Makanan Penyebab Jerawat


Ada banyak faktor yang menyebabkan pertumbuan jerawat di muka antaranya hormon, stress, cuaca, cara penjagaan wajah dan makanan. Makanan juga boleh menyebabkan kemunculan jerawat di muka. Jika anda ada masalah jerawat atau kulit wajah anda mudah ditumbuh jerawat,  kami syorkan agar anda elak dari makan jenis jenis makanan di bawah ini.

Jenis Makanan Penyebab Jerawat

1)Makanan Ringan – Makanan ringan merupakan antara makanan yang digemari ramai. Kita ambil contoh, mee segera. Ia bukan sahaja mudah disediakan tetapi rasanya juga sedap dan harganya yang murah. Namun makanan ringan seperti ini boleh menyebabkan jerawat tumbuh di muka. Ini kerana makanan ringan kebiasaannya mengandungi bahan pengawet dan kandungan lemak tepu yang tinggi. Kedua-dua bahan ini sukar untuk dihadamkan oleh tubuh dan bila ia semakin berkumpul dalam badan akan menyebabkan kemunculan jerawat.

2) Kekacang – Ramai yang sedia maklum, amalan makan pelbagai jenis kacang secara kerap akan menyebabkan kemunculan jerawat di wajah. Kekacang tinggi dengan kandungan minyak dan secara tak langsung akan membuatkan kulit wajah anda juga berminyak. Jika tidak mengamalkan penjagaan wajah yang betul, tak mustahil wajah anda akan mudah tumbuh jerawat jika makan kekacang secara berlebihan.

3) Makanan Bergoreng – Makanan bergoreng juga menjadi antara punca atau penyebab kulit wajah berjerawat. Antaranya seperti kuih yang banyak menyerap minyak contohnya seperti cakoi, pisang goreng dan sebagainya. Terutamanya untuk anda yang memiliki kulit jenis berminyak, kami syorkan agar anda elakkan pengambilan makanan bergoreng.

4) Minuman Berkafein – Minuman dari jenis berkafein seperti kopi boleh juga menjadi penyebab kulit muka berjerawat. Ini kerana minuman berkafein menggalakkan pengeluaran horman yang boleh menyebabkan stress. Selain itu kafein juga boleh menjejaskan waktu tidur anda. Stress dan kurang tidur antara punca utama masalah jerawat. Selain kopi dan teh, minuman bergas dan minuman bertenaga juga boleh jadi penyebab jerawat.

5) Makanan Pedas – Mungkin ramai yang tidak tahu, makanan yang agak terlalu pedas jika diambil secara kerap boleh merosakkan sistem penghadaman. Bila sistem penghadaman terjejas, secara tak langsung jerawat juga akan mula tumbuh.

6) Makanan Berkarbohidrat – Makanan berkarbohidrat yang tinggi seperti beras putih, roti putih dan pasta juga boleh menyebabkan kemunculan jerawat di kulit muka. Ini kerana tubuh kita hanya memerlukan kadar glukosa tertentu. Masalah jerawat akan timbul hanya jika kita ambil makanan berkarbohidrat pada kadar berlebihan.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget