2015-08-02

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Johor Baru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tampil menjawab 15 soalan yang diajukan anak Menteri Besar Johor, Akmal Saufi Mohamed Khaled kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. Akmal Saufi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia meminta Najib untuk menjelaskan sama ada wang derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi.

Beliau bertanya soalan itu di laman Facebook miliknya beberapa hari lalu selepas hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana RM2.6 bilion itu bukan dari wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikut adalah jawapan Shahrir berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan juga mengenai isu 1MDB:

1. Ketika Perdana Menteri menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

Jawapan: Bukan sahaja Perdana Menteri tahu tapi Bank Negara pun tahu.

2. Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

Jawapan: Penyiasatan telah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yang dimasukkan ke dalam akaun dana politik Perdana Menteri, Presiden Umno ataupun Pengerusi Barisan Nasional (BN).

3. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan kepada kerajaan dan adakah untuk UMNO atau tujuan peribadi?

Jawapan: Untuk politik, iaitu Umno dan BN.

4. Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepemimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi mengetahui tentang derma itu?

Jawapan: Selama saya dalam Majlis Tertinggi Umno atau Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri.

5 Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui, adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Jawapan: Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.

6. Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

Jawapan: Sama seperti jawapan bagi soalan keempat.

7. Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

Jawapan: Perdana Menteri sudah menyatakan derma itu bukan untuk peribadi.

8. Bolehkah seorang menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Jawapan: Adakah Menteri Besar dilarang mencari dana politik?

9. Adakah duit derma tersebut perlu diisytiharkan kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Jawapan: Sejak bila derma politik dan dana politik perlu didedah kepada semua pihak. Namun, keadaan ini boleh diubah dengan undang-undang supaya dana politik harus telus. Buat masa ini, tidak ada undang-undang lagi. Saya sokong diadakan kerangka undang-undang untuk dana politik sesuai dengan transformasi yang dicadangkan di bawah program transformasi kerajaan.

10. Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

Jawapan: Tentulah Bank Negara sedar dan tahu tentang pergerakan duit ini.

11. Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri?

Jawapan: LHDN tentunya sedar kerana penderma tidak dikecualikan dari cukai pendapatan tetapi penerima tidak kena bayar cukai ke atas derma yang diterima.

12. Jika ya, adakah Datuk Seri telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Jawapan: Sama seperti jawapan bagi soalan ke-11

13 Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat penge­cualian cukai?

Jawapan: Elaun menteri, Perdana Menteri dan menteri besar tidak dikecualikan daripada cukai, yang dikecualikan cukai pendapatan ialah elaun wakil rakyat sahaja.

14 Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut kepada gaji Perdana Menteri atau apa saja derma yang di­terima beliau?

Jawapan: Derma politik tidak dikenakan cukai tetapi penderma tidak dikecualikan dari cukai. Hanya selepas 1 April 2015, derma lebih dari RM500,000 dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi tidak jelas sama ada derma politik dikecualikan.

15. Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Jawapan: Tidak ada siapa pun yang mengatakan derma itu untuk tujuan kerajaan. Jadi tidak timbul soalan ini.

laporan daripada mstar online - sumber berita malaysia terkini


VIDEO ini memaparkan perbuatan jijik seorang pekerja kedai makanan segera yang bertindak mengelap lantai menggunakan roti burger ketika menyediakannya untuk diberikan kepada pelanggan.
Tindakan pekerja di restoran Checkers Amerika Syarikat itu sememangnya patut dikecam dan mengundang kemarahan orang ramai di sana. Di manakah hak pembeli yang membayar untuk makan di situ? Apakah motif sebenar dia melakukan perkara sebegitu.

Menerusi video yang tersebar, pekerja tersebut dilihat melemparkan roti burger di atas lantai sebelum meletakkannya kembali untuk dibungkus kepada pelanggan. Mengambil iktibar daripada kejadian ini, pantauan rawak mungkin perlu dilakukan di bahagian dapur restoran makanan segera untuk mengelak perkara sebegini berlaku, LAPOR MYNEWSHUB.CC - SUMBER BERITA MALAYSIA TERKINI.


UMPAMA diberi nyawa kali kedua. Seorang penunggang motosikal berhadapan dengan detik paling mencemaskan apabila terpelanting ke udara selepas secara tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta Honda berwarna putih di Jalan Jurong Town Hall, Singapura. Anehnya, lelaki berusia 29 tahun itu mampu berdiri kembali sebelum duduk di tepi jalan. Dia yang terkejut dan seolah bingung dengan insiden tersebut kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Video kemalangan itu kini tersebar dan menjadi viral di laman sosial. Menerusi rakaman tersebut, kereta Honda putih yang sedang memecut secara tiba-tiba merempuh motosikal tersebut sebelum melanggar pembahagi jalan. Difahamkan, insiden malang yang berlaku pada 31 Julai lalu itu turut mencetuskan pelanggaran berantai yang melibatkan sebuah motosikal, van dan tiga buah kereta.

Menurut pengguna YouTube yang memuat naik video berkenaan, pemandu kereta Honda putih itu telah lari dan meninggalkan keretanya di tengah-tengah jalan raya. Susulan itu, pihak polis sedang melakukan siasatan berhubung kemalangan ini, lapor MYNEWSHUB.CC - sumber berita malaysia terkini



VIDEO ini memaparkan detik mengerikan apabila seekor ikan jerung paus gergasi disembelih dan dipotong hidup-hidup oleh individu yang tidak berperikemanusiaan. Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab ini ternyata dikecam oleh netizen kerana melakukan pembunuhan secara kejam di hadapan orang ramai. Menerusi video tersebut, insiden itu memperlihatkan dua orang lelaki tanpa rasa simpati telah memotong bahagian badan ikan terbabit di sebuah pasar di China.
Jelas ikan tersebut berada dalam keadaan kesakitan dan keperitan, darah serta air dalam badannya mencurah keluar sebaik ia dipotong tanpa belas kasihan. Menurut sumber, ikan jerung paus ini adalah ikan terbesar di dunia dengan kepanjangannya yang boleh mencecah lebih 12 meter dan ia juga merupakan haiwan laut yang dilindungi oleh undang-undang. Sesiapa yang menangkap ikan tersebut digesa untuk dilepaskan semula dan mana-mana individu yang membunuh dan menjual dagingnya akan dikenakan hukuman.

Nampak gayanya ada individu yang tidak patuh dan tidak takut dengan undang-undang yang digubal tersebut demi kepentingan diri mereka sendiri.
Semoga individu tidak bertanggungjawab ini ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya atas kesalahan serta kekejaman yang telah dilakukan, lapor Agensi/MYNEWSHUB.CC - sumber berita malaysia terkini



GEORGE TOWN: Ubat yang diekstrak daripada daun betik untuk dijadikan penawar demam denggi sudah berada di pasaran, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. Beliau berkata ubat dalam bentuk cecair dan kapsul itu boleh didapati di hospital dan farmasi. "Buat permulaan, kementerian hanya mengedarkannya dalam bentuk cecair. Bagi kapsul orang ramai boleh membelinya di farmasi," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidifitri Homestay Pulau Pinang di Teluk Bahang dekat sini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah dan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Taufiq Rodhy. Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata Kementerian Kesihatan belum membuat keputusan berhubung larangan penggunaan rokok elektronik (e-rokok). "Anak-anak muda kita cenderung letak macam-macam dalam e-rokok seperti nikotin, dadah dan daun ketum. Ini yang dilarang," katanya.

Beliau berkata pihak kementerian sedang menggubal akta baharu untuk perokok dan hasil produk tembakau yang merangkumi penggunaan e-rokok dan shisha.Katanya ketika ini akta sedia ada adalah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983, lapor astro awani sumber berita malaysia terkini

KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun yang baru melahirkan seorang bayi lelaki semalam, disyaki menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia lingkungan 30-an. Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias, nenek yang juga penjaga kepada mangsa bertindak membawa cucunya ke sebuah klinik swasta setelah mangsa mengadu sakit perut. Namun, dia dikejutkan dengan berita bahawa cucunya itu mengandung dan punca sakit perut adalah kerana hendak bersalin.

Murid tahun lima itu dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Memetik kenyataan Hamzah dalam The Star, “Keluarga kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis. Pihak kami harap dapat menangkap suspek dalam waktu yang terdekat. Ini melibatkan kes rogol.” Dalam pada itu, individu yang disyaki melakukan perbuatan terkutuk itu  diberitakan memiliki rekod jenayah lampau dan tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mangsa. Pihak polis telah mengklasifikasikan kes terbabit di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang bakal menjatuhi hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Dalam pada itu, kanak-kanak berkenaan disyaki menyedari tentang kehamilannya namun bertindak merahsiakannya kerana takut, LAPOR MYNEWSHUB.CC- sumber berita malaysia terkini.


'Spiderman' Melawan Pembuli Jalanan Di New York by mynewshub

Satu rakaman video menunjukkan ‘Spiderman’ bertindak menyelamatkan seorang lelaki daripada dibuli seorang pembuli jalanan menjadi viral di media sosial, baru-baru ini. Memetik laporan akhbar New York Daily, pembuli jalanan tersebut dilaporkan sering kali mengusik penghibur jalanan, pelancong dan pejalan kaki yang lalu lalang di sekitar Times Square, New York. Susulan kejadian itu, ‘Spiderman’ yang berada di tempat kejadian berasa ia adalah tangungjawabnya untuk menyelamatkan mangsa buli di mana dia melawan balik pembuli tersebut di hadapan kedai mainan Toys ‘R’ Us.

Dalam rakaman video berdurasi 3o saat itu, ‘Spiderman’ tersebut dilihat berjaya melawan balik pembuli itu dengan menumbuk secara bertubi-tubi sebelum menjatuhnya ke lantai. Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang saksi, Geoff Goldberg dengan menggunakan telefon bimbitnya.
“Lelaki (pembuli) ini sering kali mengganggu penghibur jalanan yang memakai kostum watak-watak popular. “Ini bukan kali pertama dia buat perangai macam ini, ”katanya kepada wartawan New York Daily. Orang ramai dapat didengar bersorak apabila ‘Spiderman’ berjaya ‘mengalahkan’ pembuli tersebut, LAPOR MYNEWSHUB.CC- sumber berita malaysia terkini.

INDUSTRI hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pencipta lagu dan penyanyi bersuara emas, Hazami yang kini terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat menghidap pendarahan dalam usus. Menurut abangnya, Azhary Ahamad, Hazami pada mulanya hanya mengadu sakit perut kira-kira pukul 11 malam tadi dan meminta bantuan seorang rakan untuk membawa dirinya ke klinik.
“Dia mula mengadu sakit perut dan mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan sejak semalam. Tetapi ketika itu dia menghubungi kawannya untuk membawanya ke klinik. Sebelum ke klinik pun, dia sudah pitam. “Semasa tiba di klinik, dia sekali lagi pengsan dan keluar darah dari bahagian ususnya menyebabkan doktor meminta ia dirujuk ke hospital. Pada sebelah malamnya, dia dimasukkan ke ICU, ” katanya.

Tambah Azhari, selepas dimasukkan Pusat Perubatan Tropicana Damansara, doktor mengesahkan Hazami perlu menjalani pembedahan kerana penyakit tersebut boleh menjadi kanser jika tidak diubati dengan segera. “Dia berada dalam keadaan yang sangat lemah. Doktor masih belum pasti bilakah pembedahan itu dapat dilakukan. Ia bergantung kepada keadaan Hazami,” ujarnya. Difahamkan, buat masa ini penyanyi Winter Sonata ini sedang dipantau oleh satu unit khas pusat perubatan itu dan tiada sesiapa dibenarkan melawat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja. Kita doakan moga pembedahan Hazami  berjalan lancar dapat segera pulih seperti sedia kala, lapor MYNEWSHUB.CC - sumber berita malaysia terkini.

PUTRAJAYA - Aktivis, Datin Paduka Marina Mahathir menyifatkan tindakan polis menahan dan menyoal siasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan terhadap skandal rasuah belum pernah terjadi dalam sejarah. Menurutnya, rakyat perlu berdiri teguh di belakang SPRM agar suruhanhjaya itu dapat melaksanakan tugas dengan telus. “Kami tidak pernah melihat ini di mana-mana, orang-orang yang ditugaskan untuk melakukan kerja sedang dihukum kerana menjalankan tugas mereka,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi aktivis, Animah Kosai  berkata, rakyat menyanjung keberanian dan kewibawaan SPRM terhadap tekanan yang sedang dihadapi. “Segala yang berlaku memberi gambaran jelas mengenai kepentingan kebebasan institusi awam,” katanya. Menurutnya, SPRM juga perlu diberi pengasingan kuasa berbeza dengan jabatan awam lain. “Lumrah dunia yang menunjukkan sebenar-benarnya wira.  SPRM hanya datang  dalam keadaan genting,” katanya selepas menyerahkan memorandum sokongan rakyat semalam,lapor free malaysia today - sumber berita malaysia terkini.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor campur tangan dalam hal pentadbiran negara. Beliau berkata demikian ketika mengulas saman fitnahnya terhadap ahli parlimen DAP Nga Kor Ming yang mendakwa bahawa Rosmah telah menyertai mesyuarat jemaah menteri. "Kami sedang berbincang di Beijing, bersama dua tiga menteri dan duta, sebab (ketika itu) saya dalam lawatan rasmi ke China. Waktu itu kemangkatan Sultan Azlan Shah. "Nak bincang sama ada boleh balik atau tidak, adalah isteri saya di situ. Bukan soal negara," kata Najib sebelum merasmikan mesyuarat Umno bahagian Bandar Tun Razak di Cheras, hari ini. Kata Najib, isu yang dibangkitkan pemimpin DAP Perak itu tidak benar. Justeru, katanya, beliau menyaman Nga. "Isteri saya terlibat dalam pentadbiran negara, (itu) tak betul," tambah Najib, lapor malaysiakini.com - sumber berita malaysia terkini.

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun didesak pemimpin parti. Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tetap akan mempertahankan jawatan itu biarpun telah diberi amaran oleh beberapa pemimpin UMNO. “Ada orang beri amaran kepada saya, meminta saya bercakap baik-baik. “Takut nanti saya akan dipecat sebab saya sudah tidak ada kuasa,” katanya ketika berucap dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2015 pada Jumaat. Ahli Parlimen Pagoh itu turut membidas pemimpin UMNO yang memberi amaran supaya beliau ‘kunci mulut’.

“Kenapa dulu semasa saya ada jawatan mereka tidak pernah beri amaran kepada saya. Dan sekarang baru nak cari salah saya. “‘What the Hell’, maaf saya cakap macam ini,” katanya yang tidak mendedahkan nama-nama pemimpin UMNO itu. Muhyiddin juga menyatakan kekecewaannya selepas terdapat ahli UMNO daripada Johor dan Bahagian Pagoh yang mengatakan beliau seorang pengkhianat. “Ada orang kata saya pengkhianat. Jangan panggil Muhyiddin nanti bergaduh. Orang Johor juga yang cakap,” tambahnya. Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan sesekali menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun telah kehilangan jawatan dalam Kabinet
“Ini kerana saya akan bertanggungjawab mengatakan kebenaran apa yang terjadi dalam BN/UMNO jika ada kesalahan. “Tak akan saya nak diam sahaja,” katanya, lapor free malaysia today - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

PETALING JAYA: Semua pihak diminta menghentikan dengan segera sebarang bentuk serangan, sekatan dan intimidasi terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terbabit dengan siasatan kes 1MDB. Ketua Pergerakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata tindakan itu menyebabkan timbulnya persepsi seolah-olah terdapat pihak yang ingin menyembunyikan fakta sebenar siasatan. “Apa saja intimidasi (tindakan menakutkan pegawai SPRM) yang seolah-olah terancang, mestilah dihentikan serta-merta. Tindakan seperti ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi dan mencetuskan kemarahan rakyat. “Rakyat akan beranggapan setiap kali SPRM mahu menjalankan tugas, macam-macam berlaku kepada mereka, termasuk pegawainya dipindahkan dan sebagainya.

“Saya harap perkara ini ditangani dengan segera. Malah, saya difahamkan ada seorang pegawai SPRM dipindahkan hanya kerana kesalahan menerima kunjungan wakil rakyat pembangkang ke SPRM,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian Online. Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika mengulas isu dua pegawai kanan SPRM iaitu Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, yang diarahkan berpindah ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta-merta berikutan siasatan kes 1MDB. Dalam reaksinya pada media selepas menutup Persidangan Mesyuarat Majlis Belia Malaysia (MBM), di sini, Khairy berkata tindakan memindahkan pegawai SPRM ke JPM adalah tidak adil kerana mereka hanya menjalankan tugas diamanahkan.

“Saya melihat pemindahan pegawai sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi terancang terhadap SPRM yang akan melemahkan institusi kerajaan dan pihak berkuasa kita.
“Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan atau gangguan dari mana-mana pihak. Jangan kerana kita ada agenda tertentu, kita sanggup meruntuhkan institusi ada dalam negara ini,”katanya, lapor free malaysia today- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyatakan dengan jelas mengenai derma RM2.6 billion ke dalam akaun persendiriannya dan tidak memadai sekadar menyatakan ia berasal dari Timur Tengah.  Penganalisis politik Dr Maszlee Malik berkata, selain negara Arab, Israel juga termasuk dalam rantau Timur Tengah.  “Kalau cakap dari Timur Tengah, sekarang kita tak tahu dari mana derma itu. Boleh jadi Israel kerana perdana menteri cakap dari middle east.  “Kalau bukan dari Israel, nyatakanlah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.  Padas 5 Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu disumbangkan oleh pihak tertentu “dari Timur Tengah”. Bagaimanapun SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti “penderma” tersebut.  Perkara sama turut diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. 

Maszlee berkata, bagi mengelak sebarang syak wasangka Najib tiada pilihan kecuali berterus terang mengenai identiti penderma itu.  Katanya, perdana menteri merupakan seseorang yang diharapkan semua pihak untuk mentadbir negara. Justeru, katanya, seorang perdana menteri mesti bersikap telus.  Tambahnya lagi, ketelusan itu boleh dilihat di negara lain seperti AS apabila ahli politik dan pentadbir negara itu sering mendedahkan sumber sumbangan diperoleh.  Namun, katanya, bagi mengelak salah faham wang sumbangan tersebut tidak dimasukkan ke akaun persendirian pemimpinnya.  “Di AS sendiri mereka membenarkan derma tapi mestilah telus.  “Sekiranya ia tidak berlaku begitu, ia dilihat seperti tidak ada integriti,” katanya.  Sementara itu anggota Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, seorang pemimpin yang baik dan mempunyai kredibiliti harus jujur.  “Pemimpin yang baik, ada kredibiliti dan jujur harus nyatakan siapa yang menderma,” katanya.

Kata Wan Ji lagi, di zaman Nabi Muhammad amil pengutip zakat pun perlu memberitahu jumlah zakat yang diterimanya. “Wang zakat pun perlu diberitahu jumlahnya, apatah lagi derma (RM 2.6 bilion) yang diterima seseorang pemimpin,” katanya, lapor malaysiakini.com
- Sumber Berita Malaysia Terkini Online


Nilai ringgit hari ini jatuh lagi kepada RM3.92 bagi setiap AS$1, paras paling rendah dicatatkan dalam tempoh 17 tahun. Ketika kadar perubahan ringgit Malaysia terus dipantau, kejatuhan lanjut akan meningkatkan kebimbangan ramai terhadap kemampuan Bank Negara Malaysia mempertahankan matawang negara. Penyusutan 0.6 peratus nilai matawang negara itu menjadikan ia berada pada tahap paling lemah sejak kerajaan membuat tindakan drastik mengikat nilainya pada RM3.80 berbanding dolar AS pada September 1998. Kerajaan membatalkan ikatan itu pada 2005. Difahamkan kejatuhan itu berpunca daripada kewangan yang melemah, termasuk kejatuhan harga minyak dunia serta keadaan politik yang tidak stabil.  Antaranya apabula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diasak susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Harga bon kerajaan juga terus merosot ketika tahap keyakinan di kalangan pelabur asing semakin berkurangan ekoran krisis politik dan kejatuhan harga komoditi. Pelabur juga bersikap semakin berhati-hati dengan kemungkinan Bank Negara Malaysia campur tangan bagi mengukuhkan ringgit selepas ia menunjukkan prestasi paling buruk berbanding matawang lain di Asia pada tahun ini. Ringgit terjejas dengan keadaan tidak menentu Datuk Seri Najib Razak yang selepas beliau dikaitkan dengan dakwaan rasuah serta salah guna dana awam 1MDB. Namun pelabur dalam keadaan tidak pasti sejauh mana Bank Negara Malaysia akan campur tangan ketika rezab antarabangsa negara sudah kerugian AS$5 bilion (RM19.5 bilion) pada separuh pertama Julai lalu, lapor malaysiakini.com
- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Rizab antarabangsa Malaysia mengalami kejatuhan ketara bawah paras $100 bilion. Ia berlaku ketika bank pusat cuba mengurangkan kemerosotan matawang yang paling kurang memberangsangkan di Asia itu di tengah-tengah krisis politik melanda, lapor Reuters. Rizab matawang jatuh daripada $100.5 bilion kepada $96.7 bilion setakat 31 Julai, kata Bank Negara pada Jumaat. Rizab itu kini terendah sejak September 2010. Ia menyaksikan penurunan $10 bilion pada penghujung Mei dan $20 bilion tahun ini. Bank Negara menjual dolar dan membeli ringgit sejak Jun untuk membendung kejatuhan nilainya, kata peniaga. Ringgit bagaimanapun turut kira-kira 11 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun ini. Pada hari ini, ia jatuh 0.5 peratus berbanding dolar, lapor malaysiakini.com- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu. Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu. “Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya. Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis. Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana. “Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini. Bahri mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd. Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya. Setakat laporan ini ditulis, masih tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung pertukaran itu.

Sementara itu, suasana di ibu pejabat SPRM di Putrajaya muram apabila Bahri melangkah keluar daripada bangunan itu. Lengkap berdasi hitam, beliau kelihatan berjalan pantas memasuki sebuah Proton Inspira dan tidak bercakap dengan orang ramai. Beliau bagaimanapun kemudian membuka cermin tingkap dan melambai sambil tersenyum kepada kakitangannya di kawasan itu. Kereta merah itu pun menuju keluar daripada kawasan D6 Parcel D Putrajaya itu, lapor malaysiakini.com
- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekali lagi ‘memakan korban’ apabila dua majalah kartun terpaksa ditutup apabila kos operasinya semakin meningkat.  Selepas kira-kira 22 tahun majalah bercetak Apo? dan Ujang ditamatkan penerbitannya kelmarin. Selain GST, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga kertas turut memburukkan lagi keadaan.  Rata-rata peminat kartun sedih dengan berakhirnya riwayat majalah berkenaan , lapor malayskini.com - Sumber Berita Malaysia Terkini Online


KUNDASANG - Seramai 88 pendaki memulakan pendakian percubaan ke Gunung Kinabalu pagi ini selepas ditutup lebih dua bulan ekoran kejadian gempa bumi pada 5 Jun lalu. Pendakian percubaan itu akan bermula dari Timpohon Gate ke Laban Rata sejauh enam kilometer. Majlis pelepasan peserta dilakukan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun tepat pukul 8.15 pagi. Antara yang menyertai pendakian sulung ialah kakitangan Taman-Taman Sabah, malim gunung dan kumpulan media, lapor kosmo online- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

KUMPULAN rock terkenal tanah air, Search bakal menggegarkan negeri kelahiran mereka, Johor Darul Ta'zim dalam sebuah konsert istimewa, 'Panggung Khayalan', Oktober nanti. Konsert kali ini agak luar biasa apabila mereka bakal membawa konsep Search: Live In Istana Budaya tahun lalu keluar dari Istana Budaya. Menurut vokalis Search, Amy, perkara itu dicadangkan pihaknya bagi menunaikan permintaan peminat-peminatnya yang tidak dapat menyaksikan persembahan mereka di Istana Budaya. "Konsert ini kesinambungan konsert di IB. Kita bawa keluar konsepnya. Peminar asyik tanya, jadi, bila Universal Music menawarkan untuk buat konsert, kami cadangkan buat macam di IB, tahun lalu. Mungkin akan ada sedikit perubahan tapi kebanyakannya sama," katanya pada sidang media di Menara Kuala Lumpur, hari ini. Malah, salah seorang anggota Search, Yazid yang sedang mendapatkan rawatan di hospital turut dijadualkan turun untuk membuat persembahan.

Namun menurut Nasir, ia bergantung. Pada tahap kesihatan Yazid. Berkonsepkan gabungan rock dan penggung khayalan yang dipetik daripada lagu 'Panggung Khayalan' dari Album Rock n' Roll Pie, konsert ini dijangka menerima kira-kira 10,000 peminat di Kompleks Sukan Educity Nusajaya, Johor Bahru, 24 Oktober ini. Tiket-tiket bermula dijual esok serendah RM66, lapor sinar harian - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

CHANGCHUN - CHINA. Hampir dua tahun lalu, seorang wanita yang mempunyai masalah mental mengamalkan diet yang bahaya dengan memakan paku dan kepingan kaca. Memetik NetEase News, keluarganya berkata, wanita itu mampu menelan sedozen paku dengan hanya sekali telan. Wanita tersebut kini telah menjalani tiga pembedahan berasingan dan menurut doktor, hampir 2 paun paku berjaya dikeluarkan dari perut wanita itu. "Jika sebatang paku mempunyai berat 1 gram, ini bermakna wanita itu menelan 900 paku dan makan lebih dari sebatang paku sehari," katanya. Tabiat pemakanan ini bagaimanapun tidak menjejaskan kesihatan dan organ wanita itu setakat ini. Imbasan xray menunjukkan paku dalam perut wanita berkenaan, lapor sinar harian - Sumber Berita Malaysia Terkini Online


TERAJANG KEPALA ANAK
Video bapa sepak kepala anak yang tengah belajar.Kalau tengok dari bahasa tu, kejadian macam di Thailand.Cuma nak kita ambil iktibar..Marah macam mana pun janganlah sampai dera anak macam tu sekali. Admin tak sanggup nak tengok sampai habis sebenarnya..Lagi Video Like -- Friends Of PDRM
Posted by Friends Of PDRM on Wednesday, 5 August 2015
PETALING JAYA: Seorang bapa menggunakan kaedah menyepak dan menendang untuk mendidik anaknya belajar membaca. Kaedah tidak berhati perut itu kemudian dimuat naik dan dikongsi di laman sosial Facebook. Berdasarkan rakaman audio, si bapa bertutur bahasa Thai mengajar anaknya yang berusia sekitar 6 tahun membaca. Peliknya, setiap kesilapan yang dilakukan, kanak-kanak malang itu akan menerima tendangan. Di penghujung rakaman, ia menunjukkan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan, dicekik dan di baling buku. Ketika itu kedengaran suara seorang perempuan yang dipercayai ibunya cuba menghentikan tindakan tidak berperi kemanusian itu, lapor free malaysia today- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO Semporna membatalkan undangan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk merasmikan mesyuarat persidangan bahagian yang dibuat atas faktor keselamatan dilihat sebagai suatu tindakan yang tepat. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tindakan itu wajar memandangkan keadaan di Semporna yang dianggap tidak selamat kerana terdapat lanun di kawasan berkenaan. “Itu keputusan UMNO Bahagian Semporna, yang saya tahu banyak lanun di sana,” katanya sewaktu ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis. Pada Selasa lalu, UMNO Semporna telah membatalkan undangan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini dan telah digantikan dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keputusan itu dikatakan dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi pada hari sama ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, lapor free malaysia today- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

KUALA LUMPUR: Siapa sangka, Johnny Begue yang bekerja membersih kawasan pantai di bandar Saint-Andre di Pulau Reunion, sebuah pulau milik Perancis yang terletak di luar pantai Madagascar mampu merungkai satu kes terbesar membabitkan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370. Memetik laporan Daily Mail, Begue menemui ‘objek aneh’ di kawasan berkenaan yang juga jaraknya kira-kira 4,000 kilometer dari tempat usaha mencari pesawat MH370. Lelaki itu percaya objek itu adalah serpihan sayap pesawat ketika sedang mencari batu kecil untuk dijadikan lesung menggiling cili pada minggu lalu. Dengan bantuan rakan sekerjanya, Begue segera menempatkan sayap pesawat yang dijumpai tersebut ke tebing untuk mengelakkan ia dihanyutkan ke laut. Sejurus selepas penemuan sayap pesawat tersebut, Begue kemudian menelefon sebuah stesen radio kegemarannya untuk memaklumkan pada deejay bertugas, Namun, operator yang menjawab panggilan enggan melayannya kerana menganggapnya ia cuma satu gurauan. Walaubagaimanapun, salah seorang rakan sekerja Begue melayari Internet dan terjumpa artikel mengenai pesawat MH370 sebelum memaklumkan kepada pihak polis. Begue dan rakan-rakannya tidak sangka sama sekali, serpihan pesawat tersebut milik pesawat MH370 dan sekaligus menyelesaikan misteri terbesar dalam industri penerbangan. Apa yang menakjubkan, Begue juga menemui sebuah bagasi yang usang dan koyak di pulau tersebut.

"Ia agak pelik dan agak menyeramkan," katanya. Rakan sekerjanya, Gobalsoumy pula menyatakan ia sememangnya satu perkara yang aneh jika sayap pesawat dijumpai di lautan. "Kami percaya pasti ada orang yang sudah mati dalam pesawat ini dan ahli keluarga pasti rasa ingin tahu," katanya.  Begue juga berkata, dia tidak menyedari bahawa pergi mencari anak lesung untuk menumbuk cili menjadikannya dikenali ramai. Semalam, pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada MH370 yang menyokong rumusan awal bahawa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas. Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat sidang media jam 1.45 pagi tadi menyatakan pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370. "Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," katanya secara langsung menerusi TV3, malam tadi.

Najib juga mengucapkan terima kasih kepada banyak negara, organisasi dan individu yang terlibat dalam pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan. Beliau berharap pengesahan itu walaupun tragik dan menyakitkan sekurang-kurangnya, ia memberi kepastian kepada keluarga dan mereka yang tersayang kepada penumpang dan kru MH370.  Terdahulu, MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014, lapor malaysian digest- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

MOSCOW: Seorang nenek berumur 68 tahun disyaki memancung kepala dan mengeluarkan paru-paru manusia sebelum memakan mayat mangsa di sini, baru-baru ini. Memetik laporan Daily Star, Samsonova yang juga merupakan seorang pesara ditahan pihak polis selepas didapati membunuh rakannya, Valentina Ulanova berusia 79. Melalui rakaman kamera litar tertutup, nenek tersebut dilaporkan membawa keratan mayat rakannya, Ulanova di dalam sebuah beg plastik hitam. Difahamkan, polis kemudian menemui mayat yang telah dibunuh dengan kejam di sebuah kolam yang berdekatan. Rakannya, Ulanova dipercayai telah dikhayalkan sebelum dibunuh oleh nenek tersebut. Selepas kejadian tersebut, pihak polik menyerbu kediaman Samsonova di St Petrsburg, Russia dan menjumpai sebuah diari yang dimilikinya. Polis berkata, diari tersebut menyenaraikan orang yang pernah dibunuhnya dan kemungkinan besar dia telah membunuh seramai 14 orang. Antara barang milik Samsonova yang dijumpa polis ketika serbuan tersebut termasuk kad perniagaan seorang lelaki yang dilaporkan hilang dan mayatnya dijumpa 12 tahun yang lalu di mana anggota kepala, tangan dan kaki dikerat oleh pembunuh.

Polis juga mengesyaki Samsonova juga merupakan pembunuh suaminya yang dilaporkan hilang sejak tahun 2005. Dalam satu diari, dia mencatat dan mengaku pernah membunuh seorang penginap di flatnya. "Saya telah membunuh penyewa saya, Volodya dengan menggunakan pisau di dalam bilik mandi sebelum saya memasukkan cebisan mayat ke dalam sebuah beg plastik lalu membuangnya," tulisnya di buku diari. Minggu lepas, Samsonova dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pembunuhan rakannya, Ulanova. "Saya telah bersedia menerima tindakan yang bakal diambil terhadap saya berpuluh-puluh tahun yang lepas. "Saya melakukan semua ini secara sengaja. Saya menutup bab ini dengan pembunuhan kali ini," katanya kepada hakim. Hakim, Roman Chebotaryov pula bertanya: "Saya telah diarah untuk menahan kamu. Ada apa yang kamu mahu sampaikan di sini? "Terpulang kepada kamu. Saya mengaku salah dan bersedia menerima hukuman yag sewajarnya," balas Samsonova, lapor malaysiandigest.com- Sumber Berita Malaysia Terkini Online


Syarikat MOY penerbit majalah Ujang dan APO ditutup mulai 6 Ogos 2015. Pengeluaran majalah Ujang dan APO dihentikan berkuatkuasa mulai 6 ogos 2015 kerana dilaporkan bankrap berikutan penjualan majalah komik yang kurang memberansangkan. Pengumuman mengenai penutupan syarikat MOY yang beroperasi sejak tahun 90-an itu telah disahkan oleh salah seorang kartunis Majalah Ujang yang dikenali sebagai “Lengkuas”. Bagi anda yang lahir pada era 90-an, pastinya Majalah Ujang merupakan antara majalah kegemaran anda pada era tersebut.- Sumber Berita Malaysia Terkini Online




BEIJING: Satu rakaman video menunjukkan seorang budak lelaki dirempuh sebuah kereta tetapi apa yang mengejutkan dia hanya mengalami cedera ringan di wilayah Shangdong, China menjadi viral di laman media sosial, baru-baru ini. Memetik laporan portal Shanghaiist, rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang budak lelaki berumur tujuh tahun dirempuh sebuah kereta yang sedang bergerak laju sebelum 'terbang' sejauh beberapa meter selepas cuba melintas jalan dengan rakannya. Apa yang menakjubkan, budak tersebut bukan sahaja tidak pengsan. Malah, dia dilaporkan boleh bangun dan berjalan seperti biasa sebelum diselamatkan oleh seorang lelaki dewasa yang dipercayai ayahnya. Difahamkan, doktor menyatakan budak tersebut sedang menerima rawatan dan hanya mengalami cedera ringan di bahagian mukanya, lapor malaysian digest

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Najib mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media tergempar awal pagi Khamis di sini. "Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370. "Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. "Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini," kata Perdana Menteri. Dalam pada itu, Najib turut menyatakan simpati serta menyampaikan doa kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

“Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. “Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370,” ujarnya. Selain itu, katanya Malaysia komited untuk melakukan apa sahaja dalam mencari kebenaran tentang kejadian ini. “Dan saya berjanji: Malaysia akan sentiasa mengingati dan menghormati mereka yang hilang bersama pesawat MH370,” kata Najib. Misteri kehilangan MH370 mula terungkai pada 29 Julai di kawasan pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi selepas pekerja pantai menemui serpihan pesawat yang menyerupai sayap pesawat.

Pasukan pencarian Australia berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ flaperon yang dijumpai di pulau tersebut yang berhampiran Madagascar itu adalah dari pesawat MH370. Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudiannya mengesahkan “flaperon” tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777. Spekulasi tersebar bahawa serpihan tersebut mungkin daripada MH370 kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan. Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China.

Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas. Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka didalam pesawat itu dianggap maut. Pengumuman itu dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa, lapor astro awani - Sumber Berita Malaysia Terkini Online


Lama juga penyayi keluaran bintang Akademi Fantasia ini tidak hadir dalam merialisasikan impian peminatnya dalam menghasilkan  Music Video yang cukup bertenaga. Sepanjang perjalanan muzik nya, Stacy tidak pernah mengecewakan peminatnya dalam menghasilkan kualiti video klip yang menarik.

Mungkin kali ini Not For Sale memaparkan imej matang Stacy dalam persalinan penuh bergaya. Jom, Saksikan video kli terbaru dari  bintang kelahiran Sabah ini, LAPORAN ASTRO AWANI ( SUMBER BERITA MALAYSIA TERKINI)

Tonton Live streaming Kelantan vs Felda United pada 5 Ogos 2015 secara online. Siaran langsung Liga Super antara Felda United lawan Kelantan akan bertempat di Stadium Selayang bermula pada pukul 8.45 malam Rabu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran RTM TV1 bermula pada awal jam 8.40 malam. Bagi yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live Felda United menentang Kelantan Liga Super 2015.
Live Streaming Kelantan Vs Felda United 5 Ogos 2015 Online
  • Server 1: TV1
Jadual Siaran Felda United Vs Kelantan Liga Super 2015
Tarikh: 5.8.2015
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Stadium Selayang Selangor
Siaran Rasmi: RTM TV1

SUMBER BERITA MALAYSIA TERKINI ONLINE

Tonton Live streaming Johor JDT vs Sime Darby pada 5 Ogos 2015 secara online. Siaran langsung perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim lawan Sime Darby akan bertempat di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos (Larkin) pada pukul 8.45 Malam Rabu. Siaran ekslusif secara langsung turut disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada awal jam 8.30 malam. Bagi peminat yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online JDT menentang Sime Darby Liga Super 2015.

Live Streaming JDT Vs Sime Darby 5 Ogos 2015 Online
  • Server 1: TV9
Jadual Siaran JDT Vs Sime Darby Liga Super 2015
Tarikh: 5.8.2015 (Rabu)
Masa: 8.45 Malam
Lokasi: Stadium Larkin Johor Baharu
Siaran Rasmi: TV9

SUMBER BERITA MALAYSIA TERKINI ONLINE 

TIDAK seperti pasangan selebriti lain, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha melakar sejarah indah tersendiri apabila memilih Pulau Bora-Bora, Perancis sebagai destinasi percutian bulan madu mereka setelah bergelar suami isteri. Senang cakap, destinasi percutian ini jarang menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana kedudukannya yang jauh dan memerlukan modal agak besar. Namun, tidak ramai yang tahu Pulau Bora-Bora memiliki keindahan pemandangan yang cukup memukau dan menjadi ‘favorite’ bintang Hollywood. Ini bermakna, Hairul dan Hanis memang cukup bertuah kerana menjadi antara rakyat Malaysia yang menikmati keindahan Pulau Bora-Bora dengan mata sendiri. Pasangan romantis ini turut memilih untuk berbulan madu di sebuah resort mewah dengan harga bilik mencecah sekurang-kurangnya RM5,000 semalam. Fuh! Apa pun, ini adalah peluang terbaik bagi Hairul dan Hanis untuk meluangkan masa berdua sambil mengenali masing-masing dengan lebih mendalam sejak bergelar suami isteri. Jom saksikan gambar yang dikongsikan Hairul dan Hanis ketika bermadu kasih di pulau romantis di Perancis ini, LAPOR MYNEWSHUB.CC- Sumber Berita Malaysia Terkini Online 


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit diramal berada secara purata antara RM3.80 hingga RM3.90 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga hujung tahun ini. Menurut Pakar Ekonomi dan Ketua Penyelidikan RAM Ratings, Kristina Fong, kedudukan semasa ringgit hanya dipengaruhi sentimen bukan asas seperti kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat. Menurut Kristina, faktor asas seperti lebihan akaun semasa, inflasi yang sederhana serta prospek pertumbuhan mampan sepatutnya menyokong ringgit untuk tidak mencapai nilai RM4 berbanding dolar AS. "Saya rasa prospek pertumbuhan masih baik untuk Malaysia bagi 2016, kadar inflasi masih sederhana dengan kadar lebih kurang sama tahun ini. Secara asas ia tidak  nampak akan cecah angka RM4 (berbanding dolar AS)," katanya pada Majlis Pembentangan Unjuran Malaysia dan Ketidaktentuan ringgit di ibu negara hari ini.  Menurut Kristina, meskipun harga komoditi mencatakan kejatuhan namun pertumbuhan tahunan negara masih dijangka berada sekitar 5.0 peratus tahun ini disokong permintaan domestik. Ringgit juga katanya tidak perlu ditambat kepada dolar AS seperti Krisis Kewangan Asia 1998 kerana ekonomi Malaysia kini lebih terbuka dan asas masih kukuh.

 "Menjadi ekonomi terbuka (Malaysia) dengan pasaran kewangan terbuka, saya rasa cara terbaik adalah teruskan pemerhatian dan kajian dengan apa yang berlaku (persekitaran) dan selesaikan segala risiko yang mendatang. "Secara asas Malaysia masih kukuh dan terus membina kemampanan berdasarkan asas yang kukuh itu untuk berdepan kejutan luar. Saya rasa itu pertahanan yang Bank Negara and Malaysia mampu lakukan dalam pelbagai ketidaktentuan kini," katanya. Tambahnya, negara membangun termasuk Malaysia masih menanti petunjuk jelas pada bulan September ini sama ada Rizab Persekutuan AS akan meningkatkan kadar faedah. Sekiranya ia berlaku, faktor tersebut tidak lagi menjadi faktor utama meskipun ketidaktentuan masih wujud termasuk kelemahan harga minyak dan komoditi. Sementara itu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia  (MIER) menjangkakan ringgit akan pulih pada hujung tahun, selari dengan unjuran 2015 ke atas harga minyak mentah antara USD58-USD59 setong oleh Forum Ekonomi Dunia. Pengarah Eksekutifnya, Profesor Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid berkata harga minyak mentah pada Julai mencatatkan USD48 setong, terjejas akibat kurangnya permintaan dan pengeluaran, dan terus menekan mata wang tempatan, LAPOR ASTRO AWANI- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menegur pemimpin parti yang sering memberi gambaran negatif terhadap keupayaan parti itu. Menerusi satu kenyataan pada Selasa, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemimpin UMNO tidak sepatutnya menjadi jeneral yang kalah sebelum perang. Katanya, gambaran negatif yang diberikan berhubung keupayaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang hanya akan melemahkan semangat segala askar dan pejuang dalam parti. “Jika seorang jeneral perang sentiasa menyebut yang negatif contohnya dalam perang ini kita akan kalah, maka segala askar dan pejuang tidak akan ada semangat untuk menang. “Tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal.
Dtanya tentang kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut: “Jika esok diadakan PRU, maka BN akan kalah”. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, ‘esok’ tidak perlu lagi diadakan PRU, masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, beliau berkata, ‘esok’ sudah boleh dimulakan persiapan untuk PRU itu, lapor sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

PETALING JAYA: Bekas pelakon dan penyanyi yang menyertai Pas, Abby Abadi bakal berkahwin buat kali ketiga dengan wartawan kanan akhbar Harakah, Muhammad Faizal Zakaria. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, dan Faizal, 41, bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat manakala Majlis Kenduri Kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos. Faizal atau dikenali Jai menjelaskan, dia mengenali Abby sebagai kawan biasa sejak 2012 dan menjalinkan hubungan lebih rapat tahun lalu selepas program Jelajah Harakah. “Dalam program jelajah Harakah itu kebetulan saya menjadi Ketua Penganjur program dan Abby terlibat sama setelah dipilih menjadi Duta program pada Disember tahun lalu. “Dari situ mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya kepada FMT.
Abby mula dikenali di persada dunia hiburan apabila menganggotai kumpulan Elite di bawah naungan KRU.
Dia kemudian berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008. Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai 11 bulan kemudian. Abby antara pelakon utama drama kepolisan paling lama disiarkan di negara ini, Gerak Khas, terbitan artis veteran bertaraf jutawan, Datuk Yusof Haslam. Dia kemudian meninggalkan dunia hiburan dan berhijab sepenuhnya serta aktif sebagai aktivis Pas, lapor sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

DI mana-mana sahaja, begitu ramai yang membangkitkan isu dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah ia semakin hangat diperkatakan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan hasil siasatannya yang mendapati punca dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri itu bukan dari tabung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi adalah sumbangan daripada penderma. Namun hasil siasatan itu tidak menyebut dari mana dan siapa penderma berkenaan. Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia, Akmal Saufi Mohamed Khaled menggesa Najib menjelaskan sama ada derma berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu adalah untuk kegunaan kerajaan, Umno ataupun peribadi?

Anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab oleh perdana menteri;

1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu isytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?

12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Posting yang dimuat naik di laman sosial Facebook Akmal Saufi itu sudah dikongsi lebih 300 pelayar Facebook. Malah di bahagian komen juga dipenuhi dengan pelbagai komentar yang setuju dengan soalan-soalan yang dibangkitkan, lapor sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

GOMBAK: Seorang banduan yang menerima rawatan di hospital didapati ‘ghaib’ selepas berupaya membuka gari tangannya menggunakan teknik khas. Dalam kejadian jam 2.45 petang kelmarin, suspek berusia 33 tahun didapati meninggalkan gari besi itu di katil hospital sejurus melarikan diri dari wad pesakit di Hospital Selayang, di sini.Difahamkan, banduan itu yang menjalani hukuman penjara lapan bulan turut berjaya meloloskan diri walaupun dikawal dua wadar Penjara Kajang di bilik rawatan itu.Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek berkenaan dikesan hilang ketika seorang doktor datang ke bilik rawatan itu untuk memeriksa keadaannya.Beliau berkata, suspek menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah mencuri kenderaan.Dia dirawat di Hospital Selayang di sini, sejak 26 Julai lalu selepas mendakwa mengalami sakit perut, lapor malaysian digest- Sumber Berita Malaysia Terkini Online


Mungkin ramai yang sudah tahu tentang 'pekena' atau 'prank' yang dilakukan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, awal tahun ini. Ronaldo, yang biasa disapa CR7, mengenakan pakaian selekeh, lengkap dengan rambut palsu dan jambang, dan berlakon seperti seorang gelandangan (homeless) di tengah-tengah bandar Madrid, Sepanyol. Semalam, Ronaldo memuat naik video rasmi aktiviti penyamarannya itu di laman Facebook dan ia menerima tontonan lebih 20 juta dalam masa tidak sampai hanya beberapa jam. Video berdurasi 4 minit itu turut memaparkan Ronaldo bermain bola sepak bersendirian, sebelum bermain berpasangan dengan seorang kanak-kanak lelaki. Lebih mencuit hati, Ronaldo turut menegur seorang gadis dan meminta nombor telefonnya, namun gadis itu enggan memberikan nombor telefonnya. Ronaldo akhirnya keluar daripada penyamarannya sebelum menurunkan tandatangan pada bola dan menyerahkan kepada kanak-kanak lelaki yang sudi bermain dengannya itu, lapor astro awani (SUMBER BERITA MALAYSIA TERKINI ONLINE)

SYDNEY: Pasukan pencarian Australia pada Jumaat berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ sisa pesawat yang dijumpai di pulau La Reunion, berhampiran Madagascar pada Khamis adalah dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, dan proses identifikasi akan diperolehi dalam masa 24 jam. “Kami berkeyakinan tinggi bahawa sisa yang ditemui adalah dari pesawat MH370,” kata Ketua Komisioner Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan, kepada AFP. “Kami sedang bekerjasama dengan pihak Perancis dan Malaysia untuk menganalisis kesemua maklumat, namun tiada lagi apa-apa keputusan muktamad dan kami berharap dalam sedikit masa lagi, kami boleh mendapat keputusannya dalam masa 24 jam,” kata Dolan. Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari tidak menjumpai serpihan pesawat MH370. Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban, lapor astro awani- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

SYDNEY: Model awal yang dibuat berdasarkan pergerakan arus mengenai kemungkinan serpihan pesawat MH370 akan dihanyutkan telah salah mengenal pasti Indonesia sebagai lokasinya. Perkara itu disahkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, (ATSB). ATSB yang mengetuai pencarian MH370 menjelaskan, model hanyutan yang dilaksanakan pada Jun 2014 mensasarkan serpihan pertama pesawat itu dijangka dihanyutkan ke perairan barat Sumatera pada minggu pertama Julai 2014. "Kesilapan itu tidak menjejaskan pencarian di permukaan oleh pasukan pencari antarabangsa untuk mengesan pesawat itu di luar persisir Barat Australia. "Pencarian itu dihentikan pada April, lebih sebulan selepas pesawat itu dilaporkan hilang," ujarnya ATSB dalam satu kenyataan pada Rabu. Pada 29 Julai, bahagian dari sayap pesawat dikenali sebagai flaperon ditemui di Pulau Reunion dan ia disahkan daripada pesawat boeing 777.

Minggu lalu, pihak berkuasa Australia dan pakar oceanografi bebas menyifatkan, kedudukan penemuan flaperon itu yang terletak kira-kira 3,700 kilometer daripada lokasi pencarian adalah konsisten dengan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang berdasarkan kepada analisis arus laut, angin dan ombak. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, Australia telah menghantar satu pasukan penyiasat ke Toulouse, Perancis untuk memeriksa flaperon yang ditemui berkenaan. "Pemeriksaan itu dilakukan pihak berkuasa Malaysia dan Perancis bagi mengesahkan sama ada flaperon itu berasal dari pesawat MH370. "Pegawai Malaysia dan Perancis itu dijangka memberikan kenyataan rasmi mengenai kesahihan sumber flaperon itu penghujung minggu ini," ujarnya. Penerbangan MH370 hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada March 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal. Fokus pencarian tertumpu di Selatan Lautan Hindi, lapor astro awani- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

SELEPAS lebih setahun misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 gagal dirungkai apabila ia langsung gagal dijejaki, kini kes itu menampakkan sinar harapan apabila serpihan yang terdampar di Pulau Reunion kini sedang diteliti kerana memiliki persamaan dengan jenis pesawat tersebut iaitu Boeing 777. Jika sebelum ini, salah satu bahagian luar kapal terbang iaitu flaperon dijumpai, kini, seorang individu yang tinggal di kawasan tersebut menjumpai objek yang boleh membantu kes itu. Creissen Philippe memuat naik beberapa keping foto di laman Twitter peribadinya, menunjukkan penemuan beberapa botol minuman pelbagai jenama. Antaranya, jenama Cactus yang terkenal di Malaysia.  Bagi menguatkan andaiannya, Creissen turut mengambil gambar diskripsi di botol-botol yang ditemuinya. Antara yang tertulis adalah penerangan dalam bahasa Melayu, cop kelulusan halal dari JAKIM dan pengesahan produk tersebut dikilangkan di Malaysia. Tragedi menghayat hati yang berlaku pada tanggal 8 Mac 2014 itu meninggalkan seribu persoalan kepada seluruh warga dunia apabila penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing, China dan membawa 239 penumpang serta anak kapal itu gagal dikesan hanya selepas sejam berlepas. Misi mencari dan menyelamat (SAR) yang berlangsung di Lautan Hindi selama beberapa bulan turut gagal membuahkan sebarang klu sehinggalah penemuan flaperon minggu lalu, lapor  MYNEWSHUB.CC- Sumber Berita Malaysia Terkini Online


SEORANG guru wanita ditemui rentung dalam kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran di Paya Dalam, Melaka, kira-kira 2 pagi semalam. Mangsa Fara Wahidah Ali, 37, merupakan seorang guru yang bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak dan sedang mengambil cuti sakit. Memetik info daripada Facebook Daily Trafik Report, Bapanya Ali Mikram, 62, berkata, dia menyedari kejadian kebakaran itu apabila tersedar dari tidur kira-kira jam 2 pagi selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat cahaya api menerusi cermin tingkap rumah. “Pada awalnya saya tidak tahu anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air. “Namun selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam bilik tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang terbakar sepenuhnya dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Menurut maklumat yang diperoleh daripada pautan komen di Facebook, mangsa mengalami gangguan makhluk halus sehingga menyebabkannya bertindak demikian. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan paparan gambar sepucuk tulisan yang dikatakan ditulis arwah sebelum membakar dirinya. 

“Ning, aku nak bakar iblis ni hidup-hidup. Iblis tak boleh duduk serumah dengan orang hidup. Menimbulkan pergaduhan nanti. Selamat tinggal,” tulis arwah berserta tandatangannya, lapor  MYNEWSHUB.CC- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

SEORANG bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam tandas awam sebelum diselamatkan oleh pihak polis di China. Menurut media tempatan, bayi perempuan itu dijumpai dalam keadaan kepalanya tersekat dalam lubang jamban selepas dipercayai dibuang oleh ibunya di situ.“Kepala bayi tersebut berada dalam keadaan terbalik dan badannya hampir masuk ke dalam lubang kumbahan itu,” kata pegawai yang bertugas.Polis yang bertugas bimbang bahawa mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memotong paip itu lantas bertindak menarik bayi malang itu secara lembut menggunakan tangan sendi. Kejadian yang berlaku di Beijing itu disedari orang ramai selepas terdengar tangisan bayi dan berdasarkan kesan darah di bahagian tepi jamban, dipercayai bayi tersebut ditinggalkan ibunya sejurus selepas bersalin. Bayi itu dikejarkan ke hospital selepas berjaya dikeluarkan dan kini mendapat rawatan lanjut di hospital berdekatan, lapor Agensi/ MYNEWSHUB.CC- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

SINGAPURA – Para penunggang motosikal yang melalui Bukit Timah Expressway (BKE) tergamam sebelum ramai yang berhenti untuk mengutip wang kertas RM50 yang bertaburan di atas jalan raya, pada Isnin. Laporan The Straits Times menyebut, insiden ini berlaku sekitar jam 6.20 petang semalam di kawasan Seletar Expressway (SLE) menuju ke BKE. Dalam video yang dimuatnaik di Youtube oleh Singapore Reckless Drivers Community hari ini, not kertas RM50 kelihatan melayang dan bertaburan di atas jalan raya. Rakaman video tersebut turut memperlihatkan beberapa pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan di bahu jalan bagi mengutip ‘rezeki terpijak’ itu.  Seorang saksi dikenali dengan nama Annie memberitahu Lianhe Wanbao, ketika kejadian dia berada dalam sebuah bas dua tingkat dan terkejut apabila melihat wang kertas melayang di udara. Menurutnya ada penumpang bas meminta supaya pemandu memberhentikan kenderaan tersebut agar mereka boleh mengutipnya namun pemandu bas itu enggan. Berdasarkan agakannya, Annie berkata dia menjangka nilai wang kertas yang bertaburan petang itu mungkin lebih RM10,000. Bagaimanapun sampai sekarang bagaimana not RM50 boleh bertaburan di atas jalan raya di Singapura semalam masih belum ada jawapannya, lapor MYNEWSHUB.CC- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

DALAM satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengumumkan satu waran tangkap telah pun dikeluarkan terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Waran tersebut dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan dan 124I iaitu menjalankan aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan menerbitkan laporan palsu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam. Kenyataan dari Bukit Aman itu turut menyebut, permohonan telah pun dibuat untuk memasukkan nama Clare Rewcastle Brown dalam senarai ‘wanted’ Aseanapol dan notis merah Interpol, lapor MYNEWSHUB.CC- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah sememangnya berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah berkudis di hatinya. Sinonim dengan perangai selamba, Sharifah Sakinah sekali lagi mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar bercumbu bersama suami menerusi laman Instagramnya. Seperti biasa, gambar tersebut mengundang kritikan dan kecaman sesetengah peminat yang berpendapat adegan bercium mulut agak keterlaluan dan menunjuk-menunjuk untuk dikongsikan dengan umum. Namun, tidak kurang juga yang menyokong foto tersebut dan menyifatkan ianya tidak salah kerana Sharifah Sakinah dan Aliff mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri. Alahai, tak pasal-pasal peminat Sharifah Sakinah berbalah sesama sendiri menyatakan pendapat masing-masing berkenaan isu ini. Kontroversi seperti ini juga pernah menimpa Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 dahulu.Jika difikirkan, perbuatan cium mulut secara terbuka sememangnya bertentangan dengan budaya timur membuatkan ramai beranggapan ianya kurang manis untuk dikongsi buat tatapan umum, lapor  MYNEWSHUB.CC- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

PARIS – Serpihan bangkai Boeing 777 yang terdampar di sebuah pulau kecil di Perancis dan disyaki milik penerbangan MH370 yang hilang, tiba di makmal Perancis untuk dianalisis, Sabtu. Jika disahkan ia adalah milik pesawat Malaysia Airlines (MAS), penemuan itu bakal menandakan kejayaan pertama dalam kes yang membingungkan pakar-pakar penerbangan dunia selama 16 bulan. Konvoi yang membawa serpihan bahagian sayap berukuran dua meter dan diletakkan dalam peti kayu itu diiringi polis dari Paris, ke makmal Kementerian Pertahanan berhampiran bandar di barat daya Toulouse. Bahagian yang dikenali sebagai flaperon itu, telah diterbangkan semalaman ke tanah besar dari pulau La Reunion, di mana ia ditemui di pantai di bandar Saint Andre awal minggu ini. Dari lapangan terbang Orly Paris, ia dibawa menuju ke selatan melalui jalan raya, tiba di makmal kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan. MH370 hilang pada 8 Mac 2014, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal. Pakar dari Malaysia dan Perancis akan memulakan analisis terhadap bahagian yang ditemui itu pada Rabu, termasuklah serpihan beg pakaian yang turut ditemui di kawasan berhampiran, menurut sumber. Pada Sabtu, beberapa ratus orang menghadiri himpunan di Saint Andre sebagai memperingati mangsa, beberapa ratus meter dari tempat di mana flaperon itu ditemui pada Rabu. “Saya percaya kita semakin hampir untuk menyelesaikan misteri MH370. Ini boleh menjadi bukti yang meyakinkan bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi kepada AFP. Boeing, gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata akan menghantar satu pasukan teknikal ke Perancis untuk mengkaji bahagian pesawat itu, lapor  AFP/mStar Online- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget