Kebaikan Menderma Darah


Siapa yang pernah menderma darah? Penulis pernah juga menderma darah. Banyak manfaat yang akan kita perolehi sekiranya kita menderma darah. Terdapat juga individu yang takut untuk menderma darah kerana beranggap negatif.

Terdapat banyak kebaikan dan manfaat sekiranya kita menderma darah bukan sahaja untuk diri kita tetapi untuk orang yang lebih memerlukan darah tersebut. Kebaikannya termasuk mengurangkan berat badan, pemeriksaan kesihatan, vaksinasi Hepatitis B, menambah sel darah dan beberapa kebaikan yang lain.

Mengurangkan Berat Badan – Ada yang tidak percaya sekiranya kita menderma darah dapat mengurangkan berat badan. Bagaimana derma darah dapat mengurangkan berat badan? Dengan menderma darah, anda membakar 650 kalori dan menghilangkan satu paun berat untuk setiap pain darah yang didermakan. Anda hanya perlu baring sahaja. Cara bijak mengurangkan berat badan tanpa senaman.

Pemeriksaan Kesihatan Percuma – Ketika kita hendak menderma darah, petugas akan membuat pemeriksaan kesihatan ringkas. Secara tidak langsung kita akan mengetahui tahap kesihatan dari segi kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi.

Vaksinasi Hepatitis B – Untuk makluman Hepatitis B adalah sangat berbahaya. Hepatitis B boleh merosakkan hati anda dan merupakan 50 hingga 100 kali lebih mudah berjangkit berbanding HIV. Ambillah langkah bijak untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B. Jika anda menderma darah sebanyak dua kali setahun, anda akan mendapat vaksinasi secara percuma. Tawaran ini sah untuk pendermaan darah di Pusat Darah Negara atau hospital yang bersekutu dengannya. Jangan melepaskan peluang ini.

Menambah Sel Darah – Menderma darah mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru. Ia umpama menekan butang ‘reset’ pada tetapan pelayar Internet anda. Tubuh anda menjadi lebih bertenaga dan dapat berfungsi dengan lebih baik. Suatu ‘pembaharuan’ yang menyegarkan,

Mengurangkan Risiko Kanser – Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar. Tetapi dengan menderma darah secara berkala, anda boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat dan pencegahan awal mengelakkan sesalan di kemudian hari.

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung – Dengan menderma darah, anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung. Begini caranya. Penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah anda. Zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah anda pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang. Apabila anda menderma darah, anda mengeluarkan zat besi daripada tubuh anda serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri anda.

Jangan takut untuk menderma darah. Mari ramai-ramai kita menderma darah untuk kebaikan diri sendiri dan juga untuk orang lain yang memerlukan.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget