu bukan artikel palsu.

Itu kenyataan saya kepada Media Hiburan (majalah hiburan keluaran Kumpulan Media Karangkraf) bertahun-tahun dulu. Sebab saya memang berangan nak jadi perdana menteri. Kalau kerusi itu diberi kepada saya, hari ini juga...kalau Najib sanggup berundurlah...memang saya cepat-cepat naik. Pertama saya hapuskan (GST) Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan minyak percuma selama sebulan.

Tadi Azwan ada sebut sokong Najib, kenapa tidak sokong abang selaku Menteri Besar Selangor. Azwan dan Mohamed Azmin ada apa-apa konflik kah?

Tidak ada konflik. Bagi saya, saya mempertahankan menyokong ke arah dia dan konco-konconya adalah perjuangan yang sia-sia. Alhamdulillah saya dapat kesedaran itu. Sokongan kepada Najib itu adalah sokongan kepada kerajaan yang terjamin.

Sekalipun Najib akan mengalami dugaannya, siapa pun naik jadi perdana menteri selepas ini dan saya yakin daripada BN, di situlah saya menyokong.

Maksudnya, sokongan itu bukan sekadar untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tetapi juga BN?

Ya. Sokongan itu kepada parti mana yang lebih menjamin. Saya berpegang kepada kata-kata ustaz bahawa kita harus hormat pemimpin.

Selagi Datuk Seri Najib kekal berkuasa, belum lagi ditangkap atau dipenjarakan...digugurkan dari jawatan perdana menteri atas kesalahan apa jua, saya akan terus menyokong dia. Sebab yang bercakap ini semua menyalak sahaja...tiada bukti pun.

Kenyataan seperti ini mungkin disalah anggap dengan dakwaan dibayar dan sebagainya. Boleh buktikan daripada akaun bank atau 'job' Azwan...ada ke dalam beberapa bulan ini Azwan puji Najib tiba-tiba dilantik Setiausaha Kanan RTM atau ambil kerusi besar di Media Prima? Habuk pun tak ada.

Adakah Azwan ahli Umno?

Saya penyokong Umno tapi Umno ada banyak-banyak Umno. Umno yang Azwan sokong adalah daripada keikhlasan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj (Perdana Menteri pertama) dan pemimpin-pemimpinnya yang hebat kecuali petualang Umno. Tak payah sebutlah siapa petualang Umno.

Adakah Azwan pernah menyokong Azmin Ali di Gombak?

Saya nak jelaskan cerita lama saya yang belum pernah terdedah. Kisah saya ke penamaan calon di Sungai Pusu, Gombak. Biarlah saya berterus terang selepas hampir tiga tahun. Saya ke Sungai Pusu itu semata-mata untuk menjelaskan kepada rakyat isu kata keji dari ibu sendiri.

Apabila ibu sudah keluarkan macam-macam kenyataan, saya rasa, sayalah penyelamat untuk menjernihkan keadaan walaupun saya tidak berkata apa-apa pada hari penamaan calon itu, cukuplah saya menampakkan muka di celah-celah Azmin Ali bahawa dia tidak bersalah.

Masa itu teruk dia kena apabila hal dalaman keluarga jadi percaturan ceramah kempen pilihanraya. Saya rasa itu pengorbanan terbesar saya untuk Azmin Ali. Tapi cukuplah sokongan terhadap Azmin Ali terhenti di situ. Dia tetap abang saya. Saya tetap hormat di apabila berjumpa.

Empat sahaja soalan yang akan saya tanya apabila jumpa dia iaitu apa khabar?, bagaimana semuanya?, sedang buat apa sekarang? dan boleh 'selfie'?. Saya tak tanya berapa kerusi dia ada, berapa kerusi atas kepala dia? Saya tak akan ambil tahu apa-apa tentang politik dia. Tapi saya akan borak panjang dengan kakak iparnya, Shamsidar Tahrin tentang macam-macam perkara.

Sejak abang Azwan jadi menteri besar, ada tak yang ambil kesempatan dengan Azwan Ali?

Sejak abbang naik menjadi menteri besar sampai hari ini, tiada sebarang komunikasi antara kami. Sebelum jadi menteri besar nak jumpa dia seminit pun susah, inikan pula selepas dia menjadi menteri besar? Saya perlu jelaskan di sini kerana ramai yang datang jumpa saya minta saya sampaikan kepada Azmin untuk dapatkan tender atau projek. Pergi sendiri boleh tak? Saya tak nak duit anda, lapor sinar harian


GUERRERO - MEXICO. Apabila polis menemui mayat ibunya tanpa kepala, Ahilin Quinones tahu bahawa dia telah menjadi anak yatim, sepertimana anak-anak yatim yang tidak terkira banyaknya di Guerrero, Mexico. Quinones juga tahu bahawa ibunya, Aide Nava telah menjadi salah seorang daripada mangsa culik dan bunuh sindiket dadah yang bermaharajalela di kejiranan Guerrero. Nava merupakan calon datuk bandar kepada sebuah bandar yang terletak di kawasan pergunungan Mexico, Ahuacuotzingo. Selepas bersumpah untuk membersihkan bandar itu dari pengaruh kartel dadah dan samseng, Nava telah diculik, dirogol, diseksa dan dipancung. Pada 11 Mac lalu, kehilangan Nava terjawab apabila kumpulan sindiket dadah yang menculiknya membuang mayatnya di tempat terbuka. Mayatnya ditutup dengan sehelai kain yang disembur cat yang bertulis “ini yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kami”.

“Polis memberitahu kami bahawa mereka tidak dapat mengenal pasti mayat ibu saya tanpa kepalanya.Saya terpaksa mengecam mayat ibu saya dengan tanda lahir yang ada pada lengannya,” ujar Quinones ketika menceritakan detik hitam itu kepada sebuah portal antarabangsa. Quinones, 19, telah kehilangan segala-galanya sejak penguasaan kartel dadah berlaku di tempat tinggalnya. Bapanya yang memegang jawatan sebagai datuk bandar di bandar Fransisco Quiñones, telah dibunuh dengan menggunakan pistol sembilan bulan sebelum pembunuhan ke atas ibunya dilakukan. Sementara abangnya pula dikatakan telah 'menghilangkan diri' sejak beberapa tahun dahulu, dipercayai diculik oleh kumpulan samseng dadah pada tahun 2012 yang lalu.

Dengan pembunuhan yang dilakukan ke atas ibu dan bapanya, penduduk di kawasan tersebut percaya bahawa Quinones dan kakaknya, Vanessa mungkin menjadi sasaran seterusnya bagi sindiket terbabit. “Wanita hilang dan mati setiap hari dari tempat ini. Ibu saya hanya seorang di antara beribu-ribu mangsa yang lain,” katanya lagi. Menurut kajian yang dilakukan oleh National Citizen Femicide Observatory, seramai enam wanita dibunuh di Mexico setiap hari dan hanya satu per empat daripada 3,892 kes pembunuhan pada tahun 2013 disiasat oleh pihak berkuasa. Secara purata, seramai 14 bagi setiap 100,000 wanita dibunuh setiap tahun di Guerrero, iaitu empat kali lebih tinggi dari negeri lain di negara tersebut. Tahun lepas, media antarabangsa melaporkan seramai 43 orang pelajar lelaki dari Kolej Perguruan Luar Bandar Ayotzinapa hilang di Iguala, Guerrero. Penculikan besar-besaran tersebut dilakukan oleh sekumpulan ahli kongsi gelap dan menurut laporan rasmi, kumpulan tersebut merampas beberapa buah bas yang dinaiki pelajar-pelajar tersebut.

Pelajar-pelajar itu dilaporkan merancang untuk mengadakan bantahan pada persidangan yang dipimpin oleh isteri datuk bandar Iguala. Menurut pengasas Organisasi pertahanan perempuan, Wanita Allied for Justice, Maria Luisa Garfias berkata, statistik kehilangan dan pembunuhan wanita pada tahun ini meningkat mendadak melebihi tahun purata pada tahun sebelumnya. “Penjenayah di negara ini tidak sekalipun cuba untuk menyembunyikan jenayah mereka lagi. Mereka seolah-olah menikmati jenayah yang mereka lakukan,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal itu. Organisasi tersebut menganggarkansehingga setakat ini, lebih dari 600 wanita di Guerrero telah hilang pada tahun ini dan sebanyak 1,249 kes rogol telah dilaporkan pada tahun 2014.

“Wanita menjadi takut untuk melaporkan jenayah pada pihak berkuasa. Kami ada rekodkan satu kes di mana mangsa rogol melaporkan jenayah itu kepada polis namun akhirnya dilaporkan sebagai orang hilang setelah cuba mendapatkan keadilan untuk dirinya sendiri. “Hanya kira-kira 40 peratus daripada mangsa rogol melaporkan jenayah itu dan angka sebenar mungkin diluar jangkaan kita,” katanya lagi. Akhbar harian Guerrero, Vértice, kerap menerbitkan gambar-gambar grafik pembunuhan hari sebelumnya di halaman belakang media bacaan tersebut. Menurut editornya, Jorge Pacheco, dia amat terkejut dengan angka kes kematian yang dilaporkan semakin meninggi, setiap hari.“Kami bukan sahaja terkejut dengan peningkatan angka kematian wanita di negara ini, malah juga dengan cara mereka dibunuh. “Mereka dibuang dari jambatan, digantung di lebuh raya yang sibuk, dicacatkan sebelum dibunuh dan banyak lagi. Semakin hari, semakin banyak gambar-gambar seperti ini tiba ditangan kami,” katanya.

Terdapat ramai pakar dan kumpulan hak asasi manusia melahirkan kebimbangan terhadap kes pembunuhan wanita yang berada di luar kawalan. Isarve Cano Vargas, 19, dari bandar Tehuacan, adalah salah seorang mangsa daripada kira-kira 4,000 wanita dan gadis yang diculik dan dibunuh setiap tahun. Anak perempuan seorang bekas ahli politik itu ditemui mati pada bulan Mei, sebulan selepas dia dilaporkan hilang. Cano Vargas dibunuh walaupun keluarganya membayar tuntutan wang tebusan kepada penculiknya. Pada bulan Januari, mayat seorang pelakon Carmen Yarira Noriega Esparza, 27, ditemui mereput dalam sebuah tangki air di blok pangsapuri tempat tinggalnya di bandar Mexico. Graduan psikologi itu dilaporkan hilang hampir setahun lalu sebelum dia ditemui pada Februari 2014. Satu lagi kes kematian melibatkan Datuk Bandar Tiquicheo, Maria Santos Gorrostieta, yang diserang ketika menghantar anaknya ke sekolah.

Gorrostieta telah diserang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata mayatnya ditemui diikat dengan kesan tikaman,dibakar, dan diseksa di tepi jalan di San Juan Tararameo. Gorrostieta sebelum ini dilaporkan telah terselamat dari dua percubaan bunuh. Seorang pelajar sekolah tinggi, Lupita Perez Montes, 17, yang dilihat kali terakhir pada 31 Januari adalah antara 18 gadis muda yang dilapor hilang dari bandar utara Ciudad Juarez dalam tempoh lebih setahun.  Dalam kes melibatkan orang hilang, seorang guru sekolah rendah, Noé Velasquez telah membuat pinjaman sebanyak £ 12,000 (RM79445.59) iaitu lebih tiga kali gaji tahunannya untuk membayar wang tebusan anak perempuannya awal tahun ini. Anak perempuannya, Jimena Vasquez, yang berusia 18 tahun, hilang pada Mac selepas bertemu seorang lelaki yang dikenali menerusi perbualan dalam talian. Walaupun dia memberikan wang tebusan penuh kepada penculik, anak perempuannya tidak pernah kembali. Jimena Velasquez kekal dalam senarai hilang Guerrero negeri.“Saya ada hutang yang banyak, tapi saya akan membayar sepuluh kali ganda jika anak perempuan saya dikembalikan dengan selamat,” katanya.

Maria Velez, 15, dilaporkan hilang di Chilpancingo pada tahun 2010 selepas masuk ke dalam sebuah kereta hitam yang tidak dikenali di luar sekolah. Insiden tersebut merupakan tragedi hitam kali kedua buat ibunya, Lilia Juare apabila pasangannya, Jesus Moreno hilang pada tahun 2008 dalam modus operandi yang sama. “Orang-orang yang saya sayang telah diambil dari saya. Saya tidak boleh tahu jika mereka masih hidup atau mati. Hidup saya macam dalam neraka,” katanya.  Guerrero adalah negeri yang sangat penting bagi industri kartel dadah di negara tersebut. Guerrero adalah kawasan penanaman ganja dan candu popi yang sangat subur, lapor sinar harian


Di Malaysia, pencemaran udara atau jerebu dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Semakin besar nilai bacaan IPU, semakin tinggi tahap pencemaran udara atau jerebu.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Semakan  Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Setiap Negeri Di Malaysia
Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.


JIKA di Malaysia, kita digemparkan dengan insiden seorang jemaah menampar Imam II Masjid Negara ketika sedang solat Jumaat baru-baru ini. Sementara di Singapura pula, kecoh dengan cerita mengenai seorang pemuda yang ‘dirasuk’ secara tiba-tiba dan bersilat di dalam sebuah masjid.

Kejadian haru-biru tersebut sempat dirakamkan jemaah dan video berkenaan mula menjadi viral menerusi media sosial di republik itu baru-baru ini. Memetik laporan BERITAMediaCorp, kejadian itu berlaku di Masjid Al Khair, pada hari Selasa lalu sebelum jemaah mengerjakan solat fardu Zohor.

Tidak tahu apa puncanya, lelaki yang sedang histeria itu dilihat mula ‘buka langkah’ menunjukkan aksi silatnya sambil memekik-mekik di dalam dewan masjid. Berikutan itu, seorang imam masjid dilihat bertindak pantas segera melaungkan azan sebagai usaha bagi menenangkan pemuda tersebut.

Menerusi rakaman video itu, setelah beberapa minit dirasuk, pemuda itu kemudian ditangkap serta ditenangkan oleh para jemaah dan kakitangan masjid. Difahamkan, pemuda tersebut dibenarkan keluar meninggalkan masjid yang terletak di Choa Chu Kang itu sejurus selepas dia berjaya ditenangkan. Sementara itu, Pengerusi Masjid Al Khair, Rashid Ramli mengesahkan kejadian ‘rasuk’ tersebut. Masjid yang dibuka sejak 1960-an itu boleh memuatkan 3,300 jemaah. Menurutnya, ini bukanlah kejadian histeria pertama berlaku di situ kerana sebelum ini terdapat seorang perempuan turut dirasuk ketika berada dalam masjid itu, lapor MYNEWSHUB.CC


SUNGGUH menyayat hati.. seorang imam muda maut selepas parang yang digunakan untuk menyembelih lembu tanpa diduga tertusuk pada lengan kirinya ketika menunaikan ibadah korban di Surau Taman Cahaya Baru, Yong Peng, Johor, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali Suharto Bin Meodjib Dimjati cedera parah.Susulan itu, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Yong Peng sebelum di bawa ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun,mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia di wad kecemasan kerana kehilangan darah yang banyak. Difahamkan, pada hari kejadian, mangsa ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.

Namun, entah macam mana seekor lembu yang sedang disembelih secara tiba-tiba mengelupur dengan kuat sehingga mengakibatkan mangsa dan imam yang menyembelih tercampak kebelakang. Malangnya, pada masa yang sama parang yang digunakan untuk menyembelih lembu tadi terkena pada lengan mangsa, lapor MYNEWSHUB.CC



PETALING JAYA: Mayat mendiang Anthony Kevin Morais masih belum dituntut oleh ahli keluarganya sehingga 9.30 malam, hari Rabu. Menurut sumber, mayat masih berada di Institut Perubatan Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun polis telah memberi kebenaran kepada keluarganya untuk meneruskan proses lanjut.

“Mayat Kevin tu memang polis dah serahkan kepada keluarganya untuk urusan tuntutan mayat. Kamu (pihak media) tanyalah HKL kenapa keluarga mereka belum tuntut mayat hari ini,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin, lapor Astro Awani.

Adik mendiang, Datuk Richard Morais enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Mayat mendiang sepatutnya dituntut pada Selasa dan kemudian dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi untuk upacara lanjut. Mayat Morais, 55, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada Rabu lepas selepas dilapor hilang pada 4 September lalu, lapor freemalaysiatoday


PETALING JAYA: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Singapura dijangka terus merosot untuk tempoh 12 jam akan datang. Menurut Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, pada pukul 10 pagi Indeks Standard Pencemaran (IPU) 24 jam mencatat bacaan antara 264 hingga 321 sementara bagi

Bacaan yang amat tidak sihat itu memaksa pihak berkuasa menutup semua sesi persekolahan rendah dan menengah di Republik itu pada Jumaat. Menurut Menteri Pendidikan Heng Swee Keat keputusan itu dibuat sebagai langkah pencegahan, lapor freemalaysiatoday.com


SEORANG mangsa yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan ditemui selamat selepas 31 tahun identitinya 'mati'. Dikenali sebagai Petra Pazsitka dari bandar Jerman utara Braunschweig, dia kali terakhir dilihat pada 1980 ketika berusia 24 tahun. Bagaimanapun sekarang dia sudah berusia 55 tahun dan hidup menggunakan identiti sebagai Schneider di Düsseldorf.

Dua minggu lalu rumahnya telah dipecah masuk dan selepas menghubungi polis, identiti sebenar wanita itu akhirnya terdedah. Jurucakap polis berkata: "Sesungguhnya dia adalah wanita yang hilang dan dianggap mati itu. Katanya, dia tinggal di bandar-bandar yang berbeza menggunakan nama palsu. Dia tidak pernah mempunyai kad pengenalan baru."

Tetapi pihak polis menemui kad identiti asal wanita itu selepas memeriksa kediamannya yang dipecah masuk. Dia mengaku hidup dalam pembohongan sejak tiga dekad lalu. Pada 26 Julai 1984, Petra yang sedang belajar sains komputer di Braunschweig, pergi berjumpa doktor gigi. Dia meninggalkan premis pergigian itu kira-kira pukul 3 petang untuk menaiki bas ke rumah ibu bapanya berdekatan Wolfsburg, demikian menurut kawannya. Tetapi dia tidak sampai ke lokasi yang sepatutnya itu. Setahun sebelum itu seorang gadis berusia 14 tahun telah dibunuh berhampiran hentian di mana dia sepatutnya menaiki bas, jadi polis percaya kes pembunuh sama berulang ke atas Petra.

Kes Petra disiarkan dalam rancangan Crimewatch Jerman yang dikenali sebagai ‘Case Files XY....Unsolved’. Namun tiada pihak tampil memberikan apa-apa maklumat. Pada akhir tahun 1985 Mac Günter K., 19, pelatih tukang kayu ditangkap dan mengaku membunuh remaja itu. Pada tahun 1987 dia juga mengaku membunuh Petra. Petra telah diisytiharkan mati oleh pihak berkuasa, lapor mstar online


KUALA LUMPUR: Keengganan waris mendiang Anthony Kevin Morais menuntut mayatnya disebabkan mereka ingin tahu terlebih dahulu punca kematian. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, anggota keluarga mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu mahu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur tentang perkara itu.

“Pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebenarnya telahpun diperoleh beberapa hari lalu yang mengesahkan bahawa wujud hubungan biologikal antara mendiang dan anggota keluarganya,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi simen di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya dekat sini pada 16 September. 

Mendiang kali terakhir dilihat pada 4 September semasa meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu keretanya, lapor freemalaysiatoday.com



Ramai isteri yang risau adakah telan air mani boleh menyebabkan hamil atau mengandung? Ini adalah penjelasan kepada keraguan yang mungkin anda alami khusus untuk sudah berumah tangga.

Penjelasan Sumber Dari Harian Metro

KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menunggu di dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan ‘ditolak’ ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam rahim.

Air mani yang ditelan akan memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum. Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi. Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama, kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan jangkitan kuman.

Jika kehamilan berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif (sebelum ejakulasi).



Bahaya Pakai Coli Dan Seluar Dalam Ketika Tidur. Rata-rata wanita dan lelaki di Malaysia langsung tidak mengambil berat tentang hal ini. Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara. “Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara. Bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.


Beli tiket semifinal dan final Konsert AF 2015 akhir secara online. Menerusi pengumuman Astro, orang ramai boleh mendapatkan tiket konsert akademi fantasia 2015 peringkat separuh akhir dan akhir secara online menerusi portal (http://www.ticketpro.com.my). Tarikh mula pembelian tiket secara online dijangka akan dibuka mulai 28 September 2015.

Beli Tiket SemiFinal & Final Konsert AF 2015 Akhir Online
Konsert SemiFinal AF 2015: 4 Oktober 2015
Konsert Final AF 2015: 11 Oktober 2015
Tarikh Mula Pembelian: Dijangka 28 September 2015

Berita terkini punca jemaah haji maut akibat rempuhan manusia di Mina, Mekah pada 24 September 2015. Pada setiap kali musim perayaan Hari Raya Haji, jutaan jemaah akan mengambil peluang sekali seumur hidup untuk melontar batu ke arah jamrah di Mina. Insiden kematian berlaku apabila jutaan jemaah berpusu pusu dan bersesak untuk melontar jamrah di Mina. Kematian adalah disebabkan jemaah terjatuh dan terpijak oleh jemaah lain ketika perarakan menuju ke Jamrah. Difahamkan, seramai 717 jemaah haji maut manakala 863 cedera setakat ini dalam insiden rempuhan manusia yang merebut untuk melontar jamrah di Mina. Untuk info, melontar jamrah di Mina adalah simbolik untuk melontar batu kearah syaitan.

Punca Jemaah Haji Maut Rempuhan Di Mekah 24.9.2015

Jutaan jemaah haji di Mekah berhimpun di Jamrah Kubra untuk menunaikan rukun haji dengan melakukan aktiviti melontar selepas mereka selesai melontar di Jamrah Sughra dan Jamrah Wusta. Kematian berlaku apabila lebih 4 juta jemaah bersesak dan mati akibat terjatuh dan dipijak oleh jemaah yang lain ketika berarak untuk melontar batu ke arah Jamrah. Difahamkan, sikap jemaah haji yang tidak sabar serta tidak bertolak ansur telah menyebabkan insiden rempuhan manusia ketika jutaan jemaah bergegas menuju jamrah. Untuk info setiap kali upacara melontar Jamrah, pihak keselamatan arab saudi telah mengatur jadual bagi setiap kumpulan jemaah untuk mengelakkan insiden seperti ini. Namun, jadual melontar jamrah yang tidak diendah oleh jemaah haji menyebabkan insiden rempuhan manusia sehingga berlaku kematian.




Kenyataan Saksi Insiden Rempuhan Di Mina 24.9.2015

Fakta Kes Rempuhan Jemaah Di Mina 24 September 2015 

  • Insiden rempuhan manusia berlaku pada jam 11.30 pagi (waktu Arab Saudi) di Mina ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah Haji untuk melontar ke arah Jamrah.
  • Setakat jam 9.23 malam (waktu Malaysia) angka yang terkorban adalah 717 orang dan 863 cedera.
  • Tiada jemaah Malaysia maut setakat ini.

Maksud Melontar Jamrah Ketika Musim Haji 24 September 2015

Umat Islam dari seluruh dunia berhimpun di Mina untuk ibadah melontar jamrah untuk menunaikan rukun islam iaitu menunaikan haji di Mekah. Simbolik melontar batu kecil kearah jamrah adalah tanda umat islam membenci syaitan serta kejahatannya.Untuk melengkapkan rukun ibadah haji, kumpulan jemaah perlu berarak untuk melontar batu ke arah 3 Jamrah di Mina sebelum balik ke Mekah.

Lokasi Insiden Rempuhan Manusia 24 September 2015 Di Mina

Di pintu masuk Jambatan Jamrah berhampiran Jalan 204 yang merupakan laluan utama jemaah haji ke kawasan melontar di Mina.

Gambar Jemaah Haji Maut Rempuhan Di Mina 24.9.2015







Video Insiden Rempuhan Manusia Di Mina 24 September 2015



Berita palsu penemuan hantu penanggal di Permyjaya dan Kampung Tudan Miri Sarawak tersebar. Menerusi laman sosial, kecoh dengan hebahan mendakwa seorang bayi telah menjadi mangsa hantu penanggal atau lebih dikenali sebagai balan-balan. Cerita palsu seperti ini hanyalah untuk mencetuskan suasana huru hara di sekitar Miri Sarawak. Lebih menyakinkan lagi khabar angin tersebut, turut disertakan foto penanggal yang telah ditangkap serta bayi yang telah menjadi mangsa. Untuk info, foto penanggal yang tersebar itu hanyalah props untuk digunakan dalam filem terbitan Astro dengan kerjasama Grand Brilliance berjudul Penanggal. Selain itu, berdasarkan tarikh khabar angin tersebut, ianya mula disebarkan sejak tahun lalu april 2014 sebelum ianya disebarkan semula pada 22 September 2015.

Gambar Hantu Penanggal Palsu Di Miri Sarawak Yang Tersebar


BAITULMUQADDIS – Penduduk Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel di seluruh Tebing Barat selepas pergerakan Hamas melancarkan ‘hari kemarahan’ ekoran ketegangan yang berlaku di masjid al-Aqsa. Dalam serangan itu, tiga anggota polis tercedera selepas sebutir bom api dilontar ke arah van mereka di daerah Jabal Muka­ber, manakala lapan penduduk Palestin ditahan termasuk tiga remaja, kata polis.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan menembak menggunakan peluru getah semasa penunjuk pe­rasaan melontar batu ke arah mereka di sekitar bandar O­lives termasuk di kem pelarian di Shuafat. Bagaimanapun, keadaan dilihat tenang di sekitar Kota Lama Baitulmuqaddis dan pekarangan masjid al-Aqsa.

Beberapa pegawai berkata, kira-kira 3,000 anggota polis telah dikerahkan selepas keganasan itu berlaku selama tiga hari minggu ini di tapak suci berkenaan. “Pejuang Palestin di Gaza melepaskan sebuah roket di bandar Sderot, selatan Israel, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan,” kata polis Israel. Sebuah roket lain dilihat di­pintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu ‘Iron Dome’ milik Israel, lapor kosmo online / AFP


PETALING JAYA: Kerajaan masih berupaya untuk membuat bayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun ini. Perkara itu diberitahu oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang turut menyatakan kedudukan kewangan negara sekarang masih kukuh dan proaktif.

“Mengenai bayaran BR1M, jangan risaulah, kerajaan masih berupaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak. Pembayaran peringkat akhir BR1M 2015 yang dijadual pada akhir September ini dipercepatkan mulai 21 September bersempena sambutan Aidiladha pada Khamis ini.

Melalui pengumuman Bajet 2015, pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat dengan peringkat pertama pada 15 Januari dan peringkat kedua pada 28 Mei. Dalam pada itu, Ahmad Husni tidak menolak kemungkinan kadar bayaran BR1M akan dinaikkan pada tahun depan untuk semua kategori penerima. Katanya, kerajaan akan memberi tumpuan kepada perbelanjaan yang lebih utama dan ini termasuk BR1M dalam Bajet 2016 yang dijadual dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober ini.

“Kita (kementerian) sedang menyediakan bajet. Buat masa ini kami melihat kepada kumpulan berpendapatan paling rendah. Mungkin (ada) tambahan kepada pendapatan isi rumah yang paling rendah…,” katanya. Beliau berkata apa yang sedang dihadapi setiap negara di dunia ketika ialah kejatuhan nilai mata wang masing-masing dan kerajaan telah mengambil tindakan proaktif dalam menangani perkara itu. “Pendapatan negara dijangka tidak meningkat tinggi, tetapi memadai bagi kerajaan menggunakannya untuk mentadbir dan membuat perbelanjaan pembangunan negara,” katanya, lapor Bernama



PETALING JAYA: Dua lagi individu dicari polis bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata individu pertama dikenali sebagai M Vishwanath, 25, yang alamat terakhirnya di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan, Kedah.

“Seorang lagi individu yang dicari dikenali sebagai R Dinishwaran, 23, yang alamat terakhirnya di Estet Batu Pekaka, Kedah. “Kedua-duanya mereka amat dikehendaki polis kerana dipercayai dapat membantu siasatan kita berhubung pembunuhan Kevin,” katanya yang dipetik Berita Harian Online.

Katanya lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua individu berkenaan diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Wan Abdullah di talian 012 3842737 , lapor freemalaysiatoday


Siapa juri bakal ganti Che Ta? Semuanya terjawab apabila Dato Ac Mizal disahkan sebagai juri tetap bagi menggantikan Che Ta dalam konsert mingguan AF 2015. Susulan penarikan diri Che Ta sebagai juri tetap AF 2015 pada minggu lalu, pihak Astro telah menggantikan Che Ta dengan Dato Ac Mizal mulai minggu ke 7. Seperti sedia maklum, Che Ta telah membuat keputusan menarik diri susulan diherdik oleh Edry KRU dibelakang tabir pada konsert minggu lalu kerana sentiasa memberikan komen yang tidak membina. Demi menjaga maruah, Che Ta menarik diri dan pihak Astro menghormati keputusan yang dibuat oleh Che Ta.


Keputusan Konsert AF 2015 Minggu 7
Keputusan Iqwan pelajar tersingkir pada Konsert AF 2015 Minggu 7. Selepas mendapat undian yang paling rendah pada minggu ke 7, akhirnya perjuangan Iqwan sekalu pelajar AF telah terhenti selepas berjuang selama enam minggu berturut. Untuk info, Iqwan telah membawakan tugasan lagu berjudul “Sinaran” nyanyian dari Datuk Sheila Majid pada Konsert AF 2015 Minggu ke 7.

Gambar Persembahan Iqwan Pelajar Tersingkir AF 2015 Minggu 7


Semakan keputusan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 secara online. Untuk makluman, keputusan permohonan BRIM 2015 boleh disemak menerusi beberapa kaedah antaranya adalah melalui penerimaan surat lulus BR1M, talian hotline BRIM, email BRIM, baucar, semakan status permohonan br1m secara online dan menyemak keputusan BR1M di agensi pejabat LHDN yang berhampiran dengan kediaman anda. Untuk info, sukacitanya dimaklumkan bahawa semakan keputusan BR1M 2015 boleh disemak mulai 1 Januari 2015 dan telah diawalkan kepada 21 september 2015 untuk pembayaran ansuran yang ketiga.

Borang Permohonan/ Kemaskini BR1M 4.0 Tahun 2015 Online

Semakan Keputusan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0

1. Penerimaan Surat Lulus BR1M 2015

Bagi pemohon yang layak, surat lulus BR1M 2015 akan diposkan ke alamat tetap kediaman anda mulai Januari 2015 secara berperingkat.

2. Talian Hotline dan Email BR1M 2015

Semakan keputusan BR1M turut boleh disemak menerusi talian Hotline dan emel BR1M 2015

Email BR1M: br1m@treasury.gov.my

Talian Hotline BR1M 4.0: 1-800-88-2716 bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

3. Status Permohonan BR1M 2015 Online : Diawalkan

Semakan status permohonan menerusi: https://ebr1m.hasil.gov.my/semakan

4. Direct Bank In Ke akaun Anda

Bagi yang layak, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar terus menerusi akaun bank anda secara berperingkat.

5. Semakan di Pejabat LHDN

Semakan keputusan permohonan BR1M 2015 turut boleh disemak menerusi kaunter khidmat pelanggan BR1M di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan kediaman anda.


Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 -Diawalkan
Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
Ansuran pertama: RM300 pada 15 Januari 2015
Ansuran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
Ansuran Ketiga:RM 350 pada diawalkan kepada 21 September 2015

Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
Ansuran pertama: RM200 pada 15 Januari 2015
Ansuran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
Ansuran Ketiga:RM 350 pada  diawalkan kepada 21 September 2015

Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan:RM350
Pembayaran sekaligus: RM350 pada 15 Januari 2015

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget