Tanda-Tanda Awal Penyakit Kanser


Kanser menyerang tidak kira jantina mahupun usia. Ia dikaitkan sebagai salah satu penyakit yang mempunyai risiko kematian yang tinggi. Ini kerana ramai yang mendapatkan rawatan pada tahap yang lewat kerana tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan di Barat, terdapat lima tanda atau gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia dianggap sebagai tanda-tanda awal penyakit kanser.

1. Batuk untuk tempoh yang lama dan suara bertukar serak
Batuk yang kerap muncul dan hilang biasanya dikaitkan dengan gejala alergi. Namun, jika ia tidak sembuh-sembuh dan disertai dengan darah, maka pesakit harus berwaspada kerana ia mungkin petanda awal kanser paru-paru. Pemeriksaan X-ray perlu dilakukan bagi mengesahkan penyakit tersebut.

2. Kesakitan yang berlarutan tanpa penjelasan
Tidak semestinya sesuatu kesakitan disebabkan oleh kanser. Namun jika ia berlarutan untuk jangka masa panjang, ada baiknya untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Contohnya jika seseorang mengalami sakit kepala berterusan tanpa sebab. Kemungkinan sakit kepala itu ada kaitan dengan kanser otak? Begitu juga dengan kesakitan lama di kawasan dada atau perut yang mungkin petanda kepada kanser paru-paru dan ovari.

3. Perubahan saiz tahi lalat
Jika melihat saiz tahi lalat pada kulit bertambah besar daripada saiz asal, elok lakukan pemeriksaan walaupun ia mungkin tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kanser kulit. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, betul tak?

4. Pendarahan abnormal
Pendarahan faraj yang tidak normal iaitu di luar kitaran haid boleh menjadi tanda awal kanser serviks, manakala pendarahan yang keluar dari dubur pula boleh jadi petanda awal kanser usus. Jadi lakukan pemeriksaan lanjut jika berlaku pendarahan.

5. Penurunan berat badan yang tidak normal
Sesetengah orang mungkin teruja apabila berat badan mereka menurun khususnya bagi yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Namun, jika ia menurun secara mendadak tanpa ada punca seperti berdiet ataupun bersenam, mungkin itu petanda kepada penyakit kanser. Pemeriksaan lanjut harus dilakukan segera.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget