Senarai Rasmi Biodata Peserta Gegar Vaganza 2015 Musim 2



Senarai rasmi biodata peserta Gegar Vaganza musim 2 tahun 2015. Sebuah program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim kedua yang menampilkan peserta atau penyanyi otai industri hiburan tanah air akan menemui penonton pada setiap Ahad mulai 18 Oktober 2015. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria (104) bermula pada jam 9.00 malam Ahad. Berikut adalah senarai 12 peserta Gegar Vaganza 2015.

Senarai Rasmi 6 Peserta Lelaki Gegar Vaganza 2 Tahun 2015
  1. Nassier Wahab – Berumur 53 tahun dan terkenal pada era 1980 an
  2. Ezad Lazim – Berumur 36 tahun dan merupakan Vokalis Kumpulan Exists pada era 90-an dan terkenal dengan lagu Jesnita dan Julia.
  3. Amir Ukays – Umur 46 tahun dan merupakan Vokalis kumpulan Ukays pada tahun 1994. Terkenal dengan lagu berjudul Di Sini Menanti Di Sana Menunggu, Seksa, Kau Satu-Satunya, Bila Diri Disayangi dan Kembali Mencari.
  4. Nizam Laksamana – Berumur 49 tahun dan terkenal sebagai vokalis kumpulan Laksamana pada era 80-an.
  5. Zul Handy Black – Berumur 40 tahun dan terkenal dengan lagu rock kapak pada era 90an iaitu Kumpulan Handy Black.
  6. Acong Sweet Child – Berumur 41 tahun dan vokalis Kumpulan Sweet Child pada era 90an.

Senarai Rasmi 6 Peserta Wanita Gegar Vaganza 2 Tahun 2015
  1. Sheeda – Berumur 50 tahun dan merupakan seorang penyanyi dangdut
  2. Haiza – Merupakan penyanyi otai dangdut
  3. Siti Nordiana – Berumur 31 tahun dan popular lagu duet dengan arwah Achik Spin. Nordiana turut mesra dengan nama panggilan Nana. Lagu paling popular Achik dan Nana adalah Paling Comel.
  4. Ezlynn – Berumur 31 tahun dan terkenal dengan lagu “Hye Hye, Bye Bye”
  5. Azian Mazwan – Berumur 38 tahun dan popular pada era 80an
  6. FarahDhiya – Berumur 30-an dan terkenal dengan lagu Bertatkta Di Hati yang selalu berkemundang di radio pada tahun 2013.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget