2015-08-16

Tonton live streaming perlawanan diantara TERENGGANU vs PAHANG 22 Ogos 2015. Siaran Langsung aksi Liga Super diantara  pasukan TERENGGANU lawan PAHANG bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bermula pada pukul 8.45 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV3 (103) bermula pra rancangan pada pukul 8.30 malam. Perlawanan yang begitu penting dan kritikal dalam menentukan kejuaraan liga super Malaysia 2015. Keputusan perlawanan turut akan dikongsikan dalam laman sebaik pelawanan tamat. Ayuh kita sama-sama menyaksikan perlawanan live diantara pasukan TERENGGANU melawan PAHANG yang mendebarkan ini.

Berikut adalah pautan live streaming liga super diantara Terengganu VS Pahang.

Live Streaming Terengganu Vs Pahang 22.8.2015 Online

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN DIANTARA TERENGGANU VS PAHANG
TERENGGANU : 3
PAHANG :1

JDT SECARA RASMI DITABALKAN MENJADI JUARA LIGA SUPER 2015

Tonton live streaming perlawanan diantara Felda United vs JDT 22 Ogos 2015. Siaran Langsung aksi Liga Super diantara  pasukan Felda United lawan JDT bertempat di Stadium Selayang bermula pada pukul 8.45 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 (119) bermula pra rancangan pada pukul 8.30 malam. Perlawanan yang begitu penting dan kritikal dalam menentukan kejuaraan liga super Malaysia 2015. Keputusan perlawanan turut akan dikongsikan dalam laman sebaik pelawanan tamat. Ayuh kita sama-sama menyaksikan perlawanan live diantara Felda United vs JDT yang mendebarkan ini.

Berikut adalah pautan live streaming liga super diantara Felda United menentang JDT

Live Streaming Felda United Vs JDT 22.8.2015 Online
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN DIANTARA FELDA UNITED VS JDT
Felda United : 2 ( 4′ Shahrul Saad, 11′ Indra Putra )
JDT :1 ( 36′ Luciano Figueroa )

JDT JUARA LIGA SUPER 2015

JIKA melibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan, pastinya kita mahu memperkenalkan konsep makanan yang unik dan kreatif agar dapat menarik pelanggan ke premis. Macam sebuah restoran di Jepun ini, Curry Shop Shimizu mereka memperkenalkan satu menu unik iaitu kari berperisa najis yang dijangka bakal mendapat sambutan di kalangan penduduk negara Matahari Terbit itu.

Chef yang mengilhamkan menu tersebut, Ken Shimizu berkata kari itu dibuat dengan menggunakan pelbagai rempah yang boleh menghasilkan bau dan rasa seperti najis manusia. Menambahkan lagi rasa ‘jijik’, lauk itu dihidangkan dalam pinggan yang berukiran ala tandas bagi menampakkan realistik ‘najis’ yang boleh dimakan itu, lapor MYNEWSHUB.CC
 


ENTAH di mana kurangnya layanan batin yang diterima dari suami sendiri, seorang wanita yang juga ibu beranak satu sanggup ‘makan luar’ dengan lelaki lain malah mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga. Tapi cerita kecurangan tersebut akhirnya terbongkar dengan cara tragis sehingga si suami bernama Azam bertindak nekad menceraikan isterinya itu dengan talak satu!

Dikongsi di portal eberita.org, kisah curang berkenaan sebelum itu sudah pun dihidu oleh rakan si suami yang pernah terlihat wanita berkenaan masuk ke sebuah hotel bajet murah bersama lelaki yang tidak dikenali pada waktu malam.Walau bagaimanapun, cerita yang dipanjangkan kepada Azam oleh temannya itu langsung tidak diendahkan. Ikut logik Azam, mana mungkin isterinya berselingkuh kerana dia bekerja syif malam.

Namun lama-kelamaan, perubahan sikap dan ‘layanan’ yang diberikan si isteri membuatkan detik hati Azam mulai was-was lantas dia mula membuat siasatan sendiri bagi kesahihan spekulasi yang sampai ke telinganya. Pada suatu malam, curiga Azam mula bertunaskan cemburu dan marah apabila dua biji matanya sendiri menjadi saksi kepada keakraban isterinya dengan seorang lelaki yang cukup bergaya, segak dan memiliki kemewahan.

Gaya mereka seperti pasangan yang sedang mabuk cinta membuatkan perasaan Azam bergelumang dengan berang. Tak boleh jadi ni… Azam terus pulang ke rumah dan nekad menunggu isterinya pulang bagi menyelesaikan sendiri kemelut yang bertandang dalam dadanya.

Setelah isterinya pulang ke rumah, tanpa berlengah Azam terus menarik tangan wanita berkenaan sehingga tubuhnya jatuh ke lantai lantas merenggut baju yang membalut tubuh sehingga menampakkan payudara si isteri.

Dia kemudian bertindak mencium puting payudara wanita itu bagi mencari bukti kecurangan. Mengejutnya, dia mengesan bau hanyir dan rokok di kawasan sulit pada puting buah dada tersebut. Luluh hati si suami. Azam kemudiannya mengambil keputusan melepaskan isterinya dengan talak satu!

Walaupun kisah yang dikongsi di portal berkenaan hanyalah satu cerita yang tidak mempunyai sumber yang sahih, namun memandang dari satu sudut, ia mampu dijadikan pedoman buat pasangan berkahwin untuk lebih berhati-hati dan sentiasa jujur antara satu sama lain. Apalah gunanya perkahwinan kalau di belakang, ada antara suami mahupun isteri berlaku curang, lapor MYNEWSHUB.CC / eberita.org

PETALING JAYA: Kerana mulut badan binasa perumpamaan tepat kepada seorang lelaki yang ditumbuk kerana mulutnya yang celupar. Insiden lelaki mulut celupar itu ditumbuk seorang lelaki lain di sebuah restoran makanan segera di Singapura kini menjadi viral di media sosial.

Rakaman video selama 1.25 minit itu menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek berbaju putih menengking dan membebel seorang wanita yang sedang membuat tempahan makanan di kaunter restoran makanan segera.

Lelaki itu dipercayai tidak puas hati dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada wanita yang pada awalnya ditemani seorang lelaki berbadan berbadan besar. Selepas beberapa saat, lelaki berbadan sasa itu yang meninggalkan wanita itu pada awalnya, datang kepada lelaki berkenaan dan terus menumbuknya bertalu-talu.

Video itu telah ditonton oleh lebih 370,000 penonton dan dikongsi lebih 20,000 pengguna. Pengguna sosial tidak menyalahkan tindakan keras lelaki berbadan besar itu melihatkan sikap lelaki yang ditumbuk itu yang tidak henti-henti membebel malah masih cakap besar selepas dibelasah, lapor freemalaysiatoday.com


Dislike malays and indians in singapore? Dia ingat Singapore tu dia punya sorang ke? jadi tu la makan dia..Kredit: Fiq Viera
Posted by Siakap Keli on Wednesday, 19 August 2015

Biodata Zahirah MacWilson pelakon Drama Mencintaimu Akasia TV3. Anissa sebagai Zahirah McWilson kini trending susulan membintangi drama Mencintaimu yang ditayangkan menerusi Slot Akasia TV3. Siapa sangka bahawa gadis cilik ini baru sahaja berusia 20 tahun dan mempunyai darah campuran Melayu-Australia. Berikut adalah maklumat peribadi mengenai Zahirah Mac Wilson.

Biodata Zahirah MacWilson Pelakon Mencintaimu TV3

Nama Popular : Zahirah Macwilson

Nama Sebenar : Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson

Umur : 20 tahun (2015)

Asal: Kuala Lumpur

Bangsa : Kacuk Australia – Melayu

Kerjaya : Model dan Pelakon

Pendidikan: Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Universiti Curtin, Australia)

Drama Lakonan : Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mencintaimu, Mr London Ms Langkawi, Mencintaimu (2015)


Polis hari ini menafikan dakwaan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya seorang pekerja ladang menemui emas di sebuah terowong tanah kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak. Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ab Rashid Abdullah Beliau berkata pihaknya telah membuat siasatan terhadap perkara itu dan mendapati berita itu adalah palsu, direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya telah arahkan pegawai untuk ke kawasan itu untuk menyiasat... kita meminta orang ramai tidak terpedaya dengan maklumat tidak benar itu," katanya ketika dihubungi Bernama. Hari ini, orang ramai tertanya-tanya berikutan penyebaran berita tersebut.

Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby itu, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang semasa Perang Dunia II, lapor bernama


PETALING JAYA : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata semangatnya sedikitpun tidak luntur biarpun di ‘boo’ perwakilan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pontian, Ahad lalu. Katanya, cacian dan cerita rekaan di media sosial yang memutarbelit kenyataannya khususnya mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga tidak mampu mematahkan semangatnya untuk terus berjuang.

Menerusi blognya, www.ahmadmaslan.my, Ahmad Maslan memperbetulkan tanggapan bahawa beliau di ‘boo’ pada mesyuarat itu kerana perwakilan tidak menyukainya. “Perlu juga dikongsi di sini bahawa lepas perasmian itu ada pengundian untuk tujuh perwakilan ke Perhimpunan Agong UMNO (G7). Setiausaha Sulit dan Pegawai Khas saya yg turut bertanding menang dengan mendapat undi kedua dan ketiga tertinggi daripada 15 calon yg bertanding.

“Jika Perwakilan Pontian tidak suka saya, logiknya dua orang pembantu saya itu juga telah ditolak oleh Perwakilan,” katanya. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menjelaskan, dakwaan beliau di ‘boo’ banyak kali dan meninggalkan majlis lebih awal juga tidak benar.

Katanya, maklumat yang diterimanya bahawa ‘boo’ itu dimulakan oleh dua orang hadirin dari luar Pontian yang bukan perwakilan. “Saya menerima episod “boo” itu sebagai satu hikmah dan cabaran dalam perjuangan. Ia suatu pembelajaran politik yg penting dalam kerjaya dan khidmat saya untuk agama, bangsa dan tanahair. Bak kata pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

“Pada saya setia dan sepakat dalam perjuangan adalah penting. Seorang sahaja nakhoda dalam perjuangan juga penting. Nakhoda itu perlu dibantu dalam susah dan senang untuk mengemudi kapal meredah gelora lautan agar selamat sampai ke pelabuhan,” katanya, lapor freemalaysiatoday.com

PETALING JAYA: Mahkamah Jenayah Thailand mengeluarkan waran untuk menangkap pengebom yang bertanggung jawab dalam insiden letupan di tengah Bandaraya Bangkok minggu lalu. Selain mengeluarkan lakaran, ia juga menawarkan ganjaran 1 juta Baht kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya suspek.

Berdasarkan lakaran yang dikeluarkan Polis Diraja Thailand, lelaki yang dikehendaki itu memakai kaca mata dengan bingkai gelap, memakai baju kuning dan berseluar pendek. Sehingga kini identitinya masih menjadi tanda tanya. Jurucakap polis, Leftenan Kolonel Somkiat Ploythupthim, yakin suspek masih berada dalam negara itu dan pihak berkuasa khususnya imegresen berwaspada sepenuhnya bagi mengelak individu berkenaan meloloskan diri dari Thailand.

Sementara itu Ketua Polis, Jeneral Somyot Poompunmuang berkata pengemboman itu dibuat bagi memperlekeh kerajaan dan ia didalangi pihak tertentu. “Motifnya adalah untuk memperlekeh kerajaan dan menunjukkan kepada negara lain berhubung tahap keselamatan di negara ini,” katanya yang dipetik daripada Bangkok Post, lapor freemalaysiatoday


Kalau beberapa hari lepas gumpalan awan yang menyerupai orang tengah bertasbih, kali ini di Amerika Syarikat dorang ada ternampak cahaya pelik yang muncul dari langit. Cahaya apakah itu?? Pelik semacam je Gomez tengok.

Sekali tengok nampak macam tipu je tapi ramai jugak saksi yang sempat melihat kejadian aneh tersebut dengan mata kepala dorang sendiri. Kalau korang pernah tengok cerita Mr.Bean…. Haaaa cahaya tu macam salah satu scene cerita kelakar tue.

Tak kan alien turun ke bumi pulak wakakakak! Mustahil sangat-sangat kan. Hingga sekarang saintis dorang masih belum lagi dapat kesahihan dari mana sebenarnya cahaya itu muncul.

Hurmmmmm….menakutkan pun ada jugak kan. Takkan la cahaya matahari pulak yang nak menembusi awan tebal masa tu. Tapi bila difikir balik boleh jadi jugak no. Errrrrr entah la Gomez pun tak pasti, namun apa yang pasti cahaya tu memang pelik, lapor TiraGomez/UtaraNews.com

Tak habis lagi gosip pasal Zizan Razak.. Selagi dia tak kahwin, macam-macam kontroversi dok melanda dirinya.. Tu yang peminat sibuk dok suruh Zizan kahwin, senyap la sikit pasal diri..

Terbaru, Zizan dikatakan ada hubungan istimewa dengan Ummi Nazeera pulak tau! Ada pihak nampak dorang ni dok keluar makan bersama.. Kalau ada hubungan istimewa dengan Ummi, yang gadis sekampung Zizan tu macam mana pulak?

Zizan menjelaskan dia dan Ummi tak lebih dari seorang kawan yang selasa di antara satu sama lain..

“Saya kenal dia (Ummi) selepas kami berlakon bersama. Mula berlakon dengannya, saya tak nafikan, memang kekok. Tapi lama lama sudah okay. Dia juga seorang kawan yang baik. Suka menasihati. Saya hormati dia sebagai seorang kawan. Tak lebih daripada itu.

Saya selesa berkawan dengannya. Kalau ada yang cakap saya keluar makan dengannya, saya saya nafikan. Ada beberapa kali kami keluar makan bersama,” jelas Zizan..

Secara jujurnya, Miss A rasa Zizan patut maklumkan perkembangan terkini mengenai persiapan perkahwinannya.. Kalau asyik dok diamkan diri je, memang macam ni la yang jadi.. Nampak Zizan mesra sikit dengan pelakon wanita, akan dilabel ada hubungan istimewa lapor Miss A/UtaraNews.com

Memang panas betul Malaysia ni kan? Sampaikan ramai artis Malaysia ni kalau pergi bercuti kat pulau mesti nak tampil berbikini.. Katanya pelakon hot mommy Nora Danish pun dah berani tampil berbikini waktu pergi bercuti kat sebuah pulau.. Betul ke?

Tak baik tau fitnah ni, dah jadi mak orang pun takkanlah Nora berani tampil berbikini.. Mungkin pelanduk 2 serupa.. Kita kan ada 7 orang muka sama..hehe.. KAt media sosial tersebar sekeping gambar mendakwa Nora berbikini, Miss A tengok pun terkejut.. Nampak memang sama wei..

Tapi, Nora menerusi laman Instagramnya dah tampil menjelaskan segalanya.. Memang muka wanita tu sama dengan Nora.. Tapi, bukan dia la, wanita tu merupakan seorang wanita berbangsa cina..

“Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua. Tolonglah beri saya rehat,” tulisnya

Kecian kat Nora tak pasal-pasal ke fitnah dengan sebuah laman Instagram yang menggunakan nama @miss_kepoh.. Bengang dengan IG yang selalu dok fitnah artis-artis ni, Nora minta semua followernya buat report pasal Ig tu..

Siap Nora sediakan pantun lagi tau untuk @miss_kepoh tu.. Boleh tahan makan dalam jugak la.. Banyak sungguh kontroversi yang cuba diwujudkan individu tak bertanggungjawab nak jatuhkan Nora.. Memang orang tak senang duduk tengok Nora ni popular lapor Miss A/UtaraNews.com


Permohonan pinjaman pelajaran MARA 2015 Eduloan secara online. Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon bumiputera yang berkelayakan untuk membuat pinjaman pelajaran pemboleh ubah MARA bagi mengikuti pengajian di peringkat IPTS yang terpilih. Bagi tahun 2015, permohonan MARA dijangka akan dibuka pada bulan Julai 2015.

Borang Eduloan MARA 2015 Online
Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA 2015
  • Calon mestilah Bumiputera yang berasal dari Sabah/ Sarawak/ Semenanjung Malaysia. Calon yang berstatus warganegara Malaysia tidak layak untuk mendapat pinjaman MARA 2015.
  • Berumur 17 Tahun dan keatas
  • Telah mendapat surat tawaran dari IPTS dibawah senarai tajaaan MARA
  • Menuntut di IPTS yang dibawah tajaan MARA
Program Dibawah Tajaan Eduloan MARA 2015
  • Diploma
  • Ijazah Pertama (Sarjana Muda)
  • Pasca Ijazah (Master)
Prosedur Permohonan Eduloan MARA 2015
  • Dokumen lengkap bagi peringkat Diploma & Ijazah Pertama hendaklah dihantar dalam tempoh 2 MINGGU (7 hari ke IPT, 7 hari ke MARA) dari tarikh permohonan.
  • Dokumen lengkap bagi peringkat pasca Siswazah hendaklah dihantar dalam tempoh 2 MINGGU ke Bahagian Penganjuran MARA dari tarikh permohonan.
  • Permohonan akan terbatal dengan sendiri setelah tamat tempoh 2 MINGGU.

Tonton live streaming perlawanan diantara Selangor vs Kelantan 19 Ogos 2015. Siaran Langsung aksi Liga Super ke 20 antara pasukan Kelantan lawan Selangor kini bertempat di Stadium Shah Alam bermula pada pukul 8.45 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV9 (119) bermula pada pukul 8.30 malam. Berikut adalah pautan live streaming liga super diantara Selangor menentang Kelantan.

Live Streaming Selangor Vs Kelantan 19.8.2015 Online
  • Server 1: TV9


Tonton online live streaming perlawanan liga super diantara pasukan JDT vs Perak pada 19 Ogos 2015. Siaran langsung aksi Liga Super ke 20 kini menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Takzim lawan Perak bertempat di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos (Larkin) pada jam 8.45 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula awal pukul 8.30 malam. Berikut adalah pautan online perlawanan diantara  JDT menentang pasukan Perak aksi Liga Super 2015.

Live Streaming JDT Vs Perak 19.8.2015 Liga Super
  • Server 1: TV3

ADIK bongsu keluarga glamor Kardashian-Jenner, Kylie Jenner dipercayai ditawarkan membintangi filem lucah sebaik usianya mencecah 18 tahun minggu lalu. Menurut laporan TMZ, Kylie ditawar sebanyak £6.3 juta (RM40 juta) hanya untuk membintangi video lucah dengan teman lelakinya, penyanyi rap, Tyga.

Antara yang berminat mendapatkan bintang Keeping Up With The Kardashians itu ialah syarikat pengeluar filem lucah terbesar Amerika Syarikat, Vivid Entertainment. Namun, sehingga kini tiada sebarang perkembangan sama ada Kylie menolak atau pun menerima tawaran ‘menarik’ yang diberikan kepadanya itu, lapor MYNEWSHUB.CC

NGERI… Menakutkan apabila menyaksikan bagaimana seorang doktor cuba menarik ulat keluar daripada bibir seorang gadis yang sedang membengkak. Selain geli, doktor juga dilaporkan terpaksa menggunakan penyepit untuk menarik ulat berkenaan dan ia hanya mengambil masa lebih kurang seminit. Namun wanita itu tidak pula berasa sakit malah kelihatan tenang sahaja sepanjang prosedur tersebut diadakan.

Proses berkenaan telah dirakamkan dan ia telah ditonton lebih 500,000 orang selepas dimuat naik dalam YouTube pada bulan Mac lalu. Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai wanita itu dan bagaimana ulat tersebut boleh berada di dalam bibirnya tidak jelas diketahui. Namun ia merupakan parasit yang hinggap pada pesakit di kalangan golongan miskin di kawasan mundur atau mereka yang mengalami kecederaan di bahagian badan. Kes ini agak terpencil kerana jarang ulat bersarang di bibir, lapor MYNEWSHUB.CC

Geli... Ulat Bersarang Ditarik Dari Bibir... oleh mynewshub

LEGENDA bola sepak dunia, Diego Maradona bertemu semula dengan pengadil yang membenarkan jaringan menggunakan tangan oleh pemain Argentina itu pada aksi Piala Dunia 1986. Ketika bertemu pengadil berkenaan iaitu, Ali Bennaceur di Tunis, Maradona turut memeluk dan cium individu tersebut kerana mengisytihar jaringan yang digelar 'tangan tuhan' sehingga hari ini.

Dalam perlawanan bertemu England pada saingan suku Piala Dunia itu, Maradona menewaskan penjaga gol lawan, Peter Shilton selepas menolak masuk bola menggunakan tangan.Pengadil, Ali Bennaceur menyaksikan Diego Maradona (kiri) dan penjaga gol England, Peter Shilton sebelum perlawanan suku akhir Piala Dunia 1986.

Maradona kemudian mendakwa gol itu dihasilkan oleh 'tangan tuhan' yang menjadi jaringan paling unik dan ditakuti oleh pengadil sehingga hari ini. Jaringan tersebut turut mengubah beberapa dasar pengadilan bola sepak dunia sehingga kini. Ketika bertemu Ali, Maradona turut menghadiahkan gambar kenangan ketika perlawanan berkenaan kepada pengadil tersebut, lapor mstar online


Penyanyi bersuara lunak yang juga merupakan penyanyi terkenal Malaysia, Dato Siti Nurhaliza Tarudin telah berjaya memukau penonton dengan satu penampilannya di dalam sebuah majlis pembukaan International Superstar 2015 yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Acara International Superstar 2015 merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India yang disertai oleh peseta-peserta antarabangsa dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, India dan Kanada.

Di dalam majlis pembukaan acara tersebut, Dato Siti telah tampil mendendangkan lagu Tamil bertajuk Nenjae Ezhu hasil ciptaan komposer terkenal Bollywood dan juga Hollywood, A.R. Rahman.

Walaupun dikatakan agak gementar namun kemunculan Dato Siti ternyata mendapat tepukan gemuruh daripada penontotn apabila beliau keluar ke pentas dan sorakan penonton terus bergema selepas di menyanyikan lagu berkenaan dalam bahasa Tamil, lapor  Siakapkeli.my

Pengakuan Fizz Fairuz yang menyatakan bahawa dia tidak mengenali gadis muda yang kini terpalit dengan kontroversi WeChat, membuatkan gadis itu iaitu Fara Mendoza terkejut dengan perkara tersebut.“Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar. Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka”

“Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini. Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi” “Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami,” jelasnya kepada Berita Harian. Nampaknya episod ini menjadi semakin panas dan kami mengharapkan pengakhiran yang positif, lapor rotikaya.com

Siapa sangka, progeam komedi yang seringkali menampilkan wajah pelawak kini turut mengundang Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dan juga Uqasha Senrose sebagai peserta rancangan tersebut. Rani Kulup? Biar betul?

Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai, pemilihan aktres tersebut adalah berdasarkan prestasi cemerlangnya sebagai tetamu undangan pada program separuh akhir musim sebelum ini.

“Kita akui sukar untuk mencari peserta wanita dan ramai takut untuk menyertainya kerana ia melibatkan permainan secara spontan. Bila kami lihat Uqasha mampu untuk bermain dengan baik, kami cuba bertanya sama ada dia ingin terlibat atau tidak”

“Dia bersetuju untuk cuba bersaing pada musim ini. Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita memakai slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.

“Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod yang istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti,” katanya kepada mStar Online. Kami pun tidak tahu mahu cakap apa lagi. Majulah industri komedi Malaysia demi kesejahteraan negara yang gilang gemilang dan aman makmur, lapor rotikaya.com

Kota Bharu: Pelawak, pengacara dan pelakon Zizan Razak menjadi artis pertama di negara ini membuka rangkaian kedai serbaneka 24 jam. Selebriti itu menerusi syarikat miliknya, Zizan Group Sdn Bhd melancarkan pembukaan kedai serbaneka sulungnya, Zizan Mart di Wakaf Che Yeh, di sini, semalam.

Zizan, 31, berkata perniagaan itu impian yang menjadi kenyataan dan merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara pada masa depan. "Saya memilih Kelantan kerana penduduknya pandai berniaga. Membuka kedai serbaneka adalah impian saya dan hari ini saya berjaya merealisasikan cita-cita itu," katanya.

Menurut Zizan, harga barangan yang dijual berpatutan dan dia menyimpan hasrat untuk menjadi peniaga kedai serbaneka Bumiputera termaju di negara ini, lapor harian metro

KUALA LUMPUR – Pengadil Liga Malaysia seolah-olah mendapat arahan daripada pihak berkepentingan untuk memberi kelebihan kepada pasukan tertentu dalam pertandingan bola sepak negara ini. Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, persepsi umum itu bertambah kuat dengan beberapa keputusan pengadil yang mencurigakan sejak kebelakangan ini.

“Perkara ini bukannya baru, tetapi telah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Saya tidak mempertikaikan keputusan perlawanan, saya hanya mempersoalkan mutu pengadilan bola sepak negara.“Apatah lagi ianya secara langsung memberi kesan kepada barisan pemain pasukan, terutama sekali dalam tempoh masa yang kritikal seperti sekarang,” titah baginda dalam satu kenyataan malam tadi.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan aksi Liga Super 2015 baru-baru ini tewas mengejut kepada Kelantan 4-1. Keputusan itu bagaimanapun dipertikaikan ramai penyokong Harimau Selatan yang menyifatkan pengadil seolah-olah berpihak kepada lawan dalam perlawanan tersebut.

Kekalahan JDT pada malam tersebut membolehkan pasukan Pahang memintas kedudukan Harimau Selatan ditangga teratas untuk menerajui carta Liga Super miusim ini. Sehubungan itu, Tunku Ismail mengingatkan kepada penyokong bola sepak Johor supaya terus berdiri dengan teguh di belakang pasukan mereka.

“Kita perlu sedar bahawa kita berdepan dengan pelbagai halangan dan rintangan selain menongkah arus melawan sistem yang telah berakar dalam bola sepak tanah air selama lebih 30 tahun,” titah baginda, lapor MYNEWSHUB.CC

Seorang remaja perempuan berdepan detik hitam bila dicabul dan dirogol sekumpulan remaja di Bandar Amanjaya, 12 Ogos lalu. Benda tu la orang paling takut jadi kat diri terutamanya perempuan. Jauhkan la semua tu!!!

Difahamkan, perempuan yang jadi mangsa tu baru berusia 17 mendakwa ditarik naik motor bersama empat orang perempuan dengan menggunakan dua motor. Perempuan tu ada juga try terjun dari motor tapi apa kan daya diorang ramai.

Kesian sungguh nasib yang menimpa perempuan tu. Diorang ‘culik’ dia pi kat area semak samun kat Amanjaya sebelum kena rogol tu dia kena tumbuk dan ditendang. Tak boleh blah betul la, apa yang tak puas hati tak tau la sampai sanggup buat kat orang macam tu!!!

Perempuan yang berlagak samseng tu panggil kawan lelaki diorang mai kat tempat tu and then rogol perempuan tu siap dengan mata ditutup. Manusia durjana tu ugut perempuan tu nak sebarkan gambar perempuan tu kalau dia sebarkan kejadian tu.

Selepas dah buat benda terkutuk tu, diorang hantar perempuan tu balik rumah dan perempuan tu pun cerita kat mak dia. Dengar semua tu mak dia apa lagi terus buat report polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhammad, polis jalankan siasatan selepas menerima laporan pengadu. Setakat ini empat remaja lelaki dan empat remaja perempuan ditahan reman sehingga 18 Ogos 2015 bagi membantu siasatan.

"Kesemua suspek berusia lingkungan antara 16 hingga 18 tahun dan motif kejadian masih dalam siasatan," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhammad.

Hukum diorang tu sampai diorang rasa serik nak buat jahat lagi kat orang! - MissHana/Utaranews.com.

Seorang pekerja McDonald ‘s cantik menjadi sensasi dunia maya di Taiwan. Para pengguna media sosial di negara tersebut menggelarnya “Dewi McDonald ‘s”. Memetik laporan RocketNews24, Wei Han Xu kini mempunyai ribuan peminat di dunia maya selepas fotonya dimuat naik ke internet oleh seorang bloger yang dikenali dengan nama Rain Dog.

Para netizen menganggap Wei sebagai pekerja McDonalds paling cantik dalam sejarah Taiwan. Caintik ke? Boleh lah kannn.. Nanti mesti ada orang-orang kaya lamar jadi girlfriend dorang.. Paling kurang pun, ada pengarah tv ambil jadi pelakon drama.. hehehe.. - Utaranews.com

Ishhh-ishhhhh.. orang hantar diorang pi kursus tapi sempat melencong ke tempat lain lagi noh. Kalau melencong ke arah yang bagi kebaikan tak apa ni dok pi juga tempat maksiat! Dah gian sangat la tu!

Tu la jadinya kat empat orang lelaki merupakan kakitangan kerajaan berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an tertangkap dengan Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar Jalan Klang Lama di rumah urut dalam keadaan berbogel. Sedap la noh ‘diurut’!!

Bila disoal diorangg bagi alasan lapuk kata nak hilang tension dan kepenatan masa ambil kursus di ibu kota. Kalau penat pi la cari kaum yang sama jenis mengurut ni gatal sangat nak jantina yang berlainan juga ‘urut’!

Menurut Ketua Penguat Kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad, siasatan dijalankan mendapati empat penjawat awam tu datang ke Kuala Lumpur untuk berkursus selama tiga hari. 

Buat malu aja!!! Dapat tau kat bini-bini diorang mau mengamuk sakan nanti balik rumah. Hihihiihiihhi.. MissHana/Utaranews.com.

Sporting terlajak betul mama budak perempuan ni….al maklum lah si anak bergambar dengan bakal menantu sambil bercium haha! Lebih dahsyat si ibu slumber je cakap ololooooo sweetnye anak mama haha!

Keparat betul…ingatkan si ibu nak marah sebab anak bergambar sambil cium dengan lelaki bukan muhrim. Sebaliknya sokong pulak tindakan anak perempuan dia tu, menantu kepala otak macam tu tak kawin lagi bukan main dah peluk cium.

Mungkin mak dia dulu pun sama naik macam ni kot sebab tu dia redo je apa anak dia buat. Like mother like daughter la agaknya kan. Budak perempuan yang bernama Scha ni bukan main beria lagi kongsi gambar ‘bakal menantu’ kepada mamanya sambil dipeluk cium wowwwww hebat!

Haishhhhh kalau mak bapak Gomez la tengok gambar macam ni bukan sweet yang dia kata, tapi hang tunggu la balik rumah nanti nahas kami kerjakan hahaaaa…baru brutal!-TiraGomez/UtaraNews.com

Seorang suami yang dikenali Hairil Zulhaili Fadzil, 31 dok bimbang isteri dia, Mashitah Mohd Nor, 35 yang hilang dua minggu tiba-tiba hantar SMS kata nak cerai. Menurut Hairil, tu pesanan terakhir isteri dia sebelum enset tu dimatikan dan gagal dihubungi semula.

SMS yang dihantar oleh Mashitah untuk Hairil, “Salam mas nak mntk mf... mas mntk halal semua mkn minum mas... selama 3 tahun mas jd wife abg... pas ni tlg jgn cari mas lg... mas dh pi jauh dri lgkawi.... cuma mas mntk 1 sje... tlg cerai kn mas.

(Salam mas nak minta maaf, mas minta halal semua makan minum selama tiga tahun menjadi isteri abang, selepas ini tolong jangan cari mas lagi, mas dah pergi jauh dari Langkawi, cuma mas minta satu saja, tolong ceraikan mas).

Dh byk kli mas mntk abg tlg mas... mas dh xlh hidup bsama abg dh... sb mas dh xsyg atau cinta abg g... mas nk bebas... slagi abg xcerai mas slagi 2 mas xkn blik... mas mntk mf. (Sudah banyak kali mas minta, mas tak boleh hidup bersama abang sebab sudah tidak sayang dan cinta abang lagi, mas nak bebas, selagi abang tak cerai selagi itu mas tidak akan balik, mas minta maaf).

“Pada hari kejadian, saya menghantar isteri ke tempat kerjanya di sebuah kedai kasut di Langkawi Parade dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah kami mesra.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 4 petang pada hari sama, saya menerima SMS berkenaan dan juga yang terakhir sebelum telefon bimbitnya dimatikan. Walaupun selepas tiga tahun berkahwin, kami belum dikurniakan anak tapi hubungan kami baik menyebabkan saya bingung dan buntu memikirkan kejadian ini.

“Saya dan keluarga mentua puas mencari isteri sepanjang 11 hari lalu termasuk memeriksa dengan beberapa teman rapatnya, tetapi setakat ini belum menemuinya. Saya bimbang kerana isteri menghilangkan diri sehelai sepinggang,” kata Hairil.

Alahai conflict sungguh masalah ni tapi si isteri pun balik la rumah selasai baik-baik. Dok hilangkan diri macam ni bukan boleh selesai apa-apa pun. MissHana/Utaranews.com.

Siapalah yang tak kenal dengan pasangan sweet macam gula-gula Nora Danish dan kekasihnya Nedim.. Kat mana ada Nora kat situlah adanya Nedim, dorang pun tak silap Miss A dah lama bercinta.. Selalu je pergi bercuti sekali..

Tapi, Miss A tengok kat akaun Instagram dorang dan baca komen dari peminat pada gambar yang dikongsikan pasangan ini, ada yang mengandaikan dorang ni dah pun putus.. Wow.. biar betul dorang dah putus? Sweet kot pasangan ni..hehe

Nampaknya usaha Utusan Malaysia nak dapat jawapan dari Nora pun gagal.. Tuan badan tak mahu bagi penjelasan, maka banyak spekulasi yang timbul.. Beberapa  keping gambar yang dimuatnaik oleh kekasih Nora iaitu Nedim macam beri bayangan mengenai status hubungan mereka..

Selalunya, Nedim ni kan dok muatnaik gambar Nora dengan kapysen yang sweet.. Sekarang ni tengok dah tak buat macam tu.. Harap pasangan ini akan tampil memberi penjelasan pada peminat dorang..

Peminat pasangan ini memang dok menanti-nantikan apa sebenarnya yang berlaku.. Jangan la buat peminat tetanya-tanya ye.. Kalau dah tak ada apa-apa hubungan sila maklumkan dengan kadar yang segera..haha.. Miss A/UtaraNews.com

Menakutkan… Seorang wanita menjadi mangsa rogol apabila seorang lelaki yang tidak dikenali menceroboh masuk kediamannya melalui atap bumbung rumahnya di Kajang Utama, Kajang.

Suspek yang dipercayai berusia antara 28 tahun hingga 30 tahun itu bersenjatakan pisau, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asst Comm Willey Richard berkata, suspek mengugut wanita itu dengan pisau.

"Mangsa yang sedang berada di dalam biliknya telah terdengar loceng rumah ditekan beberapa kali tetapi dia memilih untuk mengabaikannya kerana tidak mengenali lelaki berkenaan."

"Selang lima minit kemudian, mangsa terkejut apabila melihat seorang lelaki telah berada di dalam biliknya sebelum lelaki berkenaan mengikat tangannya di belakang dan merogol mangsa," kata beliau.

Sebelum kejadian, suspek ada pergi ke rumah mangsa dan memberitahu pengawal yang dia datang nak perbaiki talian telefon rumah berkenaan kerana rosak. Suspek bertindak meceroboh melalui atap dapur rumah mangsa.

Polis juga telah mengeluarkan satu lakaran gambar suspek. Suspek juga sempat melarikan beberapa jenis barang kemas seperti tiga bentuk cincin , lima utas rantai , subang, satu telefon bimbit dan wang berjumlah RM70.-TiraGomez/UtaraNews.com

Siapa yang dok tengok drama petang-petang kat TV3 mesti kenal dengan watak Nur yang dibawa oleh pelakon baru Janna Nick.. Nama baru nak meningkat naik melalui drama tu dah ada  khabar angin mendakwa pelakon baru ini dok berlagak diva..

Janna didakwa dok pandang sebelah mata kat pelakon tambahan waktu berada di set penggambaran.. Miss A nak nasihat buat pelakon baru yang nak meningkat naik, jangan la dok buat perangai macam ni.. Takut tak lama je dalam industri hiburan..

Untuk bersihkan namanya, Janna tampil menjelaskan segalanya pada media.. Baru nak terkenal dah ada orang tabur pasir dalam periuk nasinya..

"Lucu apabila ada pihak yang keluar dengan gosip mengatakan saya seorang diva. Orang sekeliling yang mengenali saya pasti tahu kebenaran dakwaan itu. Saya enggan melatah kerana tahu ianya tidak benar sama sekali.

Cuma saya tidak mahu ada pihak yang salah faham dengan diri saya kerana cerita yang tidak benar ini. Ia sekali gus menutup periuk nasi saya kerana mungkin ada produksi yang berfikir beberapa kali untuk bekerja dengan saya,” katanya..

Kalau Janna tak bersikap macam tu baguslah.. kalau boleh jangan dok cuba nak amalkan sikap macam tu.. Walaupun ada je pelakon baru suka dok berlagak diva dalam industri.. Kebanyakkan orang macam tu memang tak kemana.. Terkenal sekejap je, lepas tu dilupakan.. Miss A/UtaraNews.com

Kerana mengkritik bekas Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin didalam laman Instagramnya, pelakon dan pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali oleh netizen sebagai Diva AA kini terpaksa membuat laporan Polis.

Laporan tersebut dibuat oleh Azwan kerana terdapat satu ugutan untuk mencari dan memukulnya didalam instagram tersebut.

Seorang lelaki yang menggunakan nama razaleesaudi91 telah mengeluarkan kenyataan mengugut untuk mencederakan selebriti itu kerana dikatakan menyentuh soal politik khususnya berkenaan Muhyiddin Yassin.

Ekoran dari ugutan individu berkenaan, ramai peminat Azwan menyarankan agar laporan Polis dibuat demi keselamatan pengacara terbabit. Dan sejurus selepas itu Azwan memuat naik beberapa keping gambar beliau yang berada di balai Polis.

Menurut Azwan, beliau hanya mempertahankan Perdana Menteri Malaysia dan tidak takutkan sesiapa kecuali Allah SWT. - Utaranews.com

Budak-budak zaman sekarang, lepak dengan boifren comolot sambil selfie lepas tu upload naik facebook.. Buat benda jahat lepas tu bagitau semua orang dekat laman sosial. Bagus sangat ler tue?? Pakat lawan sapa lagi teruk kononnya terbaik la kalau jadi jahat puuiiiii!!

Macam minah ni, Gomez syak yang budak ni baru nak up hahaha! Budak sekolah lagi agaknya. Dengan rasa bangganya selfie sambil pegang botol arak.. Lepas tu sambil qenyeh macam kerang busuk. Dah rasa hot sangat la tu??

Kebodohan bertambah bila upload pulak dalam facebook bagitau semua orang yang diri tu minum minuman keras. Sempoi habissssss la dia rasa.. Dengan pakai pulak baju tak cukup kain haishhhh.

Malu la kalau mak bapak tengok ni, bukan setakat mak bapak je tapi orang sesama islam pun malu tengok anak muda yang berperangai macam ni. Ntah tercicir mana la iman dorang akhlak dorang hanyut laut mana tak tahu la. Haishhh mohon cepat-cepat la betaubat.-TiraGomez/UtaraNews.com


Amboiii…amboiiii…tudia aihhhh! Segak-segaknyaaa lecturer zaman sekarang ni! Cun melecun aih, meqelap pap haaaa… Merecik habis! Kalau macam ni la rupa lecturer sekarang.. Korang jangan terkejut kalau dengar berita nanti lecturer kawin dengan student sendiri haha.

Gomez pasti dan tersangat kompen yang student-student lecturer dalam gambar ni mesti tumpukan perhatian pada pelajaran seratus peratus haaa! Silap-silap extra lagi haha! Kalau macam ni la punya cun.. Student-student lelaki mesti angau dekat lecturer sendiri.

Tak hairan la kalau tenaga pengajar zaman sekarang semuanya muda-muda dan bergetah.. sudah lepas belajar terus apply mintak jadi cikgu. Bila dah habis belajar keluar jadi cikgu muda la. Patut la ibu-ibu sekarang ni suka kalau dapat menantu cikgu haha!

Segak noh eshhhhh.. Ini kalau lecturer mintak nak buat kelas tambahan ke kelas malam ke mesti geng student lelaki laju je setuju haha. Sapa tak cair kalau cantik macam ni yang ajar kita.. Silap-silap sampai ke mimpi haha. Hat depan muka macam Mia Ahmad la.-TiraGomez/UtaraNews.com


SAO PAOLO - BRAZIL. Beratus-ratus penduduk sebuah kampung terpaksa mengelak dari terkena cahaya matahari akibat gangguan genetik Xeroderma Pigmentosum (XP). Menurut Mirror, 600 daripada 800 penduduk kampung Araras menghidap penyakit berkenaan, dimana kulit mereka rasa seperti 'dibakar' jika terkena cahaya ultra violet (UV).  Seramai 20 penduduk kampung tersebut mempunyai simptom penuh penyakit tersebut yang menyebabkan risiko untuk menghidap kanser kulit semakin tinggi.

Salah seorang daripada mereka, Djalma Jardin maut tidak lama selepas ditemuramah. "Saya rasa seperti dibakar matahari (jika keluar)," kata Jardin. Muka Jardin 'hangus' dimamah penyakit XP dan menyebabkan sebelah matanya buta. "Saya tidur dan keesokan harinya ada kesan (di muka) dan kesan tersebut semakin besar dan membutakan mata saya. "Jika saya ingin tidur, saya terpaksa menggunakan pita pelekat," katanya selepas salah satu kelopak matanya gagal berfungsi.

Selain itu, seorang abang dan kakak kepada Jardin juga menghidap penyakit sama. Pengembala tenusu, Deide juga 'kehilangan' sebahagian mukanya akibat penyakit XP. "Saya terpaksa jalani pembedahan untuk mengeluarkan palate mulut dan rahang kanan. "Tanpa menggunakan prosthesis (anggota tiruan), saya tidak mampu untuk bercakap," katanya lagi. Seorang peniaga, Gleice Machado yang tidak menghidap penyakit tersebut gagal mengenal pasti punca sebenar atau asal usul XP.

"Ada yang percaya ianya disebabkan STD (sexual transmitted disease). Ada yang kata ini adalah hukuman dari tuhan," kata Machado yang menggerakkan kempen untuk menyedarkan masyarakat setempat mengenai bahaya penyakit tersebut. Seorang ahli biologis genetik memberitahu beliau gagal mengenal pasti punca penyakit tersebut 'mengganas' di Araras. "Kami pergi ke kampung tersebut dan cuba mengenalpasti mutasi genetik yang mereka hidap," kata Dr Carlos Menck.

"Orang awam beranggapan ianya satu penyakit yang merebak, tetapi sebenarnya ia penyakit yang diwarisi," jelas beliau. Dr Carlos Menck juga orang yang bertanggungjawab memeriksa 600 penduduk yang menghidap penyakit tersebut. Penyakit tersebut tiada penawar dan doktor hanya mampu menasihati penghidapnya supaya mengelak cahaya matahari jika ingin terus hidup, lapor sinar harian

SHAH ALAM – Presiden Ikram Siswa Nasional, Marwan Abdullah menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai salah satu insentif kerajaan yang pelik. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-36 bertajuk ‘Kuasa Politik Baharu, Apa Anak Muda Mahu’, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam. Menurutnya, sebagai wakil NGO, beliau menghargai segala sumbangan kerajaan meskipun ada usaha tersebut yang tidak baik dan pelik. Malah katanya, BR1M umpama kerajaan memberikan ikan ke mulut rakyat.

“Tadi panel-panel cakap soal dasar awam panjang lebar. Saya selaku NGO, kita hargai segala sumbangan yang kerajaan berikan kepada kita. “Kita tidak nafikan sumbangan-sumbangan tersebut. Ada yang baik, ada yang tidak baik. Ada yang pelik, ada yang tidak pelik. “Kalau yang pelik sekali, BR1M lah. Dia bagi ikan tapi tak beri pancing. Tapi kita ambillah ikan itu kan?,” katanya.

Sebelum itu beliau ada melahirkan pendapat bahawa ruang untuk anak muda menyatakan hasrat mereka tidak cukup di pentas negara ini. “Kalau kita lihat pada perspektif mahasiswa, memang ruang itu tidak cukup. “Buktinya apa yang berlaku kepada pelajar UIA baru-baru ini yang telah digantung dua semester hanya kerana nak membawa Naib Presiden PKR ke dalam universiti,” katanya.

Selain beliau, wacana itu turut disertai Ahli Majlis Eksekutif Dapsy Kebangsaan, Dyana Sofya Mohd Daud; Exco Pemuda Umno, Rahman Hussin dan Exco Pemuda Harapan Baru, Faiz Fadhil. Moderator wacana kali ini akan dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, lapor sinar harian

PETALING JAYA : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberikan petua kepada Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14. Katanya, BN perlu menggunakan formula ‘SMPPSS’ iaitu berdoa dan berusaha ‘Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh dan Senja’. Menurutnya, BN juga boleh memberikan khidmat dengan menggunakan formula ‘KBSMM’ iaitu ziarah dan bantu ketika ‘kenduri, bersalin, sakit, malapetaka dan mati’.

“Dan kita boleh guna apa juga formula untuk memenangi jiwa dan minda rakyat. Selesaikan masalah rakyat dan jangan malas untuk bertemu dengan rakyat. “Namun, tidak akan ada perkara yang positif boleh dicapai dengan berfikiran yang negatif,” tulisnya di blog www.ahmadmaslan.my. Ahli Parlimen Pontian menambah, BN juga perlu terus mempunyai 4S iaitu ‘Setia, Sepakat, Strategi dan Sungguh-sungguh’ dalam perjuangan.

Kita perlu terus mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan untuk menang?,” soalnya Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu mengakui hakikat bahawa UMNO dan BN kini sedang berhadapan dengan keadaan yang mencabar pada waktu ini namun masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan. “Dalam peperangan politik kita perlu memberikan harapan yang positif. Jika kita yang menjadi Jeneral Perang sentiasa menyebut yang negatif, contohnya dalam perang ini kita akan kalah. “Maka segala askar dan pejuang tidak akan ada semangat untuk menang, tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang,” katanya, lapor freemalaysiatoday.com

SEBUAH video yang memaparkan seekor ular berbahaya yang dilemaskan di dalam balang wain di China telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata masyarakat telah mengecam perbuatan keji dan kejam itu serta menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan. Insiden yang dipercayai berlaku di selatan China itu menunjukkan seekor ular beracun dimasukkan atau dilemaskan ke dalam sebuah balang yang berisi air wain untuk dijadikan minuman keras tradisional masyarakat di sana.

Ular berkenaan yang pada mulanya kelihatan tenang namun bergelut untuk melepaskan diri sebelum kaku dan mati di dalam balang tersebut. Menurut sumber, video asal tersebut telah ditonton lebih 340 juta sejak ia dimuat naik 10 hari lalu. Penghasilan wain ular ini dikatakan telah diusahakan sejak beribu tahun lalu. Masyarakat di sana mempercayai wain ular ini dapat menyembuhkan perlbagai jenis penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, sakit belakang serta meningkatkan stamina kaum lelaki, lapor Agensi/MYNEWSHUB.CC



JAKARTA: Pasukan penyelamat Indonesia tiba di lokasi nahas pesawat Trigana Air dipercayai terhempas.
Pasukan penyelamat sudah menjumpai sekurang-kurangnya 38 mayat setakat ini."Tiada mangsa yang selamat dijumpai," kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo. Bambang berkata helikopter turut dikerahkan ke kawasan pergunungan yang diliputi hutan tebal, lokasi pesawat tersebut dipercayai terhempas di Papua, wilayah timur Indonesia untuk memulakan operasi membawa keluar mayat.

Terdahulu, pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, Trigana Air itu terputus hubungan dengan menara kawalan pada Ahad, kira-kira setengah jam selepas berlepas dari ibu kota wilayah Papua, Jayapura. Pesawat yang melakukan operasi mengesan pesawat yang membawa 54 penumpang itu terhempas di kawasan pergunungan. Namun operasi menyelamat yang ditangguhkan pada Isnin akibat kabus tebal diteruskan semula pada Selasa, lapor mstar online

PETALING JAYA: Sembilan pelajar dari sebuah sekolah menengah di Terengganu telah ditahan untuk membantu siasatan kes buli seorang pelajar dari sekolah yang sama. Mereka ditahan polis susulan rakaman video menunjukkan mangsa dipukul telah disebarkan di Facebook dan menjadi viral Berdasarkan maklumat di Facebook, kejadian buli itu membabitkan pelajar dari Sekolah Menengah Sultan Ahmad, Kuala Terengganu.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan tarikh kejadian itu berlaku. Dalam rakaman video itu, kelihatan sembilan pelajar menumbuk dan menyepak mangsa dan rakaman itu dipercayai diambil oleh rakan sembilan suspek itu. Video tersebut dikongsi laman Facebook Pencuri Movie, lapor freemalaysiatoday.com

buli
Hmm lama x sebar video budak2 kena buli.. nah admin payung sekeping update terkini moral budak2 zaman sekarang.. SMK Sultan Ahmad , Terengganu
Posted by Pencuri Movie on Monday, 17 August 2015



SEORANG suami ditinggalkan isteri selepas dia bertindak membuat tatu berbentuk kemaluan di bahagian pehanya. Portal Mirror melaporkan Stuart Valention, 34, membuat lakaran tatu itu sebagai gurauan ketika mabuk tetapi akhirnya memakan diri.  Isterinya, Samantha, 35, berkata, dia tidak menerima keadaan tersebut selepas mereka terpaksa membatalkan percutian keluarga dan aktiviti renang bersama anak perempuan mereka, Ayla yang berusia tiga tahun.

Stuart yang berasal dari Southsea, Hampsire, berkata: "Isteri saya bencikannya (tatu). Bila difikirkan semula, saya tidak terkejut kerana ia merupakan tindakan paling bodoh yang pernah saya lakukan. "Selepas saya buat tatu, keesokan paginya isteri menjerit terkejut kerana terdapat 'kemaluan' yang besar di sebalik selimut. Dan ia adalah tatu di bahagian kaki saya. "Ia berakhir begitu, dan isteri saya sekarang menghalau saya keluar dari rumah. Saya patut diperlakukan seperti itu," kata Stuart, lapor mstar online

 PENJAGA gol Manchester United, Sergio Romero menafikan bahawa Sergio Aguero pernah meniduri isterinya, Eliana Guercio. Penjaga gol uatama United itu membuat penafian berkenaan kepada sebuah saluran televisyen selepas Eliana didakwa pernah bersama penyerang Argentina berkenaan. Romero dan Aguero merupakan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Argentina. Romero yang diikat United pada musim ini turut menafikan bahawa dia bermusuhan dengan Aguero selepas kejadian tersebut sejak 2006.

Romero berkahwin dengan Eliana pada 2008 iaitu tahun yang sama Aguero mendirikan rumah tangga dengan anak perempuan lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona. Perkahwinan Romero masih kekal sehingga kini dengan dikurniakan dua cahaya mata manakala usia rumah tangga Aguero hanya bertahan selama setahun. "Saya mempunyai isteri yang hebat dan keluarga terbaik. Tidak baik apabila seseorang bercakap sesuatu seperti ini. "Saya juga berkawan dengan Aguero sejak 10 tahun lalu, bayangkannya. Dengar...kami adalah kawan," kata penjaga gol berusia 28 tahun itu, lapor mstar online


Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand malam tadi. Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok. Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal. Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu.

Ketua Polis Thailand Jeneral Somyot Poompanmouag berkata kemungkinan warga China dan Filipina adalah antara 16 orang yang terkorban akibat letupan bom itu. Sumber polis lain pula berkata mangsa mungkin termasuk pelancong dari Jepun dan Hong Kong. Somyot kemudian mempengerusikan satu mesyuarat di ibu pejabat polis selepas melawat kawasan letupan itu.
  
Sebelum ini, beliau berkata letupan itu disebabkan oleh bom TNT. Laporan yang belum disahkan daripada sumber polis menyatakan mungkin ada dua lagi bom yang tidak meletup, yang membayangkan  bahawa pihak yang bertanggungjawab mahu mencetuskan kemusnahan besar. Sehingga 9.30 malam waktu tempatan, seramai 82 orang disahkan cedera, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan (EMS) Pentadbiran Metropolitan Bangkok. Ia memperoleh angka itu dari 15 buah hospital di sekitar. Bangkok. Bagaimanapun, ia tidak dapat mengesahkan jumlah mereka yang terbunuh. Persimpangan Ratchaprasong di bahagian tengah Bangkok menjadi lokasi protes jalanan oleh kumpulan Baju Merah pada 2010 dan PDRC (Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat) diketuai Suthep Thuaksuban pada 2014, yang akhirnya mencetuskan rampasan kuasa tentera dan penggulingan bekas perdana menteri
Yingluck Shinawatra.
  
Walaupun pengeboman berlaku tidak jauh dari Stesen Chitlom yang menyediakan perkhidmatan Keretapi Bangkok yang dikenali sebagai 'skytrain', namun perkhidmatan itu masih diteruskan. Timbalan jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Weerachon Sukhonthapatipak berkata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha telah pun dimaklumkan mengenai letupan bom itu dan mengarahkan Pasukan Pemusnah Bom dikerah ke kawasan itu. Beliau berkata setakat ini, tiada rancangan untuk menutup sekolah-sekolah dan bank-bank yang terletak berhampiran kawasan itu, lapor bernama/ malaysiakini.com


MASIH ingatkah anda dengan pelacur bernama Zara XXX yang sebelum ini pernah menggemparkan negara dengan aktiviti pelacuran yang dijalankannya secara terbuka di media sosial. Pendedahan aktiviti tidak bermoral yang dilakukannya demi mencari sesuap rezeki mula dihebahkan selepas Zara mengambil keputusan mendedahkan identiti Datuk yang melanggannya tapi tak habis melunaskan hutang mereka terhadap perkhidmatan yang sudah diberikannya.


 Terbaharu gadis berbadan gebu ini sekali lagi mendedahkan identiti seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang masih lagi berhutang sebanyak RM5,000 dengannya. Segala perbualan lucah yang dibualkannya bersama lelaki bergelar Datuk R itu dipaparkan menerusi laman blognya, The Diary of Black Widow. Menurut Zara, Datuk R yang mengakui dirinya merupakan seorang bujang telah mengugut Zara walaupun yang berhutang dengannya adalah Datuk itu sendiri. Tidak takut dengan ugutan Datuk itu, Zara pula memainkan peranannya dalam ‘permainan’ ugut-ugutan ini apabila dia mengugut untuk mendedahkan kelibat Datuk itu yang pernah berkunjung ke kediaman mewah wanita itu menerusi kamera litar tertutup di kawasan kejiranannya.Nah bacalah sendiri perbualan ‘jijik’ di antara Zara dan pelanggannya yang dikatakan masih lagi berhutang dengan dirinya, lapor MYNEWSHUB.CC


Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget