Punca-Punca Penyakit Buasir


Mesti ramai yang risau sekiranya diri kita menghadapi pelbagai penyakit yang melibatkan kesihatan. Bila sebut berkaitan dengan penyakit buasir, sudah dapat bayangkan bagaimana rasa sakitnya. Bagaimanakah penyakit buasir terjadi? Apakah punca dan penyebab utama penyakit buasir tersebut?

Bagaimana Penyakit Buasir Terjadi?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Berikut merupakan beberapa punca penyakit buasir.
  1. Punca Penyakit Buasir
  2. Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama
  3. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  4. Cirit-birit
  5. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  6. Batuk yang teruk
  7. Bersalin
  8. Mengangkat berat
  9. Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
  10. Berat badan yang berlebihan
  11. Mengandung
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget