Cara Cara Mengurangkan Rasa Sakit Ketumbit Di Mata


Setiap kali apabila kena sakit mata ketumbit, mesti rasa sangat tidak selesa. Sama ada saiznya kecil atau besar. Kalau penulis kena sakit mata ketumbit, mulalah badan hendak rasa seperti hendak demam dan sakit kepala. Bila ditekan-tekan tempat ketumbit tersebut rasa sangat sakit. Apakah sebenarnya faktor mata ketumbit ini? Yang penting tiada kaitan dengan mengintai orang tetapi sebenarnya berpunca dari jangkitan bakteria pada mata.

Cara Mengurangkan Rasa Sakit Ketumbit Di Mata
Apa kata kita mencuba beberapa cara untuk mengurangkan rasa sakit pada ketumbit tersebut. Tidak salah mencuba. Mana tahu ketumbit tersebut cepat elok. Secara tidak langsung, menghilangkan ketumbit tersebut.
  1. Tuam dengan air suam – Anda boleh tuamkan air suam di tempat ketumbit tersebut dengan menggunakan kain. Sekurang-kurang dapat mengurangkan bengkak pada tempat ketumbit tersebut.
  2. Bawang putih – Bersihkan sekeliling bahagian ketumbit tersebut dengan air suam. Haluskan bawang putih dan sapukan di sekeliling ketumbit tersebut.
  3. Daun sireh – Rebus daun sireh tersebut sehingga mendidih. Toskan daun sireh tersebut dan perahkan. Air perahan tersebut boleh digunakan untuk membersihkan ketumbit tersebut.
  4. Antibiotik – Penggunaan antibiotik yang boleh dibeli di klinik atau farmasi.

SUMBER : SURIA FM
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget