Senarai Sekolah Tutup Esok 21.10.2015 - Rabu -Mengikut Pekeliling Terkini KPM


Berita terkini jerebu senarai sekolah cuti tutup esok Rabu 21 Oktober 2015. Menerusi bacaan IPU jerebu terkini setakat pada petang selasa, beberapa kawasan mengalami peningkatan bacaan IPU Jerebu antaranya adalah Selangor, KL, Putrajaya , Kedah (Kuala Muda/ Yan), Perak (Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung, Tanjung Malim) dan Sarawak (Kuching, Padawan, Bau, Samarahan, Lundu, Serian, Simunjan, Lubok Antu) mencatat paras tidak sihat. Sehubungan itu, semua sekolah di daerah negeri berkenaan ditutup pada esok rabu 21 oktober 2015. Perkara itu telah diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidkan Malaysia pada petang selasa 20 oktober 2015. Bagaimanapun, sekolah di Negeri Sembilan, Melaka, Sabah (Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna) dan Johor haruslah dibuka semula pada esok rabu 21 oktober 2015.

Senarai Sekolah Tutup Esok 21.10.2015 Mengikut Pekeliling KPM
Berikut adalah senarai sekolah yang perlu ditutup esok rabu 21 oktober 2015:
  • Semua Sekolah di Selangor
  • Semua Sekolah di Kuala Lumpur
  • Semua Sekolah di Putrajaya
  • Semua Sekolah di Kedah (Kuala Muda/ Yan)
  • Semua Sekolah di Perak (Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung, Tanjung Malim)
  • Semua Sekolah di Sarawak (Kuching, Padawan, Bau, Samarahan, Lundu, Serian, Simunjan, Lubok Antu)
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget