2015-07-26















Senarai Top 23 Blog Malaysia Paling Popular mengikut katogeri

  1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)
  2. Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)
  3. Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
  4. Kucing.my (Blog CSR/PR1)
  5. iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
  6. ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
  7. Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
  8. All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
  9. Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
  10. Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
  11. Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
  12. Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
  13. Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
  14. Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
  15. Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
  16. Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
  17. World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
  18. Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
  19. Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
  20. Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
  21. Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
  22. Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)
  23. Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)

KUALA LUMPUR -  British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) akan menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok, 29 Jun, 2015."Semakan harga hari ini mengambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).  Syarikat telah menyerap GST selepas pelaksanaannya pada 1 April, 2015," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan di sini hari ini. Harga baharu rokok: Dunhill (RM13.80), Kent (RM13.80), Benson & Hedges (RM13.80), Peter Stuyvesant (RM12.30), Pall Mall (RM12.30) dan Lucky Strike Plain (RM14.30), lapor bernama- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Harga minimum rokok dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 sekotak bermula Sabtu ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini. Beliau berkata perkara itu diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau di Putrajaya hari ini. "Harga minimum ini akan dinaikkan kepada RM10 mulai 1 Ogos 2016," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di kementeriannya. Beliau turut mengumumkan dua peraturan baru melibatkan kawasan zon larangan merokok, melibatkan tempat awam dan tempat makan berhawa dingin. Dr Subramaniam berkata bermula 1 Januari tahun hadapan, taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

"Malah, beberapa kawasan tumpuan awam seperti tapak perkhemahan, menara tinjau dan laluan kanopi (jambatan gantung) di 35 Taman Negara juga akan diwartakan sebagai tempat dilarang merokok," katanya.  Selain itu, Dr Subramaniam berkata keseluruhan tempat makan berhawa dingin juga telah diisytiharkan sebagai tempat dilarang merokok. "Kalau dahulu, kita membenarkan satu pertiga daripada tempat makan berhawa dingin di bawah Peraturan 21 sebagai tempat merokok. Sekarang ia dimansuhkan," katanya.

"Penguatkuasaan larangan merokok di taman awam dan Taman Negara akan dijalankan oleh renjer hutan dan pihak berkuasa terlibat dan mereka akan diberikan kuasa untuk menguatkuasakan warta ini," katanya lagi, lapor bernama
- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Kota Samarahan: Murid lelaki cedera tertusuk gunting di muka dalam kejadian di kantin sekolah di sini, pagi tadi.Dalam kejadian 10 pagi itu, muka Faiz Kamirin, 10, tertusuk gunting yang dimain rakannya ketika makan di kantin sekolah.Sumber berkata, ketika kejadian rakan mangsa yang bermain gunting secara tidak sengaja sehingga tertusuk di kiri muka hanya beberapa inci dari mata.  "Rakan mangsa kemudian memaklumkan mengenai kejadian itu kepada guru sekolah dan dibawa ke Pusat Jantung Samarahan."Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut," katanya. Setakat ini, difahamkan mangsa masih di hospital, namun gunting itu sudah berjaya dikeluarkan, lapor harian metro- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

 Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) pada bulan ogos 2015. Bagi muslimin dan muslimat yang ingin menghadiri ceramah agama dari pendakwah bebas terkemuka iaitu Ustaz Azhar Idrus, anda boleh menghadirkan diri ke lokasi dan tarikh yang ditetapkan dibawah.







Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus UAI Ogos 2015 (Format Teks)

1/8 Sabtu – Masjid Banggol Peradung, Manir Kuala Terengganu
2/8 Ahad – Surau Flat Gelung Bilal Pasir Panjang, Kuala Terengganu
3/8 Isnin – Masjid Kg Kijing, Marang
4/8 Selasa – Surau Ladang, Kuala Terengganu
5/8 Rabu – Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu
6/8 Khamis – Surau Soliheen Taman Desa Solehah Kg. Mak Cili Kemaman
7/8 Jumaat – Surau Casa Limbung, Cukai Kemaman (9 pagi)
8/8 Sabtu – Surau Pok Tuyu, Kuala Terengganu
9/8 Ahad – Masjid Kg Butut Kuala Berang, Hulu Terengganu
10/8 Isnin – Tiada Kuliah
11/8 Selasa – Masjid Lama Kg Sura Dungun
12/8 Rabu – Surau Flat Bukit Kecil, Kuala Terengganu
13/8 Khamis – Masjid Batu 6, Kuala Terengganu
14/8 Jumaat – Sekolah Islam Raudatul Jannah, Kg Air Puteh, Junjong, Kulim Kedah
15/8 Sabtu – Masjid Jamek, Kuala Ketil Kedah
16/8 Ahad – Tiada Kuliah
17/8 Isnin – Masjid Pondok Pinang Merah, Paka Terengganu
18/8 Selasa – Surau Belakang Stadium Negeri, Kuala Terengganu
19/8 Rabu – Tiada Kuliah
20/8 Khamis – Tiada Kuliah
21/8 Jumaat -Maahad MABIQ Pantai Sepat, Jln Pantai, Kg Sepat, Penor Kuantan Pahang
22/8 Sabtu – Masjid Simpang 4 Cendering, Kuala Terengganu
23/8 Ahad – Masjid Pulau Ketam, Kuala Terengganu
24/8 Isnin – Masjid Darul Iman Kg Lahar, Besut Terengganu
25/8 Selasa – Masjid Batu Buruk, Kuala Terengganu
26/8 Rabu – Masjid Titian Baru Kedai Buluh, Kuala Terengganu
27/8 Khamis – Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang Kelantan
28/8 Jumaat – Tiada Kuliah
29/8 Sabtu – Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan, Jln PJS 6/4, Petaling Jaya Selangor
30/8 Ahad – Masjid Jamek Sultan Hisamudin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang Selangor
31/8 Isnin – Tiada Kuliah

Nota Penting
*15/8 Sabtu Soal jawab agama di Madrasah Nurul Ihsan, Simpang 3, Hulu Bakai Kulim Kedah (jam 9 pagi)
**17/8 Isnin Soal jawab agama Muslimat DUN Rantau Abang di Surau Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Gong Pasir, Dungun (jam 4.45 ptg)

 - Sumber Berita Malaysia Terkini Online



JITRA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang wanita kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian, awal bulan ini. Majistret Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Farihah Abd Aziz, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara mengeratnya kepada lapan bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas. Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 tengah hari hingga 3 petang pada 6 Julai lepas di dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau Jitra, Kubang Pasu. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria, lapor bernama- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Tirai program realiti popular Akademi Fantasia (AF2015) akan bermula tidak lama lagi dan seramai 16 orang bakal pelajar AF telah dipilih menerusi ujibakat yang dijalankan di lokasi tertentu. Pihak produksi Astro telah menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar berpotensi dan menonjol untuk menyertai #AF2015. Kesemua mereka bukan sekadar mampu melontarkan vokal yang baik tetapi memiliki identiti, karakter dan aura sebagai seorang penyanyi dan penghibur. Seramai lapan orang pelajar lelaki dan lapan orang pelajar wanita telah berjaya memikat hati para juri sewaktu sesi ujibakat berlangsung.

Lapan orang peserta lelaki tersebut ialah Shahrul (19, Negeri Sembilan), Iqwan (20, Perak), Syamel (22, KL), Openg (23, Sabah), Faroq (23, Melaka), Sufi (24, Singapura), Syahid (27, Melaka) dan Wili (28, Sabah). Manakala lapan peserta wanita ialah Bila (19, KL), Ziqa (19, Johor), Arisa (21, Selangor), Aziah (21, Sabah), Ifa (21, Kedah), Lisa (22, Sarawak), Rachel (23, Pahang) dan Dalila (23, Singapura).
Nasib 16 bakal pelajar ini akan ditentukan sewaktu konsert penentuan di minggu pertama nanti. Mereka bakal membuat persembahan secara langsung dan pemilihan dibuat berdasarkan 100% keputusan pengetua dan barisan tenaga pengajar #AF2015. Jumlah pelajar yang bakal meneruskan perjuangan dalam #AF2015 hanya terjawab pada malam Konsert Penentuan tersebut. Program pengenalan Tirai AF2015 akan ke udara selama dua episod bermula 1 & 2 Ogos 2015, jam 9.00 malam. Diari AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 malam bermula pada 3 Ogos ini. Manakala Konsert Mingguan F2015 akan bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 9 Ogos depan. AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), lapor astro awani.com- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

PETALING JAYA : Selebriti Datuk Aznil Nawawi memuji sikap yang ditonjolkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tenang dan tidak berdendam walaupun digugurkan dari Kabinet.
Aznil berkata, sikap positif yang ditunjukan Muhyiddin itu telah mengangkat darjatnya dari ‘Pemimpin yang digugurkan’ kepada ‘Pemimpin yang dihormati’ “Kalau bukan calang-calang pemimpin, dendam amarah pasti dibakar terutama ketika mengetahui sokongannya kuat ketika ini,” katanya menerusi laman sosial Instagram. Aznil yang lebih mesra dipanggil Pak Nil juga memuji sikap Muhyiddin yang masih lagi tebal dengan harga diri. “Tabik pada TSMY kerana ketika manusia mula lupa peradaban, beliau masih tebal dengan harga diri. TSMY tidak membakar kelambu hanya kerana marah pada nyamuk sebab kebakaran kelambu boleh marak sehingga membakar rumah.

“TSMY, anda tak kalah bila mengalah. Allah mempunyai rencana yang lebih baik buat TSMY. Insyaallah,” ujarnya.
Menerusi laman sosial Instagram itu juga, Aznil menyeru orang ramai mencontohi sikap yang ditampilkan oleh Muhyiddin.
“Ya Allah! Luhurnya hati pemimpin ini. Tak boleh kah sikap begini dijadikan contoh pada saya dan kita semua?” tulisnya.
Aznil membuat pujian itu susulan kenyataan Muhyiddin yang sedia bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam UMNO walaupun telah digugurkan dari Kabinet, lapor free malaysia today- Sumber Berita Malaysia Terkini Online


PETALING JAYA: Satu serpihan pesawat ditemui terdampar di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi. Ia menimbulkan spekulasi kemungkinan objek sepanjang dua meter itu sebahagian daripada badab pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak lebih setahun lalu.AFP melaporkan serpihan misteri itu ditemui sekumpulan orang awam yang membersihkan pantai.“Ia diselaputi kulit kerang, jadi boleh dikatakan ia sudah lama berada dalam air,” petik laporan agensi itu. Susulan penemuan itu, pegawai pengangutan udara Perancis telah membuka kertas siasastan. Ia juga dilaporkan telah dibawa ke negara berkenaan bagi tujuan forensik. Dalam kejadian 8 Mac lalu pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang dan gagal dikesan, lapor free malaysia today- Sumber Berita Malaysia Terkini Online


AYER KEROH - Gara-gara terpedaya dengan mulut manis seorang lelaki dari negara jiran yang dikenalinya menerusi laman cinta tempatan, seorang wanita kerugian lebih RM60,000 apabila keseluruhan wang simpanannya dirembat lelaki terbabit. Dikenali sebagai Haslinda, 35, mendakwa, segalanya bermula pada awal tahun ini apabila dia ‘termakan’ dengan cerita sedih kononnya kenalan mayanya yang berusia 40-an itu, disamun di Kuala Lumpur ketika menjalankan urusan perniagaan. Menurutnya, awal Februari lalu lelaki itu mahu meminjamkan wang sebanyak RM300, dengan alasan wang dan dokumen perjalanannya serta anak lelaki berusia lima tahun, hilang sewaktu disamun. “Walaupun hanya mengenalinya menerusi telefon, oleh kerana simpati dengan nasib anaknya yang masih kecil, saya meminjamkan wang yang diminta dan bertemu dengannya serta menjaga anaknya itu. “Selang sehari selepas itu, saya dihubungi sekali lagi dan lelaki terbabit meminta saya meminjamkannya wang tunai sebanyak RM5,000 sebagai modal perniagaannya dan berjanji akan memulangkannya dengan lebihan sebanyak RM2,000 sebagai upah menjaga anaknya selepas dia pulang dari Pulau Pinang,” katanya. Dia berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Khidmat Barisan Nasional (Pembela BN) negeri di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Abd Aziz.

Haslinda berkata, dia dihubungi sekali lagi dan mendakwa lelaki itu minta meminjamkannya RM10,000 bagi modal membekalkan kuih-muih. “Saya terus meminjamkan wang untuk kali keempat tanpa ragu dengan jumlah RM10,000, kerana dia memberi janji selain meletakkan anak lelakinya di bawah jagaan saya,” katanya. Tambahnya, bermula 13 Februari hinggalah Mac lalu, wang yang dipinjamkan kepada lelaki berkenaan  berjumlah lebih RM60,000. “Semua wang dipinjamkan kepadanya dijanjikan dengan bayaran balik tempoh singkat serta jumlah keuntungan,” katanya. Haslinda mendakwa turut menyewakan kereta Chevrolet Optra miliknya dan lelaki itu berjanji akan memulangkan kenderaan tersebut dalam tempoh segera selepas diambil pada pertengahan Februari lalu. “Saya nyaris kehilangan kereta itu, selepas dia minta saya menjualkannya untuk dijadikan modal perniagaan yang saya sendiri tidak mengetahuinya.

“Namun dengan beberapa alasan kenderaan berkenaan tidak berjaya dijual dan saya rasa lega kerana tidak ditimpa dengan bebanan berikutnya,” katanya. Lelaki terbabit turut membuat surat perjanjian jumlah pinjaman yang dibuat pada awal Mei lalu dengan janji wang berkenaan, termasuk keuntungan serta upah penjagaan anaknya akan dipulangkan kira-kira tiga minggu selepas dokumen itu ditandatangani. “Namun sehingga kini surat itu hanya tinggal kenangan dan dia hanya memulangkan wang saya sebanyak RM5,000 pada awal bulan ini dan berjanji akan membayar semula secara berperingkat, namun tidak melakukannya.

“Beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu dia menghubungi saya untuk mengambil anaknya semula dan meminta maaf tidak dapat menjelaskan baki hutangnya,” katanya. Menurut Haslinda dia juga ada membuat carian Google dan mendapati nama lelaki terbabit terkenal dengan pelbagai kes penipuan yang turut membabitkan mangsa di peringkat antarabangsa. Haslinda membuat laporan pada 17 Julai lalu di Balai Polis Tanjung Minyak mengenai penipuan yang dilakukan lelaki terbabit serta turut menafikan dia menculik anak lelaki itu. Sementara itu, Amir Hamzah berkata beliau akan mendapatkan bantuan menerusi Wisma Putra berkaitan kes ini, berikutan ia dilakukan oleh warga asing dari negara jiran. “Kes ini dianggap serius kerana membabitkan penipuan wang tunai berjumlah tinggi dan kita akan membantu pengadu untuk menyelesaikannya,” katanya, lapor sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

SANDAKAN - Ada pemberi maklumat menerima bayaran saguhati mencecah RM500,000 dari Jabatan Kastam Diraja Sabah sebagai imbuhan kepada maklumat yang membantu membanteras kegiatan penyeludupan. Pengarah jabatan itu, Datuk Dr. Janathan Kandok berkata, bayaran tersebut adalah bagi menghargai sumbangan penting pemberi maklumat dalam usaha membanteras penyeludupan khususnya melibatkan rokok dan minuman keras di negeri ini. Katanya jumlah saguhati diberikan kepada pemberi maklumat itu bergantung kepada ketepatan maklumat yang disalurkan dan nilai rampasan. "Jabatan Kastam menyediakan peruntukan khas untuk tujuan itu dan identiti pemberi maklumat turut dirahsiakan termasuk jika kes rampasan berkenaan dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Minuman Keras dan Rokok Seludup di sini, hari ini.

Janathan juga berkata maklum balas orang awam dalam menyalurkan maklumat adalah menggalakkan dan ia banyak membantu usaha membanteras kegiatan penyeludupan di negeri ini. "Ini tidak bermaksud Jabatan Kastam sangat bergantung kepada pemberi maklumat sahaja tetapi harus diakui peranan mereka juga penting. Jabatan ini juga mempunyai unit sendiri dalam mendapatkan maklumat secara rahsia," katanya. Janathan berkata sejak Januari hingga semalam, nilai rampasan berjumlah RM8 juta dilakukan Bahagian Penguatakuasa jabatan itu terhadap kegiatan  penyeludupan di negeri ini. Katanya kebanyakan kes itu melibatkan rokok dan minuman keras, manakala yang lain adalah kenderaan dan alat ganti kenderaan, lapor bernama- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

KUALA LUMPUR -  Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah yang terletak di Bangunan Menara 2 Bukit Aman terbakar, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, kebakaran berlaku di tingkat 9 dan 10  menara 2 (lama) berkenaan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.20 petang. “Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Azizan berkata api dapat dikawal sepenuhnya  jam 7.47 malam. Punca kejadian masih disiasat,"katanya. Sementara itu Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad mengesahkan kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada kakitangan yang bertugas di bangunan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan hanya dokumen tidak penting yang musnah dalam kebakaran itu. “Tiada dokumen siasatan yang terlibat dalam kebakaran ini. Cuma dokumen lama tak penting yang musnah. Jangan buat spekulasi,” ujarnya menerusi laman mikro Twitter miliknya, lapor sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

JASIN - Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) putus kaki kiri selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 32 Jalan Merlimau - Jasin, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Mohd Fatehuddin Raban, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamah LC secara berseorangan dalam perjalanan dari Merlimau ke Jasin. Sumber polis berkata, ketika kejadian, pemandu treler berusia 29 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Jasin menuju ke Merlimau. “Setibanya di lokasi kejadian, pelajar terbabit terbabas dan memasuki arah bertentangan dan melanggar hadapan treler jenis Volvo yang ketika itu melalui jalan tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dari motosikalnya menyebabkan kaki kirinya putus," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Menurutnya, siasatan awal mendapati, penunggang motosikal berkenaan merupakan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanik USM. "Mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Muhammad Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan kejadian. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 43 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, lapor sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain Muhyiddin, lima orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan. "Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara. "Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet. "Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya. Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.  "Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.  "Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.
Berikut adalah perubahan baru yang diumumkan Najib:

Menteri Kabinet

Datuk Wilfred Madius Tangau – Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Hamzah Zainudin – Sumber Manusia
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Mahdzir Khalid – Pendidikan
Datuk Seri Azalina Othman – JPM
Datuk Seri Ong Ka Chuan – Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak – Komunikasi dan Multimedia

Timbalan menteri

Datuk Mohd Johari Baharum – Pertahanan
Datuk Mas Ermieyati Samsudin – Pelancongan dan Kebudayaan
Datuk Nur Jazlan Mohamed – Dalam Negeri
Dato Dr  Asyraf Wajdi Dusuki – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Chong Sin Woon – Pendidikan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican – Luar Negeri
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Masir Kujat – Dalam Negeri
Datuk Johari Abdul Ghani – Kewangan
Datuk Ahmad Maslan – Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri digugurkan

Tan Sri Muhyiddin Yassin –  Pendidikan
Datuk Seri G Palanivel – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Shafie Apdal – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Ewon Ebin – Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Hasan Malek – Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Timbalan menteri digugurkan

Datuk Abd Rahim Bakri – Pertahanan

sumber : malaysiakini.com - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

 Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bermain madah lagi petang ini - dan menariknya ia berlaku pada hari sama rombakan kabinet diumum perdana menteri yang menyaksikan seorang ahli politik Johor tersingkir. Seperti sifat beliau yang suka berkias, Tunku Ismail berkata, seseorang yang sedang berdepan dengan keadaan "lemas" akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri.  Langkah itu, kata status di Facebook, termasuklah menggapai "najis". Memuatkan kenyataan itu secara soal jawab dengan "wartawan" Tunku Ismail ditanya pandangannya mengenai FAM, lapor malaysiakini.com- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Kuala Lumpur: Seorang penasihat jualan terpaksa berkurung dalam tandas ketakutan sejurus kediamannya dipecah masuk dua penjenayah ‘geng tempang’. Dalam kejadian jam 9.15 pagi kelmarin, mangsa berusia 29 tahun kerugian RM3,500 selepas dua suspek berusia 40-an memecah masuk kediamannya di Saville Melawati Condo, Wangsa Maju, di sini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, sebelum kejadian mangsa mandi sebelum terdengar loceng pintu rumahnya dibunyikan. Bagaimanapun tindakan mangsa tidak mengendahkan bunyi loceng itu menyebabkan dua penjenayah memecah masuk selepas menyangka rumah itu tidak berpenghuni.

“Tindakan itu bagaimanapun disedari mangsa dari dalam tandas. Mangsa terdengar bunyi suspek menyelongkar barangan di dalam rumahnya. “Suspek yang keluar untuk melihat apa yang berlaku terkejut terserempak dua suspek tidak dikenali menceroboh masuk kediamannya,” katanya. “Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati salah seorang suspek berjalan dalam keadaan tempang dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti suspek,” katanya, lapor harian metro- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Seremban: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menangis teresak-esak apabila menjadi mangsa cabul lelaki dalam kejadian di kedai buku di pasar raya di Kemayan Square, di sini, kelmarin.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 1 petang, mangsa yang juga pelajar sekolah menengah ke kedai buku di pasar raya itu ditemani ibunya. Menurut sumber itu, sewaktu membaca buku, lelaki yang tidak dikenali menyelak kain dipakai mangsa sebelum memegang punggungnya. “Tidak cukup itu, suspek turut menyentuh kemaluan remaja terbabit menyebabkan mangsa menangis teresak-esak,” kata sumber itu. Sumber itu menambah, selepas melakukan perbuatan itu, suspek melarikan diri. “Menyaksikan anaknya menangis di khalayak ramai, ibu mangsa berusia 40-an bertanya apa terjadi dan dimaklumkan kejadian.

“Berikutan itu, wanita terbabit meminta pihak pengurusan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan terkejut mendapati perbuatan suspek terhadap mangsa,” kata sumber itu lagi. Menurut sumber itu, berdasarkan rakaman CCTV, suspek dianggarkan berusia 20-an. Kata sumber itu, ekoran kejadian berkenaan, mangsa dan ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2, di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. “Suspek kini diburu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya, lapor harian metro- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Melaka: Akibat terlalu percaya pada kenalan yang disangka bakal menjadi teman hidupnya sepanjang hayat, seorang wanita mendakwa kerugian RM60,000 apabila lelaki terbabit gagal melunaskan wang yang dipinjamnya. Mangsa mahu dikenali sebagai Haslinda, 35, berkata, dia mengenali lelaki berusia 40-an berasal dari negara jiran itu melalui sebuah laman mencari jodoh tempatan Disember tahun lalu sebelum hubungan mereka semakin intim. Haslinda berkata, lelaki itu mula mengatur perancangan menjeratnya pada Februari lalu dengan mereka-reka cerita sedih kononnya dia dan anak lelaki berusia lima tahun tinggal sehelai sepinggang selepas disamun ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke negara asal atas urusan kerja. “Saya bertemu lelaki itu dan dia meminta saya menjaga anak lelakinya sebagai cagaran dia membayar semula wang dipinjam RM300 daripada saya selepas menyelesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (PEMBELA) negeri di Ayer Keroh, di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah PEMBELA negeri Amir Hamzah Abd Aziz, lapor harian metro- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

 Petaling Jaya: Komposer dan anggota KRU serta Mojo, Edry Abdul Halim dilantik sebagai pengetua musim terbaru Akademi Fantasia 2015 (AF2015). Masih mengekalkan format asal, program realiti itu turut menyaksikan gabungan tenaga pengajar berpengalaman seperti Acis sebagai pengarah muzik, Shahrol (vokal), Fatimah Abu Bakar (motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (tarian dan kareografi), Fauziah Nawi (seni persembahan) dan Que Haidar (pementasan). Musim kali ini menampilkan seramai 16 peserta dari Negeri Sembilan, Selangor, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Kedah, Johor, Pahang dan Singapura. Program pengenalan AF2015 akan ke udara sebanyak dua episod pada 1 dan 2 Ogos ini, 9 malam di Astro Ria, lapor harian metro- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

 KUALA LUMPUR: Ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (pedalaman dan pantai barat) serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga lewat malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter. Menurut kenyataan itu, keadaan itu juga berbahaya kepada bot-bot kecil.

sumber : berita harian - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Live streaming keputusan Kelantan vs ATM pada 28 Julai 2015. Siaran langsung perlawanan Liga Super antara Kelantan TRW lawan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bermula pada pukul 8.45 malam selasa bertempat di Stadium Sultan Muhmmad IV. Difahamkan tiada “live streaming” bagi perlawanan Kelantan menentang ATM disiarkan menerusi saluran televisyen tempatan. Bagaimanapun kami akan memberikan keputusan terkini Kelantan vs ATM dari semasa ke semasa malam ini.

Keputusan  terkini :

Kelantan
VSATM
5Status: Full Time
1
Penjaring gol:3′ Erwin Carillo
38′ Wan Zack Haikal
42′ Mohd Nor Farhan
63′ Erwin Carillo
74′ Wan Zaharulnizam
Keputusan PenuhPenjaring gol:8′ Vinice Elphi

- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Di sebalik kejayaan sesebuah negara tentunya digerakkan oleh seorang pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang baik akan sentiasa menjaga kebajikan rakyat serta berlaku adil, jujur dan amanah dalam setiap urusan pentadbiran negara. Namun, wujud pemimpin yang bersikap tidak berperikemanusiaan dan namanya terus dikenang sebagai 10 pemimpin zalim sepanjang zaman.

 1. Atilia The Hun
Beliau merupakan pemimpin dari Empayar Hunnie dan berjaya menakluki Austria hingga ke Jerman. The Hun telah bertindak membunuh dan menghancurkan apa serta siapa sahaja yang cuba menghalang agenda beliau dalam meluaskan empayar penaklukannya.Beliau dikenali sebagai pemimpin paling kejam dalam sejarah penaklukan orang gasar (Barbarian). Menariknya, The Hun sanggup merendamkan diri sendiri di dalam darahnya pada malam perkahwinan beliau bersama isteri.


 2. Maximilien Robespierre
Pemimpin Revolusi Perancis ini telah menjadi penyebab utama berlakunya keganasan serta kekejaman ketika pra-revolusi Perancis selama 10 bulan. Sepanjang berlakunya revolusi tersebut, sebanyak 18,500 hingga 40,000 orang telah dibunuh kejam oleh tribunal revolusi dibawah kepimpinan beliau.Akhirnya, beliau berjaya ditawan dan dihukum mati tanpa bicara pada tahun 1794.



 3. Ayatollah Khomeini
Khomeini telah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai di dalam penjara selepas mendapati wujud gerakan penentang sewaktu era pemerintahannya di Iran. Dianggarkan seramai 30,000 nyawa tekorban di atas kezalimannya. Khomeini meninggal dunia pada tahun 1989 akibat penyakit kanser pada usia 86 tahun.



 4. Adi Amin Dada

Beliau merupakan Presiden Uganda yang juga berperanan sebagai pegawai tentera yang terkenal sebagai pencabul hak asasi manusia, memimpin dengan kuasa veto, penyeksa etnik, membunuh tanpa penghakiman dan bertindak menghalau masyarakat India dari Uganda. Dianggar seramai 80,000 sehingga 500,000 nyawa tekorban disebabkan oleh kezaliman Amin. Pada 4 Ogos 1972 pula, beliau bertindak menyuarakan pendapat untuk menghalau pula 60,000 orang Asia yang bukan penduduk Uganda. Kebanyakkan daripada mereka adalah pemegang passport British.


 5. Leopold II

Leopold telah menubuhkan Congo Free State yang merupakan satu projek persendirian dalam mengutip hasil getah di tengah benua Afrika. Beliau telah mengerah ramai tenaga buruh sehingga menyebabkan berlakunya kematian 3 juta orang. Kuasa yang dimiliki oleh Raja Belgium ini tiada tandingnya sehingga beliau boleh memerintah dengan sesuka hati bersama tentera peribadinya, Force Publique.


 6. Pol Pot

Pada tahun 1976, Pol Pot telah berjaya memegang jawatan sebagai pemimpin Khmer Rouge dan Perdana Menteri Kemboja. Hasil pemerintahannya, beliau telah mengakibatkan kematian seramai 2 juta orang Kemboja (1/3 populasi rakyat Kemboja) di atas kerahan buruh paksa dan penjagaan perubatan yang lemah.
Selama 3 tiga Pol Pot memerintah, beliau telah banyak melakukan pembunuhan di sebuah tempat yang dinamakan ‘Killing Fields’.Mayat kemudiannya ditanam di dalam sebuah kubur besar. Demi untuk menjimatkan peluru senjatanya, Pol Pot lebih gemar menggunakan pemegang kapal, tukul, tombak dan buluh.


 7. Vlad III (Vlad The Impaler)

Beliau pula terkenal sebagai pemimpin yang mencetus hukuman yang kejam di Romania. Hal ini telah memberi inspirasi kepada Bram Stoker, iaitu watak utama novel Dracula. Antara hukuman kejam yang diinspirasikan oleh beliau adalah paku ke kepala, memotong limpa, membutakan mata, membakar, memotong hidung dan telinga, mengerat anggota kemaluan, menyiat kulit, meletakkan mangsa di dalam sangkar yang mempunyai haiwan buas dan merebus manusia yang masih bernyawa.
Terdapat sumber yang me


 8. Ivan IV Of Russia (Ivan The Terrible)

Pemimpin Rusia ini merupakan pemerintah pertama yang mendapat gelaran Tsar. Ivan memerintah Rusia pada tahun 1533 hingga 1547. Dipercayai pada tahun 1570, Ivan mendapat berita bahawa terdapat golongan elit di Banar Novgorod yang ingin melumpuhkan Poland. Lalu pada 2 Januari tahun yang sama, Ivan mengarahkan askarnya untuk menghalang mereka dengan membina sebuah tembok besar mengelilingi bandar Poland. Dianggarkan seramai 500 hingga 1,000 orang ditawan setiap hari lalu mereka dibunuh dan diseksa dihadapan Ivan dan anaknya. Pada tahun 1581 pula, Ivan bertindak gila dengan menumbuk menantunya sehingga mengalami keguguran disebabkan menantunya memakai pakaian yang tidak digemari oleh Ivan.Hal itu mendapat tentangan daripada anak beliau sendiri sehingga Ivan bertindak membunuh anaknya dengan tongkat.


 9. Adolf Hitler
‘Furher’ Jerman yang terkenal dengan sifat perkauman ini telah menyebabkan kemusnahan serta kematian yang tinggi sehingga mencecah angka 10 juta orang, termasuk 6 juta daripanya adalah orang Yahudi. Pembunuh beramai-ramai yang berlaku disebabkan Hitler dipanggil ‘Holocaust’.


 10. Josef Stalin
 Beliau merupakan setiausaha agung Parti Komunis Soviet Union pada tahun 1922 hingga 1953. Stalin telah melakukan kezaliman serta pembunuhan terhadap manusia sehingga mencecah angka 60 juta orang manusia.

sumber : the malaysian digest - Sumber Berita Malaysia Terkini Online



JEMPOL: Berang kerana melihat suami ditetak, seorang isteri bertindak mencapai sebatang besi lalu memukul sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun sebuah rumah didiami tiga beranak di Felda Palong 6, di sini, kelmarin. Malah tindakan wanita berusia 58 tahun itu juga menyebabkan lima lelaki bertopeng berkenaan terus melarikan diri tanpa sempat menggeladah rumah tersebut dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kelima-lima lelaki itu memasuki rumah yang didiami wanita berkenaan bersama suami dan anak lelaki masing-masing berusia 62 dan 26 tahun ketika ketiga-tiga beranak itu sedang tidur di bilik. “Mangsa dikejutkan dengan bunyi kerusi jatuh di bahagian dapur lalu bangun dan keluar untuk meninjau keadaan sebelum mereka dikejutkan dengan kehadiran lima lelaki berbadan tegap dan bertopeng muka.

“Tidak lama kemudian, anak lelakinya keluar dari bilik namun kemudian diheret suspek ke luar rumah melalui pintu belakang,” katanya ketika mengesahkan laporan, semalam. Hamzah berkata, suspek bertindak memukul anak wanita terbabit menggunakan kayu getah sebelum terlihat suaminya cedera ditetak menggunakan parang. "Wanita terbabit terus mencapai sebatang besi berhampiran dan dalam keadaan kelam-kabut memukul suspek namun tidak dapat dipastikan berapa orang yang dipukul. "Kesemua lelaki yang dipercayai warga asing itu kemudian melarikan diri ketika mangsa menjerit meminta pertolongan," katanya. Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kerugian membabitkan harta kerana suspek tidak sempat menggeledah kediaman tersebut. "Bagaimanapun, suami wanita terbabit yang cedera di bahagian pergelangan tangan kiri menerima 12 jahitan selepas mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Felda Palong 4,5 & 6. "Polis kini sedang memburu suspek dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 393 dan 397 Kanun Keseksaan," katanya, lapor sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Seorang wanita di China maut  'ditelan' eskalator ketika menggunakan tangga bergerak tersebut untuk menaiki tingkat atas sebuah pasar raya bersama anaknya. Rakaman CCTV itu menjadi perbualan hangat para netizen di media sosial selepas ia dimuat naik di laman YouTube. Insiden itu berlaku apabila lantai eskalator itu tiba-tiba runtuh. Dalam video itu berdurasi 0.35 saat itu, Xiang Liujuan, 30 bersama anaknya dilihat sudah sampai ke penghujung eskalator berkenaan dan ketika memijak lantai besi, tiba-tiba ia dilihat runtuh lantas ‘menelan’ wanita berkenaan. Bagaimanapun, ibu mangsa sempat menyelamatkan anaknya dengan terus menolak dia kepada seorang wanita yang berada di tempat kejadian itu. Walaupun beberapa individu yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan Xiang, namun mereka gagal membantu mangsa untuk keluar dari lubang berkenaan.

Menurut laporan media, tubuh mangsa hanya berjaya dikeluarkan oleh pihak berkuasa selepas tiga jam terperangkap di dalam mesin berkenaan. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.10 pagi, beberapa hari lalu di sebuah pasaraya besar di Jingzhou, lapor astro awani (SUMBER BERITA MALAYSIA TERKINI ONLINE)


Permohonan sekolah pendidikan Khas tahun 2016 Tingkatan 1 dan 4 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Pendidikan Khas 2016 akan dibuka mulai 27 Julai 2015 hingga 12 September 2015. 

Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016 Ting 1 & 4 Online
Tempoh Permohonan Sekolah Pendidikan Khas 2016
27 Julai 2015 sehingga 12 September 2015.

- Sumber Berita Malaysia Terkini Online 

PETALING JAYA: Orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan kemunculan Geng Samun Dalam Rumah pada siang hari yang menggunakan kereta Toyota jenis Estima berwarna putih. Jurucakap polis berkata, setakat ini, sembilan kes samun di siang hari telah dilaporkan oleh kumpulan berkenaan termasuk di Rawang, Jinjang, Klang, Puchong dan USJ. Katanya, modus operandi geng berkenaan ialah menyerbu rumah mangsa antara jam 12 tengah hari hingga tiga petang dengan mengacukan parang dan menggunakan wayar kabel untuk mengikat mangsa. Katanya, geng samun itu dipercayai dianggotai empat suspek iaitu tiga lekaki Cina dan seorang Melayu dengan memakai topeng ski dan sarung tangan. Geng itu menaiki kenderaan Estima berwarna putih menggunakan nombor pendaftaran Kuala Lumpur yang bermula huruf ‘W’ yang dipercayai palsu. Jurucakap polis berkata, suspek cenderung menggunakan nombor pendaftaran Kuala Lupur yang mengandungi angka 8 dan nombor berpasangan (pairing) seperti 88, 66, 22 dan 00, lapor free malaysia today FMT- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Sesiapa sahaja boleh jadi terkenal kalau mereka jadi viral di media sosial. Sebagaimana yang berlaku kepada 6 wanita dibawah yang jadi cukup popular di media sosial sepanajang tahun 2014. Memetik sumber info di blog INI, disenaraikan 6 wanita cantik yang bukan dari kalangan selebriti dalam bidang seni yang menjadi popular di internet kerana perkongsian pengguna-pengguna di media sosial sepanjang tahun lepas. Mereka adalah Sabina Altynbekova, Katya Lischina, Natalia Poklonskaya, Yan Jiajun, Noor Hafizah Mohd Idrus dan Nurul Habibah. 

Kenapa mereka jadi popular? Jom baca selanjutnya info dibawah:













Sabina Altynbekova
Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Womens Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014. Sabina Altynbekova, 18, adalah seorang pemain bola tampar yang sangat jelita dari Kazkhstan. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini kini mempunyai 370 ribu pengikut di Instagram.














Katya Lischina
Walaupun gadis yang berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya adalah Liraley Ketskatya. Gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut. Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mempunyai peminat seramai hampir 80 ribu.












Natalia Poklonskaya
Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik. Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014. Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.













Yan Jiajun
Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China. Yan Jiajun adalah seorang tentera di China dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China. Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.














Noor Hafizah Mohd Idrus
Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjanya sebagai seorang juruterbang. Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik. Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.












Nurul Habibah
Nurul Habibah adalah seorang anggota polis jelita dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi oleh orang ramai di media sosial. Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.

 Sumber: parahlu- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

WALAUPUN namanya lebih dikenali sebagai sifu dalam industri muzik tempatan, namun Datuk M Nasir turut membintangi beberapa filem sebelum ini. Antaranya, Kembara Seniman Jalanan, Selubung, Fenomena, Balada, Simfoni Duniaku, Merah, Perempuan Melayu Terakhir, Putih, Puteri Gunung Ledang dan Magika. Terbaharu, dikhabarkan filem adaptasi daripada novel terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Tombiruo yang bakal diangkat ke layar perak turut melibatkan kerjasama daripada bintang seni ini. Meskipun keputusan rasmi masih belum dilakukan, namun ada ura-ura yang mengatakan M Nasir akan terlibat dalam pembikinan skor muzik dan turut tersenarai sebagai tonggak utama. Ketika ditemui di majlis sidang media pra pelancaran filem di Auditorium Muhammad V di Karangkraf, Selasa lalu, M Nasir mengakui karya itu adalah sesuatu yang menarik untuk diangkat sebagai filem.

"Bagi saya ianya sangat menarik untuk difilemkan kerana mempunyai tema, sudut seni dan jalan cerita yang berbeza daripada karya lain. "Bila saya dapat tahu filem ini mendapat sentuhan pengarahan daripada pengarah yang juga kawan lama saya, Nasir Jani, saya turut meluangkan masa untuk memberi sokongan. "Saya yakin, dia mempunyai semangat dan 'attitude' untuk buat filem yang ada pemikiran. Namun, mengenai penglibatan saya dalam filem ini, saya tak tahu lagi. Semuanya belum diputuskan," katanya. Pada majlis berkenaan, M Nasir dan rakannya, Ito Blues Gang turut membuat persembahan dengan mendendangkan dua lagu dari kumpulan, Kembara , lapor portal sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

PASANGAN Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa merupakan pasangan ideal selebriti yang dihormati dan wajar dicontohi. Bukan sahaja menampilkan imej secocok, malah kedua-duanya sentiasa mesra dan romantis ketika ditemui di mana-mana majlis. Pasangan yang bernikah pada 2000 ini sedar tidak sedar sudah menjalani kehidupan bahagia bersama sejak 15 tahun lalu. Masih dalam bulan Syawal, masih belum terlambat untuk Zass berkongsi kisah Aidilfitri pasangan serasi ini. Menurut M Nasir, sebelum menyambut Aidilfitri lagi, beliau mengambil keberkatan Ramadan untuk mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan antara ahli. “Ramadan kami sekeluarga berlangsung macam biasa tahun ini. Bergantung pada hari. Ada masa sibuk, ada masa tidak. “Saya sedang buat konsert jelajah  dan selepas raya akan sambung program jelajah itu di Penang dan di Kuala Lumpur,” kata M Nasir ketika ditemui Zass, baru-baru ini.

Siri jelajah yang dimaksudkan adalah Konsert Solo M Nasir... Kembara yang dijalankan di empat lokasi terpilih iaitu, Kuantan Pahang; Pasir Gudang, Johor; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Shah Alam, Selangor bermula 24 Mei lalu sehingga 7 November depan. Sementara itu, bagi Marlia pula yang baru selesai bersiaran dalam program Pelamin Fantasia di Astro berkata, dia sudah mula berehat panjang sehingga penghujung tahun ini. “Saya dah mula berehat dan duduk rumah sahaja temankan anak-anak. Tahun ini aktiviti membuat kuih raya.  Anak-anak saya pandai buat kuih raya. “Saya juga suka memasak. Sejak bulan puasa lagi, suami tak memilih dan tidak cerewet bab makan. Dia makan apa sahaja yang saya masak. Makanan pun tak perlu mewah-mewah. Ini juga untuk mendidik anak-anak supaya bersederhana,” kata Marlia. Mencelah jawapan isterinya, M Nasir sambil ketawa menyebut segala masakan yang dimasak Marlia adalah yang paling sedap dalam dunia. Dan menjadi kelaziman bagi M Nasir untuk tidak membazir dengan membeli makanan-makanan di luar ketika bulan puasa. "Saya lebih suka isteri yang masak," katanya. Sambutan Aidilfitri pula, pasangan ini juga bercuti panjang demi keluarga dan menjadi kemestian untuk pulang ke Singapura, iaitu kampung halaman M Nasir.

“Raya selalunya kami balik Singapura. Dan akan bercuti. Saya tak kerja sebab suri rumah tangga. Saya bergantung pada suami. Kalau suami cuti lama maka lamalah saya bercuti. Kadang-kadang hari raya pertama atau kedua dah berada di Singapura. “Jadi cuti saya dan anak-anak bergantung pada bos besar (merujuk M Nasir),” katanya diiringi ketawa,  lapor portal sinar harian- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

KUANTAN: Ratusan pengguna yang melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Temerloh ke Kuala Lumpur, terperangkap dalam kesesakan teruk selepas kira-kira 30 pokok tumbang di KM85 berikutan hujan dan ribut melanda kawasan itu petang tadi. Kejadian kira-kira 3 petang itu turut mengakibatkan lima buah kenderaan mengalami kerosakan, selepas ditimpa serta terlanggar pokok yang tumbang. Pengendali konsesi LPT, Anih Berhad mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ribut yang berlaku kira-kira 10 minit itu. Pengarahnya Nik Fauzi Nik Hussein berkata tindakan segera untuk membersihkan laluan berkenaan telah diambil dan boleh digunakan sepenuhnya kira-kira 4.15 petang. "Kita akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada orang awam kira-kira 4 petang, dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, lapor astro awani- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

PETALING: Seorang selebriti tempatan bersama suaminya mendapat pujian pengguna laman sosial apabila mereka bertindak membersihkan tandas awam yang kotor. Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari bertindak membersihkan tandas di sebuah stesen minyak di hentian rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak pada Hari Raya ketiga. Pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kedah sebelum singgah di tandas berkenaan. “Pada mulanya kami agak kecewa kerana bekalan air tiada dan tandas pula tidak dibersihkan. “Jadi kami ambil keputusan untuk bersihkannya,” kata Fadzil. Perbuatan baik pasangan itu bagaimanapun dimarahi oleh pekerja stesen minyak berkenaan kerana mereka menarik hos daripada luar. “Tapi kami tak kisah sebab niat kami baik,” kata Fadzil, lapor Sinar Harian. Pasangan itu tidak memuatnaik sebarang gambar atau status di laman sosial kerana ikhlas melakukanya. Ia menjadi viral selepas seorang pengguna laman sosial yang memuatnaik status mengenai perkara itu yang dipercayai secara kebetulan melihat pasangan berkenaan mencuci tandas, lapor the freemalaysiatoday.com- Sumber Berita Malaysia Terkini Online

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas besi jeriji pagar rumahnya di Jalan Alor Setar, di sini, tertusuk bahagian bawah kanan tangannya. Dalam kejadian 4.40 petang Ahad itu, mangsa, Ng Ah Eng, 68, dikatakan berdiri di atas tangga bagi mencantas pokok di perkarangan rumahnya. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mangsa kemudian tergelincir sebelum tertusuk besi geriji pagar. Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong besi berkenaan. “Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mengeluarkan besi berkenaan,” katanya, lapor Harian Metro - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Kuala Lumpur: Sebuah kedai emas kerugian RM280,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan parang dan tukul dalam kejadian di Jalan Lebuh Ampang, di sini, 2.42 petang ini. Dalam kejadian itu, tiga daripada suspek memakai topi keledar masuk ke dalam kedai terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua daripadanya kemudian memecahkan cermin sebelum mengambil pelbagai barang kemas di dalam dulang. "Ketika kejadian terdapat lima pekerja yang berada di premis terbabit namun tidak sempat untuk menghalang suspek. "Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki dua motosikal yang diletakkan di hadapan premis berkenaan," katanya.

sumber : mymetro - Sumber Berita Malaysia Terkini Online



Kota Kinabalu: Satu gegaran berlaku dengan kekuatan 4.3 pada skala ritcher dilaporkan pada jam 12.10 tengah malam tadi yang berpusat 8 kilometer dari Ranau sabah. Difahamkan, gegaran itu turut dirasai di kawasan Ranau, Kundasang, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Tambunan namun sehingga kini tiada sebarang kejadian tidak diingin berlaku. Salah seorang penduduk di Kampung Mesilau Ranau Nursalam, 32, berkata, gegaran itu berlaku dalam beberapa saat namun tiada apa yang berlaku. "Beberapa penduduk yang terkejut dengan kejadian itu keluar daripada rumah untuk melihat apa yang berlaku namun tiada apa-apa kejadian yang tidak diingin berlaku. "Kami juga terdengar bunyi dentuman kuat dari Gunung Kinabalu, tetapi keadaan tenang dan tiada apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. Difahamkan sebanyak 106 gegaran susulan direkodkan Jabatan Meteorologi setakat malam tadi, susulan gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter yang berpusat di Ranau pada pagi 5 Jun lalu.

sumber : harian metro - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget