Punca Punca Sakit Kepala Dan Petua Mengatasinya



Sakit kepala memang menyakitkan! ianya berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf yang terdapat di seluruh badan yang apabila di bangkitkan maka rasa sakit akan di alami di kepala. Ianya juga akan rasa sakit lebih teruk apabila tisu lebih banyak rosak. Jadi bagaimana cara mengatasinya? berikut adalah 5 punca sakit kepala dan petua mengatasinya :

Punca Punca Sakit Kepala :

1. Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan


2. Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

3. Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

4. Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

5. Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

Cara Atasi Sakit Kepala :

1. Ambil segengam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus di campurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan. Letak di kening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.

2. Atau boleh juga ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu di minum.

3. Sila jumpa doktor jika sakit berlarutan.


Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget