Kami Kalau Bergurau Lagi Kasar Dari Nabil - Caliph Buskers


Baru-baru ini heboh diperkatakan dimana pelawak Nabil Ahmad yang secara tidak sengaja telah terlepas cakap di mana dia dikatakan telah mempersendakan kekurangan kumpulan Caliph Buskers ketika mengacarakan konsert pertama Gegar Vaganza 2 (GV2) di mana ia mengundang kritikan dan rasa kurang senang banyak pihak.

Tindakan Nabil berkenaan juga menyebabkan pihak Astro sendiri menegur Nabil agar lebih berhati-hati dan mengambil sikap sensitif apabila membuat lawak, terutamanya ketika membuat program siaran langsung.

Nabil juga telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas kejadian berkenaan di mana katanya dia tidak sengaja dan menyesali perbuatan berkenaan, apa yang dilakukannya itu terbawa-bawa dari luar kerana semua ahli Caliph Buskers adalah rakan-rakannya dan selalu 'lepak' bersama.

Namun bagi kumpulan muzik cacat penglihatan ini, mereka tidak terasa dengan gurauan tersebut, malah menyifatkan gurauan mereka lebih kasar berbanding Nabil.

“Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.

“Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.

“Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami.

“Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

“Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar daripada Nabil lagi. Hahaha..” ujar Azmi selaku vokalis kumpulan Caliph Buskers kepada mStar Online.

Kumpulan Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat (vokalis), Nirwan (pemain gitar), Zaki (pemain gitar/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), Rubiana (shaker/vokalis). - Siakapkeli.my
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget