Cara Cara Mengelakkan Rambut Daripada Gugur Dan Rosak


Masalah rambut gugur bukan sahaja berlaku di kalangan wanita tetapi golongan lelaki turut berdepan dengan masalah ini. Secara normal, rambut akan gugur antara 50 ke 100 helai setiap hari. Namun jika rambut gugur dalam kadar berlebihan, ia pasti akan merisaukan. Lebih-lebih lagi bila rambut mula menipis dan bahagian kulit kepala mula kelihatan dengan begitu ketara. Antara punca utama rambut gugur adalah akar rambut yang rapuh, rambut rosak dan bercabang dan cara penjagaan rambut yang tidak betul. Malah penggunaan produk rambut, seperti syampu, perapi dan perwarna rambut yang tidak sesuai juga boleh membuatkan rambut gugur pada kadar berlebihan.

Cara Elak Rambut Gugur Dan Rosak

1) Minyak Lavender – Gunakan minyak lavender untuk membantu mengatasi masalah rambut gugur dan merawat rambut yang rosak dan bercabang. Caranya anda perlu sapukan sedikit minyak lavender pada seluruh bahagian rambut dan urut bahagian kulit kepala secara perlahan. Amalkan seminggu sekali untuk membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.

2) Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun – Minyak Kelapa dan Minyak Zaitun sangat sesuai untuk merawat masalah rambut. Untuk mengelak rambut gugur, ambil sedikit minyak kelapa dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut bahagian kulit kepala secara perlahan. Selepas itu tutup bahagian rambut dengan ‘shower cap’. Biarkan untuk beberapa jam sebelum mencuci rambut menggunakan syampu.

3) Makanan Tinggi Protein – Seperti bahagian tubuh badan yang lain, rambut juga memerlukan protein untuk tumbuh dengan sihat dan lebat. Amalan pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein dapat membantu mengelak masalah rambut gugur.

4) Santan Kelapa – Penggunaan santan tradisional untuk merawat rambut bukan sesuatu yang baru. Sejak zaman dulu lagi, ramai yang sudah mengamalkan pengunaan santan kelapa untuk memelihara kesihatan rambut. Anda perlukan santan yang pekat untuk disapukan keseluruh bahagian rambut. Kemudian urut kulit kepala dan biarkan santan kering di atas kepala untuk sejam dua. Selepas itu barulah cuci rambut seperti biasa. Amalkan petua ini sekali atau dua kali seminggu untuk melihat hasilnya. Rambut akan kelihatan lebih lebat, hitam dan bersinar.

5) Yogurt – Seperti juga santan, yogurt juga berkhasiat untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak. Lumurkan yogurt ke atas seluruh bahagian rambut dan biarkan selama sejam dua. Kemudian cuci rambut seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali seminggu untuk melihat hasilnya.

6) Kacang Hijau – Mungkin ramai yang tidak tahu, kacang hijau juga berkhasiat untuk kesihatan rambut. Apa yang perlu anda lakukan adalah rendam secawan kacang hijau untuk semalaman. Kemudian tapis kacang hijau tersebut dan ambil airnya. Sapukan air kacang hijau pada seluruh bahagian kulit kepala, kemudian urut perlahan. Selepas itu cuci rambut dan keringkan seperti biasa.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget