Yus Jambu Meninggal Dunia 30.11.2015

Berita terkini punca kenapa Pak Yus Jambu Meninggal Dunia pada 30 November 2015. Pada pukul 12.30 pagi, Pak Yus dari kumpulan Jambu atau nama sebenar Yusryy Edoo yang kini berusia 39 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Difahamkan, pemergian Yus Jambu adalah disebabkan serangan sakit jantung yang dialaminya. Info tambahan lagi, Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Untuk info, Yus Jambu adalah seorang yang sangat terkenal menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai. Manakala, jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.

Biodata Yus Jambu Pelawak Meninggal Dunia 30 November 2015
Nama Sebenar: Yusryy Edoo
Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus
Umur: 39 Tahun
Tarikh Lahir: 15 Mac 1976
Status: Bujang Belum Berkahwin
Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon
Asal: Kangar Perlis
Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas
Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang
Tagline: “Boleh Tuju Lagu” “kicap ada kicap”, “Yaya Toure manchester city”, “apa pun tak boleh”, “kokdiang”, ‘Muka lejen hati cute’
Filem Popular: Hantu Bungkus Ikat Tepi
Kejayaan: Juara Raja Lawak musim pertama dan popular menerusi Kumpulan Jambu di Maharaja Lawak Mega yang turut digandingkan bersama Tauke kumpulan Jambu. Menubuhkan Kumpulan Virus pada Maharaja Lawak Mega 2014 yang disertai oleh Tauke, Yus dan Zizan.

Punca Sebenar Kematian Pak Yus Jambu 30 November 2015
Tauke Jambu sahabat karib Yus Jambu turut mengesahkan Allahyarham Pak Yus meninggal akibat sesat nafas selepas balik daripada menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Foto Kenangan Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
Berikut adalah foto terakhir bersama Yus Jambu pada jam 10.00 malam 29 November 2015 bertempat di Dataran Merdeka KL.


Gambar Pak Yus Jambu Meninggal Dunia 30.11.2015
Beberapa keping foto menyaksikan pemergian Yus Jambu turut dihadiri oleh rakan artis di Hospital Selayang.







Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget