Petua Menghilangkan Sakit Gigi


Siapa pernah sakit gigi? Angkat tangan. Penulis sendiri pernah rasa bagaimana rasa sakitnya gigi. Bila kita rasa sakit gigi, semua kerja yang kita buat rasanya serba tidak kena dan rasa tidak selesa. Di sini penulis ingin kongsikan sedikit petua untuk menghilangkan rasa sakit gigi. Sekira tidak hilang rasa sakit itu, mungkin boleh mengurangkan rasa sakit gigi tersebut. Sekurang-kurangnya kita mencubakan.

Antara petua-petua menghilangkan sakit gigi   tersebut ialah:

1. Kumur Dengan Air Garam – Bancuh satu sudu kecil garam dengan secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan sehinggan suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi.

2. Minyak Gamat – Cara menghilangkan sakit gigi, cuba letakkan minyak gamat pada kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. Habbatus Sauda – Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

4. Kapur Sirih – Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan di gigi yang sakit. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur.

5. Lidah Buaya – Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada bahagian gigi yang sakit. Dalam 2 hingga 3 jam, rasa sakit mula hilang.

6. Asam Jawa – Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian, bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus, kemudian tampal pada bahagian yang sakit.

7. Bawang Putih – Hiris bawang putih dan tempelkan pada bahagian yang sakit. Biarkan sekurang-kurangnya selama satu jam.

8. Uncang Teh – Caranya, letakkan uncang teh ke dalam microwave dengan air selama 30 saat. Kemudian peras air di dalamnya dan gigit kantung teh di antara gigi yang sakit. Cara tersebut dikenali mampu mengurangkan bengkak dan meredakan sakit gigi.

9. Tempurung Kelapa – Kupas secukupnya tempurung kelapa yang sudah dibelah. Kemudian, ambil tempurung kelapa lalu bakar sampai keluar minyaknya. Selepas itu, ambil minyak tempurung kelapa tersebut dengan kapas. Lalu tempelkan ke gigi yang sakit. Nescaya dalam beberapa minit sakit gigi anda akan hilang.

10. Vitamin C – Vitamin C dalam buah-buahan mampu mengurangkan kesakitan akibat sakit gigi. Beberapa buah yang disarankan untuk dimakan seperti oren, kiwi, papaya, strawberi, dan epal.

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget