Bajet 2016 untuk semua



PUTRAJAYA – Semua orang akan memperoleh manfaat tertentu dalam Bajet 2016 terutama kumpulan berpendapatan rendah, selain kelas pertengahan, namun rakyat tidak wajar mengharapkan habuan yang tidak realistik.

Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan semalam berkata, ini selari dengan ‘kedudukan ekonomi mencabar dan di luar kawalan’ yang menyebabkan ketidaktentuan seperti penurunan mendadak harga minyak mentah, gas serta penyusutan ringgit.

Walaupun satu pertiga pendapatan negara disumbangkan oleh minyak yang harganya susut sehingga 50 peratus, pegawai berkenaan memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menghentikan projek yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Meskipun sukar, kerajaan mempunyai visi, pelan dan sumber untuk menyampaikan manfaat kepada rakyat," katanya pada taklimat mengenai teras Bajet 2016 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Pegawai berkenaan juga menerangkan bagaimana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikritik hebat oleh pelbagai pihak, terutama pembangkang, sebenarnya muncul sebagai penyelamat dalam menyumbang kepada hasil kerajaan - kosmo online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget