Filem Kapsul Dengan Formula Letak Tun M Rugi



JIKA diperhatikan sambutan yang cukup hangat diberikan peminat terhadap filem tempatan seperti Polis Evo dan Jwanita, namun berlainan pula situasinya dengan filemKapsul yang ditayangkan sejak 17 September lalu. Setakat ini, difahamkan filem itu hanya mampu meraih kutipan sebanyak lebih kurang RM96,900.26 sahaja, jauh ke belakang bagi mengutip semula modal dibelanjakan untuk pembikinan filem ini yang berjumlah RM2.4 juta.

Sumber : finas.gov.my

Sebelum ini filem terbitan Two Tones Sdn. Bhd. ini dikatakan bakal mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana kemunculan istimewa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau glamor disebut Tun M. Negarawan itu ditampilkan secara khas dalam satu babak bergandingan dengan pelakon utamanya, Faizal Hussein, malahan anekdot ringkas itu diberi publisiti yang cukup luas di semua media massa tempatan.

Namun, nampaknya formula dan ramuan itu tidak boleh diguna pakai apabila kemunculan khas Tun M masih tidak mampu menarik kehadiran penonton bagi melihat penglibatan pertama beliau dalam bidang lakonan. Untuk makluman Kapsul adalah sebuah filem yang diinspirasikan daripada kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun M yang mana idea filem adalah hasil gambaran penulis tentang bentuk fizikal kapsul. – MYNEWSHUB.CC
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget