Cara Mengatasi Masalah Nafas Berbau Ketika Berpuasa


Setiap kali berpuasa, ramai juga yang rungsing memikirkan cara untuk mengatasi masalah nafas berbau. Ramai yang beranggapan punca mulut berbau adalah kerana mulut kering namun ada beberapa faktor lain yang turut menyebabkan nafas berbau. Antaranya masalah gusi dan gigi berlubang yang memudahkan bakteria untuk membiak. Jenis makanan yang kita ambil turut menjadi penyebab masalah mulut berbau.

Hampir majoriti perokok juga akan berdepan dengan masalah nafas berbau ketika bulan puasa. Ini disebabkan oleh kesan rokok yang meninggalkan bau yang tidak menyenangkan dan merosakkan gusi.

Jika anda berdepan dengan masalah nafas berbau setiap kali berpuasa, anda boleh amalkan beberapa tips yang dikongsikan di bawah ini supaya anda akan tampil lebih yakin berkomunikasi dengan orang ramai walaupun sedang berpuasa.

Cara Mengatasi Masalah Nafas Berbau Ketika Berpuasa

1) Lebihkan Minum Air Suam – Pengambilan air suam membantu membersihkan mulut dari sisa makanan dan juga meningkatkan penghasilan air liur. Air liur membantu mengelak dari mulut kering yang menjadi antara punca masalah nafas berbau. Amalkan berbuka puasa dengan meminum air suam. Sebolehnya cuba minum 8 gelas air sehari iaitu selepas berbuka sehingga bersahur.

2) Teh Hijau – Amalkan minum teh hijau selepas berbuka atau ketika bersahur. Zat polyphenol yang terdapat dalam teh hijau akan mengurangkan bakteria dalam mulut dan seterusnya mencegah nafas berbau.

3) Jenis Makanan Yang Perlu Diambil – Ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu melawan nafas berbau. Contoh makanan yang boleh diambil adalah seperti sayur bayam yang tinggi dengan kandungan serat dan polifenol yang membantu melindungi kesihatan mulut. Kacang Hazel juga bagus untuk kesihatan gigi dan gusi. Selain itu pengambilan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti oren, blackcurrant dan sebagainya dalam membantu mengurangkan perkembangan bakteria dalam mulut. Buah epal juga boleh dijadikan buah pilihan ketika bersahur kerana ia membantu memberikan kelembapan dalam mulut dan membersihkan plak pada gigi.

4) Bersihkan Lidah Ketika Memberus Gigi – Amalan membersihkan lidah ketika memberus gigi perlu sentiasa diamalkan bukan sahaja ketika bulan puasa. Bakteria memang cepat membiak di atas dan di belakang lidah. Seeloknya gunakan ubat gigi yang mengandungi kesegaran pudina untuk memastikan nafas tidak berbau sepanjang hari. Kebersihan dalaman mulut perlu sentiasa diutamakan.

5) Berkumur – Selepas menggosok gigi, pastikan anda berkumur dengan cecair kumur yang ternyata sangat membantu mengurangkan nafas berbau ketika puasa. Kumur selepas makan sahur.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget