Permohonan Sekolah Tahfiz 2016 Wilayah Persekutuan

Gambar Hiasan
Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Sekolah Mengengah Integrasi Sains Tahfiz 2016 secara online. Pihak Majlis Agama Wilayah Persekutuan mempelawa calon UPSR yang cemerlang dengan minimum 5A untuk mengemukakan permoonan ke Tingkatan Satu Sekolah Agama Wilayah Persekutuan dan Sekolah Integrasi Sains Tahfiz mulai 1 November hingga 26 November 2015.

Permohonan Sekolah Tahfiz 2016 Wilayah Persekutuan

Sila layari http://maiwp.gov.my/i/sppp.html mulai 1 November 2015 hingga 26 November 2015

Syarat Permohonan
1. Warganegara Malaysia
2. Pendaftaran dibuka bermula dari 01 November sehingga 26 November 2015
3. Keputusan peperiksaan haruslah dikemaskini selepas keputusan UPSR dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Hanya permohonan secara ‘Online’ yang lengkap sahaja akan diproses

Syarat Kemasukan
1. Syarat Kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMAMAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz (SMISTA) adalah UPSR (5A) / UPSRA atau setaraf (5A)
2. Bagi anak penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya UPSR (3A 2B)
3. Lulus dalam temuduga yang akan dijlankan
4. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
5. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga


Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget