Fifa Beri Jaminan Keselamatan Skuad Negara


PERMOHONAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menukar venue aksi keenam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Palestin dengan Malaysia di gelanggang berkecuali ditolak Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (Fifa).

FAM berkata, FIFA memutuskan venue perlawanan itu akan kekal berlangsung di Stadium Antarabangsa Dora di Hebron, 12 November ini dengan jaminan keselamatan.

"Biro Kelayakan Piala Dunia FIFA yang dipengerusikan Juan Angel Napout telah bermesyuarat di Zurich, Switzerland, Selasa lalu meneliti permohonan FAM untuk perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 diadakan di gelanggang berkecuali.

"Hasil mesyuarat itu, pihak biro membuat keputusan mengekalkan venue perlawanan asal selepas pihak berkuasa Palestin sudah mengambil semua langkah bagi memastikan keselamatan delegasi Malaysia sepanjang berada di Palestin nanti.

"Fifa juga akan melantik pegawai keselamatan yang pakar untuk bekerjasama secara terus dengan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) bagi memastikan aksi Palestin Malaysia itu berlangsung dalam keadaan baik," katanya yang mana keputusan diumumkan badan induk itu menerusi kenyataan medianya, semalam.

Sebelum ini, FAM memohon kepada Fifa supaya menukar venue perlawanan keenam Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Dura Hebron jika tiada jaminan keselamatan.

Ini berikutan situasi pergolakan tidak menentu di negara itu berikutan pencerobohan tentera Israel yang turut mengawal beberapa pintu masuk sempadan.

Malaysia kini berada di kedudukan keempat dalam Kumpulan A dengan mengutip tiga mata selepas menewaskan Timor Leste 1-0 pada Selasa, dan perlu memburu sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kumpulan, untuk layak beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 - sinar harian
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget