Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Sesi 2016/ 2017


Tarikh mula beli Nombor Pin Unik ID UPU IPTA sesi akademik 2016/ 2017. Bagi pemohon lepasan SPM, STPM dan setaraf yang ingin mengemukakan permohonan online kemasukan ke IPTA, pembelian nombor Unik ID UPU/ Politeknik/ ILKA sesi 2016/ 2017 akan dibuka mulai Minggu Ketiga bulan Januari 2016 hingga April 2016. Berikut adalah cara pembelian nombor pin kemasukan ke upu bagi sesi 2016/ 2017.

Pengumuman Terkini Kemasukan UPU 2016/ 2017
Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2016/2017 boleh dibeli mulai Minggu Ketiga Januari 2016 sehingga April 2016.

Borang UPU Online Sesi 2016/ 2017
Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/ mulai Januaari 2016 sehingga April 2016

Cara Beli Nombor Pin (Unik ID) UPU
  • Sila hadirkan diri ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda
  • Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan
  • Anda perlu isi nama dan nombor ic pada slip deposit ( Berwarna Biru) seperti yang tertera dibawah
  • Pergi kaunter dan buat pembayaran
  • Untuk permohonan UPU: RM10.00 + RM0.60 (Cas Perkhidmatan)

Maklumat Permohonan UPU Sesi Akademik 2016/ 2017
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) bagi Sesi Akademik 2016/2017 dijangka akan dibuka mulai Minggu Ketiga Januari 2016 sehingga April 2016.
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
  • Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
  • Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.
  • Permohonan yang lulus tidak boleh dipinda atau diubah lokasi IPTA mahupun Kursus
  • Jika anda telah memohon UPU, anda masih layak untuk menerima tawaran Matrikulasi/ Maktab Perguruan

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget