Tanda Tanda Awal Penyakit Talasemia - Kanak-kanak



Siapakah pernah mendengarpenyakit Talasemia? Penyakit Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Tanda Tanda Awal Penyakit Talasemia
  1. Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan
  2. Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah
  3. Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas
  4. Kulit kelihatan kekuningan (Jaundice)
  5. Kurang selera makan
  6. Kembung perut disebabkan oleh pembengkakan hati dan limpa
  7. Perubahan pada pembentukan tulang muka
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget