2015-08-30



Melihat wajah jelitawan ini selepas 50 tahun pasti membuatkan anda tergamam dan terkesima. Ini kerana wajahnya masih sama malah kulitnya tampak muda dan anjal pada usianya kini, 67 tahun.Apasra Hongsakula menjadi perhatian umum selepas memenangi ‘title’ Miss Universe pada tahun 1965, buat kali pertama dari Thailand.

Kini, gambarnya menjadi viral dalam media sosial kerana ramai tidak menyangka pada usia sekarang dia kelihatan masih muda dan tidak jauh beza semenjak anugerah yang dimenangi 50 tahun lalu.Namun dengarnya, bagi mengekalkan kemudaan wajah dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289)

Bagaimanapun, pengurus kepada Apasra menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu jadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda. lapor  MYNEWSHUB.CC


Kalendar Cuti Umum 2016 dan Takwim Cuti Sekolah Malaysia.
Kalendar yang paling dinanti-nantikan bukan sahaja untuk dijadikan panduan dan perancangan dalam menjalankan aktiviti pendidikan malah digunakan untuk merancang percutian anda. Walau bagaimanapun kalendar ini tertakluk kepada perubahan-perubahan semasa.

Berikut adalah kalender Malaysia Public Holidays dan Takwim Cuti Persekolahan tahun 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga Kalender dibawah dapat dijadikan panduan kepada anda untuk merancang percutian pada tahun 2016. Terutamanya bagi mereka yang ingin melakukan pembelian atau tempahan tiket penerbangan lebih awal.

Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia
TarikhPerkaraNegeri Terlibat
1 Jan (Fri)New YearAll except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Thu)Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan sahaja
18 Jan (Mon)Sultan of Kedah’s BirthdayKedah sahaja
1 Feb (Mon)Federal Territory DayFederal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya sahaja
ADKThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor sahaja
8 Feb (Mon)Chinese New YearSemua Negeri
9 Feb (Tue)Chinese New Year (2nd Day)Semua Negeri
4 Mar (Fri)Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu sahaja
25 Mar (Fri)Good FridaySabah & Sarawak sahaja
15 Apr (Fri)Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca sahaja
26 Apr (Tue)Sultan of Terengganu’s BirthdayTerengganu sahaja
1 May (Sun)Labour DaySemua Negeri
5 May (Thu)Israk & MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis Sahaja
7 May (Sat)Hari Hol PahangPahang sahaja
17 May (Tue)Raja Perlis’ BirthdayPerlis sahaja
21 May (Sat)Vesak DaySemua negeri
30 May (Mon)Harvest FestivalSabah & Labuan sahaja
31 May (Tue)Harvest FestivalSabah & Labuan sahaja
1 Jun (Wed)Hari GawaiSarawak sahaja
2 Jun (Thu)Hari GawaiSarawak sahaja
4 Jun (Sat)Agong’s BirthdaySemua Negeri
6 Jun (Mon)Awal Ramadan *Johor, Kedah & Malacca Sahaja
22 Jun (Wed)Nuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor ,Terengganu and Federal Territories (Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan) sahaja
6 Jul (Wed)Hari Raya Puasa *Semua Negeri
7 Jul (Thu)Hari Raya Puasa *Semua negeri
7 Jul (Thu)Georgetown World Heritage City DayPenang Sahaja
9 Jul (Sat)Penang Governor’s BirthdayPenang Sahaja
31 Aug (Wed)National DaySemua negeri
ADKSarawak Governor’s BirthdaySarawak Sahaja
12 Sep (Mon)Hari Raya Haji *Semua negeri
13 Sep (Tue)Hari Raya Haji (2nd Day) *Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Sahaja
16 Sep (Fri)Malaysia DaySemua negeri
ADKSabah Governor’s BirthdaySabah Sahaja
ADKMalacca Governor’s BirthdayMalacca Sahaja
2 Oct (Sun)Awal Muharram (Maal Hijrah)Semua negeri
24 Oct (Mon)Sultan of Pahang’s BirthdayPahang Sahaja
30 Oct (Sun)Deepavali *Semua negeri kecuali Sarawak
11 Nov (Fri)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan Sahaja
12 Nov (Sat)Sultan of Kelantan’s BirthdayKelantan Sahaja
ADKHari Hol Almarhum Sultan JohorJohor Sahaja
ADKSultan of Johor’s BirthdayJohor Sahaja
ADKSultan of Perak’s BirthdayPerak Sahaja
11 Dec (Sun)Sultan of Selangor’s BirthdaySelangor Sahaja
12 Dec (Mon)Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Semua negeri
25 Dec (Sun)ChristmasSemua negeri
  • ADK: Akan Dikemas Kini
Kalendar Cuti Umum 2016 dan Takwim Cuti Sekolah Malaysia
Takwim cuti sekolah 2016 akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebarang perubahan Kalendar Cuti Umum 2016 dan Takwim Cuti Sekolah Malaysia juga tertakluk kepada perubahan-perubahan semasa yang berlaku dalam negara kita.



PACKAGING syampu ini memang nampak sebijik dengan jenama syampu terkenal. Hingga kita yang melihat jadi keliru dan tidak dapat membezakan produk yang asli dan tiruan dengan hanya sekali pandang. Lagi-lagi harga yang ditawarkan serendah RM2 ini memang boleh membuat orang ramai kabur mata mahu memilikinya.Paling sadis, jenama syampu ini tersangat sama dengan jenama produk yang asli.

Haihhh.. ingatkan beg dan kasut sahaja memonopoli dunia tiruan…rupanya syampu pun ada yang hendak meniru! Pun begitu, perlu diingatkan takut-takut syampu tiruan boleh memberi kesan sampingan kepada rambut dan kulit kepala anda.

Bukan apa kalau dah namanya pun meniru, nampak sangat pihak berkenaan bukan jenis yang bertanggung jawab termasuk dari segi memikirkan kesan negatif pada pengguna.. ye dak? –  lapor MYNEWSHUB.CC



Mendapat gelaran ‘Beauty of Qingdao’, model terkenal Li Ying Zhi popular di China kerana kecantikannya yang memukau hadirin, terutama ketika dia menjadi model di Beijing Motor Show 2012.

Bukan sekadar model di acara pameran kereta, dia yang berasal dari Qingdao yang terletak di Wilayah Shandong juga merupakan seorang aktres, penari dan peragawati fesyen ‘runway’.Namun kini selepas 2 tahun, wajahnya berubah menjadi aneh kerana ramai mendakwa, pembedahan kosmetik yang dijalaninya telah tamat tempoh.

Dalam gambar yang tersebar meluas di media internet, wajah Ying Zhi bertukar menjadi bujur dan tirus terutama di bahagian dagu.

Ia sekaligus merubah persepsi kebanyakan orang ramai yang mendakwa, kecantikannya hanya plastik dan prosedur tersebut akhirnya memakan diri Ying Zhi.Itulah, obses untuk kelihatan menawan akhirnya memakan diri kerana prosedur tersebut tidak bertahan selamanya.

Mungkin sudah tiba masanya Ying Zhi menjalani proses pembedahan baru untuk kelihatan sempurna untuk 2 tahun akan datang? -  lapor mynewshub.cc





Live streaming Super Spontan All Stars 2015 Astro Warna Online. Siaran langsung rancangan realiti lawak Super Spontan musim baharu 2015 kini kembali menemui penonton mulai 28 Ogos 2015 dan akan menampil persembahan pelawak otai dalam siri rancangan komedi tersebut. 2 kumpulan utama antaranya kumpulan Kungfu Kipidap (dianggotai oleh Tauke, Shahrul Shiro, Rahim, Uqasha Senrose, Abam Bochey & Nana Mahazan) manakala Silat Dongibab dianggotai oleh (Pak Yus, Ajak Shiro, Along Cham, Acey Bocey, Jihan Muse, Yasmin Hani) akan menggegarkan suasana rumah anda menerusi Program Super Spontan All Stars 2015. Saksikan Super Spontaan All Stars 2015 setiap Jumaat pada pukul 10.00 malam hanya di Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD.

Live Streaming Super Spontan All Stars 2015 Astro Warna

Astro Warna: http://superspontan.pencurimovie.pw


Siaran Langsung Super Spontan All Stars 2015 Astro Warna
Tarikh: Setiap Jumaat mulai 28 Ogos 2015
Masa: 10.00 Malam
Siaran Rasmi: Astro Warna dan Mustika HD
Kumpulan Peserta: Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab

Senarai Peserta Super Spontan All Stars 2015 Astro

Kungfu Kipidap
Tauke
Shahrul Shiro
Rahim
Uqasha Senrose
Abam Bochey
Nana Mahazan

Silat Dongibab
Pak Yus
Ajak Shiro
Along Cham
Acey Bocey
Jihan Muse
Yasmin Hani


Semakan keputusan (Result) MUET Sesi Julai 2015 secara online dan SMS. Menerusi makluman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia MPM, keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Julai 2015 akan diumumkan keluar pada Minggu Pertama September 2015. Sehubungan itu, calon yang telah menduduki exam Muet Sesi Julai 2015 boleh membuat semakan menerusi atas talian (Online) atau Sistem Pesanan Ringkas (SMS) setelah keputusan diumumkan keluar.

Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2015 Secara Online


mulai jam 10:00 pagi , Minggu Pertama September 2015

Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2015 Secara SMS

taip MUET [jarak] RESULT [jarak] NO. K/P dan hantar ke 15888

PETALING JAYA: Seorang wanita melepaskan geramnya dengan menjerit dan membaling bekas apabila barang-barang jualannya hendak dirampas oleh penguatkuasa. Berdasarkan sudut yang diambil, visual berkenaan dipercayai diambil oleh salah seorang anggota berkenaan.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah sekolah yang lokasinya tidak diketahui. Semasa kejadian wanita berkenaan bersama seorang lelaki dan anak kecilnya. Mereka berdua melepaskan kemarahan dengan membaling loyang kepada anggota penguatkuasa yang merampas barang-barang jualan serta perkakasan berniaga.

Audio daripada visual tersebut jelas dapat didengar seorang pegawai penguatkuasa memberikan arahan kepada anggotanya supaya mengambil barang-barang mereka. Sesuatu yang membuatkan hati mereka yang melihat video itu menjadi tersentuh ialah apabila kejadian itu dilihat oleh seorang kanak-kanak yang dipercayai anak wanita berkenaan yang turut menjerit melihat perlakuan ke atas peniaga itu.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook memberitahu, anggota penguatkuasa bertindak selepas pihak sekolah membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti berniaga pasangan itu yang telah menyebabkan kawasan di hadapan sekolah kotor, lapor freemalaysiatoday.com

Permohonan sekolah kawalan 2016 KRK, KAA, SMKA Dan SABK secara online. Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK) akan dibuka mulai 1 September 2015 sehingga 1 Oktober 2015. Permohonan ini juga terbuka kepada semua calon UPSR 2015 yang ingin memasuki Tingkatan 1 Sekolah Kawalan sesi 2016.

Permohonon Sekolah Kawalan 2016 KPM Online
Permohonan secara online boleh dibuat dilaman http://public.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/

Singkatan Maksud Sekolah Kawalan Kerajaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Kelas Aliran Agama (KAA)
Kelas Rancangan Khas (KRK)

Tarikh Tutup Permohonan
1 Oktober 2015

Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2016 KPM

Semakan dan keputusan akan diumumkan pada Minggu Ketiga Bulan Disember 2015


Live Streaming Malasia Vs United Arab Emirates (UAE) 3 September 2015 online. Siaran langsung kelayakan Piala Dunia 2018 pusingan 2 menyaksikan kunjungan Malaysia Harimau Malaya ke tanah UAE bertempat di Stadium Mohammed Zayed. Perlawanan akan bermula pada pukul 11.30 malam waktu tempatan Malaysia dan turut disiarkan menerusi saluran BPTV Stream secara online. Bagi anda yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Malaysia lawan UAE Kelayakan Piala Dunia 2018.


Live Streaming Malaysia Vs UAE 3.9.2015 Kelayakan Piala Dunia

Server 1: BPTV Stream

Jadual Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2018

Tarikh: 3.9.2015 Khamis
Masa: 11.30 Malam Waktu Malaysia
Lokasi: Stadium Mohammed Zayed, United Arab Emirates
Siaran Rasmi: BPTV Stream

SEORANG suami yang baru pulang dari tempat kerjanya terkejut apabila melihat isterinya tengah berzina dengan lelaki lain di dalam sebuah bilik tidur di rumahnya. Memetik laporan sebuah portal berita Indonesia, mangsa yang pada ketika itu baru tiba di rumah terdengar suara wanita mengerang dari bilik tidurnya.

Melihat keadaan rumahnya yang sunyi sepi, mangsa berasa curiga lantas terus bertindak untuk memeriksa punca suara wanita mengerang itu. Setibanya di bilik tidur, mangsa terkejut apabila melihat isterinya tengah melakukan hubungan kelamin dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Si isteri yang pada ketika itu, gegas memakai kembali pakaiannya dan meminta maaf daripada mangsa. Kecewa dengan tindakan tidak bermoral isterinya itu, mangsa bertindak memukul isterinya. Selain itu, mangsa turut mendakwa dia ada merakamkan aksi isterinya dan lelaki itu ketika berasmara. Difahamkan pasangan terbabit telah pun bercerai beberapa hari selepas insiden terbabit. 
 
 Sumber : mestigempaq2015


KAHERAH — Mumia pemerintah terkenal Mesir purba, firaun Tutankhamun terus mencetuskan misteri apabila seorang pakar sejarah ternama mendakwa zakar raja itu masih tegang ketika jasadnya hendak disemadikan. Pakar Mesir kuno dari Universiti Amerika di sini, Prof. Salim Ikram mendakwa, ia menunjukkan firaun tersebut sedang berereksi nafsu syahwatnya kerana batang kemaluan baginda tegak 90 darjah semasa dimakamkan.

Beliau menjelaskan, ketegangan abadi itu dibuat untuk menjadikan Tutankhamun agar mirip Osiris, dewa kematian rakyat Mesir zaman dahulu dan sebagai tanda protes terhadap iman ayahandanya, Firaun Akjenaten. Bapanya itu telah menciptakan sebuah agama baharu yang mempercayai hanya satu tuhan iaitu Aten, si dewa matahari malahan mengarahkan dewa-dewa lain dihancurkan daripada jadi sembahan rakyat Mesir kuno.


Ini berbeza dengan Tutankhamun yang kemudian mengubah kembali ideologi ciptaan Akjenaten itu dan mengembalikan semula kepercayaan iman penduduk Mesir untuk memuja kembali banyak dewa berlainan. Salim yakin jasad Tutankhamun diawet dan dimakamkan dalam keadaan ereksi batang zakar sebagai gambaran bahawa usaha kerasnya itu terus berlanjutan, meskipun baginda sudah lama mangkat dari alam dunia yang fana.

Pakar Mesir kuno itu juga yakin bahawa bahagian atas kemaluan Tutankhamun patah ketika makam firaun tersebut ditemui, di sebalik muncul pelbagai spekulasi konon penis berkenaan telah hilang dicuri penyangak. Namun beliau enggan mengulas sama ada firaun itu mangkat ketika nafsu sedang memuncak akibat perbuatan seks atau baginda sempat melancap sebelum maut atau sengaja ditegakkan zakarnya oleh petugas mayat di istana.

“Setakat saya tahu, belum ada lagi zakar mumia lain dijumpai dengan keadaan tengah ereksi kecuali Tutankhamun atau nama asalnya, Tutankhaten yang juga firaun dinasti ke-18,” kata Salim kepada portal LiveScience. Keanehan lain jasad Tutankhamun yang diketahui tempang kakinya itu adalah tidak ditemui jantung baginda dan ketiadaan sejenis kumbang keramat lazim digunakan oleh mumia firaun lain sebagai organ pengganti jantung.

Menurut Salim, misteri ketiadaan jantung Tutankhamun kemungkinan juga dilakukan untuk menggambarkan baginda seumpama dewa Osiris, yang tubuhnya, menurut legenda Mesir, dibelah oleh saudaranya, Seth. Misteri Tutankhamun tidak pernah selesai sejak makam raja yang mangkat pada 1323 Sebelum Masihi dalam usia muda baharu injak 19 tahun itu berjaya ditemui pakar arkeologi Howard Carter pada 1924, lapor agensi/Mynewshub/HAA

SEORANG wanita yang sedang sarat mengandung telah diikat di sebuah tiang serta dibelasah oleh penduduk di perkampungan Zhejiang, China kerana mencuri. Wanita berusia 28 tahun itu dikatakan telah mencuri wang sebanyak RM600 di dalam sebuah rumah di situ hujung bulan lalu.

Menurut laporan media tempatan, wanita terbabit telah memulangkan semula wang berkenaan dan penduduk di situ memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya serta membuat laporan polis kerana keadaannya yang sarat mengandung. Walau bagaimanapun, keputusan penduduk di situ berubah selepas wanita itu kembali 10 hari kemudian dan bertindak menjatuhkan hukuman dengan cara mereka sendiri.

Wanita malang itu diikat di sebuah tiang besar dengan tangannya di belakang dan penduduk di situ mula memukul, menendang serta menamparnya sehingga pengsan. Video yang mula viral di sana itu telah mendapat perhatian pihak polis. Individu yang bertanggungjawab memukul serta membelasah wanita itu ditahan selama 8 hari dan dikenakan saman sebanyak RM200.Sememangnya cara penduduk di situ perlu dikecam dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana menghukum wanita mengandung tersebut tanpa belas kasihan walaupun dia dikatakan telah melakukan jenayah, lapor MYNEWSHUB.CC


KES menggunakan gambar wajah artis tempatan bagi melariskan produk kecantikan tanpa kebenaran boleh dikatakan sudah acap kali berlaku. Terbaharu menimpa pelakon dan pengacara jelita Rozita Che Wan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar wajahnya yang disunting memegang sebotol produk kecantikan seolah-olah mempromosikan jenama berkenaan.

Benggang dengan hal tersebut, Rozita atau mesra disapa Che Ta menyifatkan itu adalah taktik kotor pengeluar produk bagi mempengaruhi orang ramai. “Apa yang mereka (penulis blog) tulis adalah fitnah! “Saya masih lagi duta kepada produk Rysya dan makanan tambahan Longevite. Berani betul blog itu membuat tanda pangkah pada gambar produk yang saya gunakan.

“Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali saya berdepan dengan situasi seperti ini. Saya pelik apabila nama saya selalu digunakan untuk melariskan produk,” katanya kepada mStar Online. Artikel itu kononnya mendakwa isteri kepada Zain Saidin ini telah menggunakan produk baharu sambil disertakan gambar wajahnya memegang produk berkenaan.

Pelakon yang yang popular menerusi drama Kiah Pekasam ini mendedahkan dia akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit menerusi pengasas produk yang diwakilinya, lapor MYNEWSHUB.CC



TAIPEI: Kad perjalanan prabayar yang menggunakan gambar pelakon lucah Jepun sebagai gambar perhiasan habis dijual hanya dalam masa beberapa jam di sini, semalam. EasyCard Corporation, dalam satu kenyataan semalam, berkata kesemua 30,000 kad perjalanan prabayar tersebut yang dicetak gambar Yui Hatano habis dijual pada pukul 4:18 pagi waktu tempatan setelah dibuka untuk jualan pada jam 12 tengah malam.

Memetik laporan AFP, kad perjalanan prabayar tersebut mendapat sambutan hangat di pasaran walaupun mendapat bantahan oleh kumpulan NGO wanita dan ahli politik tempatan. Difahamkan, terdapat dua versi kad perjalanan prabayar telah ditawarkan iaitu 'Angel' (malaikat) dan 'Demons' (iblis) yang memaparkan gambar pelakon lucah Jepun terbabit.

Kad tersebut dijual pada harga AS$15.40 (RM65) dan terhad kepada pembelian telefon sahaja sebelum pengedar mengeluarkan arahan dengan melarang penjualan kad tersebut. Kad versi 'Demons' menunjukkan Hatano memakai pakaian hitam manakala kad versi 'Angels' pula memaparkan gambar pelakon lucah tersebut memakai pakaian putih.

Syarikat tersebut memohon maaf atas kontroversi yang tercetus dan berjanji tidak akan menjual kad perjalanan prabayar yang menampilkan gambar Hatano. Walaubagaimanapun, pihak syarikat tersebut tetap dengan pendirian mereka dan mengatakan bahawa gambar yang digunakan itu tidak “lucah” sama sekali.

Susulan itu, jurucakap syarikat EasyCard Corporation, Liao Tai-Shiang berkata, syarikatnya tidak akan menjual kad yang menggunakan gambar pelakon lucah selepas ini dan berjanji bahawa keuntungan yang diterima daripada jualan kad tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada badan kebajikan. Difahamkan, walaupun syarikat tersebut telah memohon maaf atas kejadian itu, tetapi ia tidak berjaya memadamkan kemarahan ahli-ahli politik tempatan.

Semalam, ahli politik parti Kuomintang, Chung Hsiao-ping memfailkan saman terhadap Ko Wen-je (Datuk Bandar Taipei) dan Pengerusi EasyCard iaitu Tai Chi-chuan atas tuduhan pengkhianatan amanah dan penghinaan terhadap pihak berkuasa. Terdahulu, 7-Eleven dan rantaian kedai runcit utama yang lain telah memboikot penjualan kad perjalanan prabayar tersebut sebelum ia dijual di kedai tertentu, semalam, lapor malaysiandigest.com

PETALING JAYA: Polis akan menyiasat pembabitan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 minggu lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memanggil Dr Mahathir bagi siasatan lanjut.

“Kita akan panggil beliau… beliau telah membuat ucapan dan pelbagai tuduhan, kita pun nak tahu lebih lanjut apa maksud beliau, dari mana maklumat itu diperoleh. “Contohnya kenyataan Tun katanya Ketua-ketua Bahagian UMNO telah dirasuah, jadi kita hendak tahu lebih lanjut… harap dia beri kerjasama,” ujarnya. Kata Khalid lagi, selain Dr Mahathir beberapa pemimpin lain yang menyertai Bersih 4.0 akan turut akan disiasat, lapor freemalaysiatoday.com


PETALING JAYA: Selebriti Soo Wincci, sedia menanggung sebarang risiko selepas menyuarakan secara terbuka mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, meletak jawatan. Kenyataan itu dimuat naik di laman Youtube dan pendiriannya yang menyokong Bersih 4.0 telah disampaikan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Cina dan Melayu.

“Selepas ini, saya mungkin akan dihalang untuk membuat persembahan, mungkin dihalau keluar dari negara ini, tetapi saya sanggup terima apa sahaja risikonya,” katanya. Dalam nada yang lembut dan berterus terang, dia menyampaikan mesej ini kepada Najib.

“Wincci nak cakap sesuatau kepada PM Najib. Kepada Najib, please, sekarang pentas dah sangat banyak orang, jadi sangat sesak dan tolonglah, bolehkan anda sebagai orang dewasa, sila turun dari pentas dan berikan ruangan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, Soo Wincci turut memuat naik klip video lagu baharunya berjudul This Is The Time yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada penghujung tahun ini dengan menggunakan visual perhimpunan Bersih 4.0, lapor freemalaysiatoday.com

Permohonan pekerjaan online  SPA melalui borang SPA8i . Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam , anda digalakkan supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8i. Dengan itu, anda berpeluang ditawarkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan anda,

Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)
Untuk mengisi borang permohonan SPA8i secara online, sila KLIK DISINI

Cara Membuat Permohonan Pekerjaan SPA8 Online
  • Untuk mendaftar SPA, sila KLIK SINI 
  • Sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA sebelum boleh dapatkan borang secara online.
  • Setelah permohonan selesai, anda perlu menunggu keputusan untuk panggilan temuduga dalam tempoh 12 bulan. Jika berjaya, sepucuk surat akan dihantar ke alamat rumah anda.
  • Sekiranya anda gagal mendapat panggilan dalam tempoh 12 bulan bermakna permohonan anda gagal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Semakan keputusan panggilan temuduga SPA perkhidmatan awam secara talian online. Berikut adalah info mengenai cara semak dan ketahui panggilan dan keputusan temuduga SPA.

Cara Semakan Panggilan Temuduga
Tiada semakan online bagi SPA. Untuk pengetahuan anda, surat akan dihantar ke alamat rumah tetap anda untuk makluman anda berjaya dipanggil temuduga. Lokasi dan tarikh temuduga akan dicatatkan dalam surat tersebut.

Tarikh Panggilan Temuduga SPA
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses di atas kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian/Jabatan. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.

Semakan Keputusan Temuduga SPA
Bagi yang telah ditemuduga, anda boleh membuat semakan keputusan
di http://www.spa.gov.my/senarai-keputusan-temu-duga


Jika ibunya terkenal dengan bakat berlakon dan menjadi pujaan ramai peminat di negara ini kerana kehebatan di dunia seni, lain pula dengan anak perempuannya yang seorang ni..

Anak pelakon popular 90 an Sofea Jane kini terkenal dengan kehidupan sosial yang sangat terbuka serta gaya berfesyen yang sangat berbeza dengan budaya melayu. Sebelum ini, gambar anak selebriti ini berbikini bersama adiknya mendapat kritikan para netizen di dunia maya.. Kini muncul pula beberapa keping gambar tentang anak selebriti ini yang menonjolkan imej buruk kepada keluarganya.

Sambil terkangkang berpeluk dengan lelaki, serta pakai baju berfesyen tayang lurah dada kepada umum, ia jelas menunjukkan bahawa gadis itu memang kurang didikan agama dan tak menmperdulikan segala peraturan yang ditetapkan kepada Umat Islam.

Mungkin bagi Arissa, pakaian serta sikapnya itu membuktikan dirinya liberal serta bukan kekampungan. Tetapi sebagai anak kepada seorang yang dikenali ramai, perbuatan Arissa itu akan memalukan ibu serta keluarganya sendiri.

Lain lah kalau mereka sendiri merestui gaya hidup liar yang ditampikan oleh gadis muda berkenaan. Bagaimanapun, diharap Arissa akan berubah ke arah kebaikan suatu hari nanti, lapor Big B/Utaranews.com


Moscow: Polis Russia semalam mula menyiasat satu pertandingan menerusi media sosial popular negara itu yang menawarkan hadiah untuk ‘selfie terbaik dengan mayat.’

Satu komuniti dalam VK, versi Facebook di Russia dengan 70 juta pengguna, mempelawa ahlinya memuat naikkan gambar selfie dengan mayat dan menawarkan hadiah wang tunai kepada gambar terbaik, kata polis, semalam.

Komuniti itu yang menggelar diri mereka ‘Selfie Dengan Si Mati’ menjanjikan hadiah antara 1,000 dan 5,000 rouble (RM60 dan RM300) untuk gambar terbaik.

Pentadbir kumpulan itu meletakkan syarat bahawa mereka yang merakam selfie perlu tersenyum kerana si mati sudah ‘berpindah ke alam lebih baik.’ Laman ‘Selfie Dengan Si Mati’ itu dipenuhi gambar mereka yang berselfie di sisi mayat, lapor harian metro


Ramai yang gagal untuk memahami mekanisma kenaikan nilai USD berbanding Ringgit Malaysia. Kenaikan mendadak USD sejak awal tahun ini telah meresahkan sedikit sebanyak rakyat negara ini dan lebih teruk lagi situasi ini telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak anti-kerajaan. Pihak anti-kerajaan ini telah mendakwa kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding USD adalah akibat daripada salah laku Kerajaan yang korup, tidak amanah serta menggelapkan dana awam. Tidak kurang juga tuduhan membabitkan institusi pelaburan kewangan negara, 1MDB yang dikatakan telah menghilangkan sejumlah RM42 Billion . Namun hakikat sebenar adalah terlalu jauh dari tuduhan-tuduhan tersebut.

PUNCA PENURUNAN NILAI RINGGIT DAN KENAIKAN US DOLLAR
Punca utama peningkatan USD berbanding dengan sejumlah matawang lain di seluruh dunia adalah akibat daripada fenomena yang dikenali sebagai “Dollar Super-Cycle”. Fenomena ini berpunca daripada beberapa polisi fiskal Barack Obama yang diperkenalkan selepas krisis ekonomi yang US hadapi pada tahun 2008.
Antara polisi fiskal yang diperkenalkan adalah pemotongan cukai terhadap syarikat global dari negara tersebut. Ini telah mengakibatkan beberapa syarikat global menarik semula kilang dan pusat operasi mereka dari negara lain kembali ke negara asal mereka.

Polisi yang kedua pula adalah dengan mengurangkan aktiviti ketenteraan mereka di Timur Tengah yang banyak membantu meningkatkan penjimatan perbelanjaan negara tersebut.

Pengenalan kepada teknologi carigali minyak yang baru pada tahun lepas juga telah meningkatkan penghasilan minyak mentah negara tersebut kepada 2.5 kali ganda. Ini secara langsung telah meningkatkan bekalan minyak mentah di pasaran melebihi dari permintaan.

Sekaligus ini telah mengakibatkan harga minyak mentah di pasaran menurun dengan sangat mendadak  (USD 110/barrel kepada USD 44/barrel). Gabungan dari semua insiden ini telah melonjakkan ekonomi US sekaligus menigkatkan nilai matawang negara tersebut berbanding dengan beberapa negara lain di seluruh dunia dan bukannya Malaysia sahaja, lapor MYNEWSHUB.CC

Blogger seks Alvin Tan sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan isu baharu yang bagi kami, adalah sengaja ‘menempah maut’ daripada pihak berkuasa.Menerusi posting terbaru di halaman facebooknya, dia membuat ugutan untuk merogol anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Alvin memuatnaik status yang berunsur ugutan berkenaan disebabkan tindakan Nurulhidayah yang baru-baru ini menyelar tindakan penyokong Bersih 4.0 kerana membuat perhimpunan jalanan.

“Holy mother-fucking shit… My next goal in life is to fuck Zahid Hamidi’s daughter, Nurulhidayah Ahmad Zahid. She’s so f*****ing hot. Who gives a shit what she said about ‪#‎Bersih4‬? She’s probably right anyway. Anyone wants to join me for a double-penetration of this slut? (I’ll take the a*** okay, don’t fight with me)”, tulisnya.

Mungkin juga dendam Alvin terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini membatalkan passport antarabangsanya bagi melarikan diri selepas bersalah dalam susulan kenyataan daripada mempersendakan institusi beraja.

Apa-apa pun, tindakan kurang ajar Alvin seharusnya dikenakan hukuman yang berat daripada pihak berkuasa.Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga seharusnya menghentikan perbuatan Alvin yang nampaknya sudah semakin melampau. Kalau pun tak ditahan, ditutup sahaja Facebook akaunnya atau mohon kerjasama pihak INTERPOL untuk menahan dia, lapor Mynewshub.cc



KALAU dilihat trend yang pelik di kalangan anak muda di Taiwan atau sekutunya semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, kemunculan trend tumbuhan kecil di kepala ternyata menjadi perhatian netizen di Beijing.

Kini, anak-anak muda di sana sekali lagi mencetuskan fenomena baharu dengan fesyen pelik iaitu baju mandi daripada beg plastik yang menjadi ikutan ramai. Trend ini khususnya menjadi ikutan para gadis dan remaja di sana. Ia diperbuat daripada beg plastik yang selalu digunakan.

Dengan menggunakan kepakaran masing-masing, plastik dari kedai serbaneka 7-Eleven dilihat menjadi pilihan ramai.Fesyen terbaru itu mula menular selepas seorang gadis memuat naik gambarnya di laman sosial facebook dan rata-rata ‘memuji’ gadis itu kerana boleh menjadi duta alam sekitar.

Namun ada juga masyarakat yang mendakwa gadis tersebut hanya mahu menayang tubuh badannya kepada orang ramai.Entah apa yang menarik di mata mereka tetapi hasilnya boleh dikatakan agak kreatif serta mendapat sambutan orang ramai. Mungkin lepas ini mereka semua boleh jimat daripada membeli baju renang untuk ke pantai, lapor  MYNEWSHUB.CC


Permohonan Egtukar pertukaran guru sesi Jun 2015 secara online. Menerusi makluman rasmi KPM, permohonan online bagi pertukaran guru sesi Jun 2015 kini dibuka mulai 1 september 2015 sehingga 30 september 2015 melalui applikasi Egtukar.

Permohonan Egtukar Pertukaran Guru Sesi Jun 2015
Sila layari: https://epgo.moe.gov.my/ mulai 1 Sept 2015 sehingga 30 Sept 2015

Mod Pertukaran Guru Sesi Jun 2015
Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based)

Tarikh Tutup Permohonan
30 September 2015
 



India - Mahkamah Agung India menangguhkan larangan sebuah ritual kuno berpuasa sampai mati oleh komuniti agama minoriti di negara itu. Sebelum itu pengadilan tertinggi di negara itu melarang ritual Santhara, yang dipratikkan oleh sebahagian kecil pengikut komuniti agama Jain dengan alasan bahawa amalan tersebut menjurus kepada tindakan membunuh diri.

Berdasarkan sumber berita bbc , sekumpulan umat Jain mengadakan tunjuk perasaan dibeberapa tempat di negara India untuk membantah larangan ritual santhara. Kini mahkamah agung menangguhkan keputusan tersebut sambil menunggu proses pengadilan yang menyeluruh atas masalah tersebut.

Dilaporkan setiap tahun ratusan pengikut Jain berpuasa makan dan minum air. Jain merupakan kepercayaan kuno yang antara lain memegang prinsip anti kepada sebarang kekerasan. Dipercayai beberapa pengikutnya tidak makan sebarang akar pokok kerana bimbang akan melukai mahluk hidup di dunia ini. Statistik di negara India pada tahun 2011 menunjukkan bahawa terdapat sekitar 4,1 juta pengikut Jain dari jumlah penduduk negara itu - BBC


PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong mengakui sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 19, berkata, perkara tersebut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama yang baharu dikenali.

"Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih.

"Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down. Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah," katanya kepada mStar Online. Chacha berkata, biarpun dia tidak menempuhi alam persekolahan, namun dia tetap belajar secara persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun.

Katanya, kaedah dan subjek pembelajaran secara persendirian tiada beza dengan apa yang diajar di sekolah. "Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja, lapor mstar online

Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 September 2015. Berikut adalah harga bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut mulai pada jam 12.01 tengah malam 1 september 2015. Untuk info, pengumuman rasmi harga terkini jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel mulai September 2015 hanya akan diumumkan selepas jam 9.00 malam 31 Ogos 2015. Menerusi pekeliling yang diedarkan oleh stesen minyak, harga rasmi terkini bagi RON95 adalah RM1.95 sen seliter, RON97 RM2.35 sen seliter termasuk GST manakala Diesel RM1.80 seliter berkuatkuasa mulai jam 12.01 pagi 1 September 2015. Ini mencatatkan penuruan harga RON97 dan RON95 turun sebanyak 10 sen. Manakala harga Diesel turun 15 sen mulai 1 September 2015.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 September 2015 
  • RON95: RM1.95 sen seliter
  • RON97: RM2.35 sen seliter (Termasuk GST)
  • Diesel: RM1.80 sen seliter
Harga Minyak Bulan Ogos 2015
  • RON95: RM2.05 Sen Seliter
  • RON97: RM2.45 Sen Seliter
  • Diesel: RM1.95 Sen Seliter
Harga Minyak Bulan Julai 2015
  • RON95: RM 2.15 Sen Seliter
  • RON97: RM 2.55 Sen Seliter
  • Diesel: RM2.05 Sen Seliter
Harga Minyak Bulan Jun 2015
  • RON95: RM2.05 Sen Seliter
  • RON97: RM2.35 Sen Seliter
  • Diesel: RM 2.05 Sen Seliter
Harga Minyak Bulan Mac, April & Mei 2015
  • RON95: RM 1.95 Sen Seliter
  • RON97: RM 2.25 Sen Seliter (Termasuk GST 6%)
  • Diesel: RM 1.95 Sen Seliter


JOHOR BAHRU – Rakyat Johor bakal menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa lokasi di negeri ini mulai Januari tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM12.9 juta bagi menyediakan 135 hotspot wifi percuma yang akan dipasang secara berperingkat.

Katanya projek WiFi Percuma Johor merupakan hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada 2013.

Beliau berkata hasil kajian itu menunjukkan sebanyak 20.36 peratus responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkat.

“Program yang meliputi tempoh tiga tahun pemasangan itu, akan melibatkan 10 daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Dataran Bandaraya Johor Baharu merupakan lokasi pertama dari 135 hotspot yang menawarkan kemudahan wifi percuma, mulai malam tadi, lapor BERNAMA


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2015.

Peperiksaan UPSR akan dilangsungkan selama 3 hari bermula dari 8, 9 dan 10 September 2015. UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar-pelajar Tahun Enam pendidikan sekolah rendah.






MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan 12 pasangan kekasih dalam Ops Ambang Merdeka awal pagi tadi di sembilan hotel bajet di sekitar negeri ini kerana disyaki bersekedudukan.

Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata 24 individu tersebut berusia antara 19 hingga 42 tahun ditahan di Klebang, Taman Merdeka dan Kampung Lapan dalam operasi lebih lima jam yang berakhir pada 4.30 pagi tadi.

“Antara yang ditahan ialah tiga wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mereka dibawa ke pejabat JAIM di Bukit Palah untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 sebelum dibenarkan ikat jamin oleh keluarga masing-masing. Katanya semua mereka juga akan menjalani sesi kaunseling, lapor bernama

PUTRAJAYA – Mulai 15 Sept, orang ramai boleh memiliki lesen motosikal pada kos lebih rendah iaitu RM299 berbanding harga semasa RM350 melalui program MyLesen, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata program MyLesen diperkenalkan bagi menggalakkan orang muda yang tidak memiliki lesen motosikal, mendapatkan lesen masing-masing.

“Ramai pemuda-pemudi yang menunggang motosikal tanpa lesen. Ini amat bahaya. Daripada 10 penunggang motosikal, kami mendapati tiga (tanpa lesen).

“Menunggang motosikal tanpa lesen tidak boleh diterima. Jadi kita seru mereka cepat-cepat ambil lesen dan program MyLesen bertujuan membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kembara Kasih Merdeka 2015 anjuran Skuad Muda 1JPJ di sini hari ini.

Liow berkata program MyLesen akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama sekolah memandu yang mengambil bahagian dalam program berkenaan.

Mengulas mengenai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, beliau berkata Kementerian Pengangkutan, JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang dalam proses mengkaji semula Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara), Sistem Penalti Mata dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Berdasarkan kajian yang sedang dijalankan ke atas ketiga-tiga sistem berkenaan berkemungkinan dapat dilaksanakan secara teratur awal tahun depan, kata Liow.

Namun bagi AES, beliau berkata kajian perlu dibuat secara terperinci supaya rakyat dapat mengetahui faedahnya, lapor bernama


PETALING JAYA: Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan peserta yang menyertai demonstrasi Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh.

Bukan setakat itu, dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menggunakan bahasa kasar untuk meluahkan pandangannya.

“Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan. Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa,” katanya di Facebook.

Dalam status yang dikongsinya, Nurulhidayah mendakwa satu ketika dahulu dia pernah melakukan tindakan serupa. “Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman sekarang dah tak releven babe kat atas jalan ni! Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara,” jelasnya lagi, lapor freemalaysiatoday.com

Rasanya baru sahaja kita mendengar hasrat hati Qi Razali untuk berkahwin dengan Nelydia Senrose dan sudah pun mula membuat persiapan bagi hari bahagia beliau, tiba-tiba kami dapat berita mereka kini renggang dan ada yang mendakwa hubungan mereka sudah berakhir.

Semuanya bermula apabila Qi menerusi akaun Twitter beliau memuat naik “tweet” yang seakan memberi bayangan hubungan mereka sedang retak menanti belah. Menurutnya, situasi yang beliau hadapi ketika ini sangat menyakitkan tetapi kehidupan harus diteruskan.

Pada masa yang sama, Nelydia juga turut meluahkan isi hatinya di Instagram dan menggambarkan situasi yang mereka sedang berhadapan sekarang. Buat masa ini, kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan, lapor beautifulnara.com

Kejadian ini berlaku pada tahun lepas , dimana seorang gadis menunjukkan keberanian dengan merangkak dan duduk di atas bangunan semata-mata kerana ingin mendapatkan sudut terbaik ketika bergambar selfie.

Perbuatan berani mati gadis berbaju biru itu berselfie di atas sebuah bangunan dipercayai di sekitar ibu kota menjadi viral dan mendapat perhatian ramai selepas gambarnya mula tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

Melalui beberapa gambar yang dimuat naik dalam Facebook dan blog, gadis itu memegang telefon pintar dan monopod untuk mendapatkan sudut terbaik di puncak bangunan yang memperlihatkan persekitaran ibu kota.

Kelakuan gadis itu sama ada untuk kepuasan atau sekadar meraih populariti, diselar pengguna laman maya kerana beranggapan tindakannya itu keterlaluan dan boleh membahayakan diri. Walapun kejadian ini berlaku pada tahun lepas namun ia masih lagi popular dikalangan netizen - sumber harian metro



Meskipun pelakon Sharnaaz Ahmad menafikan khabar angin mengatakan beliau sedang menjalinkan hubungan cinta dengan kakak Neelofa, Noor Nabila, namun mereka dilihat kerap memuat naik gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.

Terbaharu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memuat naik sekeping gambar serta catatan yang kuat mengatakan Sharnaaz dan Nabila kini sedang dalam fasa bercinta. "My birthday gift.. Pricelesss," tulis Sharnaaz di Instagram miliknya.

Sharnaaz yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-30, begitu gembira meraikan hari jadinya bersama Nabila.

Kehadiran kakak kepada selebriti popular dalam hidup Sharnaaz itu ternyata menyinari kehidupan beliau. Nabila turut memuat naik gambar di akaun miliknya dan begitu gembira dengan kehadiran Sharnaaz di sisi.

Hubungan cinta Nabila dan Sharnaaz mula dihidu ramai apabila mereka bersama hadir ke sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

"Happy birthday to someone I only recently got closer to. Someone who brightens up my days and brings light to my life. Someone who makes me do things ive never thought i would. Someone who taught me to love again and to love like never before. Someone who makes me feel safe and makes me laugh and smile again when i'd almost forgotten how to. Thank you for everything you've given me," tulis Nabila.

Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat pasangan ini kerana mereka dilihat begitu secocok bersama. Sharnaaz sebelum ini membuat kenyataan ini menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat dan enggan melengahkan rancangannya itu.

Sebelum ini Sharnaaz mengumumkan beliau kembali solo selepas hubungannya dengan pelakon, Anis Al Idrus terputus hampir lima bulan lalu namun beliau enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka, lapor  Berita Harian



Jue Aziz yang kini sudah pun berhijrah dengan berhijab penuh mengakui bahawa dia malu untuk melihat kembali babak yang dilakonkannya di dalam filem Kapsul lebih-lebih lagi ia melibatkan adegan rogol.

“Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu”

“Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kemabli babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung,” jelasnya kepada ruangan sisipan B*Pop oleh Berita Harian - rotikaya

Sebuah syarikat dari Britain, Intelligent Energy, mendakwa telah berjaya mencipta bateri telefon pintar iPhone yang mampu bertahan selama seminggu.

Bateri daripada sel bahan api itu berfungsi menggunakan hidrogen dan oksigen. Ia terdiri daripada lapisan keluli dan plastik kedap udara untuk ‘membakar’ oksigen dan hidrogen, dengan lubang kecil di bahagian belakang untuk melepaskan wap air.

Prototaip ini dikhabarkan sedang diuji oleh Apple, dan jika lulus ia akan menggantikan bateri berasaskan lithium dan ion yang biasa didapati dalam telefon pintar hari ini.

Pun begitu, terdapat beberapa isu yang terlebih dahulu perlu diatasi sebelum bateri ini boleh digunakan. Antaranya penggunaan wap air yang terhasil daripada proses kimia.

Keadaan ini dikatakan akan membawa sedikit masalah kepada pengguna kerana ia akan menghasilkan kuasa elektrik, sekaligus memerlukan telefon itu sentiasa diletakkan di kawasan yang punya aliran udara yang baik.

Ini bermakna, pengguna tidak lagi boleh menyimpan telefon di dalam beg atau di dalam poket. Isu lain pula adalah dari segi berat dan saiznya yang dikatakan lebih besar daripada bateri sedia ada, lapor AstroAwani

SEORANG lelaki warga China terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari. Bagaimanapun yang menarik perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.

"Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip." Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu. Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu, menyebabkan dia membiarkan "keadaan" itu selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor.

Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba. Doktor Dewei Yuan berkata: "Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa meminta bantuan."

Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.

Kata lelaki itu, "Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat.

"Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.

"Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk, lapor mirror.co.uk / mstar online

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget