2015-08-23


SINGAPURA – Dua ekor ular, dipercayai jenis sawa batik dan tedung selar, dilihat ‘bergelut’ di sebatang jalan raya berhampiran Plaza Kajian Techno (RTP) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) di sini pada tengah hari Khamis. Penuntut doktor falsafah, Abishek Ambede, yang berkongsi beberapa foto insiden itu dengan stesen tempatan MediaCorp, memberitahu bahawa dua ekor ular tersebut bertarung di jalan raya berdekatan kawasan berhutan.

“Ada antara kami yang sedang kerja di RTP, dapat lihat kejadian itu terus dari pejabat kami. Saya kemudian ke ‘medan pertarungan’ itu dan nampak ular sawa berkenaan mencerut kepala ular tedung tersebut,” ujar Abishek.‘Pergelutan’ antara dua ular tersebut disaksikan khalayak ramai dan berlarutan sekitar 30 minit sebelum ular tedung itu ‘hilang’ dalam semak samun, sementara ular sawa itu pula perlahan-lahan merayau di tepi jalan raya.

Menurut Abishek, dia dan beberapa individu lain kemudian segera menghubungi pihak bahagian kawalan haiwan perosak NTU dan Persatuan Kajian dan Pendidikan berkaitan Isu Keprihatinan Haiwan Singapura (ACRES).

Sepasukan pegawai kawalan haiwan perosak tempatan dilaporkan sudah berjaya menangkap ular sawa itu, namun mereka masih lagi tidak dapat mencari ular tedung tersebut yang dipercayai berkeliaran dalam kampus NTU. Selepas pukul 4 petang pada Khamis, ular tedung tersebut sekali lagi berjaya dilihat beberapa pelajar dan kakitangan NTU, namun kemudian ‘lenyap’ sekali lagi ke dalam sebuah lubang longkang tepi jalan raya.

Setakat 8 malam Khamis, ular tedung itu dilaporkan masih lagi belum berjaya ditangkap, meskipun pegawai kawalan perosak haiwan sudah meletakkan serbuk sulfur dalam usaha menangkap reptilia berbahaya tersebut.

Majlis Pelajar Siswazah NTU menggesa mereka yang berada di kampus universiti berkenaan, supaya lebih berhati-hati, terutama ketika sedang berjalan dekat kawasan semak samun sunyi, lapor Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Live streaming Malaysia vs Bangladesh 29 Ogos 2015 online. Siaran langsung perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia lawan Bangladesh akan bertempat di Stadium Shah Alam bermula pada jam 8.45 malam Sabtu. Siaran ekslusif secara live turut disiarkn menerusi Astro Arena saluran 182 bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penonton yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live Malaysia menentang Bangladesh International FIFA Friendly 2015.

Live Streaming Malaysia Vs Bangladesh 29.8.2015 Persahabatan

Server 1: BPTV Stream

Jadual Siaran Malaysia Vs Bangladesh Persahabatan 2015
Tarikh: 29.8.2015
Masa: 8.45 malam
Lokasi: Stadium Shah Alam Selangor
Siaran Rasmi: Astro Arena 802 bermula jam 8.30 Malam.

KUANTAN 27 Ogos - Negara kita ada undang-undang, berani buat beranilah tanggung akibatnya,”.Demikian kata dua yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih 4.0 yang tetap berdegil mahu mengadakan perhimpunan di ibu negara pada hujung minggu ini walaupun diisytiharkan sebagai haram.

Beliau menegaskan, polis sudah memberi nasihat, berunding dan menawarkan pelbagai pilihan kepada penganjur namun mereka tetap berdegil mahu meneruskan perhimpunan tersebut. “Jadi mereka kena terima akibatnya. Secara ringkasnya jangan marahkan polis nanti kalau kita ambil tindakan.

“Kalau mereka masih ingin langgar undang-undang, apa yang kami boleh buat. Kami adalah penguat kuasa undang-undang, tanggungjawab kami adalah mengambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan pingat tersebut kepada seramai 100 bekas petugas polis bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam memperjuangkan keamanan tanah air. Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menurut Khalid, penganjur Bersih 4.0 masih diberi pilihan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut di stadium. “Itulah sebab awal-awal lagi saya cadangkan supaya mereka menggunakan stadium kerana mudah dikawal dan tidak mengganggu orang lain serta peniaga yang berada di sekitar kawasan terlibat.

“Pilihan untuk buat perhimpunan di stadium masih lagi dibuka, mereka boleh buat di Stadium Bukit Jalil kerana stadium itu boleh memuatkan ramai peserta,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau membidas tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mahu memantau kelakuan pihak berkuasa dalam perhimpunan tersebut.

“Mengapa Suhakam tidak memantau orang yang melanggar undang-undang. Kenapa mesti sebut pantau penguat kuasa. Apakah orang yang langgar undang-undang tidak perlu dipantau?.

“Apakah Suhakam hanya mementingkan hak orang yang melanggar undang-undang, jadi mana kedudukan undang-undang di negara kita?,” soalnya, lapor utusan online


KUALA LUMPUR : Pelajar Malaysia di luar negara dinasihat supaya mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos perbelanjaan yang meningkat ekoran kejatuhan matawang Ringgit. Nasihat itu diberikan Pengerusi Kelab Alumni UMNO Luar Negara, Datuk Ahmad Maslan. Katanya, mereka boleh menggunakan kesempatan cuti di hujung minggu untuk melakukan kerja sampingan. “Saya pernah berhadapan dengan perkara itu. Secara peribadi dahulu ketika belajar di New Zealand,”katanya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan supaya kerja sampingan yang dilakukan tidak sampai menjejaskan tumpuan pembelajaran. Katanya, dalam keadaan sekarang, pelajar berkenaan perlu pandai mengatur perbelanjaan. “Kita harap pelajar di sana pandai buat adjustment terhadap belanja masing-masing. Buat adjusment.

“Jika dibenarkan bekerja yang dibolehkan, yang tidak menggangu pelajaran… saya tahu ramai yang bekerja sambilan terutama di hujung minggu misalnya untuk dapatkan pendapatan tambahan apabila perkara seumpama ini (berlaku),” katanya kepada pemberita pada Majlis International Branding Showcase di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Berikutan kesulitan yang berlaku, Ahli Parlimen Pontian itu meminta penaja memikirkan kaedah untuk membantu pelajar berkenaan. Katanya, paling teruk menerima kesan, mereka yang menggunakan duit sendiri untuk menghantar anak belajar luar negara.

“Apabila saya menghantar anak ke United Kingdom saya amat mengetahui bahawa bagaimana ibu bapa yang menghantar secara peribadi ini agak tertekan dengan penyusutan nilai Ringgit atau pengukuhan nilai Dolar. Ia adalah satu cabaran yang perlu kita hadapi bersama,” ujarnya, lapor freemalaysiatoday.com

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan teruk dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki selepas melarang pelawat membawa kanak-kanak memasuki wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan.

Aksi itu kemudian dirakam oleh orang ramai yang berada berhampiran dan dimuat naik di laman sesawang Youtube. Dalam rakaman itu, mangsa telah ditampar, diheret dan ditendang oleh keempat-empat suspek.

Dalam kenyataannya, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ, Zaid Ahmad mengesahkan kejadian yang berlaku. “Wad tersebut menempatkan pesakit separa kritikal. Wad tersebut amat sensitif kerana berkaitan dengan (penyakit) pernafasan.

“Pihak hospital berasa amat terkilan dengan kejadian ini kerana sepatutnya masyarakat perlu memahami tujuan kami melaksanakan undang-undang kawalan tersebut demi kebaikan semua,” katanya.

Menurut Zaid, pihak HRPZ II mengamalkan polisi fleksibel terhadap waktu melawat kecuali bagi wad-wad tertentu seperti unit rawatan rapi (ICU), unit rawatan koronari (CCU) dan wad pergantungan tinggi (HDW).

Dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada ‘samseng-samseng’ yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kekecohan di tempat awam, lapor freemalaysiatoday.com


Berikut Merupakan Jadual Siaran Langsung Perlawanan Piala Malaysia 2015
Peringkat Kumpulan 1
11/9/2015
JDT vs Perak
12/9/2015
Terengganu vs JDT II
Lions XII vs Kedah
Sarawak vs ATM
Selangor vs Kelantan
Felda Unuted vs T-Team
Pahang vs PDRM
Pulau Pinang vs PKNS

Peringkat Kumpulan 2
18/9/2015
Kedah vs Terengganu
Kelantan vs Felda United
19//9/2015
JDT 11 vs Lions XII
Perak vs Sarawak
ATM vs JDT
T-Team vs Selangor
PDRM vs Pulau Pinang
PKNS vs Pahang

Peringkat Kumpulan 3
26/9/2015
JDT II vs Kedah
Lions XII vs Terengganu
Sarawak vs JDT
Perak vs ATM
Selangor vs Felda United
T-Team vs Kelantan
Pulau Pinang vs Pahang
PDRM vs PKNS


Peringkat Kumpulan 4
2/10/2015
Kedah vs Lionx XII
Kelantan vs Selangor
3/10/2015
JDT II vs Terengganu
Perak vs JDT
ATM vs Sarawak
T-Team vs Felda United
PDRM vs Pahang
PKNS vs Pulau Pinang

Peringkat Kumpulan 5
16 & 17 Oktober 2015 

Peringkat Kumpulan 6
27 & 28 Oktober 2015

Peringkat Suku Akhir 1
6 & 7 November 2015


Peringkat Suku Akhir 2
21 & 21 November 2015


Peringkat Separuh Akhir 1
27 & 28 November 2015


 Peringkat Separuh Akhir 2
4 & 5 Disember 2015

Akhir
Sabtu, 12 Disember 2015

Keputusan rasmi undian Piala Malaysia 2015 mengikut kumpulan. Perlawanan bola berprestij kini dimulakan dengan proses undian yang diadakan pada Khamis 27 Ogos 2015. Manakala perlawanan Piala Malaysia 2015 mengikut kumpulan akan membuka tirai mulai 11 September 2015. Berikut adalah keputusan rasmi undian Piala Malaysia 2015.


Keputusan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2015
Kumpulan A
  • Terengganu
  • Lions XII
  • Kedah
  • JDT II
Kumpulan B
  • JDT
  • Perak
  • Sarawak
  • ATM
Kumpulan C
  • Selangor
  • Felda United
  • Kelantan
  • T-Team
Kumpulan D
  • Pahang
  • PDRM
  • Pulau Pinang
  • PKNS


Alor Setar: Seorang wanita sarat mengandung yang dijangka melahirkan bayinya kelmarin, dikesan masih sempat mengambil dadah syabu dengan alasan untuk menghilangkan tekanan apabila ditemui dalam keadaan khayal ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Ulu, Kuala Kedah, di sini, semalam.

Wanita berusia 32 tahun yang sepatutnya melahirkan anak keenam itu ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar/Pokok Sena bersama sepupunya berusia 27 tahun yang juga hamil tujuh bulan serta ibunya berusia 48 tahun.

Dalam serbuan jam 3 petang, sepasukan anggota AADK menyerbu rumah berkenaan dan mendapati ketiga-tiga mereka disyaki khayal sambil berehat kerana dipercayai baru selesai mengambil dadah berkenaan.

Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiganya positif dadah methaphetamine. Wanita terbabit yang mempunyai lima anak mengaku mengambil dadah selepas berpisah dengan bekas suaminya enam tahun lalu.

Katanya, dia mula mengambil syabu sejak bekerja di pelantar nelayan di Kuala Kedah, di sini, dan turut menjalin hubungan dengan penagih dadah sebelum hamil luar nikah, lapor harian metro

 

Kisah gempar dan menyeramkan sering kali menjadi topik hangat di negara China, kalau dulu kita dikejutkan dengan  satu video menakutkan seorang ibu ditelan eskalator, kinit muncul pula satu video yang menunjukkan orang ramai yang sedang berpusu-pusu ditempat menunggu bas tiba-tiba terjatuh kedalam runtuhan yang membentuk satu lubang dalam tanah . Kejadian yang mencemaskan ini berjaya dirakam melalui CCTV. Dalam laporan media tempatan disana, lubang yang terbentuk adalah sedalam 2 meter manakala mangsa yang terlibat dilaporkan selamat dan cuma mengalami kecederaan ringan.

SEORANG pensyarah terkejut sehingga tidak dapat tidur lena selepas melihat satu entiti aneh seakan pocong dalam gambarnya yang dirakam seorang rakan ketika melawat sebuah rumah tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rumah Tok Su.

Gambar itu dikatakan dirakam kira-kira sekitar jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu yang terletak di Alor Setar, Kedah. Menurut pemilik gambar tersebut, Mohd Zaidi Mahmud, pada awalnya dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya perasan sejurus melihat semua gambar tersebut selepas pulang ke rumah.

“Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun Facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.

“Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada di hujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia tidak menafikan kewujudan makhluk itu disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su. Difahamkan, rumah Tok Su sudah berusia lebih 80 tahun dan dijadikan tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Keistimewaan rumah ini terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar, lapor MYNEWSHUB.CC / Harian Metro

PETALING JAYA: Pelakon, Tasha Shilla meminta peminatnya tidak memberi komen negatif selepas dia dipilih menghiasi muka depan majalah Cosmopollitan, September ini. Peringatan itu diberikan selepas dia tampil seksi dengan memakai coli yang dilitupi baju nipis.

“My cosmo sept issue is out now! Grab a copy! (Majalah Cosmo keluaran September sudah tersedia. Dapatkan sekarang),” katanya di laman Instagram. Tulisnya lagi, gaya yang diaksikan itu untuk menjadi diri sendiri.

“Saya menjadi diri sendiri. Kalau anda tidak boleh menjadi positif, sekurang-kurangnya, berdiam diri,” tulisnya, lapor freemalaysiatoday.com

Borang permohonan program MyLesen JPJ 2015 Bantuan Lesen Motosikal 1 Malaysia. Program MyLesen kini akan dibuka khusus kepada golongan belia mulai 1 September 2015. Harga yuran daftar program MyLesen JPJ Bantuan Lesen Motosikal adalah serendah RM198 dan melibatkan seluruh pusat memandu diseluruh negeri. Antara objektif utama MyLesen adalah untuk membantu golongan belia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen motosikal sekaligus dapat mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal.

Objektif Utama Program MyLesen 2015
Program MyLesen 2015 merupakan satu inisiatif JPJ bagi membantu penunggang motosikal terutamanya golongan remaja. Sekaligus ini dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

Syarat Kelayakan MyLesen 2015
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 Tahun dan keatas
  • Tidak pernah memiliki lesen motosikal (Kelas B2)
Kadar Bayaran Program MyLesen 2015
  • RM198 ( Kelas B2) dibawah program MyLesen. Lebih murah berbanding harga sebenar Lesen Motosikal Kelas B2 iaitu RM450.
Tarikh Pelancaran MyLesen 2015
  • 1 September 2015
Borang Pendaftaran MyLesen 2015
Borang pendaftaran program MyLesen boleh dibuat di sekolah memandu yang berdekatan dengan kediaman anda mulai 1 September 2015.


Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program ini. Skim ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

Objektif  BL1M
  • Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
  • Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
  • Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
  • Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.
Syarat Kelayakan
  • Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  • Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  • Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  • Sihat tubuh badan
  • Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  • Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  • Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  • Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:

2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

Contoh Borang Online BL1M
Nota: Sekiranya anda tidak dapat akses borang tersebut melalui link yang telah diberikan. Ini berpunca dari server yang agak sesak ketika ini.

Tarikh Keputusan Permohonan BL1M
Keputusan pendaftaran kini boleh disemak secara online. Cara semakan online adalah tertera seperti pada contoh dibawah.

Cara Semakan BL1M Online
Semakan boleh dibuat dilaman http://bl1m.my/main.asp
Sila masukkan kad pengenalan untuk tujuan semakan. Harap Maklum

Lokasi Penggunaan BL1M
Program ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen berdekatan kawasan tuan/puan.

Tarikh Pendaftaran BL1M
Pihak BL1M sedang menjalankan proses pendaftaran secara online sekarang. Pendaftaran berserta bayaran akan di mulakan sebaik sahaja YAB Perdana Menteri melancarkan secara rasmi program sebelum hujung bulan Januari 2013. Tempoh penyertaan akan berjalan selama 2 minggu selepas tarikh pelancaran berkenaan.


Live streaming Pahang vs FC Iktiklol pada 26 Ogos 2015 online. Siaran langsung suku akhir pertama Piala AFC antara pasukan antarabangsa FC Istiklol lawan pasukan Pahang akan bertempat di Rebupblican Central Stadium, Armenia bermula pada pukul 11 malam waktu Malaysia. Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada awal jam 10.30 Malam Waktu Malaysia. Berikut adalah pautan dan jadual siaran langung Pahang vs FC Istiklol Piala AFC Suku Akhir Pertama 2015.

Live Streaming Pahang Vs FC Istiklol 26.8.2015 Piala AFC
  • Server 1: TV9
Jadual Siaran Langsung Pahang Vs FC Istiklol Piala AFC 2015
Tarikh: 26.8.2015 Rabu
Masa: 11.00 malam waktu Malaysia
Tempat: Rebupblican Central Stadium, Armenia

SEBUAH keluarga di La Entrada, yang terletak di barat Honduras terpaksa memecahkan tembok konkrit yang mengandungi keranda seorang gadis selepas mereka mendakwa mendengar jeritan suara meminta tolong dari dalam kuburnya.

Anggota keluarga Neysi Perez, 16, kemudiannya mendapati cermin yang menutupi keranda itu telah pecah manakala jari-jarin gadis itu pula lebam.

Bagaimanapun pegawai perubatan yang memeriksa mayat Perez, yang sedang mengandung tiga bulan itu, tidak menemui petunjuk bahawa dia masih hidup, lalu mayat itu dikebumikan semula di dalam kubur yang sama.

Perez dikebumikan dengan pakaian pengantin iaitu baju yang dipakainya ketika berkahwin dengan Rudy Gonzales. Remaja itu meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika bangun untuk ke tandas pada waktu malam. Dia dipercayai pengsan akibat serangan panik setelah mendengar bunyi tembakan.

Namun apabila remaja itu mula mengeluarkan buih dari mulutnya, ibu bapanya kemudian memanggil paderi yang percaya bahawa Perez telah dirasuk syaitan. Paderi itu cuba memulihkan Perez namun selepas gagal, barulah keluarganya menghantar gadis itu ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia selepas tiga jam kemudian.

Menurut Gonzales, ketika melawat kubur isterinya, dia mendengar bunyi hentakan dan jeritan dari dalam kubur yang dibina daripada batu konkrit tersebut. “Apabila saya letak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising dan kemudiannya saya dengar dia menjerit meminta tolong.

“Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya,” katanya yang menaruh harapan tinggi bahawa isterinya itu masih hidup. Dalam pada itu doktor yang mengesahkan kematian Perez iaitu Dr. Claudia Lopez berkata, seluruh keluarga tersebut dalam keadaan kelam kabut, hampir memecahkan pintu ketika mereka membawa mayat gadis berkenaan dalam kerandanya ke hospital.

“Saya menyuruh mereka mengangkat gadis itu dan meletakkannya di atas katil dan disebabkan mereka mendakwa dia masih hidup, saya telah melakukan pemeriksaan yang sepatutnya. “Kami telah membuat penilaian dan melakukan segalanya namun gadis itu telah meninggal dunia. Mereka kemudiannya telah membawanya pulang ke kubur terbabit,” katanya, lapor mynewshub.cc


PETALING JAYA: Selepas mematikan telefon bimbitnya selama sebulan, isteri kepada seorang tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf menghidupkannya kembali untuk menerima panggilan daripada kumpulan tersebut. Namun, kumpulan tersebut mengancam untuk memenggal kepala suaminya.

Chan Wai See berkata dia menerima panggilan berbaur ugutan tersebut kira-kira pukul 5 petang Sabtu. Chan berpeluang bercakap dengan suaminya, Bernard Then Ted Fen yang jelas didengari berada dalam keadaan bimbang dan takut.

Ia ada kali pertama Chan dapat bercakap dengan suaminya sejak akhir bulan Jun lalu sebelum mematikan telefon bimbitnya. Kumpulan bersenjata itu memberitahu mereka akan memenggal kepala suaminya jika wang tebusan tidak dibayar.

Ahli keluarga tersebut meminta bantuan daripada kerajaan untuk membebaskan kedua-dua tebusan. Then juga memberitahu seorang lagi tebusan yang ada bersamanya, Thien Nyuk Fun yang mengalami tekanan darah tinggi berada dalam keadaan kritikal. "Perbualan antara saya dan suami hanya kurang seminit. Tidak seperti sebelum ini, dia tidak kedengaran dalam keadaan baik.

"Dia berkata dalam senarai seterusnya untuk dipenggal. Penculik kemudiannya merampas telefon bimbit tersebut dan memberitahu saya, mereka akan memenggal kepalanya jika wang tebusan tidak dibayar dengan segera. Talian kemudiannya terputus," kata Chan sambil mengesat air matanya.

Beliau berkata talian telefon tidak begitu baik dan kedengaran seorang individu bercakap dalam bahasa Melayu di hujung panggilan. "Saya amat bimbang mengenai nasib suami saya. Saya merayu kepada kerajaan untuk menyelamatkan suami saya daripada dipenggal," katanya.

Chan tidak pernah berhubung dengan kumpulan tersebut sejak Julai lalu selepas diarahkan polis untuk mematikan telefon bimbitnya. Dia menghidupkan semula telefon bimbitnya pada Jumaat lalu selepas membaca laporan media mengenai seorang tebusan Filipina yang dipenggal. "Saya amat takut dan tidak tahu apa untuk dilakukan," katanya.

Thien, 50, dan Then, 39, diculik dari sebuah restoran makanan laut, Ocean King di Sandakan, Sabah pada 14 Mei dan dibawa ke Kepulauan Jolo di selatan Filipina oleh kumpulan bersenjata. Thien adalah pengurus restoran tersebut manakala Then dari Sarawak sedang bercuti di Sandakan.

Pada Isnin, keluarga tersebut bertemu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di Putrajaya untuk meminta bantuan kerajaan menyelamatkan kedua-dua tebusan. Nur Jazlan berkata kerajaan mempunyai polisi untuk tidak mengendahkan tuntutan wang tebusan.

Kumpulan militan Abu Sayyaf memenggal kepala seorang ketua kampung di Filipina pada 11 Ogos lalu selepas ahli keluarganya gagal membayar wang tebusan 1 juta peso (RM892,000), lapor mstar.com

PETALING JAYA: Tidak mungkin wujud telur palsu seperti dakwaan yang disebarkan menerusi laman sosial kerana penghasilannya jauh lebih mahal berbanding telur asli. Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, proses pembuatan telur palsu melibatkan kos yang tinggi kerana memerlukan teknologi canggih terutama untuk menghasilkan membran telur.

Mengulas kebimbangan pengguna tentang kewujudan telur palsu itu, Ng menjelaskan untuk menghasilkan membran iaitu selaput putih pada sebiji telur sahaja akan melibatkan kos sekitar 30 sen.

“Secara kasar untuk cipta sebiji sahaja telur, kos mungkin dalam RM1, maka kalau dah mahal macam itu nak jual untuk sebiji telur berapa pula?” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sidang media mengenai Ekspo Ternakan Asia 2015 pada Isnin.

Mengenai corak serta warna telur yang berbeza-beza disebarkan dalam laman sosial, Ng berkata ia boleh berlaku mengikut cara penyimpanan yang dipengaruhi suhu bilik.

Ng berkata, pihaknya juga telah membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan industri penternakan di China dan mendapati bahawa telur palsu juga tiada di negara itu.

Sebaliknya beliau berkata, yang ada hanya bahan seperti telur tetapi dalam bentuk serbuk yang dicipta oleh pihak tertentu untuk keperluan diri sendiri, lapor freemalaysiatoday.com



Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melayani kunjungan wakil kelab Hong Kong, South China pada hari ini ( Selasa 25 Ogos 2015) bagi aksi suku akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Mengikut jadual asal perlawanan, perlawanan suku akhir pertama Piala AFC 2015 ini dijadualkan bermula jam 8.45 malam dan bertempat Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Sementara itu perlawanan timbal balik (suku akhir kedua) akan dijalankan di Stadium Mong Kok, pada 15 September depan.


Live Streaming  JDT vs SOUTH CHINA 25 Ogos 2015 AFC
Server :  LIVE


Siaran langsung JDT vs SOUTH CHINA ini juga boleh diikuti secara langsung menerusi :
  • Saluran ASTRO Fox Sports menerusi saluran 812 dan 832 HD.
  • Saluran Media Prima menerusi saluran TV9 
KEPUTUSAN SEMASA
JDT :
SOUTH CHINA :

KUALA TERENGGANU – Terdapat kira-kira 3,000 jawatan kosong yang ditawarkan pada Karnival Jom Bina Kerjaya 2015 di sini yang bakal diadakan pada 5 Sept ini. Karnival anjuran Jabatan Tenaga Kerja Negeri itu akan berlangsung di Stadium Negeri dari pukul 9 pagi hingga 9.30 malam. Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri, Mohd Azhar Ahmad berkata tawaran pekerjaan melibatkan 40 majikan.

“Antara majikan terlibat ialah Texas Instrument Malaysia Sdn Bhd, TDM Plantation, Eastern Steel Sdn Bhd, Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC),” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mereka yang berminat disaran agar berpakaian kemas dan membawa salinan dokumen yang diperlukan termasuk resume. “Ada syarikat yang dijangka akan membuat temuduga terus dan ada yang akan membuat penilaian semula untuk dipanggil bagi temuduga,” katanya, lapor bernama

TELEKOM Malaysia (TM) menawarkan pakej 30Mbps dan juga 50Mbps yang ditawarkan di sejumlah kawasan sejak beberapa bulan lepas. Untuk kedua-dua pakej ini, TM menggunakan kaedah penjenamaan baru, di mana ia dilabelkan sebagai Unifi 30Mbps dan Unifi 50Mbps; berbanding penggunaan VIP10 dan sebagainya sebelum ini.

Perkara ini memperlihatkan kepada penggunaan jenama baru dalam pakej penawaran Unifi. Disamping itu, TM turut memberikan petanda mereka akan hadir dengan pakej internet lebih laju. Melalui pakej 30Mbps, TM menawarkan ia pada harga RM199 sebulan; merupakan harga sama seperti Unifi VIP10.

Ia turut menawarkan pakej kandungan tambahan untuk HyppTV, selain penawaran tambahan berbayar melaluinya. Pengguna turut boleh menaik-taraf pakej tersebut kepada 50Mbps. Melalui pakej Unifi baru ini juga, TM memfokuskan kepada kebolehan pengguna mengubah dan menambah apa yang diinginkan berdasarkan kepada penggunaan dan keperluan mereka – dan segalanya akan dipaparkan pada satu bil yang sama.

TM mengatakan pakej ini ditawarkan di semua lokasi Unifi, tetapi perlu menyemak terlebih dahulu sama ada kawasan tersebut menyokong rangkaian 30Mbps dan ke atas ataupun sebaliknya.

Seperti semua sedia maklum, ramai pelanggan sedia ada untuk pakej Unifi VIP 10 telah mula menerima penaiktarafan percuma ke pakej 30Mbps baru ini sejak beberapa minggu lepas, lapor sinar harian


XIAOMI memperkenalkan MIUI7 baru-baru ini di China.Di India, mereka turut mengadakan acara khusus memperkenalkan ia pada peringkat global. Menariknya, berbeza dengan pengumuman di China, Xiaomi kali ini berkongsi pelbagai fungsi baru yang dibawakan oleh MIUI7 ini.

MIUI7 dikatakan membawakan kadar respon 30 peratus lebih pantas berbanding sebelumnya, selain penawaran penggunaan bateri 25 peratus lebih lama berbanding sebelumnya. Kedua-dua perkara ini adalah fungsi dan permintaan yang menerima undian tinggi daripada para pengguna MIUI.

Selain prestasi, pihak Xiaomi turut ingin memudahkan pengguna menyerlahkan lagi peranti berdasarkan kepada citarasa mereka. Kali ini, melalui MIUI7, sebanyak empat tema asas disertakan, iaitu High Lige, Pink Blush, Ocean Breeze dan juga tema asli.

Masing-masing direka bentuk dan membawakan penggunaan tema yang berbeza mengikut citarasa pengguna. Namun, jika ia tidak memadai, pengguna turut boleh memuat-turun pelbagai penawaran tema daripada kedai aplikasi khusus untuknya secara percuma.

Beberapa ciri-ciri baru turut disertakan pada MIUI7 ini, di mana salah satunya adalah kebolehan untuk mengubah paparan saiz teks daripada pilihan S sehingga XXL – mengikut daya baca seseorang.

MIUI7 turut menyertakan sebuah fungsi baru pada galeri dinamakan sebagai Baby Album. Menggunakannya ia menggunakan fungsi pengecaman wajah untuk mengenal pasti wajah bayi, dan seterusnya mengkategorikan ia dalam satu album khusus untuk anda lihat, lapor sinar harian

KUALA LUMPUR: Laman sosial Facebook semalam kecoh berikutan foto yang menunjukkan seorang doktor merakam gambar ketika sedang merawat seorang pesakit wanita menjadi 'viral'. Menerusi gambar tersebut, seorang doktor wanita dengan selamba menunjukkan isyarat ‘peace’ yang ketika itu sedang merawat seorang pesakit yang dalam kedaaan terkangkang.

Gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial menggunakan nama 'Kak Long Di sini' mengundang kemarahan ramai pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan doktor dan perakam gambar sebagai tidak sensitif.

Berdasarkan kenyataan Kak Long Di Sini, kejadian dipercayai berlaku di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. “Saya terkejut dengan tahap kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru.

“Si ibu dilihat sedang mengalami masalah obstetrik, mereka bukannya mengambil serius tentang wanita tersebut, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula. “Tingkah laku dan tindakan tidak bertimbang rasa itu mengundang kemarahan saya serta orang lain yang melihat gambar tersebut.

“Perkara yang paling tidak masuk akal ialah, bahagian aurat si ibu turut terdedah dalam gambar berkenaan. “Secara jujur, saya tidak melihat sebarang kejayaan seperti isyarat ‘peace’ yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan,” bidas wanita itu dalam entrinya.

Susulan itu, dia menggesa siasatan dilakukan bagi mengenalpasti dan mengambil tindakan tegas kepada kakitangan perbuatan terbabit. “Mohon siasat perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan yang tegas kepada mereka yang terlibat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan yang lain, insiden tersebut nyata mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Menurut Noor Hisham, pihaknya telah mengenalpasti hospital dan pegawai yang terlibat.

“Kita telah mengenal pasti hospital serta pegawai perubatan yang terbabit dan menegaskan tindakan akan diambil setelah selesai siasatan,” tulisnya sebagai respon di laman Facebook Kak Long Di Sini, lapor malaysiandigest.com

BANYUWANGI, Indonesia: Setiap kali lelaki berusia 42 tahun ini memperkenalkan dirinya, pasti ramai yang menyangka dia hanya bergurau. Mana tidaknya, lelaki yang bekerja sebagai tukang kayu ini mempunyai nama yang unik iaitu Tuhan.

Tuhan berkata, kerana namanya itu, dia terpaksa menunjukkan kad pengenalan dirinya bagi meyakinkan itu adalah nama sebenarnya. Menurutnya, nama itu diberi ibu bapanya dan sehingga kini dia tidak tahu mengapa dia diberi nama Tuhan.

“Enam adik-beradik saya mempunyai nama biasa, tetapi hanya saya yang mempunyai nama yang unik. “Saya tidak pernah bertanya dan ibu bapa saya juga tidak pernah memberitahu sebab memilih nama ini sehinggalah mereka meninggal dunia,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah berasa namanya itu pelik sehinggalah kisahnya itu menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

“Kebelakangan ini ramai yang bertanyakan nama saya dan mereka mahu melihat kad pengenalan saya kerana tidak percaya nama saya adalah Tuhan. “Tidak sangka, saya terkenal kerana nama ini,” jelasnya.

Menurutnya, dia sudah berkahwin dan mempunyai dua anak perempuan. Sementara itu, isterinya, Husnul Hotimah berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan nama unik suaminya itu. “Orang sering bergurau bahawa saya isteri Tuhan dan rumah Tuhan ada di bandar ini,” katanya, lapor agensi

Pengacara Datuk AC Mizal menafikan spekulasi bahawa stesen radio bervisual baharu yang ditubuhkannya iaitu Peace Yall FM berhadapan dengan masalah kewangan sehingga gagal membayar gaji pekerja.

AC yang juga presiden saluran radio internet itu berkata, kesemua pekerja di bawah stesen radio itu tidak mempunyai sebarang masalah dan masih lagi bekerja dengan stesen radio tersebut

"Setakat ini stesen radio Peace Yall tiada masalah kewangan, tidak timbul isu saya tidak bayar gaji kerana semua deejay dan pekerja masih lagi bekerja dengan saya.

"Gaji semua pekerja yang saya ambil dahsyat-dahsyat, malah ada beberapa deejay yang sudah pun pakai kereta baru sejak bekerja dengan kami," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

AC menyifatkan khabar angin tersebut merupakan spekulasi yang menjadi lumrah dalam industri hiburan dan tidak menjejaskan reputasi dia dan stesen radio baharu itu.

Tambahnya lagi, dia kini dalam rancangan untuk meluaskan lagi empayar stesen radio tersebut ke Indonesia serta menambah bilangan pekerja. Selain bakal menambah masa operasi siaran radio berkenaan kepada 24 jam, lapor malaysiandigest.com

MUADZAM SHAH – Penduduk di sekitar Bandar Muadzam Shah, di sini gempar selepas penemuan mayat bayi yang dibungkus dalam plastik hitam dalam tandas wanita masjid berkenaan yang ditemui sekitar jam 2.40 petang, semalam.

Setiausaha Masjid Muadzam Shah, Alwi Husin berkata, pada waktu Zohor beliau menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan namun pada ketika masih tiada laporan berkaitan dengan penemuan mayat bayi itu.

“Sebelum jam 3 petang selepas saya balik ke rumah, seorang kakitangan masjid telefon maklum pada saya bahawa seorang wanita telah menemui mayat bayi itu dalam tandas wanita yang dibungkus dengan plastik sampah warna hitam.

“Saya kemudiannya minta supaya wanita berkenaan membuat laporan polis kerana beliau yang menjumpainya. Tidak lama selepas laporan dibuat, polis tiba untuk melakukan siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, wanita yang menjumpai mayat bayi itu, dia pada mulanya membiarkan sahaja bungkusan plastik hitam yang diletak di tepi mangkuk tandas tetapi berasa curiga lalu mengambilnya dan membawa keluar untuk melihat isi kandungannya.

Dalam pada itu, Alwi turut menegaskan bahawa pihak masjid memandang serius mengenai kejadian tersebut dan akan cuba membantu siasatan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan akan menyerahkannya kepada pihak polis.

“Pihak masjid telah melihat rakaman bermula jam 12 tengahari semalam namun tidak kelihatan individu yang mencurigakan membawa bungkusan hitam masuk ke tandas. Buat masa ini kami masih dalam proses meneliti rakaman dalam tempoh 48 jam sebelum kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin yang dihubungi mengesahkan kejadian dan mayat bayi itu telah dibawa ke Hsopital Kuantan untuk proses bedah siasat, lapor sinar harian

SHAH ALAM - Nilai ringit terus menjunam dalam dagangan awal hari ini, mencecah tahap RM4.24 kepada AS$1 buat kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu. Menurut laporan The Edge, selepas dibuka pada tahap 4.17, ringgit disebut 1.69 peratus lebih rendah pada 4.2430/2520 pada pukul 9.30 pagi berbanding dolar AS, daripada 4.1800/1880 pada jam 5 petang Jumaat lalu.

Sementara pada pukul 10:45 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.2578 berbanding dolar AS. Ia jatuh ke tahap paling rendah 4.2615 terdahulu pada pukul 9.45 pagi. Pada paras semasa, ringgit melampaui tahap paling rendah sebelum ditambat pada 3.9340 sejak 31 Ogos, 1998.

Mata wang itu mencecah titik terendah 4.7125 pada 9 Januari, 1998 berbanding dolar AS. Sementara itu, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada di bawah paras 3.000 untuk didagangkan di peringkat paling rendah dalam sejarah pada 3.0110 pukul 10.45 pagi ini.

Pada jam 11.30 pagi, ringgit juga susut 0.65 peratus berbanding dolar Australia untuk disebut harga pada 3.0739, susut 4.12 peratus berbanding euro untuk disebut harga pada 4.8946, dan berbanding Pound Great Britain pada 6.6835, turun 1.87 peratus.

Kejatuhan ringgit terjadi selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan rizab asingnya jatuh lagi kepada RM356.4 bilion (AS$94.5 bilion) pada 14 Ogos, 2015 daripada RM364.7 bilion (AS$96.7 bilion) pada 31 Julai, 2015.

Sementara itu, harga minyak mentah mencecah terendah dalam masa 6 tahun berikutan kebimbangan stok berlebihan. Minyak mentah Amerika Syarikat jatuh di bawah AS$40 setong diniagakan pada AS$39.58, manakala Brent mentah diniagakan pada AS$44.70 setong, lapor Sinar Harian


PETALING JAYA : Rakaman video sepasukan angota Unit Peronda Polis Diraja Malaysia (MPV) mengejar sebuah lori curi tanpa tayar mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial Facebook. Rakaman video selama satu minit tujuh saat itu dimuat naik di Facebook Friends Of PDRM yang memaparkan kecekapan anggota polis mengejar lori berwarna putih kira-kira jam 2 pagi pada Isnin.

Dalam kejadian itu, suspek membawa lari lori berkenaan bermula dari Sentul sebelum berjaya diberhentikan oleh pasukan polis di Dengkil. Menerusi rakaman itu, kelihatan keempat-empat tayar lori itu telah tiada dipercayai pecah terkena perangkap besi berduri yang dipasang oleh anggota polis.

Menurut pengendali Facebook Friends Of PDRM, dalam kejadian kejar-mengejar antara polis itu, suspek turut melanggar antara tiga hingga empat palang sebelum berjaya diberkas polis.

Adegan kejar-mengejar itu melibatkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan Subang Jaya. Pengguna media sosial rata-rata pengguna media sosial memuji kecekapan anggota polis sehingga tertangkapnya suspek, lapor freemalaysiatoday.com

LORI TANPA TAYAR LARI DIKEJAR POLIS
Friends Of PDRM
Posted by Friends Of PDRM on Sunday, 23 August 2015

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget