2015-09-06


SEPASANG suami isteri dari China ini telah mencatat rekod baharu dan telah dinobatkan sebagai pasangan suami isteri paling tinggi di dunia. Mereka berdua telah diiktiraf oleh Guinness World Record selepas ketinggian kedua-dua mereka digabungkan menjadi 423.47cm.

Sun Ming, 33 tahun, memiliki ketinggian mencecah 236.17cm manakala isterinya pula, Xu Yan, 29, berketinggian 187.3cm dan kedua-duanya merupakan atlet sukan negara. Menurut laporan media tempatan, Sun Ming merupakan atlet bola keranjang manakala Xu Yan pula adalah atlet bola tampar.

Mereka berdua dikatakan bertemu dalam Sukan Kebangsaan di China pada tahun 2009 dan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Walaupun ketinggian mereka sebenarnya menyukarkan aktiviti harian, suami isteri itu menyatakan mereka berdua sudah biasa dengan perkara sedemikian. Pasangan ini berjaya menewaskan rekod terdahulu dengan hanya melebihi 4.37cm sahaja. – MYNEWSHUB.CC


KERANA leka memadu asmara, seorang pengetua dan guru di sebuah sekolah tidak menyedari bahawa perlakuan mereka itu telah direkodkan oleh pelajar yang kemudian memuat naik video rakaman berkenaan dalam YouTube.

Perkara berkenaan terbongkar akhirnya selepas video bunyi rengekan Graham Daniels, 51 tahun, serta guru wanita terbabit, Bethan Thomas, 37 tahun, ditonton oleh pelajar mereka sendiri. Susulan perlakuan tidak senonoh mereka berdua yang berlaku di pejabat Daniels, satu inkuiri disiplin telah diadakan dan jika didapati bersalah, mereka boleh disingkirkan daripada jawatan terbabit.

Selain itu, pendaftaran mereka sebagai pengajar juga boleh ditarik balik. Kejadian itu berlaku di sekolah Bryntawe Comprehensive di Swansea, Britain. Menurut pegawai daripada jawatankuasa gerak kerja pendidikan, Louise Price, kedua-duanya mempunyai hubungan meskipun Daniels sudah berkahwin.

“Perlakuan seks itu telah dirakamkan oleh pelajar yang kemudian berkongsi dengan pelajar lain. Perbuatan ini jelas tidak boleh diterima antara dua pengajar profesional di kawasan sekolah ketika pembelajaran,’’ katanya.

Jelas Price, apabila mengetahui video berkenaan dimuat naik dalam media sosial, Daniel kemudiannya segera memanggil pelajar itu ke rumahnya dan meminta dia menarik balik rakaman video terbabit. Pelajar itu akur dan berbuat demikian. Namun sesi pendengaran kes itu bersambung pada waktu yang akan ditetapkan kemudian. – Agensi/Mynewshub.cc


SEORANG wanita telah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang tidak sedarkan diri di tempat parkir kereta pusat beli-belah pada siang hari di Virginia, Amerika Syarikat. Kimberly Jackson, 36 tahun; memberitahu pihak polis tempatan bahawa dia sedang ‘gersang’ nafsu ketika itu dan berada dalam keadaan mabuk.Pihak polis juga mendapati kekasihnya, Earl Palmer berada dalam keadaan tidak sedar serta mabuk sebelum segera dihantar ke Hospital Sentara Leigh.

Kimberly dikenakan tindakan undang-undang kecil kerajaan tempatan kerana berkelakuan tidak senonoh dan mabuk di tempat awam. Walau bagaimanapun, wanita terbabit telah dibebaskan selepas diikat jamin dan polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan. Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit menyalahkan alkohol yang diminumnya kerana menyebabkan dia dan kekasihnya mabuk sehingga terjebak dalam kelakuan memalukan itu, lapor Agensi/MYNEWSHUB.CC



MANUSIA laknat! Itulah yang istilah paling sesuai untuk menggelarkan personaliti blogger kontroversi tempatan yang kemudian bersembunyi melarikan diri di luar negara, Alvin Tan. Ia susulan isu nahas kren tumbang di kota suci Makkah lewat petang Jumaat yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia telah diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial Facebooknya.

Manusia bertopengkan syaitan itu nyata sudah keterlaluan kerana dia juga menghina dan mempersoalkan kewujudan Allah SWT kerana tidak menyelamatkan umatnya yang mahu mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.Amat biadab bukan? Nampak gayanya hati dan perasaannya sudah hitam legam bak arang hitam kerana tiada langsung rasa hormat serta sensitif dengan isu agama di dunia ini.

Ternyata tindakan kurang ajar Alvin yang sememangnya suka mempermainkan isu sensitif dengan melibatkan kesucian agama Islam ini sudah keterlaluan serta sudah berlebihan.Awal bulan ini, blogger lucah tersebut mempersendakan ajaran Islam dengan mencacah tatu kalimah Allah di bahagian paha kononnya tuhan sentiasa berada di kawasan kakinya itu.Status terbaharu yang dimuat naiknya pagi Sabtu itu jelas dikecam oleh pengguna siber di laman sosial. Tak pasal-pasal budak ni dapat juga kena tarbiah dengan ramai netizen. Semoga Alvin terima balasan setimpal dengan tindakan serta perbuatannya yang bebas suka menghina agama Islam selama ini kononnya atas sebab kebebasan bersuara, lapor  MYNEWSHUB.CC



JEDDAH – Satu video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial tempatan di Arab Saudi memaparkan kejadian sebuah pesawat yang terpaksa membuat pendaratan cemas di jalan raya menjadi viral di media sosial.

Memetik laporan dari twitter Bernama Radio24, pesawat terbabit membuat pendaratan cemas di tepi jalan raya di Jeddah dan perkara itu disahkan oleh jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di sini.

Difahamkan pesawat terbabit membuat pendaratan cemas berikutan keadaan ribut pasir kuat yang melanda kawasan terbabit dan ekor kapal terbang itu jelas memaparkan logo wau Malaysia Airlines Berhad (MAB).Namun, pihak MAB berkata, pihaknya setakat ini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video terbabit malah berkata semua pesawat syarikat Malaysia tersebut dilaporkan berjaya mendarat di Jeddah dengan selamat.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian aneh berkenaan, namun apa yang pasti, ribut pasir kuat kebetulan memang melanda Makkah termasuk sekitar kawasan Masjidil Haram., lapor Siakapkeli.my



Golongan pendidik mencadangkan kerajaan memperuntukkan dana tambahan untuk alat bantu mengajar bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membolehkan pelan pendidikan percuma disertakan dalam belanjawan 2016. Pembentangan belanjawan dijadual dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen 23 Oktober ini. Malaysiakini menemuramah beberapa pendidik dalam sektor kerajaan dan swasta untuk memahami apa yang dirasai mereka.

Tinjauan mendapati golongan terbabit meluahkan masalah sama - terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli kemudahan seperti komputer riba, projektor dan pemain cakera untuk pembelajaran. Namun mereka enggan dikenali kerana bimbang akan diambil tindakan oleh kerajaan kerana mengeluarkan kenyataan kepada media. Seorang guru di Kedah berpendapat pelan pendidikan di luar bandar perlu disamaratakan seperti di bandar.

Beliau yang mengajar di sekolah kebangsaan bantuan kerajaan berkata, dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli alat bantu mengajar. “Dari segi kemudahan pembelajaran, banyak kekurangannya. Kalau boleh nak boleh ikut pelan pembangunan pendidikan yang sama seperti bandar. “Kami menggunakan duit sendiri untuk beli bahan mengajar walaupun sepatutnya dana itu daripada kerajaan. "Kami tak tergamak nak tengok pelajar mengikuti pembelajaran tanpa bahan sepatutnya. Sebaliknya, kami ini nak makan pun tidak berapa ada duit,” katanya kepada Malaysiakini. Kemudahan ada tapi terhad

Seorang sekolah menengah di Langkawi pula berkata kemudahan alat bantuan haruslah diberikan oleh kerajaan memandangkan kini hampir kesemua subjek memperuntukkan penggunaan alat tersebut. Guru berusia 29 tahun itu menambah, oleh kerana kemudahan dibekalkan terhad, beliau mencadangkan ia diperbanyakkan selaras dengan pembangunan teknologi dan multimedia. “Kemudahan ICT setiap kelas ada satu jadi tidak boleh mengharapkan guru untuk beli sendiri kemudahan itu. “Sekarang ada kemudahan, tetapi terhad. Sekiranya alat tersebut dapat digunakan, pelajar akan mudah mengakses maklumat, mengikut perkembangan semasa dan berdaya saing.

“Jika kemudahan teknologoi tidak berubah selaras dengan perkembangan sistem pendidikan, kita akan tertinggal," katanya yang sudah tiga tahun mengajar. Bagi pensyarah universiti di Kuala Lumpur, beliau mencadangkan kerajaan memberi dana intensif kepada institusi pengajian swasta memandangkan mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Katanya, hasil diperoleh kerajaan daripada bidang pendidikan wajar digunakan untuk bidang penyelidikan dan menambahbaikkan pembelajaran di kolej swasta. “Kolej swasta perlu membayar yuran tinggi tetapi ia sebenarnya memberi pulangan kepada kerajaan. Kenapa tidak kerajaan memberi dana untuk menyelidik dan menambah baik mutu pendidikan? “Selain itu, kita juga mahu menambah baik teknologi ICT," kata wanita berusia 55 tahun itu. Untuk ibadah apa salahnya. Guru di Sungai Besar, Selangor pula mencadangkan elaun tambahan sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada pendidik yang memegang jawatan khusus akademik, kokurikulum dan ketua panitia.

Alasan beliau, guru seumpama itu memperuntukkan tenaga dan masa yang lebih untuk bekerja. “Mereka merancang dan menyelaras program kecemerlangan sekolah. Dengan adanya elaun, mereka boleh bekerja lebih kreatif dan bersungguh-sungguh. "Elaun dicadangkan sebanyak RM200 setiap bulan,” katanya yang sudah mengajar selama 22 tahun.

Sementara itu bagi seorang guru wanita yang mengajar di Lunas Jaya Kedah pula mencadangkan agar cuti bagi menunaikan ibadah haji ditetapkan selama 60 hari kerana ianya hanya sekali sahaja diberikan sepanjang perkhidmatan. Katanya, sebelum ini cuti bagi tujuan itu tidak cukup dan ada antara guru yang terpaksa menambah cuti menggunakan cuti kecemasan bagi menunaikan haji.

“Ada yang dapat cuti haji selama 42 dan 46 hari saja tetapi ia tidak mencukupi. Saya rasa cuti ini perlu diselaraskan kerana ada guru kena ambil cuti tambahan. “Kalau cuti bersalin boleh beri 90 hari, mengapa cuti untuk buat ibadah tidak boleh 60 hari?” kata guru yang telah mengajar selama 25 tahun itu. Isnin lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat untuk bersama-sama memberikan cadangan mengenai belanjawan sebelum 15 September ini untuk dimasukkan ke perancangan Bajet 2016. Najib yang juga menteri kewangan, berkata cadangan tersebut boleh dikemukakan kepadanya menerusi laman webnya, lapor malaysiakini



PETALING JAYA: Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) menjelaskan ia mengetengahkan isu besar dengan bukti sahih dalam setiap dakwaan yang dibuatnya. Pendekatan itu yang membezakannya dengan satu lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang dipimpin Rani Kulup.

Pengerusi PMSP, Ramesh Rao, memberikan reaksi itu ketika ditanya pandangan peribadinya terhada NGO berkenaan. “PMSP tidak mempunyai pemakaian seragam seperti Rani Kulop, kami tak ada tagline ‘Kipidap’.

“Isu yang PMSP bawa membabitkan isu-isu besar misalnya isu bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 1Malaysia Developmen Berhad (1MDB) dan krtikan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Rani Kulop main isu kecil sahaja dan sebenarnya saya yang bawa naik nama Rani Kulop,” kata Ramesh dalam satu temubual kepada FMT. Ramesh tidak menafikan penubuhan PMSP pada dasarnya adalah bertujuan untuk memperjuangkan kaum India.

Bagaimanapun, ia terpaksa mengambil inisiatif untuk memasuki ruang politik dengan membuat laporan polis dan aduan terhadap mereka yang suka membuat fitnah terhadap kerajaan. Dalam temuramah yang diadakan, Ramesh menafikan tindak tanduknya semata-mata untuk mencari publisiti murahan.

Tegasnya lagi, dia bersedia disaman jika tindakannya dianggap salah dan tidak benar. Dalam pada itu, mengulas tentang pelbagai laporan dan siri pendedahan yang dilakukan, Ramesh akui maklumat itu diperolehi daripada orang dalam sendiri. “Walaupun serangan saya menyasarkan parti pembangkang tetapi maklumat mengenai mereka diperolehi daripada ahli-ahli parti pembangkang seperti sendiri Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sendiri yang mungkin tidak puas hati dengan kepimpinan mereka,” dedahnya. Sebelum ini gelagat Rani Kulup dan Ramesh Roa mencuri perhatian kerana sering tampil dengan pelbagai isu dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa, khususnya polis, lapor freemalaysiatoday


Berita terkini kes kren jatuh di Masjidil Haram Mekah pada 12 September 2015. Difahamkan, tiada senarai nama jemaah haji Malaysia terkorban dalam insiden tersebut melainkan 6 Jemaah Malaysia dilaporkan cedera parah. Jumlah keseluruhan angka korban terkini meningkat seramai 65 orang jemaah haji yang disahkan terbunuh susulan dihempap kren berikutan ribut pasir dan hujan lebat yang melanda Mekah pada pukul 4.30 petang (Jumaat) 11 September 2015 waktu tempatan.

Video Kren Jatuh Di Masjidil Haram Mekah


Saksi Kren Jatuh Hempap Jemaah Haji Di Mekah

Gambar-Gambar  Kren Jatuh Di Masjidil Haram Mekah 11.9.2015
















Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) mengakui menggeletar saat diberitahu beliau perlu berlakon dalam beberapa babak filem Kapsul sedangkan pada jangkaannya karya arahan Allahyarham Martias Ali itu menuntutnya hanya muncul sebagai cameo tanpa sebarang dialog.

Bercakap pada sidang media pada malam gala tayangan Kapsul bertempat di e@Curve, malam tadi, Perdana Menteri keempat itu berkata, beliau pada awalnya berasa kurang senang apabila disuruh berlakon memandangkan lakonan adalah sesuatu yang belum pernah dilakukannya.  Namun, beliau bersetuju kerana tertarik dengan konsep filem tersebut yang menyelitkan unsur sains fiksyen.

Tambah membuatkan beliau teruja ialah kerana filem ini menceritakan tentang diri beliau sendiri mengenai kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanamnya di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya. "Saya disuruh berlakon. Pada mulanya saya rasa tak senang sebab saya tak pernah berlakon. Sesuatu yang saya tidak pernah buat.

"Tapi saya bersetuju kerana filem ini lain daripada yang lain, ada unsur sains fiksyen dan ia bercerita tentang diri sendiri," katanya sambil tertawa kecil. Tun M bersetuju menjayakan filem Kapsul selepas setahun filem tersebut menjalani penggambaran. Berkongsi serba sedikit pengalaman di set penggambaran, Tun M berkata, dia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk berlatih mengingati dialognya menerusi babak beliau bersama teraju utama filem tersebut iaitu Faizal Hussein.

"Sewaktu hari penggambaran baru lah saya diberitahu saya kena berlakon. Saya mengeletar sebab saya tak pernah buat kerja-kerja berlakon. Saya hanya ada beberapa minit saja untuk berlatih ingatkan dialog. "Tak patut depa (mereka - pihak produksi) buat saya macam tu. Saya minta depa bayar saya tapi depa tak bayar saya satu sen pun" tuturnya dengan nada bergurau.

"Saya tidak tahu apa penilaian dan bagaimana dengan lakonan saya, bagus atau tidak. Tapi sekurang-kurangnya selepas ini, saya boleh beritahu orang yang saya sudah jadi pelakon. "Tapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan filem ini. Ia menceritakan tentang perjuangan orang Melayu dahulu dari satu zaman ke satu zaman lain dan rintihan mereka berkenaan nasib anak cucu dan negara pada masa depan.

"Saya rasa filem sebegini perlu diperbanyakkan kerana generasi sekarang kurang tahu mengenai sejarah. Jadi filem ini dapat mendidik dan memupuk semangat jiwa orang Melayu terhadap masa depan anak mereka," tambahnya lagi.Kapsul dibintangi pelakon berpengalaman, Faizal Hussein serta barisan pelakon lain seperti sebagai cameo antaranya Datuk Rahim Razali, jutawan Internet, Irfan Khairi, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Jue Aziz, Shahronizam, Zamarul Hisham, Haeriyanto Hassan, Fadhilah Mansor, Joey, Aman Graseka dan Adam Corrie Lee. Filem ini membelanjakan kos sebanyak RM2.3 juta terbitan Two Tones Sdn Bhd dan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air mulai 17 September ini, lapor malaysiandigest


KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyalahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikatakannya penyebab bola sepak negara rosak. “Pertama sekali, saya ingin menegaskan bahawa FAM yang telah mencemarkan imej negara selama 31 tahun, sejak di bawah pentadbiran presiden yang sebelumnya lagi," katanya dalam satu temubual yang dimuat naik di halaman Facebook, Johor Southern Tigers.

Katanya lagi, walaupun beliau tidak bersetuju dengan tindakan penyokong tetapi beliau faham ketidakpuasan hati mereka kerana menurutnya badan induk pentadbir bolasepak negara tidak serius dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara.

“Ini adalah kerana, masalah utama FAM adalah ianya ditadbir oleh mereka yang tidak berpengetahuan berkenaan bola sepak, dan hanya memegang jawatan untuk kepentingan peribadi. “FAM adalah punca bola sepak tanah air rosak,” katanya lagi.  Menurut beliau, jika beliau menjadi presiden FAM, tugas pertamanya adalah untuk membersihkan segala kecelaruan dalam FAM.

“Setelah 31 tahun ditadbir sebagaimana sekarang, proses permbersihan ini sahaja mungkin boleh mengambil masa sehingga setahun,” katanya. Namun begitu beliau tidak berminat untuk menjawat jawatan presiden FAM ketika ini. Pada Selasa, perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam antara Malaysia dan Arab Saudi dihentikan oleh pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang.

Keadaan penyokong semakin tidak terkawal selepas tembakan mercun dilepaskan dan hampir mengena pemain Malaysia yang ketika itu sedang berkumpul berdekatan bangku simpanan. Susulan insiden itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata FAM berdepan penggantunganjika Pesuruhjaya Sukan tidak berpuas hati dengan laporan yang perlu disediakan berhubung insiden kekecohan di Stadium Shah Alam, Selasa lepas. "FAM diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan tentang insiden itu. Kita perlukan maklumat terperinci sebelum menjatuhkan sebarang hukuman," Khairy berkata, lapor astro awani


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat awam pada pembentangan Bajet 2016 bulan depan. Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng berkata, permintaan berkenaan dibuat bagi membantu meringankan beban penjawat awam yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa ini.

"Kita bukanlah minta kerajaan bagi sekali gus bonus tiga bulan itu, beri secara berperingkat pun tidak mengapa kerana kita faham keadaan kerajaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata permintaan bonus itu juga adalah sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik selama ini.

"Selain itu apabila mendapat bonus, mereka akan berbelanja dan sekali gus akan merancakkan lagi ekonomi negara," katanya. Lok berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan menyemak semula dan melakukan penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini.

Beliau berkata perhatian sewajarnya perlu diberikan kerana ia merupakan harapan kepada 1.6 juta penjawat awam di negara ini. "Mana-mana skim perkhidmatan yang dianggap kritikal seperti pembantu tadbir dan badan beruniform, sudah lima hingga enam tahun tidak disemak, perlu diberi perhatian... kerajaan perlu beri keutamaan kepada mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

Lok berkata antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan memberi kenaikan gred berdasarkan pengalaman dan kepakaran kakitangan yang telah berkhidmat dalam tempoh yang lama.  "Walaupun mereka hanya memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia boleh diiktiraf berdasarkan pengalaman dan kepakaran bagi membolehkan mereka menerima kenaikan gred. "Kerajaan juga mungkin perlu menyediakan lebih peruntukan untuk peluang latihan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kepakaran mereka," katanya, lapor Bernama



Bagaimana menilai kestabilan politik negara ini?  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan ada caranya – dengar dengan telinga sendiri pandangan pelabur.

Beliau hari ini mengambil kesempatan menceritakan pengalamannya dimaklumkan perkara itu oleh pemimpin syarikat Denmark dan Jepun kepadanya ketika hadir dalam acara syarikat baru-baru ini. “Sewaktu di meja makan saya bertanya kepada CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat, mengapa mereka memilih Malaysia untuk melabur?

“Jawapan beliau ialah kerana kestabilan politik, prasarana seperti lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan yang baik serta pelbagai insentif diberikan. “Tinggi rupanya nilai kestabilan politik negara ini pada kaca mata mereka,” kata Ahmad di Facebook beliau hari ini.

Beliau menceritakan perbualannya dengan ketua pegawai eksekutif syarikat Denmark, GN Resound di Kulai, Johor pada 2 September lalu. Sebagai bukti kepada keyakinan pelabur, Ahmad membangkitkan nilai pelaburan diluluskan kerajaan yang diumumkan kementeriannya untuk separuh pertama tahun 2015 sebanyak RR113.5 bilion dan pada separuh pertama 2014 dengan angka RM112 bilion. “Ia juga menunjukkan bahawa bukan semata-mata kepandaian kita berniaga yang menjadi tarikan pelabur, tapi kombinasi dengan kebijaksanaan kita mentadbir yang diterajui oleh DS Mohd Najib (Razak), perdana menteri yang berjaya menjaga kestabilan politik dan kemakmuran di negara ini,” katanya, lapor malaysiakini.com


KUALA LUMPUR: Lima belas individu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes kehilangan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais sejak Jumaat lepas. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata mereka yang diambil keterangan termasuk rakan serumahnya, rakan di tempat kerja dan anggota keluarga.

"Polis akan melihat dari semua aspek dalam menjalankan siasatan ini," katanya kepada media ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Jumaat.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur, Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana warna kelabu bernombor pendaftaran WA6264Q. Dua hari kemudian sebuah kereta yang sama model dengan milik Morais ditemui terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang.

Law menambah, setakat ini pemiliknya belum dapat disahkan lagi dan pihaknya masih meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi laluan yang sering digunakan Morais. Polis percaya kehilangan Morais akibat diculik, lapor mstar online




KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan akan melakukan pembersihan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika diminta menjadi Presiden badan induk bola sepak negara tersebut. Malah, baginda melahirkan keyakinan dapat berbuat demikian hanya dalam tempoh setengah tahun bagi membersihkan segala kecelaruan dalaman FAM walaupun baginda secara peribadi tidak berminat memegang jawatan itu.

“Saya akan menarik minat orang yang benar-benar berpengetahuan dan bersemangat positif untuk berkhidmat dengan baik bukan sekadar dalam organisasi FAM, tetapi juga kepada ahli-ahli gabungan yang lain. “Mereka secara majoritinya hendaklah mempunyai latar belakang dalam bola sepak. Kita juga perlu memantapkan pasukan kebangsaan. Dapatkan khidmat jurulatih luar untuk pasukan kebangsaan sementara menunggu pembangunan akar umbi membuahkan hasil pada masa akan datang,” titah baginda seperti dilaporkan oleh laman Facebook Johor Southern Tigers di sini semalam.

Titah Tunku Ismail, baginda akan memantapkan pertandingan dalaman bola sepak Malaysia di semua peringkat dengan menambah baik pertandingan-pertandingan diadakan bagi membolehkan Liga Malaysia jadi lebih kompetetif dan secara tidak langsung meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan.

Selain itu, baginda mahu mempertingkatkan pembangunan akar umbi dan pembangunan infrastruktur berkaitan bola sepak kerana pendidikan dan pembentukan adalah amat penting dalam sukan itu. “Saya boleh membantu dengan memberikan 80 peratus hasil hak penyiaran kepada pasukan-pasukan yang terlibat. Apa yang mereka peroleh dari penajaan adalah bonus kepada mereka. 

“Pada masa kini, FAM mengaut 100 peratus hasil penyiaran. Di Jerman dan tempat-tempat lain di dunia, pasukan yang bertanding menerima 80 peratus hasil hak penyiaran dan badan pentadbir hanya menerima 10 -20 peratus sahaja,” titah baginda. Baginda turut memberi jaminan akan meminta pasukan-pasukan yang bertanding untuk berbelanja secara berhemah dan memberi keutamaan kepada pemain tempatan kerana beberapa pasukan yang berdepan masalah membayar gaji pemain mereka kerana terlalu mengutamakan kebajikan pemain import.

“Pengadil seharusnya di bawah naungan badan bebas, bukan FAM, untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan. Saya juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM untuk mencegah korupsi di kalangan pegawai, pemain dan juga pengadil di seluruh negara.,” titah baginda lagi. Tunku Ismail bagaimanapun menjelaskan, baginda tetap tidak berminat memegang jawatan Presiden FAM kerana perlu duduk semeja dengan mereka yang tidak boleh bekerjasama dengan baginda yang dipilih melalui proses undian pimpinan FAM.

“Anda perlu faham bahawa mereka yang berada dalam FAM adalah mereka yang diundi oleh ahli-ahli lain. Kebanyakan daripada mereka berada di sana demi sebab-sebab tertentu dan bukannya untuk memartabatkan bola sepak. Macam mana saya hendak bekerja dalam keadaan begitu?” titah baginda, lapor MYNEWSHUB.CC


Live Streaming JDT vs Perak Piala Malaysia 2015. Perlawanan pertama peringkat kumpulan pembuka tirai Kejuaraan Piala Malaysia 2015! Ayuh saksikan perlawanan diantara Johor Darul Ta’zim menentang Perak dibawakan SECARA LANGSUNG dari Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin bermula  jam 8.30malam ini .

Berikut adalah pautan live streaming Piala Malaysia diantara JDT VS Perak.
Live Streaming JDT Vs Perak 11.9.2015 Online

Server 1: LIVE

KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA DIANTARA JDT VS PERAK

JDT :
PERAK :



Tarikh dan lokasi karnival kerjaya dan usahawan MARA 2015. Karnival kerjaya MARA untuk tahun 2015 kini kembali lagi selama dua hari berturut mulai 12 September 2015 hingga 13 September 2015. Kepada yang ingin menjadi usahawan dan sedang mencari peluang pekerjaan, anda boleh hadirkan diri ke Hotel Premiera, Tingkat 6, Menara MARA, Kuala Lumpur.

Tarikh Dan Lokasi Karnival Kerjaya & Usahawan MARA 2015
Tarikh: 12-13 September 2015
Masa: 10.00 pagi hingga 5.00 Petang
Lokasi: Hotel Premiera, Tingkat 6, Menara MARA, Kuala Lumpur
Aktiviti: Temuduga Terbuka, Peluang Keusahawanan dan Cabutan Bertuah

Nota :

1. Tarikh dan lokasi tertakluk kepada perubahan.
2. Pameran bermula jam 10.00 pagi - 6.00 petang kecuali Sabah bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang.


LUKUT – Mengambil sempena tagline 'Kipidap', sebuah pertubuhan dinamakan Pertubuhan Kipidap Negeri Sembilan yang baru dilancarkan Sabtu lalu berjaya menarik keahlian seramai 80 orang. Pengerusinya, Ramli Awang berkata, penubuhan Kipidap adalah untuk terus menyokong usaha bagi memartabatkan dan memperjuangkan hak bangsa Melayu serta agama Islam di negara ini.

Menurutnya, Kipidap Negeri Sembilan menyasarkan penyertaan daripada golongan muda sebagai salah satu platform untuk mereka berpersatuan. “Mesyuarat agung pertama Kipidap Negeri Sembilan dijadualkan diadakan pada Oktober depan dan ketika itu kita akan melantik barisan jawatankuasa bagi memastikan semua aktiviti yang hendak dijalankan dapat dibuat dengan lancar.

“Setakat ini ahli jawatankuasa tertinggi sudah dilantik dan watikah pelantikan disampaikan sendiri oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah,” katanya selepas Majlis Pelancaran Penubuhan Kipidap Negeri Sembilan di Bandar Springhill, baru-baru ini. Ramli berkata, beliau sangat mengalu-alukan warga Negeri Sembilan khususnya golongan muda untuk menyertai Kipidap. “Kita yakin, golongan muda akan menyambut baik penubuhan ini dan pelbagai aktiviti berfaedah untuk golongan itu akan dilaksanakan Kipidap,” katanya, lapor sinar harian


SHAH ALAM:Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar menyegerakan ekstradisi blogger kontroversi Alvin Tan ke Malaysia.

Abdul Rani berkata, dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut undang-undang negara. "Kalau pihak berwajib hendak menangkap Alvin ia boleh dilakukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) misalnya mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat , jadi sudah tentu tangkapan Alvin boleh dilakukan," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, Abdul Rani berkata, kalau dia diberi kesempatan dia sanggup ke Amerika Syarikat untuk menjejaki Alvin. "Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin," katanya seloroh.  Sementara itu, Abdul Rani berkata MJMM akan membuat satu laporan polis terhadap Alvin pada esok hari.

"MJMM akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Dang Wangi, isu Alvin menghina kalimah ALLAH, pada 8 September ini (esok) jam 11:30 pagi," katanya. Terdahulu Exco Pemuda Umno bersama NGO Pemikir Muda Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan meminta kerajaan mengekstradisi segera Alvin Tan ke Malaysia.  Selain itu, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin sebelum ini. Namun sehingga kini Alvin masih bebas di Amerika Syarikat, lapor sinar harian



PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kecewa apabila difitnah cuba mengelak daripada mendengar bacaan doa Hindu dalam upacara pengebumian salah seorang rakannya yang berbangsa India.

Gambarnya, memakai ‘head phone’ di upacara kematian rakannya kemudian dimuat naik di laman sosial. Jelasnya, ‘head phone’ yang digunakannya itu hanyalah untuk memudahkannya menjawab panggilan telefon.

“Ayah memang biasa gunakan ‘head phone’ itu kerana ayah dapat dengar panggilan telefon dengan lebih jelas. “Sekiranya ada kata ayah pakai ‘head phone’ untuk tidak mendengar bacaan doa agama Hindu, itu tidak tepat. Kalau pakai ‘head phone’pun dengar juga,” katanya ketika dihubungi FMT.

Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Rani Kulop memberi amaran kepada pihak-pihak tersebut supaya berhenti menyebarkan fitnah terhadapnya. Katanya, mereka perlu berbangga kerana dia mengamalkan sikap terbuka dan saling memahami budaya masyarakat di Malaysia.

“Walaupun beliau berbangsa India, tetapi ayah hormat dia, lebih-lebih lagi sebagai seorang rakan ayah. “Sepatutnya mereka suka orang Islam melawat ke pengebumian agama lain,” katanya yang membahasakan diri sebagai ayah.

Terdahulu di laman Facebook telah tersebar sekeping gambar yang mendakwa, “Ayahanda Kulop Kipidap pakai ‘head fon’ bagi mengelak dengar bacaan kitab selain Quran. Dibimbangi akidahnya terpesong ketika melawat kematian rakannya” tulis Era Pasca, lapor freemalaysiatoday



PETALING JAYA: Abdul Rani Kulup Abdullah menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak bersedih setelah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan. Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) itu berkata, Muhyiddin perlu menerima keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan hati terbuka.

“Terimalah keputusan yang dibuat Perdana Menteri, dia (Muhyiddin) harus bersabar dan jangan bersedih, rileks saja,” katanya kepada FMT. Abdul Rani juga menasiihatkan Muhyiddin supaya tidak terlalu beremosi di atas apa yang berlaku. “Setiap benda yang berlaku jangan sampai terbawa-bawa (emosi),” katanya.

Rani Kulup berkata, Muhyiddin meninggalkan banyak jasa sepanjang lebih enam tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri. “Muhyiddin seorang yang berpengetahuan luas serta memiliki idea yang bernas dalam menyumbang untuk pembangunan negara serta membela nasib rakyat,” katanya.

Tambahnya, setelah tidak lagi memegang jawatan dalam pentadbiran negara, Muhyiddin disarankan supaya memberi sepenuhya tumpuan kepada rakyat Johor khasnya di Parlimen Pagoh. “(Setelah tidak berjawatan lagi) baliklah ke kawasan di Pagoh, jaga elok-elok rakyat Johor dan jaga parti,” katanya, lapor freemlaysiatoday


PETALING JAYA: Bakat Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup bukan setakat memasak ketam # kipidap, malah pelbagai hidangan lain termasuk mi rebus. Katanya kepada FMT, berbanding orang lain, resepi yang dimilikinya amat istimewa.

Bagi berkongsi rasa dia sedia menjualnya kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengkomersilkannya. “Resepi yang saya guna adalah tradisi dari turun temurun, tidak boleh diberi begitu sahaja, memang sedap. Kalau sesiapa mahu resepi saya, saya letak harga bagi Ketam #Kipidap RM30,000 dan Mee Rebus #Kipidap RM60,000,”.

Mengulas lanjut mengenai bakat dan kebolehan itu, Abdul Rani berkata, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk membuka kelas masakan sebaliknya bersedia sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menjemputnya untuk memberi khidmat dalam program masakan.

“Kelas masakan belum lagi, nanti lari tajuk perjuangan hendak menegakkan kebenaran. Tapi siapa yang hendak ambil saya menghadiri program masakan saya sedia beri khidmatnya” ujarnya. Selain itu, dia turut membuka tempahan sekiranya ada pihak yang ingin mendapatkan dua menu istimewa itu di musim perayaan ini, lapor freemalaysiatoday



PETALING JAYA: Azwan Ali secara terbuka memohon maaf dan menzahirkan rasa hormatnya terhadap Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah. Ia dibuat dalam status Instagramnya yang dimuat naik pada malam Rabu, beberapa jam kata dua diberikan.

Sebelum ini, Abdul Rani memberi tempoh seminggu kepada bekas pengacara Muzik-Muzik itu untuk memohon maaf atas kenyataannya yang dikatakan menghina orang Melayu. “Ada masalah & harap pihak bersifat terbuka & menghentikan isu yg telah diperbesar pihak ke3 yang yang tidak bertanggungjawab! Bak kata Ayah “ ini bulan puasa ! hari baik bulan baik,” tulisnya di laman Insatgram.

Namun, dalam status yang sama, adik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ini turut menyalahkan orang lain kerana didakwa menjadi batu api. “Kepada semua Melayu khasnya si batu api tolong # muhasabah!,” tulisnya.

Kontroversi bermula selepas Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta cadangan lokasi restoran yang kurang dikunjungi ramai Melayu untuk menikmati hidangan steak menerusi akaun Twitternya. Tweetnya itu turut mendapat respons dari seorang pengikutnya, @NurAziraWA yang secara ringkas menjawab ‘menate’. Ia kemudian mengundang kontroversi selepas dia menggeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita berkenaan, lapor freemalaysiatoday



PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah mensasarkan untuk membuat 1,000 laporan polis menjelang 2018. Katanya, dia akan membuat laporan polis selagi ada unsur-unsur yang mengancam keselamatan negara seperti hasutan, hinaan dan jenayah.

“Saya tidak tahu bila laporan saya akan meningkat kepada 1,000 tetapi saya pasti sebelum 2018 nanti akan ada 1,000 laporan polis daripada saya,” katanya yang mahu dipanggil Ayah. Dia yang terkenal dengan imej seluar singkat, pakaian ala tentera, beret merah dan bercermin mata hitam itu memberitahu, pernah membuat 13 laporan polis secara serentak.

Katanya, walaupun imejnya nampak kelakar dan pelik tetapi tidak bermakna isu yang dibawanya hanya lakonan semata-mata. Menerusi laporan tiga muka surat di ruangan sisipan akhbar Utusan Malaysia pada Selasa, Abdul Rani menceritakan kehidupan peribadinya.

Pesara tentera itu mengaku tidak menyokong mana-mana parti politik dan menafikan mendapat tajaan untuk membuat gimik. Katanya, kehidupannya hanya bergantung kepada wang pencen sebanyak RM1,500 sebulan. Dia yang mempunyai dua isteri, sembilan anak dan enam cucu tidak berdendam atau sakit hati dengan pengguna laman sosial yang mengutuknya atau popular istilah troll.

“Saya fikir selama 22 tahun setengah dalam bidang ketenteraan saya pernah menghadapi keadaan yang lebih berat. Antaranya berada dalam hutan menentang komunis dan sebagainya. “Jadi saya tidak mahu terkesan dengan perkara ini, kalau kita lihat laman-laman ini (troll) tidaklah terlalu teruk sangat malah memberi kelebihan kepada saya juga apabila lebih dikenali kini,” katanya yang sering menggunakan hashtag #kipidap (keep it up).

Katanya, adalah mustahil untuk menghentikan troll kerana jumlah mereka yang terlalu ramai tetapi selagi tidak melampaui batas, dia boleh menerimanya. Mengakui imej peliknya mengundang kemarahan orang ramai tetapi ia juga memberi impak positif kepada dirinya apabila ada pihak yang mahu menjadikan dia sebagai watak dalam sebuah komik.

“Ada yang mahu menjadikan saya watak dalam dalam buku komik tidak lama lagi. Ini rezeki yang dibawa populariti itu sendiri,” katanya. Abdul Rani Kulup mempunyai kumpulan muzik, Sometimes Group, yang membuat persembahan di majlis kenduri kahwin dan pernah menghasilkan sebuah album dengan lagu popular berjudul Tutup Pintu Tapi Tidak Berkunci, lapor freemalaysiatoday



KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menentang keras cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk membuat pindaan ke atas Akta Kanak-kanak 2001.

Presidennya Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, merotan bukanlah sehingga tahap merosakkan pemikiran anak-anak tetapi lebih kepada untuk mengajar dan memberi peringatan. Sehubungan itu, Rani menegaskan supaya hentikan kenyataan untuk menggubal akta itu.

“Rakyat bukan banggang dan menteri yang bercakap mengenai isu rotan ini perlu cerdik sedikit. “Merotan ini memang ada di dalam ajaran agama Islam seperti ingin mengajar anak tidak sembahyang, merotan juga boleh digunakan untuk mendidik,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung isu rotan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Rani juga meminta menteri KPWKM, Datuk Rohani Karim menarik balik kenyataannya kerana undang-undang sedia ada sudah cukup dan tidak perlu diubah. “Seluruh rakyat di negara ini sangat marah dengan kenyataan Rohani itu. Penat ibu yang mengandung selama sembilan bulan, bila anak sudah besar, anak itu boleh membawa ibu bapa mereka ke mahkamah sekiranya melakukan kesalahan rotan,” jelasnya.

Tegasnya perkara tersebut tidak perlu dibincangkan lagi kerana bertentangan dengan tradisi budaya di Malaysia. Sebelum ini, Menterinya Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Rohani Karim menyatakan, cadangan pindaan ke atas Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan hukuman ke atas kesalahan merotan kanak-kanak termasuk dengan menjalani khidmat kaunseling dan khidmat masyarakat. Bagaimanapun, cadangan pindaan tersebut dibantah dan pelbagai pihak termasuk pengamal perundangan mahukan ia diperhalusi terebih dahulu sebelum dibawa ke kabinet dan Parlimen, lapor freemalaysiatoday



KUALA LUMPUR: Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Datuk Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa kerajaan supaya melucutkan kerakyatan blogger kontroversi Alvin Tan dan tiga lagi individu yang telah mempersendakan institusi beraja menerusi laman Facebook .

Menurut beliau, hukuman yang setimpal perlu dikenakan kepada mereka kerana bertindak menghasut rakyat dinegara ini dengan menghina Sultan dan juga institusi beraja negeri Selangor. “Saya mintak kerajaan halau mereka keluar dari negara ini sekiranya mereka tidak mahu ikut peraturan dan undang-undang negara,” katanya selepas membuat laporan Polis terhadap Alvin dan tiga lagi individu di IPD Dang Wangi hari ini. Beliau juga turut menggesa pihak Polis dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat Alvin Tan dan tiga individu tersebut sehingga ke akar umbi.

Jelasnya lagi, sebagai rakyat Malaysia mereka tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian kerana Sultan merupakan tonggak kepada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. “Apa salah Sultan Selangor sehingga beliau dikutuk dan dikeji sedemikian rupa?. Saya juga kesal dengan tindakan menghina yang dilakukan Alvin yang dilihat seolah-olah tiada kesudahan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Rani turut mencabar Alvin dan tiga individu tersebut supaya tampil berhadapan dengan pihak polis dan juga KDN serta bersedia untuk berhadapan dengan undang-undang. Pada masa yang sama beliau menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan dan menambah baik hukuman yang sedia ada supaya penghinaan institusi beraja tidak lagi berlaku.

Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Amir Amsa Alla Pitchay, memuji tindakan KDN bertindak membatalkan pasport Alvin. Jelasnya, tindakan segera yang dilakukan KDN terhadap Alvin akan memberi amaran kepada individu lain supaya tidak melakukan perkara yang sama dengan Alvin.

“Dengan adanya tindakan tegas seperti ini ianya akan memberi pengajaran kepada individu lain untuk tidak melakukan perkara yang sama termasuklah mereka yang bertindak menghina agama Islam,” katanya, lapor freemalaysiatoday



KUALA LUMPUR: Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Datuk Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa Amerika Syarikat berhenti memfitnah Malaysia sebagai negara yang mengamalkan penggunaan buruh kanak-kanak. Menurutnya, tuduhan Amerika Syarikat itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia merupakan tuduhan yang tidak berasas.

Tegas beliau, perbuatan pentadbiran Washington hanya memburukkan kedudukan Malaysia di mata dunia. “Saya beri amaran kepada Amerika Syarikat, jangan fitnah melulu,” ujarnya sewaktu ditemui Free Malaysia Today di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Beliau turut mempertikaian kesahihan bukti video yang digunakan oleh Amerika Syarikat mengenai tuduhan ke atas Malaysia kerana bukti video juga boleh dipalsukan melalui lakonan. Tambah Rani, tuduhan yang mengatakan Malaysia menggunakan buruh kanak-kanak adalah mustahil kerana, orang dewasa sendiri sukar untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia.

“Jangan kata buruh paksa, bersepah orang dewasa yang masih belum mendapatkan pekerjaan,” jelas beliau. Manakala, bagi Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, negara-negara luar cemburu dengan keamanan yang Malaysia miliki.

“IKHLAS menggesa supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat siapakah yang memberikan maklumat yang tidak tepat ini kepada Amerika Syarikat,” katanya. Ujar beliau lagi, KDN harus melihat adakah maklumat ini diberikan oleh mana-mana parti politik ataupun pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kita juga mohon supaya pihak Kementerian Pelancongan jangan sekadar gila target untuk mendapatkan sasaran 30 juta pelancong yang masuk ke dalam negara. “Kementerian Pelancongan harus tapis terlebih dahulu pelancong yang hadir bagi menggelakkan anasir-anasir buruk masuk ke dalam negara kita,” tegasnya lagi.

Bagi Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia(IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay, beliau menjelaskan memorandum bantahan mengenai dakwaan Amerika Syarikat itu telah diserahkan kepada Ketua Pengawal Keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat, yang dikenali dengan nama Green.

“Ketua pengawal itu telah memberitahu bahawa beliau akan menghantar memorandum tersebut kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat,” katanya. “Secara jelas, ini merupakan satu pendustaan,” ujarnya. Sewaktu penyerahan memorandum itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan turut serta, antaranya Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), lapor freemalaysiatoday



Pemain tengah Selangor, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang didapati bersalah meludah pemain Kelantan pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, 19 Ogos lepas, dikenakan penggantungan enam perlawanan.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat pada Khamis turut memberi amaran keras kepada pemain berusia 21 tahun itu yang akan berdepan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama.

FAM dalam artikel yang disiarkan pada laman webnya, memaklumkan Nazmi digantung tiga perlawanan terlebih dahulu manakala baki tiga perlawanan seterusnya bergantung kepada kelakuan yang ditunjukkan pemain berkenaan.

Keputusan yang dibuat berdasarkan Artikel 40 Kod Tatatertib FAM 2015 itu, menyaksikan Nazmi bakal terlepas dua aksi pusingan awal Kumpulan C Piala Malaysia menentang Kelantan dan T-Team, masing-masing pada 12 dan 19 September ini. Pemain itu sudah menjalani penggantungan automatik pada aksi Liga Super antara Selangor dan Perak pada 22 Ogos lepas di Stadium Perak.

Nazmi, bagaimanapun, boleh mengemukakan rayuan untuk meringankan hukuman itu. Pemain itu bertindak meludah penyerang Kelantan, Erwin Carillo sebelum dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri ketika Selangor mengalahkan Kelantan 3-0 di laman sendiri pada aksi Liga Super, 19 Ogos lepas. Pada Jun lepas, Nazmi turut digantung enam perlawanan selepas meludah pemain Timor Leste, Filipe Oliveira dalam perlawanan pertama kedua-dua pasukan di Sukan SEA Singapura, lapor Astro Awani


PRESIDEN Real Madrid, Florentino Perez menegaskan kepada juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG), mereka perlu menyediakan 1 Billion Euro andai berhajat untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Katanya, PSG tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan bintang mereka melainkan sanggup membayar nilai yang ditetapkan itu. “Sekiranya PSG mahukan Ronaldo, ia sangat senang. Mereka perlu bayar 1 Billion Euro.  “Tiada siapa yang akan kekal dalam bola sepak tetapi kita tidak akan menjualnya pada tahun 2016. Dia masih ada baki kontrak tiga tahun ,” katanya.

Ronaldo menyertai Real dari Manchester United sejak 2009.  Bersama Real, Ronaldo merangkul gelaran Ballon d'Or dua tahun berturut-turut iaitu pada 2013 dan 2014. Selain itu, dia juga menjadi watak penting buat Real dalam meraih gelaran Liga Juara-Juara dan La Liga, lapor sinar harian


KUALA LUMPUR: Abang bekas Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Anthony Kevin Morais berkata keluarganya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kehilangan adiknya, baru-baru ini.

Datuk Richard Morais dalam satu temuramah dengan The Malaysian Insider pada Khamis dipetik sebagai berkata, keluarganya percaya polis akan membuat siasatan rapi berhubung kehilangan adiknya itu. Richard bagaimanapun, berkata, setakat ini, beliau masih belum dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan itu oleh pihak polis.

"Saya percaya polis akan memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan beliau," katanya. Kevin dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan pada Isnin lalu, polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata setakat jam 12.30 tengah hari Rabu, tiada laporan diterima daripada ibu pejabat polis daerah Klang mengenai penemuan mayat Morais, lapor astro awani



Tadom Hill Resorts 
Harga Dan Lokasi Tadom Hill Resorts seringkali menjadi persoalan di kalangan rakyat Malaysia, ada yang menyangka bahawa kos destinasi percutian yang menarik ini sangat mahal, tidak kurang juga yang menyangka destinasi ini berada di luar negara. Hakikatnya Malaysia adalah salah satu destinasi atau negara yang menarik untuk dikunjungi serta bercuti dan destinasi Tadom Hill Resorts adalah salah satu daripadanya. Destinasi percutian bertaraf luar negara ini sebenarnya terletak di Banting Selangor. 

Apa yang menarik disini ialah kehijauan air tasik terbentuk susulan refleksi daripada tumbuhan atau pokok yang hidup subur adalah amat menenangkan fikiran anda. Berikut merupakan lokasi dan harga  pakej yang ditawarkan untuk masuk ke Tadom Hill Resorts, Banting Selangor.

Lokasi Tadom Hill Resorts 

Harga Pakej Tadom Hill Resorts, Banting Selangor
Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, MalaysiaTempahan: +60 3-7986 0076

Gambar-Gambar Sekitar Tadom Hill Resorts, Banting Selangor






Video Sekitar Tadom Hill Resorts Banting Selangor

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget