2015-09-13



POLIS telah mengedarkan rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais. Video berdurasi 1.07 saat itu menyaksikan kereta yang dipercayai dipandu mangsa terlibat dalam satu insiden kemalangan di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur sebelum dilaporkan hilang pada 4 September lalu.

Berikutan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut tampil di balai polis berdekatan. “Kemalangan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Kevin. “Polis memerlukan maklumat temuramah daripada pemandu dan penumpang kereta Toyota Estima berwarna putih yang berhenti melihat kejadian,” katanya, memetik laporan The Rakyat Post.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya kira-kira jam 7.51 pagi. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudiannya memaklumkan bahawa pihak polis percaya mangsa diculik oleh sekumpulan lelaki susulan rakaman CCTV menunjukkan keretanya dihalang sebelum beliau ditarik keluar dan dibawa lari. Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini boleh menghubungi Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, LAPOR MYNEWSHUB.CC


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengabadikan nama mendiang Anthony Kevin Morais pada Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur yang akan dikenali sebagai Moot Court Kevin Morais. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata langkah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mendiang.  "Seluruh warga kerja SPRM menyanjung dedikasi tinggi yang telah diperlihatkan oleh mendiang selama berkhidmat dengan SPRM," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Keputusan mengabadikan nama mendiang Kevin Morais itu dibuat selepas mendapat persetujuan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM. Mendiang Kevin Morais merupakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan kepada SPRM.

Moot Court MACA dikendalikan oleh Kluster Perundangan dan Pendakwaan dalam menyediakan program latihan berkaitan dengan perundangan dan pendakwaan kepada pegawai SPRM yang mengikuti latihan asas siasatan dan perundangan. Satu majlis khas mengenang sumbangan beliau akan diadakan sempena sambutan ke-48 BPR/SPRM pada 1 Oktober ini.

Dalam pada itu, dedikasi dan komitmen mendiang Kevin Morais akan menjadi semangat kepada pegawai SPRM untuk meneruskan misi SPRM, khususnya dalam kes rasuah membabitkan doktor hospital tentara kendalian beliau. Jelas Mohd Syukri, tragedi yang menimpa mendiang adalah satu lagi dugaan kepada SPRM.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melunturkan atau mematahkan semangat pegawai SPRM yang terbabit dalam siasatan kes rasuah membabitkan kes Pakar Patologi, Kolonel Dr R. Kunaseegaran. Polis percaya doktor hospital tentera berkenaan ada kaitan dengan kematian mendiang. "Susulan ketiadaan mendiang, urusan pendakwaan kes yang dimaksudkan akan dikendalikan oleh seorang timbalan pendakwa raya kanan yang kini berkhidmat di SPRM," katanya lagi, lapor astro awani


HANGZHOU - CHINA. Seorang wanita bertindak memotong kemaluan teman lelakinya kerana dia enggan meninggalkan isterinya. Mangsa, seorang ahli perniagaan yang hanya dikenali sebagai Liu, berusia 50 tahun sebelum ini pernah berjanji untuk meninggalkan isterinya dan akan memulakan hidup baru bersama wanita itu.

Berang kerana janji yang tidak dikotakan selepas menunggu bertahun lamanya, suspek yang dikenali sebagai Zhang bertindak memotong kemaluan teman lelakinya itu. Dia melakukan perbuatan kejam itu di sebuah bilik hotel di wilayah itu. Menurut saksi yang juga kakitangan hotel berkenaan, lelaki berkenaan menjerit dan berlari keluar dari bilik dengan kesan darah.

Saksi turut melihat seorang wanita keluar dari bilik hotel berkenaan tidak lama selepas itu. "Apabila masuk ke dalam bilik, saya menemui gunting dan alat sulit lelaki itu yang terputus," katanya dipetik Metro.uk. Ahli perniagaan itu dilaporkan belari keluar dari bilik dalam keadaan separuh bogel untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, menurut polis, wanita berkenaan gagal dikesan dan kini sedang dalam buruan polis. Bagaimanapun, polis enggan mengulas sama ada alat sulitnya berjaya disambung atau tidak, lapor sinar harian


PETALING JAYA: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Subang, Selangor pada Rabu lalu mengesahkan ia adalah Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad.

Pada Jumaat, adik mendiang, Datuk Richard Morais dan abangnya, David menjalani ujian DNA di Institut Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur. Mayat mendiang Kevin Morais ditemui disumbatkan dalam tong dram berisi konkrit di Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas selepas seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah, lapor mstar online



KUALA LUMPUR: Belasan ribu penduduk tempatan di sekitar Pontianak, Kalimantan, Indonesia telah digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan gara-gara Indeks Pencemaran Udara di kawasan tersebut merekodkan bacaan 1,200 beberapa hari lalu. “Di Pontianak, keadaan kabut asap sudah berkurangan berbanding beberapa hari lalu. Jika sebelum ini jarak pandangan hanyalah 200 hingga 300 meter, hari ini situasinya lebih baik iaitu 400 hingga 700 meter. “Indeks Pencemaran Udara pada hari ini walaupun semakin baik tetapi masih dalam paras sangat berbahaya. Pada dua hari lalu, keadaan sangat membimbangkan kerana IPU mencapai angka 1,200. Memang di Kalimantan Barat sendiri belasan ribu orang sudah masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat sakit saluran pernafasan,” ujar Dea Citra.

Jelasnya, Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengarahkan tindakan segera dibuat bagi menangani krisis bencana itu seperti pembenihan awan dan penggunaan bom air secara berterusan. “Di Kalimantan Barat, bom air bahkan dilakukan dua kali sehari. Walau belanjanya cukup besar, tapi ia menunjukkan hasil yang baik berdasarkan pengurangan titik panas daripada 223 menjadi 18,” katanya.

Pemerintah republik itu turut mengerahkan tenaga Tentera Nasional Indonesia (TNI) terus ke kawasan kebakaran di Sumatera dalam usaha memadamkan api sehingga 24 September. Tambah Dea, masyarakat di Sumatera dan Kalimantan mengharapkan hujan lebat terjadi segera namun sehingga kini Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia belum mengumumkan sebarang potensi berlakunya sedemikian, lapor astro awani



PETALING JAYA: Sikap dingin masyarakat dalam mengambil tahu hal orang lain merupakan antara faktor yang menyebabkan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kejam. Ini kerana, kejadian penculikan Kevin Morais telah dilihat oleh ramai orang tetapi mereka memilih jalan berdiam diri dan tiada seorang pun yang membuat laporan polis.

Akhbar China Press melaporkan, Kevin Morais telah diculik hanya kira-kira satu kilometer dari rumahnya di Jalan Dutamas Raya. Pada hari kejadian pada 4 September, Ketika Kevin Morias dalam perjalanan ke tempat kerja di Putrajaya, empat penculik yang kemudian menjadi pembunuh dengan sengaja mewujudkan kemalangan jalan raya.

Tanpa mengesyaki apa-apa, Kevin Morais telah turun dari kereta untuk memeriksa keadaan kenderaannya itu dan seterusnya menyebabkan dia diculik. Kejadian itu berlaku ketika waktu puncak dan dalam kesesakkan lalu lintas, maka kejadian itu disaksikan orang ramai yang tersangkut dalam kesesakkan jalan raya.

Tiga orang berperanan memasukkan Kevin Morais ke dalam pickup jenis Mitsubishi Triton sementara seorang lagi memandu kereta mangsa. Menurut polis, sekiranya orang ramai membuat laporan, nasib Kevin Morais mungkin berubah atau dia mungkin dapat diselamatkan lebih awal. Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, pembunuhan Kevin Morais telah dirancang secara teliti oleh pembunuh.

Kata sumber, pembunuh mengelak menggunakan jalan raya bertol tidak kira dalam proses penculikan, pembunuhan atau pelupusan mayat. Pembunuh turut menjadikan sebuah bengkel untuk menjalankan kerja-kerja menyembunyikan mayat yang disimen dalam tong dram, lapor freemalaysiatoday



Berita terkini BRIM 2015 akan dibayar lebih awal pada 21 September 2015. Orang ramai yang sepatutnya menerima bayaran BR1M ansuran ketiga bagi kategori isi rumah pada 28 September 2015 telah dipercepatkan kepada 21 September 2015. Pembayaran ini diawalkan dari tarikh asal bersempena dengan perayaan AidilAdha atau hari raya korban yang jatuh pada 24 September 2015.

Tarikh Terkini Pembayaran BR1M 2015 Ansuran Ketiga

Diawalkan kepada 21 September 2015 berbanding tarikh asal 28 September 2015


KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan satu kemalangan jalan raya di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur pada 4 September lalu agar tampil memberi kerjasama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata rakaman CCTV kejadian menunjukkan pemandu sebuah kenderaan MPV model Toyota Estima berwarna putih berhenti untuk melihat kejadian.

Rakaman itu dipercayai ada kaitan dengan kes penculikan dan pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais. "Pada 4 September, kemalangan lebih kurang pada jam 7.51 pagi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penculikan mendiang Kevin Morais ketika itu,'' katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis atau Rakancop di talian 03-2115 9999. Dalam perkembangan sama, Zainuddin turut memaklumkan bahawa seorang lagi suspek ditahan berhubung kes tersebut. Dalam satu kenyataan hari ini berkata suspek, seorang lelaki India berumur 22 tahun, itu ditahan semalam di Kulim, Kedah.

"Suspek kini ditahan selama tujuh hari selepas polis mendapat reman hari ini. Ketika ini, lima suspek telah ditahan untuk siasatan kes ini," kata Zainuddin. Mayat Kevin Morais dijumpai dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, pagi semalam, selepas salah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi tong itu di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah. Polis percaya pembunuhan Morais mungkin bermotifkan balas dendam berhubung perbicaraan yang dikendalikannya yang melibatkan seorang doktor di hospital angkatan tentera, lapor astro Awani


Biodata dan gambar mayat Kevin Morais dibunuh kejam. Negara Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes pembunuhan berprofil tinggi dan kali ini melibatkan seorang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara. Motif rasmi pembunuhan dipercayai akibat dendam susulan Kevin Morais sedang mengetuai siasatan terhadap kes rasuah melibatkan seorang doktor berusia 52 tahun iaitu suspek utama. Pihak polis bagaimanapun menafikan punca pembunuhan ada kaitan dengan siasatan terhadap syarikat 1MDB. Terkini, Kevin Morais yang dilaporkan hilang diculik pada 4 September lalu ditemui dalam keadaan menyayat hati pada 16 September 2015 dimana mayat Kevin dijumpai berada dalam tong drum yang sudah dikonkrit.

Biodata Mayat Kevin Morais Peguam Dibunuh Kejam

Nama Penuh: Anthony Kevin Morais

Bangsa: India

Umur: 55 Tahun

Pekerjaan: Timbalan Peguam Pendakwa Raya

Jawatan Terkini: Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara

Jawatan Terdahulu: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

Kronologi Kematian:
4 September 2015: Kevin dilaporkan hilang dan diculik selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

5 September 2015: Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis ditemui dalam keadaan sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.

16 September 2015: Mayat Kevin Morais ditemui dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1. Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara.

17 September 2015: Suspek berusia 52 tahun dipercayai doktor perubatan anggota tentera Malaysia (ATM) ditahan untuk membantu siasatan kes bunuh berprofil tinggi tersebut. Motif pembunuhan Morais berkaitan dengan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun.

Gambar Gambar Sekitar Mayat Kevin Morais Ditemui











Video Tempat  Mayat Kevin Morais Di Jumpai - Daripada Harian Metro



LONDON — Global Firepower (GFP), sebuah laman web terkenal analisis kekuatan pasukan tentera kebangsaan di seluruh dunia menyenaraikan Angkatan Malaysia Malaysia (ATM) sebagai ke-35 terkuat di arena antarabangsa. Laman berpengaruh itu mengeluarkan senarai penarafan lebih 100 negara sebagai perbandingan organisasi ketenteraan paling kuat di dunia dengan berdasarkan kepada 50 faktor penilaian berbeza yang cukup ketat.

Antara faktor menilai kekuatan tentera sesebuah negara ialah jumlah penduduk, usia rakyat yang dibenarkan menjadi anggota tentera, jumlah tentera, jumlah peralatan, hutang luar negeri dan penggunaan bahan bakar. Misalnya, jumlah populasi sebuah negara menjadi petunjuk awal penilaian penarafan ini dan secara umum, semakin besar bilangan penduduk sebuah negara, maka kekuatan ketenteraan negara itu akan semakin besar.

Agar penilaian senarai tersebut lebih bersifat adil serta dipercayai, keupayaan sebuah negara dalam mengembang dan memiliki persenjataan nuklear langsung tidak diambil kira menjadi faktor penilai oleh pihak GFP. Semua penilaian bebas itu akan menunjukkan secara ‘atas kertas’ kemampuan pasukan tentera sesebuah negara jika betul-betul terjadi perang konvensional sama ada pertempuran terbuka di darat, udara, mahu pun laut.

Hasil analisis menggunakan 50 faktor penilaian itu, GFP menentukan untuk 2015, negara dengan ketenteraan terkuat di dunia masih dipegang Amerika Syarikat (AS), diikuti Rusia dan China masing-masing kedua dan ketiga. Manakala, India dan Britain menduduki tangga keempat dan kelima dunia sementara negara Asia lain yang menduduki posisi 10 terkuat ialah Korea Selatan di kedudukan ketujuh dan Jepun pula di posisi kesembilan.

Itu ‘Top Ten’ namun bagaimana pun di peringkat rantau Asia tenggara. Hasil penilaian sangat ketat itu, GFP menyenaraikan Indonesia paling kuat di ASEAN dan menjadi negara dengan tentera ke-12 terkuat di dunia. Kedudukan Tentera Nasional Indonesia ini di bawah Israel (11) tetapi di atas Australia (13). Dengan posisi ini, Indonesia juga lebih kuat berbanding beberapa negara Eropah, seperti Poland, Switzerland atau Denmark.

Negara tentera terkuat kedua di Asia Tenggara ialah Thailand yang secara global berada di tangga ke-20, diikuti Vietnam (21), Singapura (26), Malaysia (35), Filipina (40), Myanmar (44), Kemboja (96) dan Laos (117). Sementara itu, 10 negara dengan kekuatan tentera paling lemah dalam senarai GFP ini ialah Laos, Gabon, Cameroon, Tanzania, Sudan Selatan, Libya, Zambia, Mali, Mozambique dan Somalia, laporMynewshub.cc/HAA


PENGARAH muzik dan pengkritik tetap Akademi Fantasia (AF) 2015, Datuk Ramli MS mencadangkan kerusi juri tetap yang ditinggalkan Rozita Che Wan atau Che Ta tidak perlu digantikan oleh mana-mana pihak. Ini kerana menurutnya bagi menghormati keputusan yang telah dibuat oleh aktres berusia 42 tahun itu.

Memetik Harian Metro, Ramli berkata, “Saya bimbang jika digantikan dengan sesiapa, secara tidak langsung akan timbul persepsi umum yang mempertikaikan kewibawaan Che Ta sebagai pengkritik tetap sebelum ini. “Ia seolah-olah seperti Che Ta tidak layak (jadi pengkritik) sehingga jadi isu begitu dan terpaksa digantikan pula dengan orang lain. “Sedangkan dia dilantik atas kapasiti pengkritik umum yang mewakili suara dan pandangan orang awam. Cuma kebetulan Che Ta terkenal kerana dia seorang selebriti,” katanya.

Sementara itu, Ramli turut tidak menyalahkan Che Ta di atas segala kontroversi yang berlaku sebaliknya memahami tugas yang perlu dipikul aktres itu sepanjang AF 2015 bersiaran. “Saya lihat Che Ta tidak bersalah dalam perkara ini,” katanya yang dipetik portal tempatan mStar. Sebaliknya, Ramli merasakan pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim sendiri dan tenaga pengajar yang lain bersifat prejudis dengan pihak pengkritik.

“Mereka tidak faham tugas Che Ta sehinggalah saya perlu menjelaskan semula kepada tenaga pengajar dan barulah mereka faham,” ujarnya lagi. Che Ta mengambil keputusan menarik diri daripada AF 2015 selepas dirinya diherdik Edry secara live sebaik selesai persembahan pelajar bernama Sufi yang disifatkannya sebagai tidak cukup rock ketika menjayakan konsert bertemakan rock, minggu lalu, lapor MYNEWSHUB.CC


Video-Video Himpunan Rakyat Bersatu : 16.9.2015 .
Ini merupakan himpunanan video-video himpunan rakyat bersatu yang diadakan pada hari ini iaitu 16 September 2015 di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih malaysiakini.com - sumber berita terkini.

1.35pm - Pavilion: 5,000 berarak ke Bukit Bintang


2.00pm - PWTC: Himpunan 'baju merah' berjalan aman


2.15pm - Pdg Merbok: 10,000 berhimpun, ramai terus berarak


3.15pm - Pdg Merbok: 40,000 sudah berkumpul


4.35pm - Kota Raya: Lagi perarakan baju merah


4.57pm - Jln Petaling: FRU lepaskan tembakan meriam air


5.17pm - 'Baju merah' baling kon, kepala peserta berdarah


6.00pm - Rundingan gagal, 'baju merah' enggan surai


6.50pm - Jalan Petaling: Peserta mula bersurai


SUBANG JAYA: Siasatan polis menemui wang tunai berjumlah RM32,000 daripada suspek yang membunuh Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais. Ia ditemui berasingan daripada lima suspek berusia 22 hingga 52 tahun yang ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sebanyak RM17,000 dirampas daripada seorang suspek di Lembah Klang bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang digunakan untuk melanggar kereta Kevin semasa hari mendiang dilaporkan hilang.

Katanya, RM15,000 lagi ditemui daripada seorang suspek di Pulau Pinang bersama sebuah kereta Proton Persona. “Turut kita temui resit pembelian barang hardware untuk membeli batu dan simen yang dibeli di kawasan berdekatan dan dipercayai digunakan untuk mengkongkrit mangsa sebelum dicampak di dalam longkang di sini,” katanya kepada pemberita.

Mohmad turut mengesahkan salah seorang daripada suspek yang berusia 52 tahun mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 59 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gagal memberikan keterangan di atas barang yang dimiliki. Katanya, polis juga akan menyemak latar belakang empat lagi suspek yang terlibat sama ada mereka turut mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Terdahulu, polis menahan kelima-lima suspek terbabit bersama seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang suspek bersama seorang kanak-kanak. Bagaimanapun, polis percaya wanita dan kanak-kanak terbabit yang enggan didedahkan lebih lanjut identitinya tidak terlibat dalam pembunuhan Kevin. Mayat Kevin ditemui di dalam longkang di tepi jalan di Jalan Subang 3, USJ 1, Subang Jaya selepas suspek menunjukkan tempat mereka membuang mayat berkenaan, lapor freemalaysiatoday



SUBANG JAYA: Polis hari ini mengklasifikasikan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais sebagai selesai selepas penemuan mayatnya pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, motif pembunuhan Morais itu ada kaitan dengan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan suspek utama itu sudah ditahan semalam.

Pada sidang media tadi, Mohmad memberitahu, polis sudah menahan tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia antara 22 hingga 52 tahun. Polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lima orang yang dianggap suspek utama manakala dua lagi iaitu wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama.

Menurutnya lagi, polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Morais. Tedahulu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terikat di dalam guni dan bersimen di kawasan terbiar Jalan Subang 3, di sini, pagi tadi adalah mayat Morais. Konkrit yang menempatkan mayat itu sudah dipecahkan dan mayat mangsa sudah dikenal pasti.

Pada 4 September lalu, Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya, lapor  Sinar Harian


SUBANG JAYA: Polis percaya Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dibunuh kerana kaitannya dengan kes rasuah yang sedang disiasat melibatkan seorang doktor yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata setakat ini polis belum dapat memastikan sama ada motif pembunuhan sama ada dendam atau sebaliknya. “Kita percaya pembunuhan Kevin ini ada kaitan dengan doktor terbabit berikutan mendiang ada menjalankan siasatan terhadap kes rasuah melibatkan doktor terbabit.

“Maklumat ini kita dapat daripada lima suspek lelaki yang kita tahan pada semalam (Selasa),” katanya pada sidang sidang media di USJ 1 pada Rabu. Mayat kevin ditemui selepas kelima-lima suspek yang ditahan menunjukkan lokasi mereka membuang mayat mendiang yang dimampatkan dalam konkrit dan dicampak di dalam longkang di Jalan Subang 3, Subang Jaya pada Rabu.

Mayat ditemui oleh unit penyelam pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil dalam operasi mencari. Mayat yang dikeluarkan kira-kira jam 8 pagi itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Sebelum ini, Kevin terbabit dengan pendakwaan rasuah ke atas Ketua Makmal Patologi, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kolonel Dr. Kunaseegaran a/l Ragavabaidu, 50 tahun. Dia dituduh melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000, lapor freemalaysiatoday



KUALA LUMPUR – Himpunan Rakyat Bersatu atau perhimpunan ‘Baju Merah’ yang berlangsung pada Rabu turut menyaksikan Datuk Ahmad Maslan ‘turun padang’ bersama peserta program yang diadakan di sekitar ibu negara. Acara perhimpunan tersebut masing-masing dikendalikan Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu.

Ahmad berkata, kehadirannya pada perhimpunan itu atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Alumni Kelab Umno Luar Negara. “Saya hadir mewakili NGO. Saya terlibat dalam perhimpunan ini kerana ia dibenarkan polis, kalau tak lulus saya pasti tak hadir.

“Memang saya ada dua lagi ‘topi’ iaitu Ketua Penerangan Umno dan Timbalan Menteri Miti, tapi saya hadir atas nama NGO,” katanya kepada pemberita selepas bertemu peserta himpunan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay di sini. Kehadiran beliau berkonvoi menaiki motosikal melibatkan 34 motosikal itu menarik perhatian ramai.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk bersalam dan bertemu orang ramai termasuklah bergambar bersama peserta himpunan. Katanya, terdahulu, beliau singgah di Masjid Wilayah Persekutuan dan memaklumkan terdapat ratusan bas di sana serta ribuan peserta perhimpunan. “Selepas ini saya akan ke Masjid Negara, PWTC dan Padang Merbok.

“Saya tak akan mengikuti program sehingga petang kerana perlu ke Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 3 petang ini untuk sambutan Hari Malaysia,” katanya. Dalam pada itu beliau menasihatkan semua peserta supaya tidak mencetuskan provokasi dan berhimpun secara aman. “Saya membawa mesej keamanan. Saya cintakan keamanan dan peraturan, jadi saya harap tak berlaku perkara memudaratkan,” katanya, lapor  mStar Online


Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit pagi tadi adalah Kevin Morais - timbalan pendakwa raya yang hilang sejak minggu lalu. Penemuan mayat itu dibuat selepas tujuh suspek ditahan dan seorang daripada mereka membawa polis ke sebatang sungai berhampiran Jalan Subang 3, Subang Jaya.

The Star Online memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek membawa polis ke kawasan berkenaan kira-kira jam 6 pagi tadi. Katanya, penyelam digunakan untuk mengesan tong dram itu sebelum sebuah forklift digunakan untuk menariknya keluar dari sungai.

Mohmad berkata antara yang ditahan polis untuk membantu siastaan ialah seorang wanita dan kanak-kanak. "Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kereta Morais diekori sebuah Mitsubishi Triton yang merempuh kereta rasmi kerajaan dinaiki mangsa," katanya.

Morais kemudian dilarikan menaiki kenderaan pacuan empat roda itu, manakala kereta mangsa dibawa individu lain. Mohmad berkata mayat Morais dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kata Mohmad seorang daripada suspek adalah bekas pegawai perubatan angkatan tentera yang terbabit dalam kes rasuah dikendalikan Morais di Shah Alam baru-baru ini. "Suspek direman 14 hari untuk membantu siasatan," katanya, lapor malaysiakini



Senarai lagu tema OST drama Mencintaimu Slot Akasia TV3. Drama terbitan Global Station bukan adaptasi novel akan menemui penonton menerusi Slot Akasia mulai 19 Ogos 2015 Setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 petang. Lagu berjudul Setia nyanyian duet Faizal Tahir dan Elizabeth Tan akan mewarnai drama Mencintaimu menerusi Akasia TV3.

Senarai Lagu Tema OST Mencintaimu Slot Akasia TV3
OST Lagu tema Mencintaimu
Setia – Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir
Ciptaan: Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong


Live streaming Pahang vs FC Istiklol pada 16 September 2015. Siaran langsung piala AFC suku akhir kedua antara Pahang menentang pasukan FC Istiklol akan bertempat di Stadium Darul Makmur Kuantan bermula pada pukul 8.45 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada jam 8.30 malam. Terdahulu, Pahang tewas 4-0 pada suku akhir pertama menentang FC Istiklol. Bagi penonton yang ingin menyaksikan secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming Pahang lawan FC Istiklol Piala AFC 2015 Suku Akhir Kedua.

Live Streaming Pahang Vs FC Istiklol 16.9.2015 Piala AFC
  • Server 1: TV9
Jadual Siaran Pahang Vs FC Istiklol Piala AFC 2015Tarikh: 16.9.2015 Rabu

Masa: 8.45 Malam

Lokasi: Stadium Darul Makmur Kuantan

Siaran Rasmi: TV9 bermula pada jam 8.30 Malam


Gambar anak Lisa Surihani dan Yusry KRU baru lahir 15 September 2015. Kelahiran bayi perempuan ini adalah cahaya mata sulung tidak ternilai buat pasangan ini yang telah berkahwin sejak 24 Februari 2012. Untuk info, bayi perempuan tersebut dilahirkan secara normal pada pukul 11.44 malam selasa. Difahamkan, pasangan Lisa Surihani dan Yusry telah berjaya untuk mendapatkan zuriat selepas menggunakan teknik IVF (In Vitro Festilisation).

Gambar Bayi Lisa Surihani Dan Yusry Baru Lahir 15.9.2015



PETALING JAYA: Mayat Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais telah ditemui dalam keadaan disimen dalam sebuah tong di Subang. Menurut laporan Sinar Harian, mayat Morais ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin.

Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi. Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit.

Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Susulan penemuan mayat berkenaan, di lokasi kejadian ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi. Kevin dilaporkan hilang pada 4 September selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya, lapor freemalaysiatoday



KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui petunjuk baharu dalam siasatan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi pihaknya mendapati, kereta Kevin dihalang oleh sebuah kereta lain dan Kevin ditarik keluar dari kereta seterusnya dibawa lari.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan kes kehilangan Kevin yang menggemparkan seluruh negara dapat diselesaikan dalam waktu terdekat. “Kami akan selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah ada petunjuk baharu,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Mengenai kereta yang dijumpai terbakar yang didakwa milik Kevin, Khalid menjelaskan, pihak polis sedang melakukan siasatan dan keputusan muktamad belum dibuat. “Rangka kereta yang dijumpai terbakar masih dalam siasatan pihak polis dan pihak kami belum ada keputusan muktamad,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya yakin 99 peratus kereta itu milik Kevin namun belum boleh membuat pengumuman rasmi kerana nombor casis pada enjin telah dipadamkan. Kehilangan Kevin dikaitkan dengan siasatan 1MDB namun dinafikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menegaskan Kevin tidak terlibat dalam siasatan 1MDB, lapor freemalaysiatoday


MAHU kelihatan beraura dan dipuja lebih ramai wanita, segelintir golongan lelaki di negara ini dikesan mengamalkan pemakaian cincin batu permata air mani gajah sebagai ilmu pengasih. Cara untuk mendapatkan lebih keberkesanan, batu yang diikat pada cincin itu dikatakan perlu direndam ke dalam air zamzam terlebih dahulu dan dibacakan selawat serta diniatkan tujuan dikasihi, disayangi dan dicintai, lalu dipakaikan ke jari manis pada sebelah tangan kanan.

Cincin itu dibenarkan dibawa masuk ke tandas tetapi tidak boleh dipakai pada jari di tangan kiri yang digunakan untuk beristinjak. Cerita yang diperoleh daripada seorang penjual batu permata dan ubatan tradisional di sebuah pasar di sini, menimbulkan pelbagai persoalan, terutama tentang hukum si pemakai dan tujuan mereka memakainya.

Adakah ia khurafat untuk mempercayainya, apatah lagi mengamalkannya sehingga mengenakan pada anggota badan umat Islam. Dalam pada itu, mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, memberi nilai tambah kepada sesuatu batu yang disebut air mani gajah sebagai batu yang mampu membuatkan seseorang itu dicintai, dikasihi atau perniagaan menjadi semakin laris serta sebagainya, sebenarnya akan mengganggu akidah.

“Air mani itu sendiri tidak najis tetapi berbalik kepada tujuan si pemakai cincin air mani gajah tersebut. "Kita dibenarkan memakai perhiasan seperti cincin dan dibolehkan bagi tujuan itu, namun bukan pula untuk tujuan pengasih mahupun pelaris. “Sama juga kalau memakai cincin delima atau zamrud yang ada pelaris, ia tidak berapa sesuai dengan kehendak agama dan sudah lari daripada ajaran Islam sebenar, malah tidak tepat serta boleh mengelirukan serta menyeleweng,” katanya.

Seperti penulis, beliau turut membayangkan keberanian pencari air mani gajah yang masuk ke dalam hutan belantara dan bertembung dengan sepasang gajah yang sedang kemaruk bercinta. Sedang dia menunggu untuk mengambil benih binatang besar tersebut, berkemungkinan orang itu menemui ajalnya di situ apabila digulingkan binatang liar tersebut sebelum sempat membawa air mani tersebut pulang.

“Gajah cukup sensitif, kalau duk menunggu pada masa tu, rasanya ‘dighembah’ (dibelasah) gajah. "Saya tidak nampak dengan jelas, kalaulah mereka dapat sekalipun, banyak mana sangat sampai boleh dijual. “Macam besi dibuat keris, ada kegunaannya, air boleh jirus pokok tetapi tidaklah sampai boleh melariskan. Jual laris apabila masakan itu sedap. Ini tidak, kita bimbang, takut berkemungkinan ada unsur penipuan,” katanya.

Harga cecah RM2,000 untuk sebentuk cincin. Air mani gajah boleh didapati di pasaran dan dijual secara terbuka dalam bentuk ketulan pelbagai saiz dengan harga serendah RM60.  Air mani yang mengeras seperti batu itu akan dibawa ke kedai cincin untuk dicanai kepada bahagian yang lebih kecil dan diikat kepada cincin mengikut cita rasa pelanggan.

Pada peringkat ini, harganya akan menjadi lebih mahal, boleh mencapai sehingga RM2,000 bagi sebentuk cincin. Mohamad Shukri berkata, umat Islam perlu berwaspada, jangan sampai terperangkap dalam unsur penipuan. Jika terbukti menipu, pihak berkuasa perlu bertindak, namun sejauh mana mereka boleh mengambil tindakan. "Masyarakat sendiri yang perlu menilai perkara itu, ditambah dengan perkembangan pada zaman moden dan pemikiran serba maju, seharusnya menilai sesuatu biar ada kemunasabahannya," katanya.

Beliau turut menasihatkan umat Islam berhati-hati pada kepercayaan yang khurafat, buat penilaian secara rasional supaya tidak mudah terperangkap dengan penipuan. "Kalau kita fikir air mani gajah boleh kuatkan seks, mungkin ada kebenaran dengan merujuk kekuatan gajah. Ini tidak, dari segi saintifik, daripada mani gajah, wanita boleh terpikat, macam mana?”, katanya.

Seorang pencanai permata, Mohd Rafizi Hassan, 30, berkata, enam tahun menyambung perniagaan milik mertua di kawasan tempat letak kereta, bangunan Jalan Putera Semerak, di sini, batu permata daripada air mani gajah adalah yang paling laris sejak 1990 hingga kini. “Pada mula-mula diperkenalkan, batu ini sangat popular dalam kalangan peminat cincin permata dan mampu jual sehingga 20 hingga 30 bentuk sehari. Saya hanya menjual kepada pelanggan dan tidak mengambil pusing sama ada ia tulen atau tidak. “Kebanyakan pelanggan yang datang lebih arif dan berpengetahuan tentang ketulenan batu air mani gajah yang dimahukan. Mereka datang daripada seluruh negeri termasuk Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah.

“Tidak kurang juga yang datang dari Singapura dan Indonesia serta negara jiran, Thailand untuk mendapatkan batu yang tulen daripada air mani binatang tersebut,” katanya. Katanya, batu air mani gajah memiliki kelas-kelasnya tersendiri dan nilainya akan semakin tinggi jika terdapat jalur-jalur dikatakan darah pada warna batu kekuningan serta warna lebih pekat.

Seorang peminat cincin, Husni Wadi Hussin, 36, pula berkata, dia memakai cincin air mani gajah sekadar perhiasan, tetapi mengakui ramai rakannya menegur dia memiliki aura tersendiri dan mempunyai ramai kenalan. “Saya dapat batu ini hadiah daripada bapa seorang rakan dan pernah ditawarkan RM600 oleh seorang kawan, tetapi saya tidak berniat untuk menjualnya kerana sayang batu ini, sebab ia pemberian daripada seseorang,” katanya. Sementara itu, seorang peniaga tudung lelaki berusia 38 tahun pula mengakui menyimpan batu air mani gajah untuk tujuan melariskan perniagaannya yang diusahakan sejak enam tahun lalu, lapor sinar harian




BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencatatkan rekod tidak sihat di kebanyakkan kawasan di setiap negeri terutamanya di kawasan paling teruk jerebu iaitu sekitar Lembah Klang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan orang ramai. Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU paling tidak sihat setakat 9 pagi ini adalah Ipoh, Perak iaitu 189, diikuti beberapa kawasan lain termasuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (183), Kuantan, Pahang (180) serta Nilai, Negeri Sembilan (179).

Susulan itu, mereka yang melakukan aktiviti luar termasuk ke tempat kerja disaran memakai topeng muka untuk menjaga kesihatan. Namun, berapa ramaikah yang sedar topeng muka manakah yang dapat melindungi seseorang daripada habuk jerebu yang terampai dalam udara.

Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di laman sesawangnya yang mengeluarkan ‘Garis Panduan Jerebu Di Tempat Kerja’ menyatakan bahawa penutup muka dan hidung yang paling sesuai untuk aktiviti luar bagi pekerja dan orang ramai adalah jenis respirator N95 dan N97, dan bukannya topeng muka pembedahan.

Ini kerana menurut panduan tersebut, alat pernafasan N95 dan N97 mampu menapis kira-kira 95 peratus daripada zarah atau jerebu halus yang berada di udara, selain ia lebih selesa untuk pernafasan. Tambah kenyataan itu lagi, majikan perlu memastikan stok alat pernafasan yang mencukupi dibekalkan kepada para pekerja. 

Sementara itu, penutup muka dan hidung pembedahan hanya sesuai untuk menghalang pengguna daripada menyebarkan virus atau bakteria kepada orang lain disekliling sahaja. Meskipun orang ramai disaran memakai topeng muka yang betul, apa yang menjadi persoalan sehingga menimbulkan masalah adalah di mana topeng muka N95 dan N97 berkenaan boleh dibeli? , lapor malaysiandigest


HONG KONG: Seorang gadis sanggup berbogel dan berlegar-legar di tengah jalan untuk mencari 'rezeki' dengan menarik perhatian orang ramai di sini, baru-baru ini. Sebuah video yang dimuat naik oleh The Media Phoenix ke laman sosial Facebook semalam menunjukkan gadis tersebut berkeliaran dan berdiri di tengah-tengah jalan raya.

Aksinya, itu berjaya perhatian orang ramai dimana rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan kurang senang dengan perbuatan tidak senonoh itu. Dalam rakaman itu menunjukkan wanita tersebut pada mulanya kelihatan bergegas ke tepi jalan sambil menahan sebuah teksi.

Memetik laporan Stomp, gadis yang bogel tanpa seurat benang itu berlegar-legar di tempat awam sambil berkata: “$1 untuk tonton, $2 untuk diambil gambar!” Sejurus selepas itu, gadis bogel tersebut mula menari sambil melambung pakaiannya di atas kepalanya. Difahamkan, seorang saksi di tempat kejadian membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan dan siasatan selanjutnya, lapor malaysiandigest



PETALING JAYA: Titah yang dikaitkan dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar supaya UMNO berhenti memperdaya rakyat Malaysia adalah fitnah. Pengesahan itu dibuat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di laman Facebooknya yang mendakwa ia palsu dan direka pihak tertentu.

“Sila ambil perhatian : DYMM Sultan Johor tidak bertitah dan mengeluarkan kenyataan seperti yang tertera. Ia adalah palsu. Tolong sebarkan. ( Please take note : Tuanku Sultan did not issue the statement below. It is a fake. Please share.),” titah Baginda. Sebelum itu, satu status palsu dengan gambar Sultan Ibrahim telah tersebar dengan tulisan: “Kerajaan UMNO perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala tipu helah”, lapor freemalaysiatoday



PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi menjadi sasaran fitnah selepas rakaman visual beliau mencium pipi adik iparnya, Datuk Mohd Nazim Tun Razak dimuat naik di laman sosial. Ia dirakam 15 tahun lalu, di hari perkahwinannya dengan Norjuma Habib Mohamed.

Pengesahan itu diberikan Pegawai Khasnya, Datuk Rizal Mansor ketika dihubungi FMT. Jelasnya, apa yang dilakukan majikannya sekadar berlaga pipi dan ia hanya adat menghormati perkahwinan pasangan Nazim dan Norjuma. “Pada saya, Rosmah bukan cium Nazim Razak, dia hanya laga-lagakan pipinya sahaja.

“Perkara ini juga sudah lama berlaku iaitu pada tahun 2000. Ini bukan isu besar,” katanya ketika diminta mengulas tentang video bertajuk ‘Rosmah cium laki orang’ yang tersebar dalam laman sosial. Rizal menyelar penyebaran video berkenaan dan kesal dengan tajuk itu yang sengaja dibuat dengan niat jahat untuk memburukkan isteri Perdana Menteri, lapor freemalaysiatoday


Live streaming Johor JDT vs South China pada 15 September 2015. Siaran langsung perlawanan Piala AFC pusingan suku akhir kedua antara South China lawan JDT akan bertempat di Stadium Mongkok Hong Kong pada malam selasa. Siaran eksklusif secara live akan disiarka menerusi Astro Foxsport saluran 812 bermula pada pukul 8.00 malam manakala saluran tertunda di TV9 bermula jam 9.00 malam. Bagi anda yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming JDT menentang South China Piala AFC 2015.

Live Streaming JDT Vs South China 15.9.2015 Piala AFC
Server 1: BPTV Stream

Jadual Siaran JDT Vs South China Piala AFC 2015

Tarikh: 15.9.2015 (Selasa)

Masa: 8.00 malam

Lokasi: Stadium Mongkok, Hong Kong China

Siaran Rasmi: FoxSport saluran 812 (bermula 8.00 malam) manakala Siaran tertunda di TV9 bermula pada jam 9.00 Malam


KUALA LUMPUR: Indonesia hari ini mengisytiharkan darurat di Riau, Sumatera ekoran keadaan jerebu yang teruk di wilayah itu. Menurut laporan portal berita Detiknews, Gabenor Riau, Arsyadjuliandi Rachman berkata Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat tahap berbahaya pada bacaan 300 di beberapa kawasan antaranya Pekanbaru, Kampar, Siak, Dumai, Rokan Holir dan Bengkalis.

Pengumuman itu juga telah dimaklumkan kepada Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan serta Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar.Di Malaysia, keadaan jerebu bertambah buruk pada 14 September dengan bacaan IPU tertinggi mencapai hampir 190 setakat jam 6 petang, lapor Astro Awani



KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan untuk menyelesaikan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam masa terdekat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap dapat menyelesaikan kes tersebut dalam masa terdekat berdasarkaan beberapa petunjuk baru yang diperolehi. "Kami akan selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah ada petunjuk baharu.

"Berdasarkan rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV), kereta Kevin dihalang oleh sebuah kereta lain. Beliau kemudiannya ditarik keluar dari kereta seterusnya dibawa lari," katanya. Berhubung kereta yang dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hilir Perak yang didakwa milik Kevin Morais, Khalid berkata, siasatan masih berjalan.

"Rangka kereta yang dijumpai terbakar masih dalam siasatan pihak polis dan pihak kami belum ada keputusan muktamad," katanya. Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil siasatan polis tidak mempunyai sebarang bukti yang boleh mengaitkan kenderaan tersebut dengan identiti atau personaliti berkenaan. Katanya, tindakan membakar kenderaan itu merupakan jenayah yang dirancang begitu rapi oleh pihak tertentu hingga polis tidak menemui sebarang bukti di tempat kejadian, lapor sinar harian


Punca sebenar Che Ta atau Rozita Che Wan tinggalkan AF 2015 kerana tidak senang dengan Edry KRU. Seperti sedia maklum, Che Ta adalah juri tetap pada konsert mingguan Akademi Fantasia 2015. Sebelum ini, segala kritikan Che Ta kepada pelajar AF 2015 dianggap tidak bernas. Sehinggalah pada minggu ke 6 konsert yang berlangsung pada Ahad 13 September 2015, Che Ta membuat kritikan pedas terhadap Sufi salah seorang pelajar AF 2015 yang berasal dari Singapura. Che Ta memberikan komen yang tidak masuk akal apabila mendakwa Sufi menyanyi dengan lembut dan tidak menepati tema “Rock”. Walhal, semua penonton di Auditorium memuji persembahan Sufi adalah yang terbaik pada minggu ke 6. Lantaran tidak puas hati dengan komen Che Ta, Edry KRU selaku Pengetua AF 2015 mengherdik Che Ta dan mempertahankan pelajarnya iaitu Sufi. Ekoran ianya melibatkan maruah diri, Rozita Che Wan sebentar tadi pada 14 September 2015 telah mengumumkan bahawa beliau menarik diri sebagai juri AF mulai minggu hadapan.

Komen Rozita Che Wan Terhadap Persembahan Sufi“Sufi persembahan awak lembut dan tak rock”- Rozita Che Wan .Untuk info, Sufi membawa lagu berjudul Mentari Merah Di Ufuk Timur yang dipopularkan oleh kumpulan Search.

Kenyataan Edry KRU Selaku Pengetua AF 2015Menurut Edry, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. Tambahnya lagi, sebagai pengetua beliau bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.



Berita terkini jerebu senarai sekolah tutup esok 15 September 2015. Sekolah-sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka tutup esok selasa ekoran jerebu yang mencatat IPU pada paras bahaya. Perkara itu telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid yang dimaklumkan oleh timbalannya P Kamalanathan melalui Twitter sebentar tadi.

Senarai Sekolah Tutup Esok 15 September 2015
Seluruh Sekolah Rendah dan Menengah termasuk pra sekolah/ tadika melibatkan di negeri seperti berikut:
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Melaka
  • Negeri Sembilan




AKSI licik seorang lelaki yang bertindak merakam bawah skirt wanita di sebuah kompleks beli belah berjaya dibongkar apabila rakaman CCTV menunjukkan dia melakukan aksi terkutuk terbabit. Menerusi video berdurasi 2 minit yang dimuat naik di laman Facebook Friends of Barisan Nasional, kejadian dilaporkan berlaku di kompleks beli belah Publika, Dutamas.

Lelaki 40-an terbabit dilihat membawa sebuah beg dan berkeliaran di kawasan berkenaan yang sesak dengan orang ramai untuk mencari mangsa. Modus operandi yang digunakan lelaki itu adalah dengan menyembunyikan kamera di dalam beg galas yang dibawanya, sebelum mendekati suspek untuk merakam video.

Dalam kejadian tersebut, lelaki miang itu dilihat mendekati beberapa orang gadis, sebelum bertindak mengekori seorang wanita berbaju hitam dari arah belakang untuk merakam bawah skirt, selain gambar wanita terbabit.

Kepada golongan wanita di luar sana, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan sebaiknya jangan mengenakan skirt yang pendek kerana dikhuatiri anda mungkin mangsa seterusnya lelaki miang ini, lapor Mynewshub.cc



Polis yakin kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dapat diselesaikan dalam masa terdekat berdasarkan beberapa pertunjuk baru yang diperoleh. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rakaman pada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta Morais dihalang oleh sebuah kereta lain sebelum dia ditarik keluar dan dibawa lari.

"Kami akan selesaikan kes tersebut dalam masa terdekat dan setakat ini kita sudah ada petunjuk baru," katanya dalam sidang media Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di ibunegara hari ini. Berhubung kereta yang dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hilir Perak yang didakwa milik Morais, Khalid berkata siasatan masih berjalan.

Setakat ini tidak ada sebarang panggilan menuntut wang tebusan, katanya. Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan polis tidak menjumpai sebarang bukti yang boleh mengaitkan kenderaan tersebut dengan Morais, lapor malaysiakini.com


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget