TONTON VIDEO : Simulasi Pesawat MH17 Ditembak Misil BUK Buatan Rusia



SEBENTAR tadi, sidang media daripada pasukan penyiasat antarabangsa telah mengumumkan keputusan mengenai laporan terakhir siasatan MH17. Di mana Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan telah mengesahkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK, di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Siasatan tampil bersama rangka pesawat MH17 yang ditembak beserta penstrukturan kecil dilakukan semula dengan menggunakan serpihan yang ada.Selain rangka pesawat, turut dipaparkan kronologi bagaimana pesawat MH17 ditembak setelah diadaptasikan dalam bentuk video animasi.

Menurut video berkenaan, pengesahan jenis misil yang digunakan berjaya dikenalpasti dengan penemuan serpihan misil terbabit di kawasan kejadian.Misil BUK tersebut kemudiannya meletup di hadapan sebelah kiri kepala pesawat dan menyebabkan serpihan-serpihan dari peledak peluru berpandu itu menembusi badan pesawat sehingga terkena juruterbang yang dikatakan mati dengan serta merta. – MYNEWSHUB.CC

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget