Cara Cara Mengatasi Masalah Penyakit Keputihan Bagi Wanita


Jangan mengambil ringan dan mengambil mudah berkaitan dengan masalah kesihatan diri kita. Lagi-lagi berkaitan dengan masalah dalaman. Selagi kita boleh mencegah dari awal, lagi bagus. Oleh itu, tidak salah untuk kita mencuba sebarang tips, petua atau cara selagi tidak mendatangkan keburukan kepada kesihatan diri kita. Seperti yang penulis tekankan sebelum ini. Tidak salah untuk kita bertanya kepada yang pakar terutama mendapatkan nasihat doktor. Sekiranya kita malu untuk bertanya, boleh membuat carian di Internet. Terdapat pelbagai informasi dan maklumat berkaitan dengan masalah keputihan ini.

Cara Mengatasi Masalah Penyakit Keputihan Bagi Wanita
1. Gunakan tuala wanita yang sesuai
Teman akrab bagi wanita ketika sedang haid, tuala wanita. Tidak dapat dielakkan lagi tuala wanita sering kali digunakan untuk wanita yang sedang haid agar mampu menyerap darah agar tidak meleleh kemana mana. Tapi tahukah anda, salah memilih tuala wanita boleh membuat anda mengalami keputihan. Pilihlah tuala wanita yang berkualiti, mengandungi kandungan herba. Dan yang terpenting gantilah pembalut 4 jam sekali dalam sehari.

2. Daun Sirih
Daun sirih mempunyai kandungan minyak terbang (batlephenol) dan kandungan kavinol yang mempunyai kegunaan mematikan kuman, kandungan antioksidan dan anti cendawan. Maka tak hairan nenek moyang terdahulu menggunakan daun sirih untuk mengatasi keputihan. Cara yang betul ialah dengan mengambil 10 helai daun sirih yang sudah dicuci kemudian siapkan kurang lebih 2 liter air dan merebusnya, sesudah direbus sejukkan air rebusan tersebut dan basuhkan ke seluruh organ bahagian kewanitaan.

3. Memperbanyak penggunaan bawang putih
Selain terkenal dengan bahan masakan, bawang putih bukan sahaja digunakan dalam bahan masakan tetapi mempunyai khasiat kesihatan. Bawang putih mempunyai sifat anti bakteria, anti kulat, dan anti virus membolehkan meraka untuk menghalang perkembangan bakteria, kulat (cendawan), dan virus. Kajian menunjukan bahawa bawang putih memiliiki kekuatan antibakteria. Pengambilan bawang putih akan membantu anda mengatasi keputihan.

4. Elakkan stress, sukan teratur dan pola makan seimbang
Mengelakkan diri dari stress dan melakukan sukan seimbang merupakan kaedah yang tepat untuk anda. Lakukan sukan satu minggu dua kali secara teratur. Pengambilan makanan yang sihat seperti minum susu ataupun yogurt kerana kandungan di dalam susu terdapat bakteria baik yang menjaga keseimbangan bakteria dalam badan. Demikian cara mengatasi keputihan pada wanita, semoga hal ini bermanfaat dan tidak ada salahnya untuk mencuba. Dan bila ada jangkitan maka harus diberikan antibiotic yang tepat sesuai dengan nasihat doktor.

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget