2015-07-19



KUALA LUMPUR: Berita gembira dari Vladivostok apabila beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying bersama dengan beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mara ke final Badminton Terbuka Rusia.Peng soon-Liu Ying berdepan saingan sengit di set pertama tetapi lega sebaik lawan mereka menarik diri sementara V Shem-Wee Kiong pula ingin buktikan peningkatan prestasi selepas dikritik ramai dengan kemenangan tiga set ke atas pasangan negara Thien How-Khim Wah.Dua wakil Malaysia akan bertarung di final pada Ahad dengan V Shem-Wee Kiong menentang pasangan Rusia sementara beregu campuran negara, Peng Soon-Liu Ying menentang pasangan Jepun. 

sumber : astro awani - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

KUALA LUMPUR -  Dalam masa satu minit sahaja, empat penjenayah yang bersenjatakan parang dan tukul besi melarikan dua dulang barang kemas yang dianggarkan bernilai RM280,000 dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Lebuh Ampang, di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira jam 2.42 petang itu, kesemua suspek menaiki dua buah motorsikal, tiga daripada mereka masuk ke dalam kedai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua penjenayah kemudian memecahkan kaca meja pameran, sebelum melarikkan barang kemas seperti rantai emas dan cincin.“Senjata yang digunakan penjenayah untuk memecahkan kaca itu adalah tukul besi yang dibalut dengan kertas.
“Suspek memakai topi keledar, bersarung tangan, baju kemeja berwarna putih dan seluar panjang bewarna gelap,” katanya.Katanya, siasatan awal melalui kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati imej tiga lelaki berkenaan. “Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh tampil atau menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya lagi.
sumber : sinar harian - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah yang berlaku kepada keluarga Peter McCathie apabila dia sebelum ini hampir maut akibat dipanah petir beberapa tahun lalu di Kanada memenangi hadiah loteri bernilai AS$1 juta (RM3.79 juta). Portal berita antarabangsa, ABC News melaporkan McCathie menang bersama rakan sekerjanya, Diana Miller yang membeli tiket loteri berkenaan setahun lalu. Seorang professor Matematik di Universiti Monckton, Quebec, Sophie Leger menyatakan kebarangkalian untuk seseorang individu menang loteri adalah sangat mustahil iaitu 1 dari 2.6 trilion peluang.  Sebagai perbandingan, kebarangkalian untuk seseorang dipanah petir dalam seumur hidupnya pula di Kanada adalah kira-kira 1 dalam 1,000,000. Jadi secara mudah, anda mungkin akan lebih berpeluang untuk dipanah petir berbanding memenangi loteri. Namun, situasi sebaliknya berlaku kepada McCathie, yang mana anak perempuannya juga sebelum ini turut dipanah petir dalam majlis yang berasingan. Difahamkan, wang kemenangan itu akan dibahagi dua antara McCathie dengan Miller. Dalam perkembangan yang lain, McCathie kini merancang menggunakan wang tersebut bagi membawa isterinya berbulan madu kali kedua.

sumber : the malaysian digest - Sumber Berita Malaysia Terkini Online


BULAWAYO (Zimbabwe): Penduduk kampung mendakwa menyaksikan kematian bomoh itu ketika berhimpun melihat upacara pembersihan dilakukan dan terkejut apabila dukun terbabit tiba-tiba rebah. Ketua kampung Albert Mwembe berkata: “Sitsha diupah penduduk kampung untuk menghalau roh jahat yang mengganggu wanita di kampung ini. “Dia menghimpunkan penduduk kampung untuk melihat upacara pembersihan yang mahu dilakukannya malah kami semua nampak dia membawa dua benda pelik yang diikat kain hitam serta merah. “Dia berkata mahu membakar makhluk berkenaan tetapi tidak sempat mengumumkan nama ‘tuan’ roh jahat berkenaan, dia tiba-tiba menjerit dan pengsan.” Kejadian itu menyebabkan penduduk bertempiar. Katanya, Sitsha sedar seketika, namun sehari selepas itu menjerit mengatakan dia dikejar dan dicekik hantu sebelum meninggal dunia.

sumber : agensi - Sumber Berita Malaysia Terkini Online



AUSTRALIA: Mungkin ia sesuatu yang janggal dan sangat kelakar apabila seekor haiwan ‘mengajak' manusia untuk melakukan seks. Namun, situasi tersebut berlaku kepada seorang pengembara dari Amerika Syarikat yang terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor burung kasawari mendekatinya untuk melakukan hubungan seks. Menurut portal berita antarabangsa, Mail Online, rakaman video yang dirakam oleh rakannya itu menunjukkan lelaki terbabit sedang berbaring di semak bagi merakam gambar bersama gurung gergasi itu. Bagaimanapun, keadaan bertukar lawak apabila burung berkenaan dilihat mengelilingi pelancong itu beberapa kali yang mungkin menyifatkannya sebagai pasangan yang sesuai untuk seks.

Rakannya yang merakam adegan lucu itu kedengaran tertawa besar dan terkejut apabila burung berkenaan kelihatan begitu ghairah dengan membongkokkan kakinya serta bergerak dalam kedudukan mengawan antara paha lelaki itu. “Burung itu jatuh cinta dengan kamu. “Dia mahu melakukan seks. Burung itu tengah cari ‘ulat’ kamu,” kata rakannya dalam video tersebut. Lelaki tersebut yang kelihatan sedikit risau berkata: “Bagaimana saya mahu keluar dari sini?” Namun, selepas beberapa minit kemudian, burung tersebut kelihatan ‘berputus asa’ dan membolehkan pengembara itu untuk melarikan diri. Difahamkan, spesis burung terbesar di Australia itu biasanya mengelilingi pasangannya sebelum melakukan seks.

sumber : the malaysian digest - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

 BANGKOK: Ibu negara Thailand dijangka tenggelam dalam tempoh dua dekad berikutan perkembangan kenaikan paras air laut, menurut laporan terbaru Jawatankuasa Reformasi Nasional (NRC) negara itu. Memetik laporan portal berita ChannelNewsAsia.com, pihak NRC menggesa kerajaan Thailand menubuhkan jawatankuasa nasional untuk menguruskan masalah serius yang dihadapi Bangkok. Pembinaan bangunan pencakar langit melebihi 20 tingkat dan pembangunan industri di Bangkok dipercayai menyumbang kepada masalah penenggelaman ibu negara tersebut.
Sementara itu, pakar sumber air berkata Bangkok yang hanya berkedudukan 0.5 dan dua meter di atas paras laut sedang dinaiki air pada kadar 10 milimeter (mm) setahun. Selain pembangunan urban dan projek-projek infrastruktur mega dipercayai menambah ‘beban’ tanah Bangkok, terdapat juga kebimbangan mengenai penggunaan bekalan air bawah tanah yang tidak terkawal lantas meningkatkan permasalahan tersebut.

Hal itu diburukkan lagi dengan cuaca kemarau paling teruk dalam tempoh berdekad-dekad, dengan rizab air tersebut telah digunakan dengan banyak untuk dijadikan air minuman darurat. NRC telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut, termasuk melakukan reformasi dalam pembangunan urban selain memperbaiki pengurusan sumber air. Pihaknya juga telah menyuarakan penyelesaian drastik. Seperti memindahkan lokasi ibu negara atau membina tembok penghadang laut di Teluk Siam yang menlan belanja kira-kira AS$14.3 bilion (RM54.4 bilion). Dalam perkembangan berkaitan di Washington pada Rabu, penyelidik kesan pemanasan global Dr. James Hansen turut menyatakan kebimbangan dalam satu pembentangan laporan terbaru mengenai kenaikan paras air laut dunia. Menurutnya yang juga bekas saintis terkemuka Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), kenaikan suhu dunia setakat 2 darjah Celsius sudah cukup untuk menjadikan populasi manusia di dunia ini berdepan bahaya ancaman besar. Dalam kajiannya, pasukan penyelidik telah menemui bukti bahawa kenaikan suhu purata sebanyak 1 darjah Celsius pada hari ini telah menyebabkan paras air laut meningkat antara 16 hingga 30 kaki ribuan tahun dahulu selain berlaku ribut dahsyat.

sumber : astro awani - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

 CHONGQING, China: Seorang bapa di sini dikecam ramai selepas mengaku memberi bayinya yang berusia 19 bulan minum minuman keras sehingga menjadi kaki botol. Perkara itu terbongkar selepas gambar menunjukkan bayi berkenaan, Tangtang meneguk sebotol arak disiarkan sebuah stesen televisyen di China. Bapa Tangtang yang juga kaki botol dengan bangga memberitahu, anaknya mampu meminum hingga separuh botol arak. Katanya, beberapa bulan lalu dia memberikan anaknya beberapa teguk arak sehingga menyebabkan bayi itu mabuk. Sejak itu lelaki berusia 31 tahun berkenaan mula memberikan anaknya beberapa jenis arak dan wain sehingga kanak-kanak itu menjadi ketagih.

“Tangtang kini mula ketagih arak dan setiap kali nampak botol arak dia menangis kerana mahu meminumnya.“Anak saya juga lebih gemar meminum arak berbanding susu,” katanya. Menurutnya, dia memberikan anaknya minum arak kerana mahu membentuk kanak-kanak itu menjadi lelaki. “Bagaimanapun, kini saya rasa bersalah selepas melihat dia mula menjadi kaki botol seperti saya,” jelasnya. China mengharamkan individu berusia 18 tahun ke bawah menghisap rokok dan mengambil minuman keras, tetapi sebilangan ibu bapa tidak mengendahkan larangan itu. Tahun lalu, kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang menjadi kaki botol, viral di Internet. Sebelum ini seorang kanak-kanak di China turut mencetuskan kontroversi kerana ketagih menghisap rokok.

sumber : agensi - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

 MUNGKIN ia dianggap mengarut. Namun, insiden terbaru membabitkan kebakaran di bahagian gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam dua kejadian berbeza iaitu di stesen Setiawangsa dan Universiti seakan melengkapkan ramalan dan spekulasi yang didakwa segelintir pengguna media sosial sebelum ini. Pengguna media sosial mula menjadi ‘tukang tilik’ susulan insiden sebuah kapal dagang Malaysia, MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke Pelabuhan Kuantan, Pahang sebulan lalu dengan mengaitkan paparan gambar pada duit kertas sepuluh ringgit. Berdasarkan paparan imej pada duit kertas tersebut, beberapa lambang kemajuan negara ditonjolkan pada duit kertas itu seperti imej kapal terbang komersial, kapal, keretapi disamping logo lain yang mencerminkan budaya di Malaysia. Namun, ekoran beberapa insiden besar menimpa negara dan ditambah dengan keadaan politik serta kerajaan yang dilihat sedang dalam kemelut, satu persatu insiden besar dikaitkan dengan paparan imej di duit kertas berkenaan.

Sebagai imbasan kembali, ia bermula dengan insiden misteri berlaku pada Mac 2014 membabitkan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dimana sehingga kini masih lagi tiada jawapan ke mana perginya pesawat itu. Tidak berakhir disitu, negara sekali lagi digegarkan dengan insiden nahas pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine. Kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial terus diperkukuhkan lagi ekoran kehilangan MT Orkim Harmony sehingga kepada tragedi terbaru membabitkan kebakaran tren LRT. Namun, ramalan berkenaan tidak boleh diterima bulat-bulat, mungkin ia hanya sekadar kebetulan. Bagaimanapun, tidak mustahil ramalan boleh menjadi realiti sekiranya tindakan serius terhadap apa yang berlaku tidak diambil. Sebagai renungan, apa kata kita mengharapkan pula orang ramai meramalkan supaya nilai ‘mata wang’ negara kembali pulih kerana itu dilihat lebih penting untuk rakyat dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

sumber : the malaysian digest - Sumber Berita Malaysia Terkini Online


“Sempena Aidilfitri ini, saya bersedia untuk memaafkan perompak yang mencederakan saya tempoh hari,” kata bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman. Menurutnya, akibat ditetak di bahagian kepala ketika cuba menyelamatkan isterinya daripada diserang perompak di rumahnya yang terletak di Taman Batu Muda, Gombak pada 20 Mei lalu, beliau menerima lapan jahitan. “Masa kejadian itu berlaku, isteri saya (Siti Radziah) sedang berada di luar rumah dan apabila beliau nampak dua lelaki yang tidak dikenali datang menghampiri, dia lari masuk ke dalam rumah. “Perompak itu pun masuk ke kawasan pagar dan mengugut. Ketika itu saya tolak dia dan kami berdua jatuh ke lantai dan seorang lagi perompak mula menerkam saya,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post di Masjid Al-Azim Pandan Indah. Dr. Fauzi berkata, selepas perompak itu terjatuh dia memegang kakinya dan rakan perompak tersebut melibaskan parang ke bahagian kepalanya.

“Alhamdulillah, saya tidak mengalami kecederaan yang serius dan hanya dirawat selama lima hari di Hospital Selayang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). “Mungkin perompak itu terdesak hingga sanggup merompak gelang yang tidak seberapa,” katanya. Beliau berkata, kejadian rompak tersebut bukanlah yang pertama di kawasan perumahannya. “Kes rompak yang dialami penduduk Taman Batu Muda bukanlah yang pertama kerana banyak kes rompakan dilaporkan di sini,” katanya.
Tambahnya, Aidilfitri pada tahun ini disambut meriah bersama keluarga dan ibunya, Selamah Ali di kediamannya di Gombak. “Semasa kejadian rompakan berlaku, ibu saya berada di rumah adik saya dan di penghujung Ramadan beliau tinggal di rumah saya. “Sempatlah kami menyambut Hari Raya bersama dan InsyaAllah pada 6 hingga 9 Ogos 2015, saya akan ke Sabah demi menjayakan misi dakwah di Pulau Gaya dan sekitar pinggir bandar Kota Kinabalu,” katanya.

sumber : the rakyat post - Sumber Berita Malaysia Terkini Online



WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pawagam di Louisiana, menyebabkan dua orang terbunuh dan tujuh yang lain cedera sebelum membunuh diri, menurut polis.
Imej televisyen menunjukkan keadaan huru-hara di kawasan panggung wayang terbabit, dengan kehadiran berpuluh-puluh kenderaan dan kru kecemasan. CNN melaporkan penembak berkenaan membunuh diri. "Ramai kanak-kanak perempuan mula menjerit dan kami mendengar bahawa seseorang telah ditembak," kata saksi kejadian, Roxy Martinez kepada CNN. Abang Roxy, Robert Martinez, pula melihat seorang wanita telah ditembak di bahagian perut. "Saya melihat wanita yang berlumuran darah," katanya. Seorang pengurus restoran pizza, Todd Moffatt, berkata kira-kira 20 hingga 30 kenderaan kecemasan tiba di tempat kejadian dan kawasan insiden sudah mula ditutup.

sumber : apf/cnn - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

SHAH ALAM - Bank Simpanan Nasional (BSN) menafikan dakwaan mesin pengeluaran wangnya di BSN cawangan Jalan Tun Razak, Alor Setar mengeluarkan wang sebanyak RM500 secara tiba-tiba. BSN  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan telah menjalankan siasatan yang terperinci terhadap perkara berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang, Kedah. “Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (cctv) mendapati bahawa masalah itu timbul  disebabkan oleh kecuaian seorang pelanggan tertinggal  kad  pintar BSN miliknya secara tidak sengaja selepas membuat transaksi pemindahan wang. Akibatnya  individu lain mengambil kesempatan  mengeluarkan wang menerusi mesin yang sama,” katanya. Jelas kenyataan itu, BSN menegaskan bahawa setiap ATM BSN dilengkapi oleh sistem keselamatan yang tinggi dan selamat untuk digunakan oleh para pelanggan BSN.

"Di samping itu, kami juga ingin menasihati setiap pelanggan kami agar sentiasa peka dengan penggunaan kad ATM ketika menjalankan transaksi perbankan di mesin-mesin ATM mahupun di kaunter-kaunter BSN berdekatan anda.  "BSN juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan laporan yang tidak sahih mengenai perkara ini dan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di talian 1-800-88-1900 sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan produk kami. "BSN menghargai maklum balas dari  orang ramai dan akan terus menyediakan akses perbankan yang mudah, selamat dan selesa untuk semua pelanggan kami," menutut kenyataan itu. Sinar Harian hari ini melaporkan seorang peniaga terkejut apabila mesin juruwang automatik (ATM) tiba-tiba mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebelum dia memasukkan kad pintar miliknya di Alor Setar, baru-baru ini. Wan Mohd Assamudin Ahmad, 50, berkata, semasa mahu mengeluarkan wang simpanannya di Bank Simpanan Nasional (BSN), Jalan Tun Razak, Alor Setar, pada 31 Mac lalu, dia gagal memasukkan kad pintarnya di dalam ATM di situ.

sumber : sinar harian - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

KUALA LUMPUR – Seorang penjual sayur maut ditembak dua penjenayah yang menaiki sebuah motosikal di sebuah restoran di Pasar Borong Pusat Bandar Utara, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa yang sedang memunggah barang turun dari sebuah lori itu ditembak dari arah belakang, kira-kira jam 11.40 malam. “Mangsa berusia 57 tahun itu terkena dua das tembakan. Suspek dipercayai berbadan sederhana, memakai jaket berwarna hitam, kemudian melarikan diri. “Isterinya membawa mangsa ke Hospital Selayang, sebelum doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati  ada dua lubang di belakang sebelah kiri badan mangsa akibat kesan tembakan . “Satu lubang di bawah ketiak sebelah kanan dan satu lagi lubang di bahagian perut. Manakala siasatan pasukan forensik menemui dua kelonsong peluru di lokasi kejadian,” katanya. Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber : sinar harian - Sumber Berita Malaysia Terkini Online



KUALA KRAI - Seorang lelaki yang baru berpisah dengan isterinya ditemui mati di rumahnya di Blok Pasir Puteh, RPT Mengkebang, pagi semalam. Mayat mangsa ditemui ibunya yang kemudiannya memaklumkan penemuan tersebut kepada polis. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, hasil semakan mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Menurutnya, kelmarin (23 Julai), mangsa ada menelefon bekas isterinya dan sempat berpesan supaya menjaga diri. “Lelaki ini berpesan kepada isterinya 'mu jaga diri elok-elok, aku dah nak mati’. “Pesanan tersebut dibuat lelaki berusia 23 tahun itu kira-kira jam 10.30 malam,” katanya kepada Sinar Harian. Abdullah berkata, mangsa mengalami kemurungan selepas berpisah dengan isterinya, warga Thailand yang bekerja di sebuah kedai makan di Kota Bharu. Katanya, mangsa yang berkahwin tiga tahun lalu tidak dikurniakan cahaya mata. “Tiada tanda berlaku pergelutan dan hanya terdapat kesan lebam di bahagian leher mangsa.“Mangsa tidak ada berselisih faham dengan sesiapa sebelum kejadian, dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan,” katanya yang turut memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

sumber : sinar harian - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

 PENAMPANG: Cubaan seorang lelaki menipu isteri kononnya dia mahu mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri terbongkar selepas dia dicekup ketika berjudi dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Putatan Baru, dekat sini, tengah malam semalam. Dalam Op Dadu kira-kira jam 12 tengah malam itu, lelaki berusia 53 tahun bersama dua individu lain tidak menyedari premis itu dikepung menyebabkan mereka gagal meloloskan diri sebaik diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang. Difahamkan, sebaik ditahan, lelaki separuh abad itu merayu kepada polis supaya dilepaskan dengan alasan bimbang dimarahi isteri. Selain itu, lelaki terbabit mengaku memberi alasan kepada isterinya untuk mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri rakannya.

sumber : harian metro - Sumber Berita Malaysia Terkini Online



PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada Khamis mengumumkan kapal angkasa Kepler telah mengesan sebuah planet yang seakan-akan sama dengan Bumi. Tidak dipastikan sama ada planet yang digelar 'Kepler-452b' itu mempunyai fizikal berbatu dan memiliki ruang udara dan air namun penemuan itu adalah yang paling menarik sehingga kini. Penyelidik NASA, Jon Jenkins berkata planet berkenaan berada dalam gugusan Cygnus dan sejauh 1,400 tahun cahya dari Bumi. “Saiznya 60 peratus lebih besar dari Bumi dan berada dalam zon kawasan yang boleh menampung kehidupan,” ujar Jon. Menurut saintis, permukaan Kepler-452b dijangka boleh menampung air selain mempunyai gunung berapi aktif. Kadar gravitinya pula adalah dua kali ganda dari Bumi. Jarak Kepler-452b lebih jauh daripada sumber cahayanya jika dibandingkan dengan Bumi kepada matahari.

Namun, bintang gugusan itu jauh lebih terang dari matahari lantas Kepler-452b mendapat sumber tenaga yang hampir sama dengan Bumi. “Ia mengambil masa 385 hari untuk mengelilingi bintangnya hampir sama dengan 365 hari di Bumi,” tambah Jon. Berikutan ia menghabiskan waktu yang lama mengorbit zon terbabit iaitu sekitar 6 bilion tahun, planet Kepler-452b mempunyai banyak masa untuk menghasilkan kehidupan. “Jumlah waktu serta syarat yang sama diperlukan bagi memastikan kehidupan berterusan di atas permukaan Bumi,” jelasnya dalam kenyataan rasmi. Pada 17 April 2014, NASA mengesan sebuah planet dipanggil Kepler-186f yang dikatakan paling menyerupai Bumi. Planet tersebut sejauh 500 tahun cahaya dan 10 peratus lebih besar, namun kurang mendapat cahaya seperti Bumi. Eksplorasi Kepler dilancarkan pada tahun 2009. Misi berharga AS$600 juta (RM2.29 bilion) itu berbekalkan matlamat meninjau sebahagian daripada Milky Way untuk planet boleh didiami.

sumber : astro awani - Sumber Berita Malaysia Terkini Online



DUYUNG: Seorang sukarelawan polis dipercayai menggantung dirinya di sebuah kediaman milik nenek mangsa di persimpangan Kampung Perigi Hang Tuah Duyung di sini awal pagi Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Nazarul Hafiq Abu Bakar, 24 di temui sepupunya dalam keadaan tergantung setelah tidak keluar dari bilik tidurnya sejak pagi Jumaat. Menurut bapa mangsa, Abu Bakar Ali, anak buahnya memaklumkan kepadanya bahawa dia terpaksa memasuki bilik mangsa melalui tingkap kerana pintu biliknya berkunci dari dalam sebelum mendapati anaknya sudah meninggal dunia di bilik tidurnya pada kira-kira jam 6 pagi. Menurut Abu Bakar, anaknya terus memasuki dan mengunci dirinya di dalam bilik semenjak pulang dari kerja pada kira-kira jam 10 pagi, Jumaat. Apabila tiada respon diterima selepas dipanggil berkali-kali, nenek mangsa mulai curiga dan menyuruh cucunya untuk memeriksa keadaan mangsa.

Penduduk sekitar Kampung Perigi Hang Tuah Duyung di Melaka melawat rumah mangsa, Nazarul Hafiq Abu Bakar yang ditemui meninggal dunia di bilik tidur oleh sepupunya awal pagi Sabtu. - Foto Astro AWANI/Raffi Bachik Abu Bakar turut berkata, mangsa yang merupakan anak kedua dari tiga adik beradik dipercayai mengalami kemurungan kerana terlalu kecewa dengan sikap bekas teman wanitanya yang telah menjalin hubungan dan bertunang dengan lelaki lain. Akibat terlalu kecewa, mangsa dikatakan pernah berkongsi episod sedih dengan bapanya. Sejurus selepas diberitahu tentang kejadian yang menimpa anaknya, Abu Bakar telah membuat laporan di Balai Polis Kandang di Ayer Keroh.

"Saya bawa motor pergi sendiri buat laporan polis di Kandang. Kita terlalu sayang anak kenalah buat macam tu. Dia (mangsa) murunglah, dia kecewa dengan budak perempuan tu," katanya kepada pemberita yang ditemui di kediaman ibunya, di sini. Anaknya sebelum ini pernah menyertai anggota sukarelawan polis dan telah mula bertugas di Balai Polis Tiang Dua sejak Ramadan lalu. Mangsa tinggal bersama nenek sejak empat tahun lalu setelah menamatkan pengajian di sebuah kolej di Melaka. Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

sumber : astro awani - Sumber Berita Malaysia Terkini Online - Sumber Berita Malaysia Terkini Online

Moscow: Seorang penumpang yang mabuk terpaksa diikat dengan tali pinggang keledar dan pita pelekat selepas dipukul kerana mencabul penumpang wanita di dalam sebuah penerbangan. Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika pesawat milik syarikat Penerbangan Siberia dalam perjalanan dari Hong Kong menuju ke Vladivostok, Russia. Ketika dalam perjalanan seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertengkar dengan seorang penumpang selepas dia dipercayai mencabul seorang penumpang wanita. Kerana tidak berpuas hati penumpang itu menumbuk lelaki berkenaan sehingga terjatuh di lantai. Beberapa penumpang lain kemudian menumbuk dan menyepak lelaki itu beramai-ramai.

Selepas dibelasah lelaki itu diikat di lantai dengan menggunakan tali pinggang keledar dan pita pelekat. Seorang saksi memberitahu, lelaki berusia 30 tahun itu dibiarkan di lantai sehingga pesawat mendarat. Sementara itu, jurucakap polis Vladivostok, Ekaterina Tarasova berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas pesawat mendarat.“Pesawat itu mendarat tepat pada masanya dan kejadian berkenaan tidak menyebabkan penerbangan tergendala,” katanya.

sumber : harian metro

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget