SAPS 2016 / 2017 - Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini Pelajar Sekolah KPM


Apakah SAPS?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga dimana boleh memantau perkembangan prestasi belajar selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak atau jagaan mereka melalui Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berkenaan.

Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar SAPS
Dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) kini sudah boleh diakses.Semakan Ibu Bapa bagi keputusan Slip peperiksaan pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Ingin dimaklumkan bahawa laman www.saps.moe.gov.my telah berpindah ke laman baru seperti yang tertera dibawah. Berikut adalah cara terkini untuk ibu bapa mengakses laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Ibu bapa perlu Layari Laman http://sapsnkra.moe.gov.my dan klik pada pautan semakan Ibu Bapa untuk mengetahui slip keputusan peperiksaan anak dibawah jagaan mereka.
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau nombor sijil lahir pelajar. Klik pilih jenis peperiksaan dan papar slip.
Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah ;
  • Keputusan sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5
Semoga Semakan  Keputusan Peperiksaan Terkini Pelajar Sekolah KPM ini dapat di gunakan dengan bijak untuk mempertingkatkan prestasi akademik para pelajar.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget