Ditahan Polis Akibat Terlalu Kacak


ARAB SAUDI: Semenangnya ciptaan Tuhan terhadap manusia begitu indah. Begitu juga, kisah seorang pelakon dan juga pengacara popular ditahan polis di sebuah pusat membeli-belah di Arab Saudi apabila kemunculannya menjadi punca kekecohan dalam kalangan peminat wanita. Abdul Aziz al-Kassar, seorang warga Saudi yang tinggal di Kuwait berada di Riyadh atas tujuan bekerja apabila sekumpulan peminat mendekatinya untuk mengambil gambar bersama.


Menurut laporan Gulf News, Kassar memberitahu kedatangannya ke pusat membeli belah Al Nakheel selepas bertanya pengikut media sosialnya mengenai tempat membeli belah terbaik untuk dikunjungi. Dalam temu bualnya dengan Gulf Rotana, Kassar tidak menyangka sambutan luar biasa daripada peminatnya.

Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik ke laman sosial, YouTube dan Twitter. Merujuk rakaman tersebut, Kassar kelihatan dikelilingi ramai wanita yang sedang mengambil gambar sebelum seorang lelaki berjubah putih menariknya keluar dari kumpulan tersebut. "Apabila saya masuk ke dalam (pusat membeli belah), beberapa orang peminat datang dan mengelilingi saya sehingga seseorang datang dan membawa saya ke sebuah bilik untuk Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar dalam pusat membeli belah tersebut," katanya.


Tambahnya, pada mulanya telefon bimbitnya dirampas sebelum dibebaskan atas jaminan dan siasatan sedang dijalankan atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam, bergaul dengan wanita bukan mahram dan menyalahgunakan media sosial.

sumber : MD

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget