Petua Rawatan Sakit Mata


Jerebu yang melanda secara serius tiba-tiba di Malaysia kini amatlah membimbangkan, dengan indeks bacaan IPU yang tinggi di beberapa tempat Malaysia, mendatangkan efek tidak baik kepada kesihatan seperti batuk, sakit tekak dan juga tidak terkecuali sakit mata. Menyentuh tentang sakit mata tatkala musim jerubu ini, ada beberapa petua untuk merawat sakit mata yang kami kongsikan untuk pembaca di luar sana. Berikut adalah pilihan petua merawat sakit mata yang boleh kita gunakan untuk manfaat bersama.

Petua merawat sakit mata 1:
1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).
2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.
3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.
4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.

Petua merawat sakit mata 2:
1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.
2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.
3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.
4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.
5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.
6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali. Petua ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.

Petua merawat sakit mata 3:
1. Ambil beberapa helai daun sirih.
2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.
3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.
4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.
5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget