Makanan Yang Harus Dielakkan Oleh Ibu Bapa Untuk Bayi


Para ibu bapa harus mengambil berat berkaitan dengan pemakanan terutama untuk bayi. Selalunya para ibu bapa akan terasa teruja untuk memberi makanan kepada bayi mereka. Tidak salah, tetapi para ibu bapa perlu mengetahui makanan apa yang sesuai atau tidak untuk bayi mereka. Ini kerana pemakanan tersebut akan mempengaruhi pembesaran dan yang penting kesihatan mereka. Untuk pengetahuan para ibu bapa bayi memerlukan makanan yang penuh dengan nutrisi untuk membantu perkembangan mereka. Bukan kalori!!

Antara makanan yang harus dielakkan oleh para ibu bapa untuk bayi mereka ialah seperti berikut:

Makanan yang proses – Daging burger proses, sosej atau nuget. Makanan proses merupakan makanan yang sangat tidak sihat. Para ibu bapa tidak boleh memberi alasan tiada masa atau makanan paling mudah untuk dihidangkan kepada bayi mereka. Luangkan sedikit masa anda. Lebih baik buat sendiri makanan tersebut dengan olahan anda sendiri.

Biskut – Kandungan gula dalam biskut sangat tinggi. Secara tidak langsung, sangat tidak sesuai untuk bayi. Dalam masa yang sama akan mengganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Makanan yang sesuai seperti buah-buahan.

Agar-agar – Jangan bagi bayi anda dengan agar-agar atau puding kerana kandungan gula dalam makanan tersebut tinggi. Lebih baik anda memberi bayi anda buah-buahan yang lebih sesuai dengan kesihatan mereka.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget