Petua lama Mencerahkan Kulit


Wanita silam mengutamakan kecantikan kulit dan rambut. Justeru, mandi lulur sangat di gemari. Mungkin kerana mereka kerap berjemur di bendang dan ladang. Kesannya kulit mudah di bakar matahari, menjadi gelap, kering dan bersisik. Lantas mereka rajin menyediakan ramuan mandi lulur yang di perbuat dari beras dan campuran rempah ratus yang bertujuan melembut serta menghaluskan kulit.

Cara untuk menghasilkan lulur mandian beras rempah melayu lama.
  1. Padi yang baharu di tuai di asingkan secupak dua. Kulit di buang dan di rendam berhari-hari. Airnya mesti di ganti 2 kali sehari agar tidak busuk. Setelah separuh lembut, ia di tapis dan di tumbuk separuh lumat
  2. Setiap kali sebelum bersiram, beras lumat yang di campur perahan limau nipis di sapu pada seluruh badan. Apabila separuh kering, barulah di sental untuk mengeluarkan daki degil dan sel mati.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget