Gempa bumi menggegarkan Pakistan, Afghanistan


SLAMABAD - PAKISTAN. Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegarkan Pakistan dan Afghanistan menyebabkan penduduk bergegas menyelamatkan diri. 

Dalam kejadian itu, lebih 30 orang cedera akibat rumah dan dinding runtuh di bandar barat laut Pakistan di Peshawar.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Bilal Ahmed Faizi berkata, sejumlah 41 orang yang cedera dibawa ke hospital di bandar itu, menurut doktor dan pegawai penyelamat.

Laporan The Associated Press memetik Pegawai Pakistan, Ghulam Rasool sebagai berkata, gempa 6.9 magnitud itu berpusat di Tajikistan berhampiran sempadan Afghanistan, bermula selepas tengah malam tadi selama 59 saat.

Bagaimanapun Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa terbabit berukuran 6.2 magnitud dan berpusat di rantau Hindu Kush di Afghanistan.

sumber : kosmo online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget