Petua Lebatkan Rambut



Masalah rambut gugur, rambut menipis, rambut rosak terjadi tidak mengira peringkat usia lebih-lebih lagi kaum wanita mungkin mereka yang lebih risau kerana rambut adalah sebahagian dari aset kecantikkan mereka. Masalah ini lebih ketara apabila lepas waktu melahirkan. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah rambut ini? 

Petua lebatkan rambut itu adalah

1. Daun inai :
Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa. Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalkan seminggu 2 kali, dan masalah keguguran akan berkurang sedikit demi sedikit dan rambut anda akan kembali lebat.

2. Daun rambutan muda :
Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih. Lakukan 2 hari sekali dan anda akan nampak hasilnya.

3. Minyak bijan :
Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. Mungkin agak merimaskan kerana ada yang tidak suka rambut berminyak ketika tidur tetapi hasilnya amat menakjubkan.

4. Daun bunga Raya :
Daun bunga raya bagus di gunakan sebagai penganti kepada syampu. Caranya ambil beberapa helai daun bunga raya, ramaskan dalam air sehingga keluar lendir, sapu dan gosok di kepala seperti bersyampu. Rambut akan kembali bersinar, licin dan lebat.

5. Daun lidah buaya :
Daun lidah buaya sangat efektif di gunakan bersama daun bunga raya putih untuk di jadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun bunga raya, gunakan sahaja daun lidah buaya pun sudah memadai.




Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget