Mendiang Kevin Morais dianugerah gelaran Datuk


PETALING JAYA: Mendiang Timbalan Pengarah Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh menjadi antara enam penerima anugerah secara anumerta sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada Jumaat. Kevin dianugerahkan pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran `Datuk’. Anugerah secara anumerta diberikan kepada individu yang telah meninggal dunia.

Lima individu lain yang menerima anugerah itu, Allahyarham Datuk Sir Onn Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, yang menerima Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM); Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Aminuddin Baki (Darjah Seri Paduka Mahkota Perak – SPMP) dan Tan Sri Koo Chong Kong (Darjah Seri Panglima Taming Sari – SPTS).

Adik mendiang Kevin, Datuk Richard Morais mengambil anugerah itu bagi pihak Kevin. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengetuai senarai 702 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Keputeraan Sultan Perak.

Beliau menerima anugerah Darjah Kebesaran Seri Paduka Nazrin Shah (SPSN) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja. Zahid merupakan penerima pertama darjah kebesaran itu - freemalaysiatoday.com

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget