Berita Terkini Harga KTM Komuter Naik Lagi Mulai 2.12.2015

Berita harga terkini KTM Komuter naik lagi mulai 2 Disember 2015. Menerusi kenyataan rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad KTMB, tambang baru KTM naik daripada 11 sen bagi setiap satu kilometer kepada 15 sen bagi setiap satu kilometer. Bagaimanapun, kenaikan itu hanya membabitkan perjalanan KTM dari Lembah Klang di laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang. Dalam pada itu, diskaun potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kad pelajar yang sah, warga emas serta Orang Kelainan Upaya (OKU). Manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah pula dikecualikan membayar tambang.

Berita Terkini Harga KTM Komuter Naik Lagi Mulai 2.12.2015


Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget