2015-08-09

Keputusan Perlawanan Liga Super 15 Ogos 2015.
Seperti yang sedia maklum, perlawanan ke 20 saingan liga super 2 015 menyaksikan 6 perlawanan akan berlangsung pada 15 Ogos 2015 di arena masing-masing. Perlawanan pada 15 Ogos 2015 menyaksikan 6 perlawanan akan berlangsung malam ini di antaranya ialah Kelantan vs JDT, Perak vs Pahang, Lions XII vs Selangor, ATM vs Sarawak, Felda United vs Terengganu dan PDRM vs Sime Darby.



KEPUTUSAN PENUH
Kelantan 4 – 1 JDT
Perak 1 – 1 Pahang
Lions XII 1 – 1 Selangor
ATM 1 – 1 Sarawak
Felda United 1 – 0 Terengganu
PDRM 1 – 1 Sime Darby

PETALING JAYA: Masih ramai wartawan yang percaya kepada kebenaran, mempunyai harga diri dan berani bersuara walaupun berada dalam keadaan tertekan. Komentar Ku Seman Ku Hussein dalam ruangan tetapnya di Mingguan Malaysia antara tulisan yang mewakili kelompok itu. Keberaniannya mengulas telah menggemparkan kalangan penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak apabila Ku Seman menolak wang RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun Najib adalah wang UMNO.

Hujahnya, jika ia wang parti sudah tentu telah di ketahui oleh pemimpin penting UMNO yang lain.
Bagi bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Zainudddin Maidin, tulisan Ku Seman adalah sejarah pengulangan keberanian wartawan Utusan Malaysia yang tidak gentar bersuara sejak lebih 50 tahun lalu.

“Utusan sekarang sedang berhempas pulas berjuang untuk mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tetapi dalam pada itu, Ketua Pengarangnya yang bijaksana, tidak dapat menahan kebangkitan dari dalam akhbar itu yang mendedahkan perasaan sebenar di sebalik sokongan yang diperbesarkan,” tulisnya di zamkata.blogspot.com.

Menurut Zainuddin atau Zam, setakat ini belum diketahui lagi nasib Ku Seman, walaupun telah heboh mengatakan beliau dipecat. Jelasnya lagi kebangkitan dari dalam ini telah juga disertai oleh beberapa orang anggota kanan Jabatan Pengarang Utusan Melayu lainnya dan ramai lagi yang sedang memendam rasa pastinya akan turut bersuara sama ada dari dalam atau dari luar.

“Setakat ini yang telah bersuara secara sinis, ialah Penulis Kolum Cuit Cuit yang terkenal, Datuk Zaini Hassan yang juga ketua kepada persatuan bekas-bekas pelajar UiTM yang mempunyai ribuan anggota. Seorang lagi Pengarang Kanan yang juga kolumnis terkemuka Utusan Zulkfili Bakar,” tulis Zam sebelum mengakhiri blognya, lapor freemalaysiatoday.com

PETALING JAYA: Wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi terbitan TV3, dikatakan telah digantung tugas selepas memuat naik status dan gambar di laman Instagram yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis tiada pengesahan rasmi daripada Media Prima berhubung laporan itu.

Sebelum ini, Zuan Azmi yang lebih dikenali Zuanbikinpanas dalam program hiburan berkenaan memuat naik sekeping gambar Najib yang telah diedit. Menyedari kesilapan yang dilakukan, dia kemudian memohon maaf. “Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri @najib_razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu,” tulisnya di laman Instagramnya.

Jelas Zuan lagi, gambar yang dimuat naik itu bukan yang dihasilkannya tetapi telah diedit oleh orang lain. Dia mendakwa diperolehinya daripada Whatsapp. “Caption “Amboi posing takmau kalah no” juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara,” jelasnya, lapor freemalaysiatoday.com

Live streaming dan keputusan JDT Vs Kelantan 15 Ogos 2015 secara online. Siaran langsung aksi liga super antara Kelantan lawan JDT akan bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan bermula pada pukul 8.45 malam. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penonton yang ingin menyaksikan secara live streaming, berikut adalah pautan live Kelantan vs JDT Liga Super 2015.
 
Live Streaming Kelantan Vs JDT 15.8.2015 Online
Server 1: TV3

Jadual Siaran Kelantan Vs JDT Liga Super 2015
Tarikh: 15.8.2015 (Sabtu)
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Stadium Sultan Muhammad IV
Siaran Rasmi: TV3
Teruskan Membaca:

PETALING JAYA: Pelakon veteran dan juga pelawak, Shafiee Jaafar meminta pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya dia telah meninggal dunia supaya berhenti daripada menyebarkan berita itu. Dia yang lebih mesra dipanggil Uncle Pie, 84, memberitahu Berita Harian, kecewa dan sedih kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkkan fitnah kematiannya.
Katanya, dia tidak mengerti tentang tujuan dan matlamat berita itu disebarkan.

“Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini,” katanya di Hospital Kepala Batas (HKB), pada Jumaat. Shafie dimasukkan ke HKB, jam 2 pagi Khamis, selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau menyebabkan seluruh badannya menggigil. Dia masih lagi dirawat dan mendapat pengawasan pihak doktor kerana dimaklumkan bahawa paru-parunya dijangkiti kuman, lapor freemalaysiatoday.com

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Said sanggup bersumpah bagi membuktikan bahawa dakwaan 1MDB cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu adalah benar. Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, Sultan Terengganu. Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud pun sedia maklum perkara itu. “Saya bersumpah dengan nama Allah, Terengganu Investment Authority (TIA) mahu menjadikan hasil gas dan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya sedia bersumpah di mana saja bagi mempertahankan kenyataan ini,” katanya ketika berucap Persidangan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat.

Ahmad berkata, beliau sedia mendedahkan segala-galanya berkenaan TIA sebelum ditukar menjadi 1MDB apabila waktu yang sesuai.Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mei lalu, Ahmad mendedahkan TIA cuba mencagarkan hasil minyak Terengganu tetapi beliau menentangnya. Pendedahan Ahmad itu bagaimanapun dinafikan penyokong kerajaan. Ahmad dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering kelihatan dalam program yang dihadiri bekas Perdana Menteri, lapor freemalaysiatoday.com

Pengisian markah e-prestasi iaitu Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) merupakan satu perkara yang wajib setiap tahun. Ramai dikalangan warga guru sering bermasalah login e-prestasi pada saat-saat akhir. Bagi guru-guru yang belum melengkapkan penilaian markah e-prestasi ini, sila berbuat demikian di laman berikut secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan.


LOGIN E-PRESTASI GURU KPM
Laman pengisian markah e-prestasi untuk warga guru boleh di capai DISINI , Manakala manual penggunaan e-prestasi (Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP) ) boleh dicapai DISINI.

Semoga dapat melengkapkan pengisian markah e-prestasi iaitu Penilaian Bersepadu Pegawai perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) pada masa yang telah ditetapkan.

ADUAN E-PRESTASI
Sekiranya anda mempunyai aduan atau sebarang masalah yang berkaitan dengan e-prestasi, anda boleh mengemukakan aduan atau sebarang pertanyaaan anda melalui email atau telefon. Emailkan aduan atau pertanyaan anda ke aduan.eprestasi@moe.gov.my . Anda juga boleh menghubungi talian 03 8317 9000 untuk respond yang cepat pada waktu pejabat. Berikut pula merupakan alamat rasmi surat menyurat yang berkaitan dengan e-prestasi.

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
ARAS 1, BLOK 2250, CYBER SQUARE 2,
OFF PERSIARAN MULTIMEDIA CYBER 6,
63000 Cyberjaya, Selangor

UPDATE TERKINI
MODUL PERTUKARAN DITUTUP SEMENTARA - 20 July 2017 
Modul pertukaran ditutup sementara waktu bagi tujuan penambahbaikan modul. Modul akan diaktifkan semula pada 26hb Julai 2017. Maaf atas kesulitan yang dihadapi

PENILAIAN TELAH DIBUKA - 07 April 2017
Penilaian pertama telah dibuka. Pegawai Penilai yang dilantik boleh semak paparan borang markah PYD masing-masing dan pastikan jenis instrumen adalah bertepatan dengan bidang tugas PYD.

KEPUTUSAN PBPPP 2016 - 19 January 2017
Semua PPP yang dinilai menggunakan PBPPP bermula 2016 akan dapat melihat markah masing-masing melalui slip keputusan dalam sistem HRMIS 2.0. Sila muat turun tatacara melihat slip keputusan dalam HRMIS pada menu Manual Pengguna.

VIDEO: KAEDAH PENILAIAN DALAM PBPP 

Apakah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PBPPP?


Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan fungsi LNPT. Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan.

Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place).

Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.

VIDEO : LATARBELAKANG PENILAIAN PBPP 


Semoga maklumat mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PBPP) berguna kepada anda - badukan.com

PETALING JAYA: Rayuan maaf seorang warga emas dengan seorang penunggang motorsikal selepas terbabit dalam dengan insiden di atas jalan raya tidak diendahkan. Sebaliknya lelaki berkenaan terus bertindak kasar dan menengking serta menghempas pintu keretanya. Keadaan cemas yang berlaku menyebabkan ahli keluarganya yang ada bersama ketakutan. Lebih memalukan tindakan lelaki berkenaan tidak menggambarkan tulisan yang tertera di bajunya ‘the sunnah the better’. Aksi ganasnya kemudian dirakam dan dimuat naik di laman Youtube. Dalam rakaman audio kedengaran rayuan penumpang supaya mereka tidak diapa-apakan, lapor freemalaysiatoday.com

BERITA PALSU:
Isnin lalu, heboh dalam laman sosial berkaitan dua pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun yang ditahan polis bersama sepucuk pistol dipercayai milik mereka. Dalam serbuan jam 1 petang itu, polis dari Balai Polis Rahang dikatakan menahan dua pelajar sekolah di asrama pelindungan di Gedong Lalang, Ampangan. Penahanan dua pelajar itu berdasarkan hasil maklumat pengadu yang tidak mahu mendedahkan namanya.

Polis dikatakan merampas sepucuk pistol berwarna silver dan hitam, Colt 380 Auto Mustang Pocketlite dengan kelopak peluru bersama beberapa butir peluru. Kedua-dua pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Rahang dan kes disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960.

FAKTA:
Polis meminta orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan berhubung kejadian dua remaja yang dikatakan mencuri pistol di sebuah rumah perlindungan di Ampangan, di sini, Isnin lalu bagi tujuan melakukan jenayah. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, berita yang sudah menjadi viral dalam laman sosial itu tidak tepat.

“Saya ingin perbetulkan fakta kejadian tersebut. Polis mendapati kejadian itu disebabkan kecuaian pengasas pusat perlindungan yang meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin. “Disebabkan itu, ia membuka peluang kepada remaja terbabit mencuri apabila ternampak sebuah beg bimbit yang diletakkan dalam kereta itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu hanya kes kecurian biasa kerana pada mulanya suspek mahu mencuri wang.“Bagaimanapun, mereka tidak sangka terdapat pistol dalam kereta dan mengambilnya. Ia bukan bertujuan melakukan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, semalam.

Jaafar berkata, disebabkan kecuaian itu, polis siasat dan akan mendakwa pemilik senjata berusia 50-an itu di mahkamah. “Remaja berkenaan bagaimanapun sudah diikat jamin,” katanya yang menjelaskan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960, lapor sinar harian.com .my

Ringgit terus menunjukkan kejatuhan hari ini walaupun perdana menteri semalam telah memberikan jaminan untuk menanganinya dengan sedaya upaya malam tadi. Setakat jam 11.10 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.1223 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS), penurunan 2.3 peratus daripada indeks pembukaan. Tahun lepas ia mencapai nilai tinggi RM3.1415 untuk setiap dolar.

Setelah lama berdiam diri, Datuk Seri Najib Razak semalam bersuara ketika nilai ringgit berada pada tahap RM4 untuk sedolar AS. Najib cuba menenangkan keadaan dengan memberi jaminan untuk berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah itu. Beliau juga mengingatkan laporan terkini Bank Negara Malaysia bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan stabil dengan kadar pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua 2015.

Najib mengenal pasti beberapa masalah berkaitan kejatuhan nilai ringgit, termasuk menyalahkan “spekulasi politik keterlaluan”. Masalah lain digariskan termasuk kesan penurunan matawang China, penurunan harga komoditi serta jangkaan AS akan menaikkan kadar faedah, lapor malaysiakini.com


Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan rakan setugas mereka di Khemah Pos Tentera, Felda Sahabat 22, dekat Lahad Datu, tengah malam Rabu. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata, dalam kejadian pada 12.30 tegah malam itu anggota yang terbunuh dikenali sebagai Koperal Raju Karno Rano Karno, 30, manakala anggota yang cedera dikenali sebagai Koperal Julian Anak Janang.

Katanya, Raju Karno yang mengalami kecederaan di bahagian leher meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Julian mengalami kecederaan di bahagian paha. "Kejadian itu bermotifkan salah faham dan tidak ada unsur-unsur melibatkan serangan pihak luar. Suspek beranggapan dirinya telah dipulaukan oleh rakan-rakannya lalu mengambil tindakan melepaskan tembakan rambang," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Awang Sahari, suspek berumur 22 tahun itu telah ditahan manakala sepuncuk senapang M4 Carbain serta satu kelopak mengandungi 22 butir peluru hidup dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor mstar.com.my

PETALING JAYA: Seorang guru wanita bertindak berani melawan penyamun yang di sebuah kedai serbaneka di Pagoh, Muar. Dia bertekad untuk bergelut sebaik beg tangannya cuba dirampas suspek. Dalam kejadian pada jam 6.42 pagi Rabu, kelihatan seorang lelaki memasuki premis berkenaan dan kemudian cuba meragut beg tangan guru berkenaan yang ketika itu berada di kaunter. Dia yang enggan menyerah kemudian bertindak melawan.

Berdasarkan visual rakaman litar kamera tertutup (CCTV), dua pekerja kedai berkenaan kelihatan tergamam dan mula cuba bertindak selepas mangsa jatuh selepas bertarung dengan lelaki itu. Dia mengalami kecederaan dikepala dipercayai akibat terkena senjata tajam yang digunakan untuk merampas beg tangannya.Suspek kemudian berjaya melarikan dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi warna hitam yang menunggu di tepi jalan bersama beg tangan.

Selain mengalami kecederaan, mangsa turut menanggung kerugian RM700 dalam kejadian berkenaan. “Ni kalu penyamun tu kena tangkap pastu kena balun balik ngan parang dia bawak tu..mesti ada yg kata “kesiannya..kena pukul mcm tu skali..bw je la p balai” keh3x….hurmmmm. “Apapun tahniah buat cikgu tu, berani lawan blk walaupon berisiko like emoticon semoga cepat sihat,” tulis Mohd Faiz Mohd Khalid, lapor free malaysia today

Rakaman CCTV: Kerana RM700, wanita kena tetak
Gara-gara mahu menyelamatkan beg tangannya yang mempunyai RM700, seorang wanita yang sedang membeli-belah di sebuah kedai serbaneka di Pagoh, Muar, baru-baru ini ditetak oleh seorang lelaki.Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu dilihat sedang berada di kaunter untuk membayar barangan sebelum seorang lelaki tiba-tiba meluru dan cuba merampas beg tangannya. Wanita yang cuba melawan itu kemudiannya ditetak dan dilaporkan luka.Lagi Video Like -- Friends Of PDRM
Posted by Friends Of PDRM on Thursday, 13 August 2015

KUALA LUMPUR: Michael Learn Rock (MLTR), Kumpulan pop rock terkenal di Denmark, dijangka akan membuat persembahan pada konsert pada Mega Star Arena, Kuchai Lama sempena sambutan ulang tahun ke-25 kumpulan itu.  Pengurus jabatan antarabangsa Warner Music Dawn Benedict berkata kesemua 4,000 tiket untuk esok dua hari konsert dan Sabtu telah habis dijual. "Oleh kerana permintaan peminat MLTR , kami telah melanjutkan persembahan hingga Ogos 15. Peminat bukan sahaja dari muzik generasi peminat tahun 1990-an, tetapi juga merangkumi belia hari ini dan berumur seawal usia 15 tahun," katanya kepada Bernama, lapor bernama

PETALING JAYA: Hasrat seorang pelanggan untuk menikmati makan malam tidak kesampaian selepas dia menerima makanan busuk dan basi. Menurut Shafiq Fadhly dia memesan melalui talian makanan daripada sebuah rangkaian makanan segera pada jam 7.41 malam. Bagaimanapun selepas setengah jam menunggu, dia menelefon semula untuk memeriksa makanan yang dipesannya tetapi tidak dilayan.

Bagaimanapun satu setengah jam kemudian pengurus cawangan berkenaan menggunakan telefon bimbit untuk menghubunginya dan memaklumkan pekerjanya yang bertanggungjawab untuk menghantar pesanan terbabit dalam nahas jalan raya.

Dia kesal kerana pengurus berkenaan mengambil masa lama untuk menghubunginya dan dengan acuh tidak acuh memberitahunya ia akan mengambil masa sejam lagi jika ingin meneruskan pesanan makanan.Dia yang kelaparan menyatakan persetujuan dan menerima makanan berkenaan pada jam 9.50 malam.

Bagaimanapun sebaik ingin menjamahnya, dia terkejut kerana ia tidak seperti yang diharapkan. Bagi meluahkan rasa terkilannya, Shafiq berkongsinya di laman Instagram dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang bersimpati dengannya, lapor freemalaysiatoday.com

Berita palsu terkini dakwaan Hazami meninggal dunia pada 13 Ogos 2015. Menerusi laman sosial, kini kecoh dengan dakwaan penyanyi yang popular dengan lagu Winter Sonata meninggal dunia pada awal pagi Khamis. Menurut Hazami ketika dihubungi, beliau masih lagi bernafas dan menafikan dakwaan sudah meninggal dunia. Terhadahulu, Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana akibat mengalami pendarahan usus pada awal bulan Ogos 2015.

Berita Palsu Terkini Hazami Meninggal Dunia 13.8.2015
Khabar yang disebarkan menerusi laman sosial yang mendakwa Hazami telah meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.





KOTA BHARU – Padah buat seorang pemuda yang bertindak peluk, cium serta meninggalkan gigitan cinta pada seorang remaja berusia 15 tahun, dia dihukum denda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.

Denda diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin terhadap Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa tersebut di alamat Jalan Pasir Hor, di sini, pada jam 1 pagi, 5 Disember tahun lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa dijemput tertuduh dengan menaiki motosikal dan dibawa ke rumah tertuduh. Pada masa mangsa berada di dalam bilik tertuduh, tertuduh memeluk, mencium pipi dan membuat gigitan cinta pada leher mangsa.

Tertuduh menceritakan hal itu kepada ibunya dan pengadu kemudian membuat laporan polis.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam, Wan Mohd Ikram Wan Ibrahim memohon mahkamah mengenakan hukuman denda ringan berikutan tertuduh sudah mengaku salah tanpa sebarang paksaan.

“Tertuduh tidak bekerja dan masih ditanggung bapanya. Tertuduh juga faham sebab dan akibat daripada pengakuan salah yang dibuat. Ini juga kesalahan pertama dan dia insaf serta menyesali perbuatan itu,” katanya.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan, sekiranya denda itu gagal dijelaskan, lapor sinarharian.com

Berita palsu isu botol minuman atau produk Upin dan Ipin mengandungi dadah jenis ketamin. Menerusi laman sosial, kecoh dengan penyebaran dakwaan kononnya produk minuman jenama Upin Ipin disahkan positif dadah jenis ketamin. Bagaimanapun, pihak produksi Upin Ipin menerusi laman facebook rasminya menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya, mesej viral berkaitan dengan Air Upin & Ipin yang mengandungi bahan yang terlarang adalah berita palsu semata-mata. Terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab menggunakan Air Upin dan Ipin bagi mengaburi pihak berkuasa.

Berita palsu isu botol minuman atau produk Upin dan Ipin mengandungi dadah jenis ketamin. Menerusi laman sosial, kecoh dengan penyebaran dakwaan kononnya produk minuman jenama Upin Ipin disahkan positif dadah jenis ketamin. Bagaimanapun, pihak produksi Upin Ipin menerusi laman facebook rasminya menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya, mesej viral berkaitan dengan Air Upin & Ipin yang mengandungi bahan yang terlarang adalah berita palsu semata-mata. Terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab menggunakan Air Upin dan Ipin bagi mengaburi pihak berkuasa.


KUALA LUMPUR : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengulangi kenyataan bahawa penurunan nilai Ringgit baik untuk pelancongan negara. Katanya, ini adalah masa sesuai pelancong asing melabur wang di negara ini dan pelancong tempatan pula lebih memilih untuk melancong dalam negara. “Penurunan mata wang Ringgit baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri. Apabila wang kita lemah, adakah anda pergi ke London? Di mana anda membelanjakan wang anda?

“Anda akan membelanjakan wang anda di Port Dickson dan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan kali keempat di Muzium Negara pada Selasa. Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, hanya orang gila sahaja tidak akan memahami apa yang diperkatakannya. 
“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan,” katanya.Nilai ringgit terkini USD1 bersamaan dengan RM3.98, lapor free malaysia today

Ringgit meneruskan penurunannya pada jam 5 petang ini, mencecah paras 4.0 berbanding dolar AS, buat pertama kalinya sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lepas. Unit tempatan itu disebut harga 1.96 peratus lebih rendah pada 4.0375/0415 berbanding dolar AS daripada 3.9600/9630 pada 5 petang semalam, lapor Bernama.Pada 7 Januari, 1998, mata wang tempatan jatuh ke paras paling rendah pada 4.88 berpunca daripada spekulator mata wang semasa krisis tersebut, yang menyebabkan kerajaan mengambil tindakan drastik untuk menambatnya kepada 3.80 berbanding dolar hampir tujuh tahun.

Sementara itu, Bernama melaporkan pengeksport digesa untuk melindung nilai ringgit dengan lebih kukuh apabila mata wang tempatan itu mencecah paras psikologi 4.0 berbanding dolar AS, hari ini. Pedagang korporat di bank-bank tempatan mula menggesa pengeksport Malaysia untuk menimbang melindung nilai paras ringgit sekarang, yang dikatakan paras terbaik eksport berbanding dolar AS.

Pengeksport Malaysia yang memperoleh hasil mereka dalam dolar AS meraih keuntungan baik berikutan pengukuhan dolar AS, namun oleh kerana penurunan nilai ringgit mungkin hanya sementara, mereka disyorkan untuk melindung nilainya bagi mengekalkan paras terbaik eksport, kata seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan.

"Apa-apa sahaja di atas 4.0 adalah menarik, jadi lindunginya. "Pengeksport boleh memilih produk seperti mata wang hadapan dan opsyen yang biasanya dijual oleh bank-bank untuk melindung nilai kadar pertukaran yang bergerak, daripada hanya sekadar berharap pertukaran asing sentiasa memihak kepada mereka," katanya kepada Bernama.

Para pedagang pasaran mata wang berkata penurunan nilai ringgit sekarang berbanding dolar AS adalah disebabkan kebimbangan akan lebihan bekalan minyak mentah global, dengan setiap penurunan di penanda aras West Texas Intermediate (WTI) dan Brent meningkatkan momentum jualan mata wang ekonomi sedang pesat membangun yang dikaitkan dengan eksport minyak mentah.

Ringgit juga berdepan cabaran lain -- penurunan harga bon kerajaan, isu berkaitan dana negara 1Malaysia Development Bhd, dan yang paling terbaru penurunan nilai yuan China, kata seorang peniaga kanan, lapor malayskini.com


Isu salah seorang peserta Akademi Fantasia 2015 iaitu Sufi yang pernah mendedahkan kisah didera secara seksual oleh bapa tirinya tidak akan menjejaskan kedudukan dia dalam program tersebut.Pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim berkata, selagi Sufi mampu memberi persembahan yang baik dan menarik tumpuan peminat untuk kekal dalam program tersebut, pelajar berkenaan akan berjaya tanpa melibatkan isu-isu peribadi.

“Saya tak tahu tentang masalah peribadinya (Sufi) yang sedang berbangkit tetapi saya lihat nilai pada bakat yang ingin ditunjukkannya.“Saya percaya setiap peserta mempunyai masalah personaliti dan peribadi. Bagi saya kita kena tahu ada masanya cerita-cerita peribadi bukan semuanya enak didengar. Artis profesional pun sama.

“Tetapi saya percaya, kalau persembahan nyanyian bagus, mereka boleh berjaya. Apa yang saya boleh katakan, biar peminat yang membuat keputusan (sama ada mahu kekalkan Sufi atau tidak),” katanya kepada mStar Online.

Pada Mac lalu, Sufi yang merupakan peserta AF 2015 dari Singapura membuat pengakuan peribadi dengan media di negara itu pernah diliwat bapa tirinya, Muhammad Arif Dollah. Pendedahan itu dilakukan selepas penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian membuat laporan polis di Singapura kononnya menjadi mangsa gangguan seksual Muhammad Arif yang juga pengurusnya. Bagaimanpaun Muhammad Arif, 30, dalam mStar Online pada 20 Mei lalu mendakwa bekas  anak tirinya itu bersekongkol dengan Tegar membuat tuduhan itu tanpa bukti yang sah. Sementara itu, Edry berkata, walaupun dia mengambil sikap tidak mengendahkan isu tersebut, dia berharap perkara itu tidak menjejaskan AF 2015. Edry berkata, dia yakin, peserta AF pada kali ini mempunyai bakat yang luar biasa dan persembahan mereka dilihat lebih baik berbanding musim-musim sebelumnya.

“Walaupun pertama kali membuat persembahan pentas, para pelajar menunjukkan prestasi seperti sudah berada pada minggu ke lapan. “Saya lihat antara yang cemerlang termasuklah Sufi, Syamel dan Bila. Semua pelajar perlu menunjukkan persembahan yang terbaik kerana saingan mereka cukup hebat.“Mungkin dalam 99 peratus pihak pengajar boleh bantu mereka. Satu peratus lagi mereka perlu bijak menarik perhatian penonton suka dengan mereka,” ujarnya, lapor http://sensasimalaysia.com

Pelakon Almy Nadia mengambil pendekatan cukup diplomasi apabila diajukan mengenai cerita paparan skrin perbualan di aplikasi WeChat di antara lelaki yang menggunakan gambar dan nama suaminya, Fizz Fairuz dengan pelakon baharu Fara Mendoza. Menerusi perbualan berkenaan, akaun WeChat yang menggunakan nama Fizz itu dilihat memuji bentuk badan wanita berkenaan.

Memetik sumber BH Online, Almy berkata:
“Saya hanya tergelak apabila membaca cerita itu. Saya nak buat apa setakat ini kerana selagi suami tidak menjelaskan perkara sebenar… saya tak boleh beri komen lebih. “Tapi kita tak boleh cepat buat kesimpulan dalam hal sebegini kerana dunia teknologi sekarang memungkinkan apa sahaja terjadi untuk menjatuhkan maruah mahupun memporak-porandakan hidup orang,” katanya.

Almy mengakui rakan media bertalu-talu menghubunginya kerana masih tidak dapat berhubung dengan Fizz untuk mengulas perkara itu.
“Sejak zaman dahulu, sampai sekarang saya sudah ada anak pun…memang kalau ada isu membabitkan Fizz, saya juga yang akan terpalit dan dicari. Sejujurnya saya tak boleh nak komen banyak kerana sebaik-baiknya tanyalah Fizz dulu. “Selidik dulu, cari perempuan berkenaan dan tanyalah sesiapa yang berkait rapat dengan isu ini termasuk Fizz sendiri. 

“Apa yang saya tahu Fizz tengah tidur di rumah kerana keletihan menjalani penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang di samping Syarul Ridzwan, Abam Bocey dan Emma Maembong,” katanya, lapor http://sensasimalaysia.com



Keputusan terkini Liga Super Malaysia pada 12 Ogos 2015. Malam ini akan berlangsung 5 perlawanan membabitkan Terengganu lawan Perak, Pahang lawan Kelantan, JDT lawan Lions XII, Selangor lawan ATM dan Sime Darby FC lawan Sarawak dalam aksi Liga Super Malaysia 2015. Kesemua perlawanan akan berlangsung bermula pada pukul 8.45 malam menerusi TV1 (Terengganu vs Perak), TV3 (Pahang vs Kelantan) dan TV9 (JDT vs Lions XII). Berikut adalah keputusan dan kedudukan terkini Liga Super Malaysia pada 12 ogos 2015.



Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 12 Ogos 2015

  • Terengganu [ 2 ] vs [ 1 ] Perak
  • Pahang [ 5 ] vs [ 3 ] Kelantan
  • JDT [ 1 ] vs [ 0 ] Lions XII
  • Selangor [ 3  ] vs [ 2 ] ATM
  • Sime Darby FC [ 1 ] vs [ 1 ] Sarawak


Live streaming Terengganu Vs Perak pada 12 Ogos 2015 secara online. Siaran langsung aksi Liga Super antara Perak lawan Terengganu akan bertempat di Stadium Sultan Mizan Kuantan pada 8.45 malam Rabu. Siaran eksklusif secara langsung turut disiarkan menerusi saluran TV1 bermula pada pukul 8.40 malam. Bagi penonton yang ingin menyaksikan secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online Terengganu vs Perak Liga Super 2015.

Live Streaming Terengganu Vs Perak 12 Ogos 2015 Liga Super
Jadual Siaran Terengganu vs Perak Liga Super 2015
Tarikh: 12.8.2015
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Stadium Sultan Mizan
Siaran Rasmi: TV1

Live streaming Pahang vs Kelantan pada 12 Ogos 2015 secara online. Siaran langsung aksi Liga Super menyaksikan pertembungan antara Kelantan lawan Pahang bertempat di Stadium Darul Makmur Kuantan pada pukul 8.45 Malam Rabu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada pukul 8.30 malam. Bagi peminat yang ingin menonton secara online, berikut adalah pautan live streaming online Pahang menentang Kelantan Liga Super 2015.

Live Streaming Pahang Vs Kelantan 12 Ogos 2015 Online
  • Server 1: TV3
Jadual Siaran Langsung Pahang Vs Kelantan Liga Super 2015
Tarikh: 12.8.2015
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Stadium Darul Makmur Kuantan
Siaran Rasmi: TV3

Live streaming Johor JDT vs Lions XII pada 12 Ogos 2015 secara online. Siaran langsung perlawanan Liga Super antara pasukan Johor Darul Tazim lawan Pasukan Singapura Lions XII kini bertempat di Stadium Larkin Johor Baharu pada 8.45 malam Rabu. Siaran eksklusif secara langsung turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada seawal pukul 8.30 malam. Berikut adalah pautan live streaming online JDT vs Lions XII Liga Super 2015.

Live Streaming JDT Vs Lions XII 12 Ogos 2015 Online
  • Server 1: TV9
Jadual Siaran Langsung JDT vs Lions XII Liga Super 2015
Tarikh: 12.8.2015
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin
Siaran Rasmi: TV9


E-Rayuan kemasukan UPU ke IPTA sesi 2015/ 2016 secara online. Seperti sedia maklum, keputusan UPU sudah diumumkan keluar pada 6 Mei 2015. Bagi calon yang gagal mendapat tawaran, talian e-rayuan akan dibuka mulai 15 Mei sehingga 25 Mei 2015 bagi calon lepasan SPM. Manakala bagi lepasan STPM/ Setaraf, talian semakan UPU sudah dibuka mulai 11 Ogos 2015 hingga 2 September 2015. Talian rayuan UPU bagi lepasan STPM akan dibuka pada 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015. Manakala keputusan rayuan UPU bagi lepasan STPM/ Setaraf boleh disemak mulai 6 hingga 12 September 2015.

Semakan Keputusan Rayuan UPU Sesi 2015/ 2016 (New)
Keputusan rayuan UPU 2015/ 2016 lepasan SPM mulai 12 Jun 2015. Manakala bagi lepasan STPM/ Setaraf akan diumumkan keluar mulai 6 hingga 12 September 2015.e-Rayuan UPU Ke IPTA Sesi 2015/ 2016 Online.  Sila layari: http://upu.moe.gov.my

Tempoh Rayuan UPU Sesi 2015/ 2016 (Lepasan SPM)
15 Mei 2015 sehingga 25 Mei 2015

Tempoh Rayuan UPU Sesi 2015/ 2016 (Lepasan STPM)
21 Ogos 2015 sehingga 31 Ogos 2015

Keputusan Rayuan UPU 2015/ 2016 Lepasan STPM
6 hingga 12 September 2015

Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf
17 September 2015

Semakan keputusan UPU atau IPTA sesi akademik 2015/ 2016 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan result UPU boleh disemak mulai 6 Mei 2015. Tarikh rasmi tersebut telah diumumkan oleh KPM.


Pengumuman Terkini Keputusan UPU 2015/ 2016
Semakan keputusan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2015/2016 untuk calon lepasan STPM/Setaraf boleh dicapai mulai 11 Ogos 2015 jam 12.00 PM sehingga 2 September 2015.

Semakan Keputusan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016 Online
Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/pendaratan.php  mulai 16 Mei 2015 (Lepasan SPM) dan mulai 11 Ogos 2015 (Lepasan STPM).

Tarikh Penting Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2015/ 2016
Keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA
  • 16 Mei 2015
Kemaskini maklumat permohonan fasa 2 lepasan STPM/setaraf
  • 1 hingga 6 Mei 2015
Keputusan Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA
  • Minggu ke-2 Mei 2015
Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf
  • 2 Jun 2015
Kemaskini fasa 2 pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi
  • 3 hingga 9 Jun 2015
Keputusan Rayuan SPM/Setaraf
  • Minggu ke-2 Jun 2015
Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf
  • 15 Jun 2015
Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti
  • 23 Jun 2015
Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST
  • 7 hingga 14 Julai 2015
Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf Menerusi UPU
  • Minggu ke-2 Ogos 2015
Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU
  • 1 hingga 2 September 2015
Keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf
  • 6 hingga 12 September 2015
Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf
  • 17 September 2015


Live streaming konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria. Siaran langsung AF 2015 akan bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad mulai 16 Ogos 2015. Manakala konsert penentuan AF 2015 bagi menentukan 12 pelajar Akademi Fantasia akan berlangsung mulai Ahad 9 Ogos 2015. Saksikan malam konsert AF 2015 menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Maya HD bermula pada pukul 9.00 malam setiap Ahad.

Live Steaming Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria.
Sila layari: http://www.youtube.com/user/aftalentaesb atau layari http://www.af.com.my
Jadual Konsert Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria
  • Masa: 9.00 malam
  • Tarikh: Setiap ahad mulai 9 Ogos 2015
  • Siaran: Astro Ria (104) dan Astro Maya HD
Jadual Diari Akademi Fantasia AF 2015 Astro Ria
  • Tarikh: Mulai 1 Ogos 2015
  • Masa: Setiap Isnin – Jumaat 9:00 Malam
  • Siaran: Astro Ria & Astro Maya HD
Senarai Tenaga Pengajar Dan Hos AF 2015
  • Hos Konsert Mingguan : Zizan Razak dan Faizal Ismail
  • Pengetua : Edry Abdul Halim
  • Pengarah Muzik Konsert : Acis
  • Guru Vokal : Shahrol
  • Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris : Fatimah Abu Bakar
  • Guru Tarian dan Kareografi : Linda Jasmine
  • Guru Seni Persembahan : Fauziah Nawi
  • Guru Pementasan : Que Haidar
sumber : astrogempak

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Sonata Musim Salju, Hazami dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas disahkan mengidap kanser usus. Menurut abangnya, Azahari Ahmad yang dipetik sebuah portal berita berkata, adiknya disahkan mengidap kanser dan kini terpaksa bergantung kepada darah tambahan yang dimasukkan ke dalam badannya. 
"Hazami sekarang tidak boleh kawal dirinya membuang air besar dan setiap kali dia terpaksa buang air besar, darah akan keluar. Itu yang kami pakaikan dia lampin. "Sebelum sampai di hospital pun dia sudah pitam kerana kehilangan banyak darah. Badan dia menjadi lemah ekoran penyakitnya itu," katanya lagi  
Tambah Azahari lagi, doktor terpaksa memasukkan kamera ke dalam badan Hazami untuk memeriksa apa yang terjadi terhadap ususnya, lapor sinar harian - sumber berita malaysia terkini

PETALING JAYA: Penyanyi dan juga komposer, Faizal Tahir menyifatkan kenyataan Khairy Jamaluddin yang berseloroh dengan mengatakan ‘menyokong sokong Liverpool sama seperti menyokong Pas kerana mereka tidak pernah menang’ sebagai lawak teruk dan bodoh. Menerusi laman Instagram, Faizal meluahkan rasa terkilannya dan tidak puas hati terhadap Menteri Belia dan Sukan dan membuat beberapa pesanan buatnya.

Tambah Faizal lagi, dia sedar dan hormat akan kelab yang disokong Khairy namun lawak Ketua Pemuda UMNO itu tidak masuk akal. “Mmm.. Tak cakap pun tak jadi. Pada saya ‘lawak’ dia jadi. Jadi bodoh. Please Sir, i believe we are better than this. We could all be better than this. Jangan biar anggota badan lain mengatasi akal,” tulis Faizal.Walaupun dia bukan penyokong Liverpool, Faizal ternyata kurang senang dengan kenyataan KJ itu.

Beberapa orang pengikut Faizal turut menyokong pendapatnya dan memberikan komen di Instagram yang rata-ratanya menghentam Khairy. Khairy membuat kenyataan itu ketika sesi Hard Talk With Khairy Jamaluddin sempena Persidangan Pelajar Malaysia ke-9 pada Ahad. “Saya minta maaf. Menyokong Liverpool sama seperti menyokong Pas, mereka tidak pernah menang,” kata Khairy, lapor free malaysia today - sumber berita malaysia terkini

KOTA BHARU:  Seorang pekerja kedai tayar mengaku tidak salah ketika dihadapkan atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan adik iparnya yang juga orang kurang upaya (OKU) di mahkamah sesyen, di sini, semalam. Tertuduh berusia 25 tahun itu didakwa melakukan persetubuhan dengan wanita lembam berusia 26 tahun, yang mana hubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum agama untuk berkahwin dengannya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Kepang Bukit Bakar, Baka, Machang, pada jam 5 pagi, 28 Mei lalu. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 30 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan. Susulan penafian tertuduh, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan tuduhan serius yang dihadapi.

Tertuduh yang beralamat di Kuala Besut, Terengganu dan tidak diwakili peguam itu bagaimanapun memohon jaminan dibenarkan. Mahkamah membenarkannya dengan jumlah ikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 September depan, lapor sinar harian - berita malaysia terkini

Semakan keputusan UPU ke IPTA sesi 2015/ 2016 lepasan STPM dan Setaraf. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2015/2016 untuk calon lepasan STPM/Setaraf boleh dicapai mulai 11 Ogos 2015 jam 12.00 PM sehingga 2 September 2015 jam 4 PM.



Semakan Keputusan UPU 2015/ 2016 Lepasan STPM

Tempoh Semakan
11 Ogos 2015 hingga 2 September 2015

Inilah Biodata Pelajar-Pelajar Rasmi Akademi Fantasia AF 2015. Semoga Berjaya

1. Sharul
Nama Penuh: Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman
Umur: 19
Asal: Negeri Sembilan

Profil Peribadi Sharul
  • Pernah menyertai Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan
  • Sekolah Pondok As-Sofa – Juara Qasidah Daerah Rembau –Juara berzanji Daerah Rembau – umur 12 tahun ke 14 tahun
  • Mula menyanyi pada umur 15 tahun – nasyid untuk acara sekolah
  • Memasuki pertandingan Tilawah Al-Quran – 15 tahun – mendapat nombor 4 daripada 12 orang – hafal Al-Quran sehingga juzuk 3
  • Melanjutkan pelajaran di UiTM Puncak Perdana – Diploma Pengurusan Kreatif – semester 2
  • Berasal dari keluarga berada tetapi sanggup bekerja memotong daging di Johor kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa
  • Ingin menyertai AF 2015 untuk mencuba bidang baru selain bola sepak – taknak mengharapkan ayah dan ibu

2. Iqwan
Nama Penuh: Muhammad Ikhwan Alif Salim
Umur: 20 tahun
Asal: Perak

Profil Peribadi Iqwan
  • Seorang pelajar tahun kedua jurusan Diploma Filem & TV di ASWARA
  • Keluarga berasal dari Ipoh, Perak – tetapi menetap di Petaling Jaya sejak 9 tahun yang lalu kerana tugas ibu dan ayah
  • Ibu dan ayahnya adalah anggota polis – ibu seorang Inspektor (Pulapol) dan ayah seorang Sarjan (IPD Sentul)
  • Anak bongsu dari 3 adik beradik – mempunyai 2 orang kakak
  • Ibu dan ayah mengharapkan Ikhwan mengikut jejak langkah mereka menjadi anggota polis
  • Minat menyanyi sejak kecil – keluarga gemar menghabiskan masa dengan berkaraoke di rumah
  • Gemarkan semua jenis muzik – terutamanya balada, rock dan pop

3. Syameel
Nama Penuh: Syameel Aqmal Mohd Fodzly

Umur: 22 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Profil Peribadi Syameel
  • Sedang menyambung pelajaran semester 1 di KLMU dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes
  • Datuk saudara merupakan gitaris kumpulan Headwind
  • Semasa duduk rumah nenek di Flat Sri Pulau Pinang, selaluazan di surau berdekatan.
  • Johan azan peringkat sekolah – Sekolah Agama Rakyat Bandar Tun Razak – 12 tahun – Johan Pertandingan Khutbah Peringkat Wilayah Persekutuan – umur 12 tahun
  • Pemenang SUERA 2015 anjuran EraFM
  • Membuat persembahan nyanyian untuk majlis konvokesyen di KLMU – selalu busking di Sogo, KL
  • Aktif bermain sukan – futsal, badminton dan ping pong
  • Berkebolehan bermain gitar dan kahoon
  • Pengaruh muzik dari artis seperti Bruno Mars dan Marc Anthony

4. Openg
Nama Penuh: Anthonasius Jadil
Umur: 23 tahun
Asal: Sabah
Profil Peribadi Openg
  • Seorang Petani – sawah padi kepunyaan keluarga
  • Kelebihan – Pandai bermain gitar dan boleh mengubah lagu, mempunyai lagu sendiri
  • Muzik – Sukakan lagu bergenre Rock Kapak
  • Tidak pernah memasuki apa-apa pertandingan menyanyi
  • Pendidikan – ambil SPM persendirian walaupun belajar hingga Tingkatan 2
  • Minat – Suka membaca majalah Solusi & Fokus
  • Keluarga – Anak sulung kepada 6 orang adik- beradik


5. Faroq
Nama Penuh: Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor

Umur: 23 tahun
Asal: Melaka
Profil Peribadi Faroq
  • Mempunyai 4 orang adik beradik – anak yatim piatu
  • Pesanan ibu sebelum meninggal – buat kerja yang menggembirakan walaupun bayarannya sedikit
  • Busker berbayar di bawah Perbadanan Sungai Pantai Melaka
  • Mempunyai Diploma Molding – Tekren Kolej, Subang
  • Menyertai pertandingan bina badan – Mr. Smart Klebang – Mei 2015 – top 10
  • Pernah buat lagu untuk sebuah Maktab Perguruan – menolong kawan
  • Adam Band Boy dan Farok Buskers – menyanyi untuk wedding, acara VIP, acara-acara belia dan busking sekitar Kampung Morten
  • Tujuan masuk AF untuk mengubah nasib keluarga – membantu kawan-kawan busker


6. Sufi
Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid
Umur: 24 Tahun
Asal: Singapura
Profil Peribadi Sufi
  • Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura
  • Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014)
  • Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio
  • Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014)
  • Menggemari genre pop rock, R&B dan balada
  • Berbakat mencipta lagu sendiri
  • Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass
  • Inspirasi – Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan & Ramli Sarip – lebih menggemari lagu-lagu evergreen

7. Bila
Nama Penuh: Nurnajmi Nabila Samsaidi
Umur: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Profil Peribadi Bila
  • Tidak bekerja – banyak menghabiskan masa bersama ayahnya, Eddie (pemain bass Wings) – kadang-kadang sebagai penyanyi latar
  • Dari kecil rapat dengan ayah dan selalu ikut ayah – dan banyak bergaul keluarga ahli kumpulan Wings yang lain
  • Pengikut setia kumpulan Wings – konsert jelajah pun dia ikut –kalau ayah tak bawa dia, dia boleh menangis – semua lagu Wings dia tahu
  • Sedar kekurangan fizikalnya – dulu tak boleh terima dan asyik menangis bila dikritik – tapi sekarang dia selesa dan terima keadaan dirinya
  • Lebih menggemari genre muzik R&B dan pop – inspirasinya
  • adalah Beyonce
  • Masuk AF untuk peluang kerjaya yang lebih luas dan buktikan gemuk pun boleh beraksi di pentas AF

8. Arisa
Nama Penuh: Sharmaine Arissa Shahrudin
Umur: 21 tahun
Asal: Selangor
Profil Peribadi Arisa
  • Seorang pelajar di Taylors University – Ijazah Perhubungan Awam dan Pemasaran – tinggal satu semester
  • Sambil belajar, dia turut bekerja secara sambilan membuat kerja PR untuk Zakwan Anuar, Pestle & Mortar dan kafe Thursdvys untuk mencari duit perbelanjaan sendiri
  • Seorang yang ‘warm’ dan mudah bergaul – suka berkenalan dan ramai kawan – mudah mesra
  • Menggemari genre muzik Blues, Jazz, R&B dan HipHop
  • mengakui dia lebih banyak mendengar lagu-lagu Bahasa Inggeris
  • Inspirasinya adalah Beyonce dan Dayang Nurfaizah – versatil dari segi nyanyian dan bertenaga di atas pentas

9. Aziah
Nama Penuh: Aziah Awang

Umur: 21 tahun
Asal: Sabah
Profil Peribadi Aziah
  • Seorang pelajar Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Sepangar –tahun ketiga
  • Dari suku kaum Kadazan – beragama Islam – Aziah baru berhijab Oktober 2014
  • Keluarga agak susah – ayah dan ibu dulu bekerja di Yayasan Sabah, tapi diberhentikan kerana kegawatan ekonomi
  • Ayah guna wang pampasan untuk beli kelengkapan PA system –sewakan untuk acara-acara – pendapatan purata RM 600 – 700 sebulan
  • Keluarga susah hinggakan pernah terpaksa pinjam bahan makanan dari kedai runcit sebab tiada duit
  • Nak masuk AF sebab minat menyanyi – dan nak gunakan bakat dia untuk membantu keluarga
  • Menggemari genre muzik R&B dan balada
  • Boleh menyanyi dalam bahasa Kadazan – tapi tidak begitu faham

10. Ifa
Nama Penuh: Sharifah Nabilah Syed Azhar

Umur: 21 tahun
Asal: Kedah
Profil Peribadi Ifa

  • Anak sulung dari 2 orang adik beradik
  • Ayah bekerja sebagai veterinar – mak surirumah sepenuh masa
  • Diploma Muzik (Vocal in Modern and Classical Jazz) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Boleh menyanyi lagu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Siam
  • Bekerja sebagai penyanyi gantian di lobi hotel atau lounge
  • Datang ujibakat AF pada tahun lepas – lepas sehingga stage 4 sahaja
  • Meminati muzik moden dan balada
  • Alatan muzik yang boleh dimainkan – alto saxophone
  • Mempunyai slang yang kedah yang pekat – dipanggil Pah Bedah oleh rakan-rakan
  • Bintang AF yang menjadi idolanya ialah Hazama dan Adira

11. Lisa
Nama Penuh: Allyssa Joanne Anak Jambi
Umur: 22 tahun

Asal: Sarawak
Profil Peribadi Alisa
  • Seorang graduan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Damansara – Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Suku kaum Iban, beragama Kristian
  • Sukakan kanak-kanak – bercita-cita untuk menjadi guru tadika
  • Datuk meninggal pada tahun 2009 – datuk ialah orang yang paling nak Lyssa masuk AF sebab nak Lyssa sama dengan bintang-bintang AF kelahiran Sarawak – bangga
  • Gemarkan muzik seperti Demi Lovato – pop rock
  • Seorang penari semasa berumur 18 tahun – tarian tradisional Sarawak dan tarian moden
  • Ibunya seorang penyanyi lagu-lagu Iban semasa muda
  • Berbakat dalam penciptaan lagu dan lirik – dah siap satu lagu“Sampai Penghujung Nyawa’ (bahasa Iban)
  • Boleh bermain gitar – ayah dulu pemuzik juga

12. Rachel
Nama Penuh: Ang Hui San (Rachel)
Umur: 23 tahun
Asal: Pahang
Profil Peribadi Rachel
  • Tahun terakhir di Universiti Malaya – Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Classical Vocal)
  • Ayah mempunyai kedai perkakasan – ibu bekerja sebagai kerani di kedai yang sama
  • Anak sulung dari 3 adik beradik
  • Penyanyi Konvokesyen Universiti Malaya
  • Penyanyi Diraja Pahang – johan keseluruhan dari 1000 orang semasa ujibakat – Sultan Pahang menggunakan khidmat nyanyian untuk majlis makan malam
  • Penyanyi ketika Majlis Pertabalan Sultan Perak – Konsert Diraja Perak
  • Pernah menyanyi dengan ikhwal di Malaysia Youth Cultural Show, Penang
  • Penyanyi JKKN Pahang – dipanggil apabila perlu
  • Johan Zon Timur Pertandingan Anugerah Bintang Popular – semasa berumur 18 tahun





Sumber Berita Malaysia Terkini



SERAM! Jangan tengok kalau tak kuat semangat!Rakaman pukul 2ptg tdi d janakuasa TNB Manjung oleh pkerja TNB. Rakaman d bhentikn kerana mereka ktakutan.Lagi Video Like -- Friends Of PDRM
Posted by Friends Of PDRM on Saturday, 8 August 2015
PETALING JAYA: Seorang kakitangan TNB di Stesyen Janakuasa Manjung dikatakan berjaya merakam kejadian pelik apabila tangga yang bergerak sendirian. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 2 petang, bebeberapa hari lalu. Dalam rakaman itu ia menunjukkan tangga itu seperti diheret ke arah depan di sebuah laluan pejalan kaki di premis berkenaan. Ia kemudian dimuat naik dan dikongsi di laman Facebook Friends of PDRM.

“Rakaman pukul 2ptg tdi d janakuasa TNB Manjung oleh pkerja TNB. Rakaman d bhentikn kerana mereka ktakutan,” tulis status yang dimuat naik. Bagaimanapun salah seorang pemilik akaun Facebook menafikan kejadian itu berlaku di stesyen janakuasa berkenaan. “Maaf smua kejadian ni bkan d tnb..ni ibarat lmbu punya susu..sapi dpt nama. Dr staf tnb.sapa yg msuk n tulis gambar ni..agak2 la nak menipu, “tulis Rai Sha, lapor free malaysia today - sumber berita malaysia terkini online

SERPIHAN pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang mungkin telah terdampar di sebuah pulau di Maldives, di Lautan Hindi, menurut laporan akhbar tempatan.Polis masih belum mengesahkan laporan itu, tetapi serpihan pesawat dikatakan telah ditemui di Baa Atoll Fehendhoo dan Fulhahdhoo, kedua-duanya terletak di Selatan Maalhosmadulhu Atoll. Satu penemuan juga dikatakan berlaku di Pulau Noonu Atoll, di Miladhunmadulu Atoll, menurut laman web berita Haveeru.

Sebelum ini laporan tempatan Maldives juga pernah melaporkan melihat pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilaporkan hilang.

Gambar salah satu kepingan besar logam yang ditemui berhampiran resort Banyan Tree di pulau Vabbinfaru dikatakan membawa persamaan yang ketara dengan bahagian sayap dipenuhi cengkerang yang ditemui terdampar di pulau Reunion Julai lalu dengan jarak 2,000 batu dari Maldives.

Penduduk Maldives Mohamed Wafir, yang menyiarkan gambar-gambar asal penemuan itu ke Facebook, mendakwa bahawa ia ditemui pada 31 Mei. Seorang pekerja syarikat penerbangan, James Hardy, menegaskan bahawa potensi penemuan itu lebih signifikan berbanding bangkai yang terdapat di Pulau Reunion, dan mampu 'mengubah segala-galanya' mengenai siasatan.

"Saya dan rakan-rakan yang bekerja dengan syarikat penerbangan yang telah melihat gambar-gambar ini percaya ia adalah bahagian-bahagian kapal terbang, berdasarkan bentuknya," Hardy memberitahu laman web Before It's News.

Beliau berkata, jika penemuan itu boleh disahkan, "ia akan menolak kawasan carian semasa di Perth kerana saya yakin bahawa arus dan air pasang surut tidak mungkin akan menolaknya sejauh itu".
Hardy dilaporkan berkata bahawa lokasi serpihan ditemui adalah sepadan dengan pengiraan yang dilakukannya dan juruterbang Quantas dari segi ketahanan bahan api.

"Jika diterbangkan rendah dan perlahan, lebih daripada cukup bahan api untuk sampai ke Maldives.Salah satu bahagian yang ditemui mempunyai tulisan 'IC' berwarna merah. Huruf atau nombor selebihnya telah terhakis. Polis dilaporkan telah mengeluarkan bahagian-bahagian itu untuk analisis lanjut. Satu lagi serpihan pesawat dilaporkan telah dihanyutkan ke pantai di resort North Male Atoll sebulan yang lalu. Jika ia disahkan tergolong dalam pesawat Boeing 777 hilang, serpihan itu akan membantu siasatan untuk mengenal pasti di mana pesawat itu berakhir, lapor mstar.com.my - sumber berita malaysia terkini.

Kisah pencintaan pasangan ini sememangnya sudah lama terkubur dan baru-baru ini, nampaknya Emma Maembong bagaikan tidak dapat menahan perasaan dengan memuatnaik status yang menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga orang ramai. “Sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak cerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah playboy itu mengaku sajalah,” katanya dalam satu muatnaik di Twitter. 

Selain itu, memetik kata-kata Emma di Berita Harian, Zizan dalam masa yang sama turut mereka cerita bagi mendapatkan simpati daripada peminat dan juga orang ramai. Malah kata Emma, dia tampil kerana sebelum ini pelakon ini hanya berdiam diri. “Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya”

“Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama”“Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini,” kata Emma menjelaskan situasi tersebut selain menyatakan Zizan seperti takut kepada bayang-bayangnya sendiri, lapor rotikaya.com - sumber berita malaysia terkini.

16 peserta akan berentap di pentas Konsert Penentuan ‪#‎AF2015‬ malam ini! Siapa agaknya yang berjaya ke minggu seterusnya? Siapa pula yang terpaksa hentikan perjalanan malam ini?

Pengetua dan tenaga pengajar #AF2015 telah membuat keputusan untuk memilih seramai 12 orang pelajar mara ke Akademi Fantasia bagi tahun 2015.

Keputusan itu dibuat selepas menyaksikan persembahan mereka di Konsert Penentuan #AF2015 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebentar tadi.

Enam pelajar lelaki yang terpilih ialah Openg (Anthonasius Jadil, 23,  Sabah), Faroq (Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka), Sufi (Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura), Sharul (Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan), Iqwan (Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak) dan Syamel (Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur).

Manakala enam pelajar wanita pula adalah Ifa (Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah), Lisa (Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak), Rachel [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang),Bila (Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur), Ziqa (Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor) dan Aziah (Aziah Awang, 21, Sabah).

Namun, nasib tidak menyebelahi empat orang peserta iaitu Wili (Suili George, 28, Sabah), Dalila (Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura), Syahid (Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka) dan Arisa (Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor) apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Empat peserta yang tersingkir itu bagaimanapun menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Kesemua pemilihan pelajar dipilih  serta dinilai dengan adil oleh pengetua dan tenaga pengajar. Konsert penentuan #AF2015 dihoskan oleh Zizan Razak dan Faizal Ismail, lapor astrogempak.com- sumber berita malaysia terkini


Senarai 16 Calon Pelajar Akademi Fantasia AF 2015 (Hanya 12 Sahaja Terpilih) 16 peserta akan berentap di pentas Konsert Penentuan ‪#‎AF2015‬ malam ini! Siapa agaknya yang berjaya ke minggu seterusnya? Siapa pula yang terpaksa hentikan perjalanan malam ini? Saksikan jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD. Realitinya disini, Inilah AF.
  1. SHARUL : [Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan]
  2. IQWAN : [Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak]
  3. SYAMEL : [Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur]
  4. OPENG : [Anthonasius Jadil, 23, Sabah]
  5. FAROQ : [Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka]
  6. SUFI : [Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura]
  7. SYAHID : [Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka]
  8. WILI : [Suili George, 28, Sabah]
  9. BILA : [Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur]
  10. ZIQA : [Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor]
  11. ARISA : [Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor]
  12. AZIAH : [Aziah Awang, 21, Sabah]
  13. IFA : [Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah]
  14. LISA : [Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak]
  15. RACHEL : [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang]
  16. DALILA : [Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura]

-sumber berita malaysia terkini.

KODIANG - Seorang remaja dirogol oleh adik rakannya yang baru mencecah usia 15 tahun ketika berkunjung ke rumah rakannya itu bulan lalu. Mangsa yang berusia 17 tahun, dari sebuah kampung dekat sini, mengaku dirogol dalam bilik adik rakannya, Salsabila (bukan nama sebenar). Ketika kejadian bulan lalu, mangsa ke rumah Salsabila di kampung berdekatan, kedua-duanya kemudian keluar untuk mengutip daun ketum di kawasan berhampiran. Selesai mengutip daun ketum sekitar jam 4 petang, mangsa mengikut Salsabila pulang ke rumahnya untuk berehat dan minum air dalam bilik tidur adik rakannya.

Bagaimanapun, adik lelaki Salsabila, dikenali sebagai Megat (bukan nama sebenar) masuk ke dalam bilik itu dan pada ketika itu, Salsabila keluar sebentar. Difahamkan, Megat terus memegang tangan mangsa yang ketika itu cuba untuk keluar dari bilik berkenaan, namun ditarik oleh Megat dan menolaknya ke atas katil. Berdasarkan laporan polis, Megat memasukkan kemaluannya dalam kemaluan dan dubur mangsa.

Ketika kejadian, mangsa tidak melawan kerana bimbang dipersalahkan berikutan mangsa sendiri yang datang ke rumah itu. Sebaik Salsabila masuk ke dalam bilik itu, Megat terus melepaskan mangsa. Bagaimanapun mangsa sempat berbual dengan Salsabila sekitar tiga minit sebelum pulang ke rumahnya. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, suspek berusia 15 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. “Berdasarkan siasatan, ini adalah kejadian kali kedua, di mana kali pertama mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek Jun lalu. Ketika itu, mangsa menceritakan kejadian yang berlaku pada rakan dan guru di sekolahnya,” katanya. Menurutnya, polis merakamkan percakapan saksi iaitu rakan dan guru mangsa bagi mengesahkan dakwaannya. “Mangsa sendiri mengadu dirogol oleh seorang remaja dikenali Megat ketika pergi ke rumah rakannya. Guru terbabit turut mengesahkan mangsa berjumpa dengannya di sekolah pada 5 Julai lalu, dan memberitahu dirogol,” katanya, lapor sinar harian online - sumber berita terkini malaysia.

SEMUA maklum episod hubungan cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak sudah tamat atau dengan kata lain hanya tinggal sejarah. Namun, entah mengapa baru-baru ini Emma dilihat memuat naik status luahan rasa tidak puas hatinya menerusi laman mikro Twitter. “Sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak bercerita perkara sebenar sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah PLAYBOY itu mengaku sajalah,” tulisnya.

Berdasalkan status itu, ramai sudah dapat mengagak bahawa kenyataan Emma itu sebenarnya dituju kepada Zizan. Berkongsi cerita kepada Berita Harian, Emma mengakui terkilan dengan sikap bekas kekasihnya itu yang cuba memburukkan dirinya dengan pelbagai versi cerita negatif. “Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja.

“Kini saya dapat tahu, dia sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan cerita itu sampai balik kepada saya. “Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing masing berada dalam industri yang sama. “Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya. Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja kitaran hidup ini

“Selama ini saya tak dedahkan perangai atau keburukannya. Tapi saya tahu mungkin ramai yang tahu dia bagaimana. Saya sendiri tak faham apa motif permainannya. Kalau di pihak yang benar kenapa perlu takut dengan bayang bayang sendiri,” ujar Emma. Pada masa sama, Emma menyatakan dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan baginya tidak berguna memikirkan hal yang tidak berfaedah dan membuang masanya, lapor berita harian - sumber berita malaysia terkini.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget