Cara Cara Untuk Mengurangkan Mual Semasa Hamil


Apakah tips yang sesuai untuk ibu yang mengandung untuk mengurangkan mual semasa tempoh kehamilan? Atau lebih dikenali dengan “Morning Sickness”. Mual semasa hamil merupakan cabaran untuk para ibu ketika tempoh kehamilan. Mual semasa hamil merupakan tempoh yang biasa dihadapi oleh wanita mengandung sekitar 70% – 80% tempoh kehamilan. Mual kehamilan ini selalunya tidak melarat dan ringan sahaja. Mual semasa hamil selalunya berlaku pada waktu pagi . Mual semasa hamil ini boleh dikurangkan dengan mengubah diet. Dalam masa yang sama memerlukan rehat yang secukupnya, kualiti udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.

Tips Untuk Mengurangkan Mual Semasa Hamil
  1. Ibu yang mengandung digalakkan untuk kerap makan dan minum. Tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
  2. Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur. Jangan sekat pemakanan anda kerana penting untuk ibu dan anak.
  3. Sekiranya mengidam atau teringin untuk makan sesuatu? Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya).
  4. Ibu mengandung diingatkan untuk mengelakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng.
  5. Selain itu, ibu mengandung tidak digalakkan untuk makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya.
  6. Ibu mengandung hendaklah mengelakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan.
  7. Sekiranya kerap muntah? Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah.
  8. Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.

SUMBER : MYHEALTH
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget