Rahsia dan Khasiat Ulam-Ulaman Untuk Kesihatan


Siapa suka makan ulam-ulaman? Penulis sangat suka. Kerana khasiat yang terdapat dalam ulam-ulaman tersebut. Ada sesetangah individu memang suka dan menjadikan ulam-ulamansebagai rutin harian. Malahan terdapat juga yang kurang menggemari kerana rasanya yang kelat, pahit dan baunya.

Sebenarnya ulam-ulaman ini terdapat pelbagai khasiat dan juga rahsianya. Ulam-ulamanini mampu mencegah pelbagai jenis penyakit selain kebaikan lain seperti awet muda, baik untuk kulit dan sebagainya. Ia juga adalah salah satu cara untuk kekal muda dan sihat secara alami selain daripada mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli set makanan tambahan yang terdapat dipasaran.

Ulam boleh dikategorikan kepada keseluruhan tumbuhan iaitu dari pucuk, daun, batang, biji, buah, umbut dan sehinggalah ke bahagian bunga boleh dimanfaatkan dalam diet seharian. Setiap dari bahagian itu punyai pelbagai khasiat yang mungkin kita tidak tahu tetapi boleh dikatakan menjadi penawar pelbagai penyakit sejak turun-temurun.

Untuk itu, mari kita kenali jenis-jenis ulam yang terdaat di negara ini. Di sini ada beberapa ulam yang popular dan terdapat banyak lagi ulam-ulaman yang boleh didapati dengan bacaan lain.

Jering
Ulam yang mempunyai bau yang kuat seperti petai tetapi mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Kaya dengan protein, karbohidrat, lemak, serat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, C.
Ia dipercayai dapat membantu memberi rangsangan untuk memudahkan proses membuang air kecil.

Daun selom
Berkhasiat untuk mengubati demam panas dan mengawal penyakit tekanan darah tinggi.
Memberi kesan sebagai ejen antireumatik dan membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.

Cekur
Mengandungi provitamin akarotena terutama pada daun yang baru dipetik.
Mengandungi vitamin B, C, protein dan mineral yang tersenarai di bawah keluarga halia tetapi kurang popular
Mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam serta mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.

Ulam raja
Mengandungi protein, lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Bertindak sebagai pembersih darah, menguatkan tulang serta merangsang selera makan kerana rasa dan baunya yang unik.

Pucuk gajus
Daun gajus muda berwarna merah atau merah perang dan rasanya yang kelat dan masam.
Membantu mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah.
Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

Daun kaduk
Mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan secara dimasak atau mentah.
Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

Petai
Ulam dari jenis kekacang paling popular
Mengandungi protien, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C
Mampu merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang

Pegaga
Sejenis tumbuhan suka menjalar.
Mempunyai kesan antioksida yang mampu memberikan kesihatan dan kecantikan buat wanita.
Kajian WHO mendapati pegaga mampu menjana kecergasan fikiran, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

Sumber : Utusan
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget