Cara Cara Mengawal Perasaan Panas Baran


Maksud panas baran mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi ke Empat) ialah lekas marah, sangat marah dan cepat naik marah. Mungkin dalam sedar atau pun tidak sedar, seseorang itu mempunyai marah dan timbulnya perasaan panas baran. Perasaan panas baran sangat tidak elok kerana pandangan dari sudut negatifnya akan membuat orang di sekelilingnya tidak berasa selesa dengannya. Tidak kira sama ada keluarga, kekasih atau pun untuk kawan-kawan kita.

Bagaimana untuk mengawal perasaan panas baran ini? Di sini penulis ingin kongsikan beberapa tips tersebut.

Tips Kawal Perasaan Panas Baran
  1. Beristighfar di dalam hati – Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa beristighfar di dalam hati. Supaya sentiasa hadirnya ketenangan di dalam diri. Yang penting, kita tidak bertidak di luar batasan.
  2. Berkongsi masalah dengan orang lain – Tidak salah sekiranya anda ingin berkongsi masalah anda dengan orang lain. Tetapi pastikan orang tersebut merupakan orang yang sesuai. Sekurang-kurangnya orang tersebut dapat meredakan kemarahan dan memahami situasi anda.
  3. Mengasingkan diri – Bagaimana untuk mengasingkan diri? Bukan mengasingkan dari dunia luar tetapi untuk memberi ruang anda mencari ketenangan diri dan juga berfikir secara positif. Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan secara bersendirian. Mendengar radio, pergi membeli belah atau membaca buku.

SUMBER : REMAJA
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget