TMJ Tampil Dengan Rambut Baru



Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) hari ini membuat kejutan apabila tampil dengan rambut baharu berwarna emas. Gambar-gambar baginda dengan rambut barunya itu dimuat naik dengan status "Tahniah JDT" di laman Facebook Johor Southern Tiger.

Terkejut dengan penampilan tersebut, ada yang memberikan pandangan negatif dan ada juga yang memberi pandangan positif dengan berkata TMJ mempunyai maksud tersirat mewarnakan rambuat sedemikian rupa.

Gambar-gambar tersebut disusuli dengan satu video oleh baginda yang mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT yang layak ke perlawanan akhir piala AFC.

Beberapa jam kemudian, TMJ sekali lagi tampil di Facebook JOHOR Southern Tigers dengan satu status "makan dalam" keyword warrior yang bertajuk "The Best Business in The World is to Mind Your Own Business".

Di dalam status terbabit, TMJ menceritakan satu kisah dimana baginda didatangi oleh PDRM yang memaparkan gambar dua individu yang memburukkan baginda dan keluarga baginda.

"Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya".

"Setelah melihat rupa "keyboard warrior" tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia.", tulis baginda - siakapkeli.my
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget